Sambung Master/Ijazah Sarjana

Sambung master atau bekerja? Itulah yang seringkali berlegar-legar dalam kepala bakal graduan atau yang baru bergelar graduan. Tidak pasti yang mana paling sesuai dengan diri, yang mana lebih menjamin masa depan.
Tetapi ada juga yang telah jelas tentang hala tuju hidupnya. ‘Aku akan mencari kerja. Belajar lagi langsung bukan pilahan aku. ‘, ‘Aku dah penat belajar’, ‘Aku suka belajar’, ‘Aku nak masuk bidang akedemik’. Kenyataan-kenyataan ini sudah cukup membuktikan mereka sudah punya arah untuk disusur. Disini, saya bukan ingin menerangkan yang mana lebih baik, yang mana lebih sesuai, tetapi saya akan ceritakan sedikit apa yang saya tahu untuk menyambung pelajaran dalam bidang sarjana atau master.
Apa yang saya akan nyatakan ini hanyalah bersifat umum, lebih untuk memberi panduan. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menyambung master ni. Apa kelayakan? Dimana tempatnya? Macamana yurannya?
Ok. Pertama sekali, kelayakan. Secara amnya CGPA yang diperlukan ialah 3.00 keatas. Sangat baik jika dapat 3.50 ke atas. Tetapi jika pointer anda kurang daripada 3.00 jangan risau, peluangnya masih luas. Cuma mungkin ada beberapa procedure semasa urusan permohohnan seperti perlu menghadiri interview. Itu bergantung kepada universiti yang dimohon. Jika anda baik dengan pensyarah, itu boleh jadi peluang yang baik untuk anda.
Bila dah ada kelayakan atas kertas, jom kita tengok kelayakan dalam diri pulak. Itu yang paling penting. Anda kena betul-betul tahu kemampuan anda. Master ni jauh sekali susahnya daripada undergrad. Bukan untuk menakutkan atau lemahkan semangat. Tapi, itulah pengalaman kebanyakan yang ambil master. Bayangkan kita hanya diberi tajuk, dan segala-galanya kita uruskan sendiri. Itu jika kita buat master by research. Oh ye, lupa saya nak terangkan, master ni ada dua jenis. By research atau by course.
By reserach tu maksudnya master kita 100% daripada research yang kita jalankan. No exam at all! (Ni yang best). Tapi progress perlu dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan biasanya setiap hujung semester atau setiap 6 bulan. Tempoh masa untuk master jenis ini biasanya 2 tahun. Ada juga yang jenis jalankan dulu research, bila dah nak siap baru register. Kalu macam ni, setahun pun boleh siap. Tapi diingatkan, biasanya student postgraduate (master) perlu present paper di mana-mana conference national atau international. Ini salah satu syarat wajib untuk master.
Untuk by course pulak. Sama macam masa undergrad. Cuma kelas tak adalah sesak macam undergrad dulu. Biasanya kalau by course ni setahun je, tapi ada jugak yang 2 tahun. Saya pun kurang arif tentang master by course ni. Tapi saya penah jugak cari-cari maklumat masa undergrad dulu. Apa yang saya tahu, final sem kena buat thesis. Assignment pun boleh tahan jugak banyaknya (ni dari pengalaman kawan).
Kalau tak silap saya ada jugak jenis master yang by research + by course. Maksud saya, dua-dua pun buat. Buat reseacrh dan ada kelas. Hmm, hebat ni. Mungkin subjek yang diambil tu taklah banyak sangat.
Berbalik pada kelayakan tadi, macamtulah, kalau rasa diri ni memang bukan jenis nak menatap buku, journal, computer, jenis yang nak merayap je, lebih baik fikir lama-lama sikit. Walauapapun, kita mampu mengubah diri kita sebenarnya kelau kita ada kemahuan dan matlamat yang jelas. Minat? Susah nak bincang pasal minat ni. Ada yang kata minat tu boleh dipupuk, tapi kadang-kadang kalau dah jenis memang tak minat, memang tak suka, susah jugakkan? Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Sekarang ni, di mana nak sambung? Pilihan memang banyak. Pertama sekali, kalau pointer anda bagus boleh la cuba untuk sambung ke oversea. Biasanya kalau nak pergi oversea ni kena cari sponsor. Cariklah dekat internet mana-mana universiti atau syarikat yang ingin menjadi penaja. Universiti yang biasa saya dengar menaja pelajar ke oversea ialah UM dan UNIMAP/KUKUM. Mereka ada skim yang dipanggil SLAB (Skim Latihan Bumiputera). Mungkin ada universiti lain tapi saya tak pasti. Kalau ditaja dibawah skim ini, kita akan terikat untuk bekerja dengan universiti tersebut. Tempoh pengajian bergantung pada jenis course yang anda ambil. Kalau nak cepat setahun je. Skim ni juga mewajibkan(kalau tak silap) anda menyambung pengajian sehingga PHD. Satu lagi, untuk SLAB UM, pointer anda mestilah atas 3.5. Itupun belum tentu dapat. Kalau UNIMAP, atas 3.00 dah boleh mohon. Jika anda berjaya mohon, anda perlu duduki ujian English-IELTS (macam muet) dan anda kena lepas mengikut markah yang telah ditetapkan. Kosnya kalau tak silap dalam RM500 ke RM600 untuk satu test.
Jika anda telah memilih untuk sambung di dalam negara. Peluangnya begitu cerah sekarang ni. Banyak universiti yang membuka peluang seluas-luasnya untuk menerima pelajar sarjana. Hmm.. masing-masing nak jadi universiti terbaik. Ada beberapa cara yang boleh saya nyatakan disini. Samada anda menjadi research assistance(RA), ditaja sepenuhnya, menaja diri sendiri atau tajaan terhormat dari ibu dan ayah. Sekali lagi, apa yang saya nyatakan ini hanya dari pengalaman dan apa yang saya tahu. Mungkin ada yang silap atau tak cukup. Jadi boleh tambah maklumat lagi.
Saya lihat, sekarang ni ramai yang memilih untuk jadi RA. Kebaikan menjadi RA ni, anda tak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk research. Boleh gunakan peruntukan projek. Itu yang paling utama. Bayaran atau gaji pula bergantung pada grant/funding projek tersebut. Jumlah yang sering saya dengar sekarang ni ialah RM1200-RM1500. Ada juga yang kurang dari RM900 dan ada juga yang mencecah RM2k! Biasanya, kalau jadi RA ni master pun kenalah by research. Yang paling best, jka anda menjadi RA anda boleh mohon skim khas untuk RA dimana anda tak perlu bayar yuran pengajian! (UM contohnya).
Anda juga boleh mohon tajaan daripada universiti-universiti, Kementerian sains, teknologi dan inovasi(MOSTI) , National Science Fellowship (NSF), KHAZANAH dll. Tapi kalau tak silap, khazanah hanya sponsor pelajar ke luar negara. Cuma saya nak ingatkan jika anda ingin mendaftar dahulu kemudian baru apply scholar, pastikan anda mendaftar pada sem 1 (lebih kurang bulan 7 or 8 ) sebab ada penaja yang tidak mahu menerima permohonan pelajar yang daftar sem 2. Ops, jangan pening. Macam ni, bagi yang buat by research anda boleh register bila-bila yang anda nak, sebab tu kena tau pasal ni, tapi kalau by course memang dah ada tarikh yang ditetapkan, tak perlu risau.
Kalau yang mampu boleh la taja sendiri. Boleh juga buat part time master. Yuran pendaftaran untuk by research dalam RM1400-RM2000 dan by course RM2500++++. Bergantung pada universiti dan bidang yang diambil.
Sedikit procedure untuk master by research.
Carik supervisor dalam bidang yang dipilih –> Bincang tajuk–> Buat Proposal–>Hantar borang application –> Tunggu kelulusan –> Tunggu surat tawaran –> Apply scholar (lebih baik selepas dapat tawaran master, sebab lebih kukuh) /RA/Kumpul duit –> Register.
Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin ada yang saya tertinggal atau lupa untuk tulis.
~
My Profile: Research Assistance and Master By Research.
Nak beli kereta?
Sekarang ni saya rasa kemana-mana pun orang sibuk bercerita tentang kereta. Masing-masing menyatakan pendapat mereka tentang kereta-kereta yang ada di pasaran sekarang ini. Setakat ini, kereta yang hangat dibincangkan disekeliling saya ialah Myvi, Viva, Getz, Pesona, Naza Sutra atau Suria saya tak berapa ingat.
Macam-macam pendapat. Ada yang suka Myvi. Ada yang suka Viva. Kalau saya buat masa sekarang ni Viva jadi pilihan. Memang ramai yang cakap lebih baik beli Myvi, tapi design myvi yang agak ‘gemuk’ tu, menyebabkan saya kurang yakin saya mampu mempertahankan kereta itu dari calaran alam semesta. Hmm.. jadi, Viva mungkin agak sesuai untuk masa ni. Walauapapun, sekarang ni kereta idaman saya adalah Honda Civic.

Honda Civic Sedan EX-L
Orang perempuan ni, memang sangat jarang mempunyai pengetahuan yang baik tentang kereta. Sehinggalah saat dia ingin membeli kereta, masa tu barulah terkial-kial membelek helaian-helaian brochure kereta atau mencari maklumat di internet. Ada sesetengah tak tahu pun apa yang perlu dipertimbangkan semasa ingin membeli kereta. Termasuklah saya. Tak banyak yang saya boleh berkongsi di sini. Apa yang akan saya kongsi ni hanya standard untuk perempuan. Orang lelaki tak perlulah baca, mesti hangpa nak gelak.
Pertama sekali bila nak beli kereta ni, mestilah kite kena tengok kemampuan kita dulu. Oh ye, perkongsian ini juga hanya fokus pada fresh grad atau wanita-wanita yang baru bekerja dan mula terfikir untuk membeli kereta. Jika jumlah pendapatan anda bawah daripada RM1500 dan anda tinggal di Kuala Lumpur atau sekitarnya saya cadangkan belum masanya untuk anda membeli kereta. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan tahap kemampuan anda. Dalah lebih baik jika anda dapat senaraikan anggaran perbelanjaan bulanan anda. Dari situ baru anda akan dapat melihat samada anda betul-betul mampu atau tidak. Disini saya sertakan contoh:
~
Gaji pokok: RM1700
Gaji setelah tolak EPF: RM1513
Sewa rumah dan bil elektrik&air: RM150
Bil lain-lain: RM60
Bagi mak dan belanja rumah: RM300
Topup: RM50
Makan: RM150
Jumlah perbelanjaan: RM810
Transport: RM50
Belanja: RM200
Baki:RM703
~
Ini hanya contoh. Banyak lagi perbelanjaan lain seperti hutang PTPTN, beli barang-barang lain, dan ia bergantung kepada individu.
Satu lagi perkara penting yang perlu dilihat ialah dari segi keperluan. Adakah anda betul-betul terdesak atau anda masih ada pilihan. Perlu anda ingat, kereta adalah liabiliti/tanggungan bukan aset. Anda memerlukan lebih kurang RM600-700 sebulan untuk perbelanjaan kereta sahaja. Termasuk installment/bayaran bulanan, maintenance termasuk minyak etc. Walau apapun ia bergantung kepada jenis kereta anda.
Setelah anda mambuat keputusan untuk membeli kereta, tibalah masanya anda memilih kereta yang paling sesuai dengan diri anda. Bagi saya, pilihlah kereta yang mempunyai kos maintenance yang rendah. Biasanya perodua adalah pilihan yang agak baik, seperti Kancil, Kelisa, Viva dan Myvi. Kereta proton pun boleh diterima jugak seperti Saga, Iswara, tapi bagi yang jenis kurang berani atau sibuk ke, saya cadangkan janganlah pakai proton sebab kereta jenis ni agak kerap rosak dan bila dah rosak tu kena la hantar repair pulak. Kalau jenis yang tak tahu apa-apa tu kena la carik teman pulak. Lagi banyak kerja.
Antara serba sedikit perkara yang perlu diketahui adalah loan dan installment. Contohnya jika harga kereta tu RM50 000 (on the road), dan katakan loan yang akan bank bagi ialah 90% dari harga tersebut, maknanya RM45000. Jadi baki RM5000 tu perlu dibayar sebagai downpayement. Tempoh pinjaman boleh dipilih samada 5 , 7 atau 9 tahun. Bergantung kepada bank. Ada juga bank yang tempohnya 10 tahun. Jangan lupa, bila dah buat pinjaman ni, mestilah ada interestnya. Biasanya interest tu dah dikira siap-siap dalam installment yang anda bayar, lebih kurang + – 3.8% .
Bila sebut tetang pinjaman, mesti ada persoalan samada nak pilih yang islamic atau konvensional. Saya bukanlah orang yang layak untuk menerangkan perkara ini. Jadi lebih baik rujuk pada yang pakar, dan kemudian anda buatlah pilihan.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang anda perlu fikirkan dan pertimbangkan. Ingat, jangan beli kereta untuk bergaya. Jadilah pembeli yang bijak. Kalau boleh jadikan liabiliti kita tu sebagai satu sumber yang mampu memberi sumbangan untuk penambahan aset kita. Contohnya dengan adanya kereta, kita boleh buat part time.

Perodua Viva
Posting Pilihan 2

~
Masin: 17 Ogos 2007
Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu tampak murung.
“Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? ” sang Guru bertanya.
“Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, ” jawab sang murid muda.
Sang Guru tersenyum. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.” Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Dia melaksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.
“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.” Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air masin.
“Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.
“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.
“Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. “Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.” Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Dia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu fikirnya.
“Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggoroknya, Sang Guru bertanya kepada, “Bagaimana rasanya?”
“Segar, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.
“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”
“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.
“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, mendengarkan.
“Tapi Nak, rasa `masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu sebesar danau.”
~

Posting Pilihan
Seperti yang saya telah ceritakan pada posting pertama ni. Saya pernah mempunyai dua ke tiga blog sebelum blog ni. Tiba-tiba saya teringat tentang posting-posting (rosak english) saya dalam blog-blog tersebut. Jadi setelah mencari-cari akhirnya saya jumpa satu posting yang saya agak suka. Sebenarnya ada lagi beberapa posting yang saya sayang, tapi saya rasa dah hilang masa hard disk saya rosak dulu.
Jadi, posting pilihan untuk minggu ini:
~
Pesanan Dari Buku: 15 Febuari 2007
Beberapa minggu lepas atau tidak silap saya bulan lepas, saya masih ingat masa tu saya agak tertekan, kepala saya betul-betul berselirat. Banyak perkara yang saya fikir masa tu, mungkin perkara yang tidak sepatutnya dianggap sebagai masalah saya campur adukkan sekali. Waktu tu, saya betul-betul mengharap diberi petunjuk untuk merungkai segala kekusutan yang tak dapat ditanggung lagi.
Malam tu, terlintas dihati saya nak menjenguk buku-buku yang diletakkan di atas rak. Takadalah banyak, tapi saya pelik bilik saya ni memang suka menjadi tempat peninggalan buku-buku atau majalah-majalah yang saya sendiri tak tahu tuan empunyanya. Saya belek-belek buku yang ada, saya pun tak pasti buku apa yang hendak dicapai. Tiba-tiba sebuah buku ditarik , saya terfikir, ‘buku siapa ni? mesti ada yang tertinggal lagi?’ Saya tanya roommate saya, mereka kata tak tahu. Sah, ada yang tertinggal. Tajuk buku tu, sangat menarik perhatian saya. Selak-selak helaian buku, semakin tertarik. Saya duduk dikatil, dan bermulalah sesi pesanan dan muhasabah dari sebuah buku.
Apa yang ada dalam buku itu sangat kena dengan apa yang saya alami, terkena batang hidung sendiri. MasyaAllah, permintaan aku untuk diberi petunjuk dikabulkan dengan serta merta. Mungkin bagi orang lain itu kebetulan, tapi siapa yang mencipta kebetulan itu. Hati saya kembali tenang, setenang-tenangnya. Rasa bahagia dalam diri, walaupun sedar diri ini masih tak kering dengan dosa.
Saya sempat juga mencadangkan pada adik-adik yang datang ke bilik untuk membaca buku ni. Buku yang mudah dibaca, huraian yang ringkas. Sesuai untuk memuhasabah diri yang makin leka dengan dunia. Terasa seperti seorang sahabat sedang menasihati kita. Walauapapun, ia terpulang pada penghayatan si pembacanya. Bukanlah saya nak mengagung-agungkan buku ni. Sekadar ingin berkongsi satu bahan bacaan yang ringan tetapi sangat baik untuk jiwa kita, jiwa seorang wanita/perempuan.
Oleh kerana terpikat, saya ambil keputusan untuk beli buku tersebut. Ini saya ambil sedikit petikan:
‘ ..Pejamkanlah pandangan anda terhadap hal-hal negatif, kekeliruan atau kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, dan tujukanlah pandangan anda hanya pada sisi-sisi positif lagi baik yang ada pada mereka. Tetapkanlah anda berbaik sangka, berpura-pura tidak mengerti, dan berpegang teguh hanya pada Allah. jangan sampai anda berpegang pada manusia, kerana sesungguhnya mereka tidak layak untuk dijadikan pegangan dan sandaran dalam menyelesaikan urusan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Allah berfirman: Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sedikit pun dari (seksaan) Allah… (Al-Jatsiah: 19)’
‘Jangan bersedih. Jadilah Wanita yang paling bahagia’ Dr ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-qarni. (La-Tahzan-Khas untuk wanita)
Kadang-kadang kita bukan tidak tahu, tapi sebagai manusia kita takkan lari dari sifat alpha, leka, cuai. Disitulah peranan sahabat. Kita memang perlu sentiasa diingati. Dosa-dosa yang kita anggap remeh tapi tanpa kita sedari ia sebenarnya menggelapkan hati-hati kita.
~

Beberapa minggu lepas ada beberapa orang yang bertanyakan saya tentang buku ni, saya pun tak pasti buku saya ni ada pada siapa. Setelah bertanya-tanya, akhirnya saya dah jumpa. Tapi buku tu masih belum berada di tangan saya lagi.
Kisah Seekor Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”
Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panic bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus di rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, ” Ada perangkat tikus !” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. “
Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. ” Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. “
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata ” Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Suatu hari, ketika anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.
——> Diambil dari ‘forward email’ <—–
Kemaslah rumah!
Sebuah rumah yang indah, teratur, berbau harum, menenangkan. Itulah yang menjadi impian setiap manusia. Mungkin.

Soalan saya. Susah sangat ke nak kemas rumah atau bilik?
Itulah yang saya tak faham. Saya ni bukanlah orang yang kemas sangat. Tapi saya tak tahulah kenapa saya akan jadi sangat tertekan kalau tengok barang bersepah-sepah dan tak tersusun. Tak kiralah dekat dalam bilik ke, dekat dapur ke, atas meja ke dekat rak ke. Memang rasa sangat tertekan. Dan yang paling saya sangat pantang kalau bilik air kotor!
Semasa duduk di asrama dulu, alhamdulillah saya boleh mengatur dan mengawal bilik serta barang-barang saya dengan baik. Dari sebelum masuk asrama lagi, saya ni memang suka menghias bilik. Tidak saya nafikan, ia sebenarnya hasil dari jeritan maut mak saya kalau dia nampak bilik bersepah. Jadi kami adik beradik memang tak berani nak menyepah rumah. Kadang-kadang tu tersepah jugak. Walaupun hanya berpunca daripada satu kusyen yang tak diletak balik ke tempat asal, alamat sepanjang hari lah kami kena dengar bebelan ibunda tercinta. Tapi itu cerita lama. Sekarang ni baru saya faham apa perasaan bila tengok harta benda bersepah-sepah.
Pernah sekali kawan saya tanya, macamana nak buat bilik jadi kemas. Hmm, macamana? Saya pun baru terfikir masa tu. Jawapan saya, ‘letak balik barang ditempat asal’. Contohnya, bila sikat rambut, lepas sikat letak balik dekat tempatnya jangan letak je atas katil atau atas meja, walau lewat macamana pun, walau kecik macamana pun barang tu!. Bagi saya itu tips paling utama.
Janganlah jadi macam orang, bila di luar nampak cantik, nampak kemas, ayu, bersopan santun, wangi, tapi bilik bersepah tahap hutan belukar tropika. Baju bersangkut sana sini, buku bersepah-sepah, bantal berlonggok. Contoh jelah ni. Aduhai, tahulah orang tak nampak dalam bilik atau rumah awak tu. Tapi tolonglah jaga kebersihan.
Satu lagi, kalau masak. Lepas masak tu, basuhlah terus periuk belanga serta kuali mali tu. Siap landas potong bawang pun terletak atas meja lagi. Ni dok longgok kat dapur tu nak tunggu siapa datang basuh?
Cerita makan pulak. Macamana rasanya lepas makan tak basuh pinggan. Letak je dalam sinki. Ni mesti kes kat umah dulu ada orang gaji. Kalau tak memang sah la pemalaskan. Wahai lelaki sila kaji dulu perkara ni sebelum anda mengahwini wanita idaman anda.
Dengan itu, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama untuk memastikan rumah, bilik atau tempat tinggal anda kemas sentiasa. Ops, diingatkan sekali lagi, saya ni tak adalah pengemas sepanjang masa. Kadang-kadang tu tewas jugak. Terutama bab koleksi jualan gudang di dalam baldi. Jadi ini untuk peringatan kita bersama.
1. Bila sampai je depan rumah, terus susun kasut ditempat yang sepatutnya. Jangan parking je depan pintu.
2. Letak beg anda ditempat yang sepatutnya juga. Kalau tak ada tempat letak beg. Anda boleh usahakan. Contohnya gantung belakang pintu atau susun di tepi katil. Jangan letak beg atas meja atau atas katil. Semak.
3.Bila dah tanggal tudung tu, ambik hanger dan sangkut di penyangkut baju. Bukan ditingkap atau di tombol pintu. Apatah lagi campak je atas katil. Jika rasa dah tak nak pakai tudung tu lagi, terus masuk dalam baldi, tak perlu gantung lagi. Kurangkan pakaian yang bergantung.
4.Letak barang-barang kecil, seperti handsocks, ‘leg’socks, handphone, anak tudung, fail ditempat yang betul. Bukan gantung semua dekat kepala katil atau longgok atas meja.
5.Lipat kain telekung dengan kemas dan gantung elok-elok atau simpan dalam almari.
6.Bangun sahaja dari tidur terus lipat selimut, comforter dan susun bantal.
7.Elakkan simpan barang-barang mandi dalam bilik air. Ini akan mengotorkan lagi bilik air yang sudah sedia kotor.
8.Pastikan tiada sampah yang tercicir semasa keluar dari bilik air. Contohnya petutup ubat gigi, pelastik sabun, rambut yang gugur dan lain-lain.
9.Jangan biarkan bilik air anda berkeladak. Bakteria senang membiak. Cacing pun suka.
10.Terakhir sebelum saya menutup coretan kali ini, pastikan bilik anda kemas sebelum anda keluar bilik dan sebelum tidur!
Alah bisa tegal biasa!