Sambung Master/Ijazah Sarjana

January 19, 2008 at 7:17 am (Master/Ijazah Sarjana)

Sambung master atau bekerja? Itulah yang seringkali berlegar-legar dalam kepala bakal graduan atau yang baru bergelar graduan. Tidak pasti yang mana paling sesuai dengan diri, yang mana lebih menjamin masa depan.

Tetapi ada juga yang telah jelas tentang hala tuju hidupnya. ‘Aku akan mencari kerja. Belajar lagi langsung bukan pilahan aku. ‘, ‘Aku dah penat belajar’, ‘Aku suka belajar’, ‘Aku nak masuk bidang akedemik’. Kenyataan-kenyataan ini sudah cukup membuktikan mereka sudah punya arah untuk disusur. Disini, saya bukan ingin menerangkan yang mana lebih baik, yang mana lebih sesuai, tetapi saya akan ceritakan sedikit apa yang saya tahu untuk menyambung pelajaran dalam bidang sarjana atau master.

Apa yang saya akan nyatakan ini hanyalah bersifat umum, lebih untuk memberi panduan. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menyambung master ni. Apa kelayakan? Dimana tempatnya? Macamana yurannya?

Ok. Pertama sekali, kelayakan. Secara amnya CGPA yang diperlukan ialah 3.00 keatas. Sangat baik jika dapat 3.50 ke atas. Tetapi jika pointer anda kurang daripada 3.00 jangan risau, peluangnya masih luas. Cuma mungkin ada beberapa procedure semasa urusan permohohnan seperti perlu menghadiri interview. Itu bergantung kepada universiti yang dimohon. Jika anda baik dengan pensyarah, itu boleh jadi peluang yang baik untuk anda.

Bila dah ada kelayakan atas kertas, jom kita tengok kelayakan dalam diri pulak. Itu yang paling penting. Anda kena betul-betul tahu kemampuan anda. Master ni jauh sekali susahnya daripada undergrad. Bukan untuk menakutkan atau lemahkan semangat. Tapi, itulah pengalaman kebanyakan yang ambil master. Bayangkan kita hanya diberi tajuk, dan segala-galanya kita uruskan sendiri. Itu jika kita buat master by research. Oh ye, lupa saya nak terangkan, master ni ada dua jenis. By research atau by course.

By reserach tu maksudnya master kita 100% daripada research yang kita jalankan. No exam at all! (Ni yang best). Tapi progress perlu dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan biasanya setiap hujung semester atau setiap 6 bulan. Tempoh masa untuk master jenis ini biasanya 2 tahun. Ada juga yang jenis jalankan dulu research, bila dah nak siap baru register. Kalu macam ni, setahun pun boleh siap. Tapi diingatkan, biasanya student postgraduate (master) perlu present paper di mana-mana conference national atau international. Ini salah satu syarat wajib untuk master.

Untuk by course pulak. Sama macam masa undergrad. Cuma kelas tak adalah sesak macam undergrad dulu. Biasanya kalau by course ni setahun je, tapi ada jugak yang 2 tahun. Saya pun kurang arif tentang master by course ni. Tapi saya penah jugak cari-cari maklumat masa undergrad dulu. Apa yang saya tahu, final sem kena buat thesis. Assignment pun boleh tahan jugak banyaknya (ni dari pengalaman kawan).

Kalau tak silap saya ada jugak jenis master yang by research + by course. Maksud saya, dua-dua pun buat. Buat reseacrh dan ada kelas. Hmm, hebat ni. Mungkin subjek yang diambil tu taklah banyak sangat.

Berbalik pada kelayakan tadi, macamtulah, kalau rasa diri ni memang bukan jenis nak menatap buku, journal, computer, jenis yang nak merayap je, lebih baik fikir lama-lama sikit. Walauapapun, kita mampu mengubah diri kita sebenarnya kelau kita ada kemahuan dan matlamat yang jelas. Minat? Susah nak bincang pasal minat ni. Ada yang kata minat tu boleh dipupuk, tapi kadang-kadang kalau dah jenis memang tak minat, memang tak suka, susah jugakkan? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Sekarang ni, di mana nak sambung? Pilihan memang banyak. Pertama sekali, kalau pointer anda bagus boleh la cuba untuk sambung ke oversea. Biasanya kalau nak pergi oversea ni kena cari sponsor. Cariklah dekat internet mana-mana universiti atau syarikat yang ingin menjadi penaja. Universiti yang biasa saya dengar menaja pelajar ke oversea ialah UM dan UNIMAP/KUKUM. Mereka ada skim yang dipanggil SLAB (Skim Latihan Bumiputera). Mungkin ada universiti lain tapi saya tak pasti. Kalau ditaja dibawah skim ini, kita akan terikat untuk bekerja dengan universiti tersebut. Tempoh pengajian bergantung pada jenis course yang anda ambil. Kalau nak cepat setahun je. Skim ni juga mewajibkan(kalau tak silap) anda menyambung pengajian sehingga PHD. Satu lagi, untuk SLAB UM, pointer anda mestilah atas 3.5. Itupun belum tentu dapat. Kalau UNIMAP, atas 3.00 dah boleh mohon. Jika anda berjaya mohon, anda perlu duduki ujian English-IELTS (macam muet) dan anda kena lepas mengikut markah yang telah ditetapkan. Kosnya kalau tak silap dalam RM500 ke RM600 untuk satu test.

Jika anda telah memilih untuk sambung di dalam negara. Peluangnya begitu cerah sekarang ni. Banyak universiti yang membuka peluang seluas-luasnya untuk menerima pelajar sarjana. Hmm.. masing-masing nak jadi universiti terbaik. Ada beberapa cara yang boleh saya nyatakan disini. Samada anda menjadi research assistance(RA), ditaja sepenuhnya, menaja diri sendiri atau tajaan terhormat dari ibu dan ayah. Sekali lagi, apa yang saya nyatakan ini hanya dari pengalaman dan apa yang saya tahu. Mungkin ada yang silap atau tak cukup. Jadi boleh tambah maklumat lagi.

Saya lihat, sekarang ni ramai yang memilih untuk jadi RA. Kebaikan menjadi RA ni, anda tak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk research. Boleh gunakan peruntukan projek. Itu yang paling utama. Bayaran atau gaji pula bergantung pada grant/funding projek tersebut. Jumlah yang sering saya dengar sekarang ni ialah RM1200-RM1500. Ada juga yang kurang dari RM900 dan ada juga yang mencecah RM2k! Biasanya, kalau jadi RA ni master pun kenalah by research. Yang paling best, jka anda menjadi RA anda boleh mohon skim khas untuk RA dimana anda tak perlu bayar yuran pengajian! (UM contohnya).

Anda juga boleh mohon tajaan daripada universiti-universiti, Kementerian sains, teknologi dan inovasi(MOSTI) , National Science Fellowship (NSF), KHAZANAH dll. Tapi kalau tak silap, khazanah hanya sponsor pelajar ke luar negara. Cuma saya nak ingatkan jika anda ingin mendaftar dahulu kemudian baru apply scholar, pastikan anda mendaftar pada sem 1 (lebih kurang bulan 7 or 8 ) sebab ada penaja yang tidak mahu menerima permohonan pelajar yang daftar sem 2. Ops, jangan pening. Macam ni, bagi yang buat by research anda boleh register bila-bila yang anda nak, sebab tu kena tau pasal ni, tapi kalau by course memang dah ada tarikh yang ditetapkan, tak perlu risau.

Kalau yang mampu boleh la taja sendiri. Boleh juga buat part time master. Yuran pendaftaran untuk by research dalam RM1400-RM2000 dan by course RM2500++++. Bergantung pada universiti dan bidang yang diambil.

Sedikit procedure untuk master by research.

Carik supervisor dalam bidang yang dipilih –> Bincang tajuk–> Buat Proposal–>Hantar borang application –> Tunggu kelulusan –> Tunggu surat tawaran –> Apply scholar (lebih baik selepas dapat tawaran master, sebab lebih kukuh) /RA/Kumpul duit –> Register.

Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin ada yang saya tertinggal atau lupa untuk tulis.

~

My Profile: Research Assistance and Master By Research.

42 Comments

  1. anakkawi said,

    awk UM gak ker?

    sebenarnya klo betul2 nk sambung master lepas degree tu, teruskn je, sbb bila da terlalu lama meninggalkan tempat pengajian, nanti semangat nk sambung tu makin lama makin down…

    [pengalaman member2 aku yg sedang berusaha untuk menyambung master, realitinya klo da start membina kerjaya tu, byk gak org yg sedang wat master 4-5 tahun xabes2, dugaan...]

  2. ida said,

    memandangkan sekarang ini, graduan lepasan degree sukar dapat pekerjaan, adakah ada baiknya kita sambung belajar lagi.

    tapi…..

    loan ptptn dh melambung..
    berminat memang berminat

    saya tak tahu apa harus lakukan….

  3. brightnur said,

    Ida: lebih baik buat keputusan betul2 samada nak sambung belajar atau kerja. Kalau memang tak berminat nak sambung belajar, lupakan saja hasrat tu and fokus untuk carik kerja. Saya cadangkan pada peringkat awal, jangan memilih sangat kerja tu. Memang pada peringkat awal susah nak dapat kerja, tapi dalam awal2 tahun peluang tu akan ada semula. Saya betul2 pesan jangan memilih kerja. Kerjalah apa sahaja walaupun gajinya kurang dari RM1k. Itu sangat penting untuk pengalaman yang akan ditambah dalam CV kita. Kalau nak sambung belajar, lupakan hasrat cari kerja tu. Tapi kalau dua2 pun boleh, carik je dua2 mana dapat dulu grab je (Setelah dipertimbangkan dengan bijak). Lepas tu jangan toleh2 belakang lagi dah. Harap ini dapat membantu.

  4. nazma said,

    smlm dpt cal from UM soh dtg intibiu. tp ms encik tu cal sy tgh drive blk from keje.so xbape dapat detail interview.nwy, he’ll call me back ptg ni. probnye, sy dah lupa under skim ape, maybe slab.last yr rsnye apply.i was UKM student, bukak UM web, salu tgk USM. tp mmg tgh cr peluang smbg n dpt sponsor. even sy dah keje under mara jd ckgu mrsm, tp keinginan nak smbg tu tnggi sgt-sbb tgk ramai my students dah fly,dapat sponsor,jd jeles lak.sy mcm x hrp sgt dapat slab ni sbb my pointer ms undergrad xde la 3.5 pun,tu tkejut gak um cal.bila bc opinion in ths forum lg la xyakin sbb state pointer msti 3.5. tapi try je la..anybody yg ade xperienced kena intrvw skim ni x?

  5. brightnur said,

    Nazma: Thanks for the respon. Ok, tentang interview yang nazma cakap tu rasanya bukan SLAB. Tp ada satu lagi skim, maybe fellowship um. Saya pun tak berapa ingat nama dia. Saya memang ada dengar UM ada buka lagi permohonan untuk skim tu. Satu lagi, maklumat terbaru yang saya dapat beberapa minggu lepas, syarat pointer SLAB UM bukan lagi 3.5 tapi 3.0. Saya pun tak pasti bila di tukar, atau pun saya yang tak tahu memang syaratnya macam tu. Mungkin syarat je 3.0 tapi yang dapat biasanya lepas 3.5..

  6. anakkawi said,

    act biasiswa UM suma pon ade kouta ikut fakulti…
    xkira la slab ke, slai ke.. biasiswa ker,
    dlm satu2 fakulti lak biasanya cuma 10-15 org je yg dpt biasiswa, jumlah ni sentiasa berumabh bergantung kepada jumpa peruntukan yg um bg,
    so xkesah la pointer 3.0 atau 3.5,
    cuma 10 org pertama yg terbaik masa interviu tu je yg dpt,
    apapon dinasihat masa interbiu tu buat la dgn yakin dan terbaik…
    dan satu lg,
    biasanya satu2 universiti tu akan utamakn student undergraduate diorg sblm amik student lain,
    means student deg um lebih berpeluang dpt berbanding student u lain,
    saya rasa suma U pon lebey kurg mcm gitu,
    permohonan dalaman lak slalunye akan dibuka bila calon yg layak menolak biasiswa yg dia da dpt, atas alasan2 sendiri,
    mcm berhenti belajar ke,
    dpt biasiswa len ke..
    so kene rajin2 la tny kt bhgn peng tinggi fakulti masing2,

  7. z>> said,

    saya berminat untuk belajar di usm tapi x berapa pasti sama ada saya mampu untuk mendapat cgpa yang tinggi. lau cgpa dalam linkungan 2.78 bleh k msuk usm?

  8. N.A aziz said,

    alahaiiii…yang saya plak tengah pening nak amek course apa, ngan U mane.. bukan apa, saya dah keja skang, paling ‘best’ ada plak kontrak 5 tahun.. tapi saya tak tahan ngan kerja ni, gila punya tak minat (buat pengetahuan semua saya ni keja cikgu), dah tu saya rasa ade baiknya saya wat master,sebab dari dok tak minat jadi cikgu baik saya carik profesion lain.
    jadi saya mintak tolong kawan2 kat sini kalo dapat suggest master apa yang saya bleh wat. ingat nak wat tahun depan, blanje sendiri pun gasak lah.janji saya puas ati. saya ada degree tesl, jadi bidang master ape yang sesuai ye??? tolong, bagi pendapat..

  9. brightnur said,

    N.A.Aziz: Sebelum tu boleh saya tahu, ape minat awak? Awak kena tau minat jugak, or paling2 awak tau ape yang awak rasa awak boleh bawak.. Master ni pun kalau tka minat susah jugak.

  10. grandsazer said,

    salam….klu blh nk mntk tlg bgtau cr nk smbg mster cr research 2 mcmne…mula2 nk daftar n so on…..dh bk web tp xjump(xreti kot hehehe) tlg habaqq skit ek..tq

  11. brightnur said,

    grandsazer: “Carik supervisor dalam bidang yang dipilih –> Bincang tajuk–> Buat Proposal–>Hantar borang application –> Tunggu kelulusan –> Tunggu surat tawaran –> Apply scholar (lebih baik selepas dapat tawaran master, sebab lebih kukuh) /RA/Kumpul duit –> Register.”. Yang penting cari supervisor dulu n bincang dengan die.

  12. grandsazer said,

    salam…tq ats guidline2
    cm nk tau skit lg…maknanya kite trs direct cr supervsr tnpa dftr dl?so klu katakn kite xknl sape2 dlm bidang yg kite minat@yg nk tls tesis 2, ada jln mcmne lak?then agak2 la biasanya lm ke nk tau penerimaan proposol kite 2?tq byk2

  13. brightnur said,

    grandsazer: yup.. kena carik supervisor dulu.. bincang2 dgn supervisor n lepas tu baru buat proposal. approve tak approve bergantung pada supervisor.. biasenye takde lah lm mana.. klu supervisor puas hati, thn ok jelah. buleh hantar application master terus, n proposal tu kene hantar sekali. untuk application master ni yang lambat sikit.. paling awal sebulan la kot.. paling lewat dlm 2 bulan maybe.. klu tak kenal lecturer, kena pandai2 carik, tanya2 orang, tgk website.. itu jelah caranye..

  14. ann said,

    Salam….21 jan tis coming wed saya ada interview di Fak Alam Bina untuk SLAB. Actly saya nk tau btl ke aplicant yg berjaya akan dpt futher master + jd lect di UM??? or juz smbg master sahaja??? saya mmg berminat n nk tau tips interview SLAB ni. Harap sudi membantu..

  15. mahani said,

    assalamulaikum, pasal smbg mster ni….nk tnya mcm ne pulak dgn penaja yg akan membyr yuran???? adakah msh boleh mohon ptptn???? kalau ya, cepat ke dpt???? yalah smbg mstr ni bukannya murah yuran dia….nk hrpkan duit sndiri manalah cukup, tmbh pulak bg graduan yg baru keluar….

    oh ya, nk cari kerja pun susah skrg…. bkn terlalu memilih tp kalau gaji yg dberikan x cukup nk biayai hidup, dan silap2 ari kena minta duit dgn ayah pulak….
    apa2 hal, kerja lah apa2 pun yg blh sara hidup dan plg penting dpt pengalaman…

  16. brightnur said,

    ann: ye. kalau slab, mmg confirm kena jadi lecturer n kene sambung phd. itu setakat yang saya tahu la. kalau ada perubahan terbaru saya tak pasti.

    mahani: ptptn rasanye tak dibuka untuk postgrad. Untuk tajaan, boleh try fellowship kpt. itu jelah chance yang baik. fellowship ni apply melalui university. lagi satu, plan nak study dekat u mane ye. setiap u, peluang tajaan tu lain2..

  17. Anak Malaya said,

    Pengalaman aku dalam interview SLAB UM, mggu lepas.

    -Mula2 masuk, beri salam. Diorang (panel penilai yg terdiri dr profesor2) persilakan duduk.
    -Dia tanya kita nak wat kajian ttg apa.
    -Pastu,dekan aku mula wat provokasi, kata tajuk tu dah ada orang buat, byk lg tajuk yg boleh buat, xpenting la dan bla bla…
    -So, peranan kita dengan berani + yakin mempertahankan tajuk tu, klu boleh buat sampai diorg diam….huhuhu
    -Kemudian, sorang demi sorang tanya soalan. (kebanyakannya berkisar ttg bidang kajian yg kita nak wat)
    -Yang penting jawab dgn berani ngan yakin…
    -Itula sedikit sebanyak pengalaman yg aku ada…

    p/s: kpd kengkawan yang nak diinterview tu, Selamat Maju Jaya….;-)

  18. ann said,

    SLAB!!!! huh!!! serius sy dh attend n prepare mcm2 utk interv SLAB ni. Buat proposal master… stdy pasal field kita… kot2 lah panel tanya kn. At last…what happen time interv???? langsung xtanya pasal kita punya future stdy… yg ditanya… sy punya dgree. mcm2 dia tanya pasal dgree sy. Kwn2 ms dgree n so on yg berkaitan dgn dgree sy. Kesimpulannya…kita kn prepare dr semua aspek. kpd yg memberi tips…thx a lot. Kepada yg sesama interv last week… g luck. moga2 kita peroleh rezeki dlm SLAB ni. Amin……

  19. Anak Malaya said,

    Sape yg dpt tu, jgn lupa belanja nnt k..hehehe.. Weh, result SLAB kuar bila ek?? Aku rasa cam nak dpt ja…haha… Sabo je la…

  20. nora said,

    Salam

    Boleh tau anak malaya interview SLAB dgn fakulti mana?

  21. nora said,

    Ada sesiapa yg dah pergi intvw SLAB dgn fakulti sains UM?

  22. grandsazer said,

    salam….skrg ni musim nk daftar master tp rs cam pening lg la nk pilih yg mn,desertasi@couursework..ade org kate klu yg nulis sj ni kite kn strong skit la sbb kite xde ngaji nk pensyarah pun ade yg xknl kite,btl ke?
    tp sbnrnya tgh pening lalat hijau lg ni nk pilih yg mn hehehehhe ade cadangan x?tq

  23. brightnur said,

    disertasi or corsework? dua2 pun ade susahnye. macam ni, kalau ada plan nak sambung phd, n betul2 tahan dengan kerja2 research, tak putus asa kalau takde result, bersedia untuk extand 3, 4 tahun.. hehe.. buleh la amek disertasi.. serius pengalaman saya untuk buat research ni memang memeritkan.. tapi best sebenarnye.. n sekarang ni saya masih berusaha gigih lagi.. ok, tak semua orang susah.. ade yang buleh grad master relak2 je.. depend pada tajuk, result, supervisor sumer tu.. kalau nasib baik, baik lah.. kalau tak.. bersedialah.. lagi satu.. masuk line akedemik ni takde la bersih sangat.. serius..

  24. anak malaya said,

    nora: fac ais

  25. az said,

    kalu kte degree dlm education blh ke amek master dlm bdg lain?

  26. nnazirah said,

    wa… best nyer budak2 master ni smbang
    kagum ngan orang pandai2 ni
    saya budak um,math student tapi tak minat nak smbung dah… pointer tak lpas pun 2.5 huhu… sbb 2 tak minat. tapi kan kalo sambung master kalu yang tak berkaitan ngan kos math tak per ker?

  27. ann said,

    kengkawan…. result slab dh klr ke??? sape dh dpt ek..

  28. uwa said,

    Hurmm saya ade apply SLAB dekat UM tapi takde pun panggil interview. Maksudnya tak berjaya la ye.. Sedihnya..
    Saya tahu pasal UITM punya tenaga pengajar muda dah keluar ke result dia? Hurmm tak dapat jugak la tu. Tak ada panggil interview pun..
    sedihnye

  29. Nisa said,

    Macamane nak mohon SLAB?ada advertise ke SLAB ni?

  30. king said,

    Salam…aku sebenarnya nak sambung master…tp dulu masa graduate pointer rendahh..bole ke..
    pastu skrg aku dah keje cegu nak masuk 3 tahun..kalo bole nak sambung master bawah tajaan kpm ataupun buat part time..
    sesapa bole tolong aku untuk tunjukkan lorong yang betul…
    semangat belaja masih ada lagi..nak tebus balik apa yang aku dah tinggalkan masa wat degree dulu..thanks

  31. brightnur said,

    timtam: dalam masa terdekat ni saya akan buat entry tuk update tentang master, dan perkara berkaitan (yang saya tahu).

  32. fiza said,

    saya tengah berfilir nak sambung master. sekarang tengah nak buat proposal sbb nk buat research. igat nak buat kat um sbb sy ijazah muda um gak. pointer cuma 3.2 je. baru habis exam akhir. result pun tak kluar lagi. graduate bulan 8 insyaallah.. nak buat kat fat sastera sains sosial, jabatan asia timur. tapi macam takut je.. maklumlah master ni bukan senang ek.. sesape ade ilmu tentang master ni, kongsilah, bagilah semangat sikit kat saya ni sbb cita2 nak jd pensyarah tapi takut proposal tak ditrima.

  33. fiza said,

    saya pun minat sesanagat nak jd pensyarah, sekarang masters tak laku lagi ke nak apply pansyarah?, kne wajib ade phd ke?

  34. fariha said,

    assalamualaikum..

    saya nak sambung master kat um….skg dh dpt cr supervisor,tp saya x faham nak tulis proposal….ade x contoh proposal?….

  35. nor said,

    akummmmm…. saya pun nak sambung master gak…. nak buat part time… sya memang minat study,….. boring and tension gak jadi cikgu… rasanya baik sambung belajar…..tahu tak camana nak sambung buat master kat usm part time….

  36. lin_gafee said,

    salam…sy sekarang tengah sambung satu sem lagi kat um, dan maybe akan sambung mster kat um gak hujng tahun ni n dah ade supervisor…..so, now sy tengah mencari scholarship….sy dah tengok iklan slab um yg deadline 8/12 ni…sempat ke sy apply SLAB um?

  37. hafizah said,

    sebenarnya kak sebelum ni saya kerja sebagai seorang pelajar praktikal…keinginan untuk saya belajar terus menebal bila mana pekerja tempat saya praktikal still pandang rendah terhadap kami. Mungkin sbb dikalangan mereka dah ramai master. So hope akak teruskan belajar master. Kalo rasa nak kerja amik jarak jauh. Saya pelajar akhir UKM dan InsyaAllah nak terus master lepas Grad

  38. jun aka junior said,

    Assalamualaikum,
    Saya dah dpt twaran slab n tmpt pengajian utk satu U ni. Tapi tak konfiden bleh bawak master research ke tak.. la tgh pening nak terima ke tak ni?..
    atau nak sambung guna ptptn ka?..
    Bleh tlg bagi pendapat tak.. mana tg lagi bagus?..PTPTN ke SLAB?.
    dpt bidang mikro-e.. tapi lebih minat pd marine research..

  39. Mohamad Asraf said,

    Salam saya pelajar teknologi maklumat sekarang tahun 2..saya sebenarnya berhajat nak sambung master dalam bidang TESL di UIAM..Boleh atau tidak sebab saya tak minat nak belajar teknologi maklumat lagi…
    Tolong ye saya dalam dilema skrg..

  40. rozzy said,

    ikutkan ati mmg nk sgt2 smbung study…
    nk wat cmne ek…..ptptn xbayar2 lagi…
    nk wat master duit lagi kn….

  41. are-da said,

    anybody…
    who can answer me,,,
    how to apply slab under um?

  42. korporat said,

    salam..nk tnya.saya pelajar thun akhir.amat2 berminat nk smbung master.masalahnya nk tnya bila kita blh start apply master?time kita last sem ke time kita dh konvo?lg satu nk tnya,time apply tu perlu ker tunjuk transkrip?transkrip tu kita akan dpt time konvo kan..tolong la……betul2 lost nie.xder tmpat nk bertanya

Post a Comment