Pengakuan Mahathir-Memori 1999
Kesibukan yang melanda kebelakangan ni menyebabkan saya langsung tidak berkesempatan menulis. Hari ini, dengan sedikit kelapangan yang ada, saya usahakan juga untuk luangkan sedikit masa di blog ini.
……….
Ini adalah video yang agak menarik perhatian saya dalam minggu ini. Telah beberapa kali saya dapat link ini, dan saya mengambil masa hampir seminggu untuk mendengar keseluruhan rakaman (dengar sikit-sikit, sebab sibuk, lepastu kena tunggu loading dulu)
Antara link yang baik juga adalah di sini, web site ni dah edit point-point menarik and di’compile’kan. Kalu nak tengok video full pula boleh klik sini and sambungannya boleh terus cari dari situ.
Saya rasa ramai pelayar-pelayar internet yang telah pun melihat video ini. Cumanya, video ini telah membuat saya mengimbas kembali semasa zaman pemecatan Dato’ Sri Annuar Ibrahim. Saya masih ingat lagi kedua-dua bekas pemimpin ini adalah satu gabungan yang amat saya kagumi samasa umur saya dalam lingkungan 12 tahun sehinggalah tersebarnya berita, adanya krisis diantara Mahathir dengan Anuar. Saya adalah antara orang yang paling gusar pada masa tu. Setiap kali balik sekolah, saya akan bertanya mak saya apa perkembangan berita tersebut. Pada masa tu pengetahuan saya tetang politik memang agak baik untuk remaja perempuan yang berumur 14 tahun. Saya memang seorang remaja yang mempunyai semangat ‘Malaysia Boleh’ yang sangat tinggi. Betul-betul menyahut seruan kerajaan pada masa tu. Tapi yang kurangnya, maklumat-maklumat yang saya perolehi hanyalah daripada Buletin Utama dan Utusan Malaysia. Jadi kurang kepelbagaian di situ.
Setelah diumumkan mengenai pemecatan Anuar Ibrahim, hati saya hancur luluh. Mana lagi boleh dicari gabungan pemimpin seperti itu, Mahathir yang mempunyai akal yang hebat dan Anuar pula agak ‘alim’. Itu satu gabungan yang memang mantap. Saya betul-betul kecewa. Sehinggakan saya langsung tidak mahu mengikuti perkembangan isu tersebut. Saya yang selama ini memang dididik untuk tengok berita, bila sampai je part isu Mahathir-Anuar, saya akan bosan dan membebel ‘tak ada berita lain ke?’ . Paling saya bengang bila ada pulak siap bawak tilam pergi mahkamah. Betul-betul hangin. Saya siap keluarkan statement pada kawan-kawan dan keluarga saya, ‘Saya takkan judge mana-mana pihak, hanya Mahathir, Anuar dan Allah sahaja yang tahu siapa yang benar, siapa yang salah’.
Walaubagaimanapun, persekitaran dan pengaruh sedikit sebanyak menyebabkan saya cenderung kepada mahathir. Segala tuduhan saya rasakan agak logik, cuma part liwat tu saya agak kurang percaya. Hmm, dan saya rasa pada masa tulah pertama kali saya dengar perkataan liwat. Kalau tak silap saya, saya siap cek dekat kamus nak tahu apa maksud dia. Sebab tanya dekat mak, mak saya tak jawab. huu..
Sehinggalah pilihanraya 1999, rupa-rupanya semangat cintakan negara yang tertanam dalam diri saya begitu tinggi sekali. Walaupun saya tak turun meraih undi, tapi pada malam pengumuman PRU tersebut saya tunggu sehingga pukul 4 pagi untuk dengar semua keputusan. Pada waktu itulah terengganu jatuh ke tangan PAS. Sedih sungguh hati saya masa tu.
Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan menjadi warga MRSM, saya mula melihat dunia yang luas ni sedikit demi sedikit. Pernah satu masa tu, saya duduk bersantai dibilik (buat port-bahasa asrama) bersama kawan-kawan lain. Topik pada hari tu adalah politik. Hampir semua kawan-kawan yang ada dalam port tersebut agak berhaluan kiri. Mereka menceritakan apa yang berlaku di tempat mereka, yang tidak diketahui orang lain. Saya hanya diam membatu. Selalunya, memang saya akan bidas habis-habisan kalau ada orang-orang berhaluan kiri ni. Tapi, hari tu saya betul-betul terdiam. Memang absorb habis-habisan. Saya sebenarnya kagum dengan situasi tu, kawan-kawan saya yang bersuara tu adalah orang-orang yang brilliant otaknya, bukan calang-calang orang. Memang dari golongan bijak pandai, bukan macam saya budak nakal dan malas belajar yang tercampak di MRSM tersebut. Keluarga mereka pun dari orang-orang yang terpelajar, gaji besar la katakan. Tapiiiiii, hmm.. tak sangka orang-orang kaya dan terpelajar pun ada yang sokong pembangkang ye. Mula dari situ, persepsi saya mula berubah sedikit demi sedikit.
Saya membesar dalam keluarga UMNO, lingkungan UMNO. Setiap tahun, dari kecil saya akan pergi mesyuarat agung UMNO cawangan, jaga kaunter pendaftaran lagi, masa tu masih sekolah rendah. Brooch tudung pun logo UMNO. Lagu UMNO tak payah cakap la, boleh buat siulan dekat dapur lagi.
Kesimpulan dari posting kali ni mudah je, saja hurai panjang-panjang. Kesimpulannya, persoalan saya 10 tahun lalu telah terjawab. Mungkin. Jika itu adalah pengakuan ikhlas. Bukan video yang di edit. Mahathir bukan di ugut untuk buat kenyataan tu. Tapi pada penilaian saya, kesahihan video tu adalah 99.9%.