Andai ku tahu…

Ungu – Andai Ku Tahu
Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Mungkin tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu
Ampuni aku
Dari segala dosa2 ku
Ampuni aku
Menangis minta tobat PadaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu
—–***—–
Setelah sekian lama dengar lagu ni (semenjak PRU lepas), baru hari ni saya sedar lagu ni sebenarnya kearah ketuhanan.
Online banking, macamana yer??
Saya baru sahaja lepas transfer sejumlah wang ke akaun kawan saya secara online. Tiba-tiba terasa untuk berkongsi tentang penggunaan perbankan online ni. Sebelum ni pun, tak sedikit yang bertanya saya bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan ni.
Tak susah. Secara amnya, anda hanya perlu ke mesin ATM dan daftar untuk online banking. Anda perlu masukkan kata laluan yang berbeza dengan kata laluan yang anda guna untuk ATM kad. Jangan lupa untuk register nombor handphone anda juga (Ini procedure yang pernah saya jumpa, setiap bank mungkin berbeza. Tapi secara basic, beginilah caranya). Nombor handphone anda tu sangat penting kerana semasa anda hendak berurusan secara online yang melibatkan sebarang transaksi, kod pengesahan akan dihantar pada handphone anda.
Mudah kan?
Anda bukan sahaja boleh pindahkan wang ke akaun dari bank yang sama, tapi juga ke bank lain dengan sedikit charge (RM1 – RM2) dan lewat sehari or dua hari masa bekerja. Selain itu, anda boleh bayar macam-macam bil (i.e air, elektrik, tmnet, astro), bayar yuran pengajian, topup dengan segala jenis topup, dan macam-macam lagi.
Jadi kenapa perlu bersusah payah menapak ke bank atau pejabat pos, tambah dengan barisan panjang, sedangkan ada cara yang berkali-kali menjimatkan masa dan tenaga. Segalanya di hujung jari anda. (Hmm.. bank kena bagi komisyen dekat saya ni, sebab tolong promote)
P/s: Kadang-kadang to slow jugak online banking ni.
Saya suka Datuk Husam
Malaysiakini: Nasib Husam jadi tanda tanya
Mar 12, 08 5:10pm — kemaskini 10pm
Nasib naib presiden PAS Datuk Husam Musa, yang kembali tersenarai dalam barisan exco Kelantan, kini dalam tanda tanya besar apabila beliau dikatakan cuba diketepikan.
Daripada pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat pada penggal lalu, Husam ditawarkan portfolio yang lebih rendah – cuma mengurus, antara lain, hal-ehwal belia dan sukan.
Malaysiakini difahamkan mesyuarat untuk membahagikan bidang tugas exco negeri yang berlangsung pagi tadi terpaksa ditangguhkan akibat perebutan bidang kuasa exco di negeri kubu PAS itu.
Dalam mesyuarat awal itu, keputusan muktamad belum dibuat walaupun pengumuman barisan exco negeri dijangka diadakan esok.
PAS berjaya mengekalkan negeri itu dengan pertambahan undi yang lebih besar, menawan 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.
PAS memerintah negeri itu dengan kelebihan satu kerusi sahaja pada penggal lalu selepas pilihanraya kecil Pengkalan Pasir pada 2005 memihak kepada BN.
Menurut sumber PAS Kelantan, kedudukan Husam belum dapat dipastikan setakat ini.
Husam, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, berkata ringkas “saya terima apa sahaja jawatan.”
Beliau enggan mengulas lanjut isu beliau cuba dipinggirkan.
Awal malam ini, bagaimanapun, portfolio lama Husam dikembalikan kepadanya tetapi dengan tambahan untuk mengurus hal-ehwal belia dan sukan.
Namun, sumber itu menambah, perubahan kepada portfolio asalnya itu diketahui oleh penyokong Husam sekitar 7:30 petang tadi.
Sumber itu menambah, perubahan saat akhir ini tidak dapat dipastikan lagi sehingga barisan exco diumumkan esok.
Sumber itu bimbang akan ada lagi perubahan mendadak di luar jangka antara saat ini hingga esok.
Husam tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkembangan terbaru itu.
Malaysiakini difahamkan terdapat beberapa perubahan dalam bidang tugas exco kali ini berbanding penggal lalu.
Beliau yang diura-urakan sebagai pengganti Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sering menghadapi persaingan sengit daripada beberapa pemimpin PAS negeri, termasuk dalam kalangan exco negeri.
Bekas setiausaha akhbar Nik Aziz itu juga gagal mendapat sokongan undi PAS Kelantan sewaktu muktamar parti itu di Kota Bharu tahun lalu.
Beliau bagaimanapun berjaya mengekalkan jawatan parti yang disandangnya sekarang dengan sokongan negeri-negeri lain.
—————————————————————————————————-
Tahu tak orang-orang UMNO sangat menghormati Datuk Husam? Tahu tak mak saya pernah cakap ‘Datuk Husam tu bagus sangat’.
Kalau Kelantan taknak Datuk Husam kami orang selangor ni sangat mengalu-alukan Datuk Husam ke sini.
Keputusan PRU 12 merisaukan
Pengumuman pilihanraya umum ke-12 telah pun berlalu dua hari lepas. Tetapi, topik pilihanraya masih lagi menjadi perbualan hangat di mana-mana. Saya tergerak untuk menyatakan pandangan peribadi saya, memandangkan negeri saya yang tercinta, Selangor Darul Ehsan akhirnya telah bertukar pimpinan. Pada hari pengundian, saya tidak berada di kampung saya kerana saya mengundi di tempat lain, tetapi masih di dalam selangor. Saya sengaja tidak balik ke kampung setelah mengundi kerana ingin mendengar keputusan bersama sahabat-sahabat sehaluan.
Pada hari Ahad saya mendapat panggilan dari mak saya. Mak saya membebel-bebel dengan nada yang agak keras kerana tidak puas hati Selangor jatuh ke tangan pembangkang. Satu ayat yang menikam saya ‘Ni tempat ko ngundi BN kalah ni mesti sebab ko undi pembangkang lah ni!’ (orang jawa memang ayat kasar sikit) Gulp..Saya terpukul. Tak pasal-pasal saya di sound. Sehingga kini saya masih belum pasti, itu adalah kenyataan yang betul-betul ada makna atau hanya sekadar bergurau. Daripada respon mak saya ni, saya dah boleh bayangkan betapa hangatnya suasana di kampung saya atas kekalahan BN pada PRU kali ini.
Apa yang saya ingin nyatakan di sini, penyokong-penyokong BN begitu risau dan gusar dengan kekalahan ini. Mereka seperti hilang arah dan terlalu marah. Yang pastinya mereka lebih memarahi orang-orang yang dikatakan ‘bodoh’ kerana percaya dengan kempen-kempen pembangkang. Tidak dinafikan mereka juga sedar kesilapan BN dalam percaturan calon-calon yang diletakkan di Selangor. Daripada sumber-sumber terdekat, ramai penyokong BN di kampung saya yang tidak keluar mengundi sebagai tanda protes. Mereka nak bagi pengajaran pada UMNO di DUN kami. Mereka juga sangkakan hanya DUN kami sahaja yang akan kalah. Tapi tidak disangka-sangka rupa-rupanya hampir semua DUN fikirkan benda yang sama, mungkin. Mereka bagaikan terkena kejutan voltan tinggi apabila Selangor jatuh di tangan pembangkang.
Berbagai-bagai spekulasi, andaian, dan bayangan dalam kepala mereka tentang nasib Selangor dibawah pemerintahan pembangkang. ‘Habislah selangor..’ Ini ayat yang biasa didengar. Mereka berfikir pembangkang akan mengaut segala keuntungan negeri, pembangkang akan melupakan semua janji-janji semasa berkempen, pembangkang akan menindas rakyat. Mereka betul-betul risau. Langsung tidak ada yang positif dalam fikiran mereka tentang pembangkang. Paling-paling pun ayat mereka. ‘Takpe, kita tengok apa diorang boleh buat’ , ‘Nak tengok diorang turunkan harga minyak’, ‘Nak tengok diorang turnkan harga barang’. Mereka juga turut mengapi-apikan pengundi-pengundi atas pagar bahawa pembangkang adalah penipu dan akan mengaut kekayaan selangor.
Apa yang saya katakan ini, bukanlah andaian atau rekaan saya. Tetapi apa yang saya dengar dan lihat dengan mata kepala saya sendiri di kampung saya.
Secara peribadi, saya juga agak gusar dengan situasi ini. Apa akan terjadi jika kerajaan baru tidak mampu membawa perubahan kepada selangor. Pasti BN akan mendapat tempat semula di mata rakyat untuk PRU akan datang dan terlalu sukar untuk pembangkang menapak kembali untuk penggal-penggal seterusnya.
Apa yang saya harapkan, kerajaan selangor perlulah menjalankan tanggungjawab yang dipikul sebaik mungkin. Pengorbanan yang cukup besar diperlukan untuk memujuk rakyat yang sedang bersedih di atas kekalahan BN, disamping membuktikan kepada pengundi bahawa undi mereka tidak sia-sia.
Antara perkara penting yang boleh diambil perhatian ialah isu jalan. Jalan-jalan di Selangor terlalu teruk terutama dikawasan-kawasan perindustrian. Perkara ini amat menyakitkan hati pengguna. Kelihatan ada kesan-kesan jalan ditampal, tetapi seperti melepaskan batuk ditangga. Di satu kawasan di selangor juga terdapat papan tanda untuk membina jalan tetapi sehingga kini tiada apa yang berlaku walaupun tempoh yang dinyatakan telah lama berlalu. Perkara ini disedari oleh penyokong-penyokong BN tetapi tak tahulah apa yang mengaburkan mata mereka sehingga masih memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN.
Isu tanah juga sangat penting untuk diselesaikan. Tidak kecil jumlah pengundi yang mengundi pembangkang kerana mereka sudah bosan tentang isu tanah yang masih tidak selesai sehingga kini. Selain itu, isu kebersihan, isu sampah wajib diselesaikan untuk membuktikan kerajaan negeri betul-betul ambil kisah tetang masalah ini. Saya ni, bukanlah berniat untuk mengajar kerajaan cuma kerisauan di hati ini menyebabkan saya ingin luahkannya disini.
Saya pasti dugaan hebat akan diterima oleh kerajaan baru selangor. Pasti pembangkang negeri (BN) kini ada pelbagai-bagai strategi untuk memastikan perancangan kerajaan tidak dapat dijalankan. Tapi, segala-galanya bergantung pada keyakinan dan kesungguhan. Biar apa pun yang berlaku perjuangan perlu diteruskan. Selamat berjaya untuk kerajaan baru Selangor. Buktikan pada rakyat pembangkang mampu memerintah jauh lebih baik daripada BN.
Sambungan: Pengakuan Mahathir
Ini berita yang baru saya jumpa. Mungkin lambat sedikit.
Musim pilihan raya: Mahathir kena main…(Agenda Daily)
Hai..macam-macam. Memang patutla ramai orang tak suka dan benci politik.