Inikah nasyid?

April 26, 2008 at 1:24 pm (Pendapat) ()

Saya tak pasti hari apa rancangan carta nasyid di RTM ditayangkan. Tapi, beberapa minggu lepas saya sempat juga sekali imbas melihat aksi-aksi kumpulan nasyid dalam video klip meraka. Saya terus tergelak kecil.

Maaf kepada ahli-ahli kumpulan nasyid di Malaysia dan semua peminat-peminatnya. Saya pun bukan tidak meminati nasyid, cuma kebelakangan ini saya rasakan lagu-lagu nasyid sudah jauh dari acuan asalnya. Kadang-kadang sudah tiada beza dengan lagu-lagu pop biasa. Yang berbeza hanya liriknya sahaja, itu pun sebab ada ditambah ayat-ayat insaf sedikit.

Itu dari segi lagu. Macamana pula dengan penampilan dan pembawaan kumpulan-kumpulan nasyid ini? Sinonimnya, kumpulan nasyid akan pakai baju yang sama, atau jenis sama warna lain-lain, warna pulak yang terang menderang sampai silau mata (sesetengah), kalau pakai baju batik semua pakai baju batik, kalau baju melayu semua baju melayu, kalau nak nampak rock sikit semua pakai baju ala rock yang sama. Pendek kata, mesti sama. Belum lagi kalau yang perempuan. Kalau pergi First Lady, ‘Kak, bagi baju yang ni lima ye. 3 saiz M, 2 saiz L, warna biru, hijau, kuning, ungu dengan merah jambu ye. Terima kasih. Oh ye, lagi satu tudung macam ni pun 5 gak. Match dengan warna baju. DAN selendang kilat-kilat ni, sama gak.. Eh, anak tudung ni jugak.. bla3x..’

Jom tengok video klip pulak. Tak sah kalau dalam video tu tak ada babak berbaris ramai-ramai, lepas tu kamera shot dari sisi. Tak pun buat bentuk segi tiga, yang tinggi tengah yang pendek tepi. Kalu gaya tangan pulak, segala bende yang ada dalam lirik mesti nak digayakan. Yang dah sahnya mestilah part doa, angkat dua-dua tangan atas sikit dari paras hidung. kalu pokok buat gaya pokok, kalau kau tunjuk camera, kalau aku tunjuk diri sendiri. Lebih kurang begitulah. Kalau yang cinta-cinta mesti ada perempuan ala-ala solehah yang cantik, pakai makeup tebal mak aih. Tempat pulak dekat masjid, tepi pantai, tepi jalan, gurun(buatan), taman, tasik dan yang sewaktu dengannya.

Cukuplah setakat ini komen-komen saya. Ini bukanlah kritikan untuk menjatuhkan nasyid. Tapi saya harap sangat kumpulan-kumpulan nasyid ni fikirkan sesuatu yang lebih sesuai dengan mentaliti masyarakat sekarang. Memang nasyid sudah ada peminat-peminatnya sendiri. Tapi kalau itu sahaja sasarannya tak tercapailah matlamat berdakwah melaui hiburan yang sibuk diwarwarkan. Contohi penyanyi-penyanyi dakwah antarabangsa seperti Sammi Yusoff, Soldier of Allah, Zain Bhika, Dawud Whardsby Ali dan lain-lain. Qualiti lagu dan mesej yang disampaikan jauh berbeza. Lagu mereka ada yang cukup simple, tapi mesej sangat jelas. Raihan juga sebenarnya agak cemerlang. Tetapi hanya raihan. Bagaimana yang lain?

Permalink 1 Comment

Makhluk tuhan paling…?

April 26, 2008 at 12:28 pm (Politik) (, )

Siapa yang tidak sedar tentang populariti kumpulan makhluk tuhan yang semakin meningkat naik kebelakangan  ni? Sememangnya telah ramai yang meminta supaya pulisiti murahan ini dihentikan sahaja. Memang cukup membosankan. Pernah sebuah stesen tv swasta menyiarkan tentang berita ini lebih dari 15 minit! Cukup memualkan.

Jadi, kenapa saya masih nak menambahkan rasa mual tu. Sebenarnya saya cuma terfikir satu perkara. Cuba kalau kita terbalikkan situasi ini. Jika sekarang BA/PR memerintah selangor dan BN sebagai pembangkang, cuba kita terbalikkan situasi ini. BN sebagai pemerintah selangor dan BA sebagai pembangkang, macam dulu-dulu. Agak-agaknya macamana respon kedua-dua belah pihak tentang isu ni. Mungkinkah BN akan mempertahankan projek mega ini dengan sehabis daya. Mengeluarkan segala hujah betapa baiknya projek ternakan yang canggih manggih itu. Bagaimana pula dengan BA, mungkinkah memorendum akan dihantar kepada pejabat kerajaan negeri, seperti biasa. Atau ahli-ahli PAS memprotes hebat projek tersebut.

Begitulah politik…Mungkin..

Maaf kerana menambahkan lagi rasa mual..

“Babi juga makhluk tuhan” Teresa Kok.

Permalink 1 Comment

Keretaku

April 17, 2008 at 5:07 am (Kereta, Wanita) (, )

Ada beberapa perkara penting yang saya dah lama nak tulis di blog ni. Tapi untuk masa ni mood saya nak tulis tentang sambungan entry Nak beli kereta?

Masa saya menulis entry tu, saya belum pun memiliki kereta sendiri. Sekarang ni, alhamdulillah saya dah ada kereta sendiri. Kereta apa? Kereta kecik je, tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Viva 1.0 Auto Standard .

Memandangkan saya dah ada kereta ni, bolehlah saya berkongsi pengalman saya sepanjang beberapa bulan menggunakan Viva ku ini.

Waktu awal-awal nak beli kereta ni, payah juga nak buat keputusan. Risau tak mampu nak bayar bulan-bulan / installment. Macam-macam perlu difikirkan. Dengan minyak yang memang kita dah sedia tahu tahap pencekikkan darahnya, dengan maintenancenye, terutama service, insurance etc. Memang memeningkan jugak. Tapi setelah difikir dengan mendalam, saya memang sangat-sangat memerlukan kereta, senang nak terbang ke sana ke sini, terbang balik kampung, terbang ke program, terbang balik ke tempat kerja. Ye, kereta sangat penting untuk memudahkan pergerakan saya. Akhirnya, pada penghujung tahun lepas saya gagahkan juga membuat keputusan, tambahan lagi mak saya dah beria-ria nak saya beli kereta.

Dengan sedikit duit simpanan yang ada saya keluarkan RM1600 sebagai downpayment kereta. Pada masa tu ada promotion, so downpayment murah sikit. Loan kereta telah lulus dalam masa dua hari sahaja, tetapi malangnya kereta yang dijanjikan dah habis stok. Walaupun pada asalnya salesman tu kate ada. Jadi perlulah tunggu lagi sebulan. Kalau manual, katanya ada stock. Saya serahkan kepada mak saya samada nak ambil manual atau nak tunggu auto, dan mak saya pilih untuk tunggu auto.

Pada akhir bulan 1, akhirnya saya dapat juga kereta saya, warna hijau. Walaupun asalnya nak warna pearl jade tapi ok juga warna ni, tak kotor sangat. Masa nak dapat kereta tu, ada sedikit masalah. Saya kena tambah lagi RM500, katanya sebab promotion yang lepas dah tamat. Suka hati je, masa book dulu cerita lain. Bincang-bincang, saya kena tambah RM100 je lagi dan akhirnya dapatlah kunci kerata. Dengan itu, bermulalah tanggungan saya sebanyak RM451 setiap bulan (installment).

Viva, atau mana-mana kereta produa ni, ada schedule service dia. Setiap 1000km/Sebulan mana-mana yang datang dulu, 5000km, dan seterusnya setiap 10,000km.

Nak kata hebat tak hebat saya pakai kereta, baru pakai 2 minggu, meter kereta saya dah cecah 1000km. Masa tu memang dah pening dah, mana la nak korek duit nak hantar service ni. Kena la tunggu gaji masuk dulu. Bila dah dapat gaji, saya pun hantar service di Produa, itupun setelah meter mencecah 2000km. Ok je kereta saya sepanjang selepas 1000km hingga pergi service tu. Saya pun ada tanya orang-orang yang berpengalaman, depa kata takpe je kalau hantar lambat sikit. Oh ye, charge service tu lebih kurang RM170. Murah sikit dari Myvi.

Apa perkara-perkara best dan tak best tentang viva ni?

Yang best:

1. Minyak memang sangatlah jimat. RM50 dan pasang aircond boleh sampai 340 km. Kalau tak pasang aircond boleh cecah 400km! Itu auto, kalau manual mesti boleh terbang lagi jauh.

2. Macam Kancil dan Kelisa, kereta ni kurus. Jadi sangatlah best nak mencilok. =p. Atau di kawasan-kawasan sempit memang senang nak melungsur.

3. Walaupun nampak kecik, tapi dalam die agak luas. Kalau yang kaki panjang tu takdela kebas-kebas kaki kalau duduk berejam.

Yang tak best:

1. Memandangkan kereta auto, jadi pickup tak power la.

2. Absorber sangat-sangatla tak best. Kalau nampak bump ke lopak ke belajar-belajar lah tekan break, kalau tak memang nak terantuk kat bumbung kereta dibuatnya.

3. Bawa 140km/j memang rasa macam nak melayang. Rasanya kalau hilang kawalan, memang boleh terbabas dengan dahsyatnya. Semenjak tu tak berani nak cecah 140km/j. Paling tinggi 130km/j, biasanya saya bawa 80-110km/j.

Itu jelah perkara2 utama, yang lain-lain saya puas hati

Lain-lain hal:

Kereta saya dah kemek sikit bawah side mirror (sebesar 20sen) sebab kena gesel dengan teksi yang nak mencelah dekat trafic light.

Setelah hampir 4 bulan, wiper dah tak berfungsi dengan baik. Maksud saya, cermin tak se’celear’ dulu kalau kalau guna wiper. Jadi, rajin-rajinlah angkat wiper tu kalau anda parking di tempat2 panas. Sebab wiper yang melekat kat cermin masa panas2 boleh mengurangkan ke’efficient’nan wiper (agaknya lah, teori sendiri je). Dulu masa mula-mula beli kereta rasa macam poyo pulak nak buat camtu, sekarang rasakan.

Kereta saya tak tinted.

Takde sport rim.

Untuk perbelanjaan minyak pulak, walaupun kereta ni jimat, tapi perbelanjaan saya untuk minyak memang tinggi. Lebih kurang RM200 sebulan. Sebenarnya tinggi lagi, tapi dah tolak sikit yang orang mintak tolong hantar sana sini dan depa bagi duit minyak sekali. RM200 tu kira dari duit poket sendiri la. Jangan la terkejut. Saya ni balik kampung paling kurang seminggu sekali. Kadang-kadang 2 kali seminggu. Kadang-kadang lebih 2 kali. Perjalanan balik kampung lebih kurang 70Km. Bila dekat kampung tu, jadi driver kereta sendiri pulak.

Satu lagi yang nak saya ingatkan, rajin-rajinlah off kan radio dulu sebelum off engin. Semalam, tiba-tiba radio saya jam, gelabah jugak saya, dok fikir malasnya nak hantar repair (free je pun, sebab still dalam warranty). Nasib baik la, saya tekan sana sini, akhirnya ok juga.

Itulah serba sedikit tentang kereta saya, saya pun tak ingat apa lagi benda lain yang boleh saya kongsikan, Kalau ada saya akan add kemudian.

Cuma satu lagi perkara yang saya nak kongsi. Saya ingat lagi, bila ada seorang kakak ni tahu saya pakai kereta baru, soalan yang dia tanya, ‘Bulan-bulan bayar RM200 lebih kan?’ wah..wah..wah.. kereta kancil pun takada yang 200 lebih sebulan kak. Kalau kancil secondhand adalah. Bila saya kata RM450, dia terkejut, ‘Mahalnya’. Bukan dia sorang je yang kata mahal, ramai lagi. Ade jugak yang cakap,’Ala..viva?? viva tak best lah..’ Ada juga yang tanya ‘Kenapa tak beli myvi je’, tambah lagi ‘Dari viva, baik myvi’. ini semua soalan-solan yang dah naik kering saya dengar.

Ok, kenapa saya tak beli myvi? Pertama. Downpayment myvi ni agak tinggi, dekat 4-5 ribu. Kalau nak ambil ‘0′ downpayment saya kena bayar RM500 lebih sebulan. Wah, pengsan la saya. Kalu tak silap RM550, sebab nak yang auto (auto ni, atas permintaan tinggi mak saya, dia tak larat bawak manual). Kalau buat dowpayment RM2000 pun tak bnyak beza. Jadi pada masa tu (sekarang pun), saya memang tak mampu nak beli Myvi. Memandangkan segala perbelanjaan pembelian kereta adalah dibawah tanggungan saya sepenuhnya, tanpa sokongan dari sesiapa, walaupun bakal suami, eh.. gurau je. Service, insuran dan lain-lain maintenance lebih mahal dari viva. Untuk itu, Viva jelah yang saya mampu. Kalu ikut hati nak je beli kancil, sonang idup den.. tapi mak tak bagi pulak.

Bila dah pakai kereta ni, terus terang saya cakap, memang tak ada kasut baru, baju baru, handbeg baru. Sedih, sedih.. Duduk pulak dekat KL. Bukan takat cukup-cukup je duit, tapi memang tak cukup. Kena buat part time lagi. Hampir separuh gaji habis dekat kereta je. Belum lagi, sewa rumah, bagi mak, duit makan, belanja rumah dan lain-lain.

Begitulah, AL Kisahnya keretaku..

Permalink 7 Comments

Seri bunga-bunga

April 7, 2008 at 5:40 am (Kongsi)

Inilah bunga-bungaan yang ada di rumah saya. Hanya menggunakan camera biasa pinjam dari orang inilah hasil fotografer amatur kelas paling rendah. Hati saya tenang bila melihat bunga-bunga ni. Sebelum ni saya pelik, kenapalah ada orang yang sanggup bersusah-susah tanam bunga sampai semak-semak rumah, dah jadi macam taman bunga se’melaysia, termasuk mak saya. Tetapi, sejak kebelakangan ni saya sudah mula menghargai keindahan dan keunikan bunga-bunga yang ada di sekeliling kita. Bukan sahaja bunga tetapi juga pokok-pokok hiasan hidup yang menghiasi meja-meja bilik, pejabat hatta di tandas. Pemandangan yang cukup menenangkan. Perubahan minat ini, menyedarkan saya bahawa saya bukan muda lagi. Perningkatan umur menyebabkan minat kita akan berubah sedikit demi sedikit. Apatah lagi minat pokok bunga, bukankah itu hobi atau minat orang-orang yang dah agak berumur? hmm…

Sejak kebelakangan ni, jiwa saya agak terganggu. Terganggu dengan perkara-perkara yang menyebabkan saya hanya mampu duduk dan berfikir. Kadang-kadang saya rasa cukup sayu dan hanya mampu berserah. Walaubagaimanapun, semua yang berlaku memberikan pengajaran yang amat bermakna bagi saya. Saya telah sedar bahawa saya sebenarnya mampu untuk membuat pilihan. Pilihan untuk menurut emosi atau saya hanya perlu biarkan sahaja semuanya. Semua tu di bawah kawalan kita. Tapi sudah semestinya ia bukanlahlah mudah untuk diperaktikkan. Kita perlu ada tekad yang kuat dan untuk membantu, cuba fikirkan tentang sahabat-sahabat yang boleh menjadi sumber inspirasi dan kekuatan kita. Kalau dia boleh buat kenapa aku tak?

Permalink 1 Comment