Pembetulan: Tiada larangan gincu, tumit tinggi
Tiada larangan gincu, tumit tinggi
MalaysiaKini
Jun 24, 08 6:36pm
Bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi tidak dilarang kepada pekerja Islam, jelas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Etika berpakaian itu hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awamnya Azman Mohd Daham hari ini.
Beliau mengulas laporan media hari ini yang menyatakan majlis perbandaran itu mengeluarkan arahan terbaru melarang cara menghias diri dan berpakaian sedemikian.
Arahan surat pekeliling bertarikh 25 Mei itu, katanya kepada Bernama, hanya mewajibkan pemakaian tudung kepala dan berpakaian sopan yang diwajibkan kepada peniaga wanita Islam dan akan dikenakan kompaun sekiranya melanggar arahan itu.
Bagaimanapun arahan ini bukanlah baru tetapi sentiasa dikeluarkan sejak 2002.
Bersama peraturan itu, dikepilkan risalah etika tambahan, termasuk tidak menggalakkan mereka bergincu atau berkasut tumit tinggi.
“Tetapi risalah berkenaan pula adalah sekadar kempen untuk memperjelaskan kepada kaum wanita Muslimah mengenai etika berpakaian sebenar mengikut ketetapan Islam termasuklah larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi,” beliau dipetik sebagai berkata.
“Bagaimanapun sekiranya mereka melanggar etika itu, MPKB-BRI tiada hak untuk mengambil tindakan.”
Pekeliling itu tidak mempunyai kaitan dengan risalah ‘MPKB-BRI Cakna Anak Muda’ yang memaparkan etika tambahan berpakaian wanita muslimah walaupun ia dikepilkan bersama ketika diedarkan, tambahnya.
Lipstick and High Heel
Gincu, tumit tinggi haram di K. Bharu
Jun 23, 08 6:23pm
MalaysiaKini
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.
Yang dipertuanya Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.
Katanya lagi, lapor Bernama, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.
Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada; memakai baju berlengan
panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.
Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.
…………………………………………
Terkedu saya baca berita ni. Pakai gincu/lipstick tu ok lagi. Tapi pakai high heel yang berbunyi tu. Hmm.. memang lama dah tak dapat peringatan tentang cara-cara berpakaian ni. Insaf saya dibuatnya. Kalau masa zaman belajar dulu memang selalu dengar tazkirah perkara-perkara simple macam ni. Tapi sekarang, pengisian dah lain. Nak cari yang macam ni kena baca buku, tengok website. Itu pun jarang nak tercapai ke situ.
Sekarang ni dengar, baca, bincang majoriti pasal politik, menangani stress, menambahkan income dan kahwin. Balik-balik pusing situ je. Terima kasih la kerajaan Kelantan, walaupun buat peraturan tu dekat Kelantan tapi saya yang di Selangor ni terasa jugak tempiasnya (termuhasabah).
Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang leka ni.
Amin…
Akukah yang tak pandai atau…
Impak Krisis Bekalan Makanan Lebih Besar Daripada Kenaikan Harga Minyak
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) — Masyarakat perlu sedar bahawa krisis bekalan makanan memberi impak yang lebih besar kepada setiap lapisan masyarakat berbanding dengan kesan bagi kenaikan harga minyak.
Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Dr Muhamad Hamzah berkata krisis kenaikan harga minyak hanya dirasai golongan tertentu tetapi krisis bekalan makanan dirasai setiap golongan masyarakat terutama golongan miskin.
Beliau berkata masyarakat kini sepatutnya belajar untuk membantu kerajaan dalam menangani kesan kenaikan harga bekalan makanan dan tidak hanya bersikap lepas tangan.
“Rakyat kebanyakan mengambil mudah terhadap apa yang terjadi kerana di sini kerajaan menangani isu ini dengan bijaksana. Tidak seperti di negara lain yang menghadapi impak yang lebih besar,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Seminar Mengenai Krisis Makanan yang diadakan di INTAN di sini Khamis.
Beliau berkata seminar hari ini yang kali pertama dianjurkan INTAN dan dibuat bagi menyedarkan peserta yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai agensi kerajaan agar memberi perhatian serius terhadap isu itu.
“Isu krisis makanan jika tidak ditangani dengan betul, boleh memberi kesan politik dan ia akan menjejaskan imej negara,” katanya.
Katanya seminar ini yang berjaya mengumpulkan pakar-pakar yang terlibat dalam industri makanan dan perdagangan diharap dapat memperbaiki dasar kerajaan yang ada kini dan menghasilkan satu strategi untuk menangani krisis secara holistik.
– BERNAMA
——————
Boleh tumpang tanya? Title Dr tu, Dr apa ye? Dr gigi ke?
Statement yang sebenar-benarnya
Kenaikan Harga Minyak menyebabkan Krisis Bekalan Makanan Lebih Besar!!
Fakta minyak
Government always compare our oil prices with non-oil producing countries such as :
For example
Singapore : RM 5.00
Thailand : RM 4.00
how about compare Malaysia with the other oil producing countries just as we are
UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
MALAYSIA– RM2.70/litre
Minyak naik 78 sen !!!!
New Straits Time: Petrol will be RM2.70 a litre at midnight tonight
Utusan Malaysia: Petril naik 78 sen kepada 2.70 seliter, diesel naik RM 1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Malaysiakini: Fuel hike: 78 sen more to RM2.70 per litre
Lebih kurang pukul 6 suku petang hari ini, tiba-tiba rakan satu lab saya sibuk-sibuk cakap nak pergi isi minyak, mula-mula saya tak layan apa yang dia cakap. Tapi bila saya tahu minyak naik kuatkuasa 12 malam ini, rasa darah terus menyirap satu badan. Tangan saya jadi sejuk. Sungguh, tak tipu. Pada waktu tu saya tengah buat editing buku. Memang mengantuk, lapar, tapi semuanya hilang bila tahu berita ni.
Tak tau nak cakap apa, saya terus bergegas ke computer dan buka NST online, masa tu my bos ade dalam lab. Dia kata, ala tak betul cearita tu saja je orang buat cerita nanti semua orang berkejar-kejar nak isi minyak. Kami diam je. Saya buka Utusan pula. Sah! memang sah minyak naik! 78 sen!
Saya memang terus hilang fokus, rakan-rakan lab ramai juga yang keluar terus pergi isi minyak. Saya? ntahlah duduk je dalam lab ni. Isi minyak full tank pun bukannya menyelesaikan masalah ni.
Kenapa saya risau sangat. Ok kalau nak tahu, perbelanjaan minyak kereta saya untuk sebulan paling kurang RM 200. Tu paling kurang tu. Nak buat macam mana mmg dah minimumkan penggunaan pun akan jadi RM200 juga. Yelah, saya kena balik rumah parent setiap minggu, pergi balik 120 km. Dah balik tu, mesti la keluar pergi sana sini, kereta saya ni dah jadi kenderaan rasmi rumah dah. Program lagi. So memang tak boleh buat apa. Dengan kenaikan baru ni, boleh bayang tak berapa pulak bajet minyak kereta saya? Ok, kalau dulu full tank saya RM75, setelah dikira kenaikan 40%, sekarang ni full tank saya lebih kurang RM98. Hebat..hebat.
Saya betul-betul risau. Bayangkan bila minyak dah naik, confirmlah semua barang naik. Tengok masa kenaikan yang dulu, berapa banyak barang naik. Terutama makanan.
Hrkh: Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.
Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun – rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.
Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.
Saya nak tengok macamana kerajaan nak agihkan rebet ni. Wang pos? tak tahu lah Harakah yang buat lawak atau memang kerajaan yang buat lawak.
Walaupun ada rebet ni (kalau betullah), tapi kesan kenaikan tu memang takkan berubah.
Memang kenaikan ini disebabkan kenaikan harga minyak sedunia, tapi kalu kita tengok negara lain tu minyak naik tapi gaji tinggi. Bukan macam kita, masih ada yang bergaji pokok RM700, mungkin ada kurang dari tu.
Saya tak tahulah apa sebenarnya yang ada dalam kepala Pak Lah dan menteri-menterinya sekarang ni. Saya nak tengok ayat-ayat pujuk rayu diorang ni dekat rakyat. Ayat yang saya rasa confirm akan dikeluarkan ialah ‘Rakyat kini, perlulah berjimat cermat dalam berbelanja’. Cuba bayangkan paklah cakap ayat ni dengan nada yang sopan santun, slow motion, dan muka confident. Hmm.. Alih-alih rakyat juga yang kena.
Lepas ni boleh fikir macamana nak kurangkan perbelanjaan.