Conferences

October 31, 2008 at 3:16 pm (Master/Ijazah Sarjana) ()

Ini senarai conferences yang saya aim untuk send paper. Good Luck for me!

p/s: Hantar je pergi tak pergi tu cerita lain.

The 5th International Summer School on Signal Processing & Its Application ISSSPA 2008
Date: 18 – 19 June 2008
Venue: Kuala Lumpur, Malaysia
Paper Submission: 15 Octobor 2008 (Extended)


The World Congress on Medical Physics and Biomedical Engineering 2009
Date: 7-12 September 2009
Venue: Munich, Germany
Paper Submission: 22 February 2009


The 31st Annual International Conference of the IEEE Engineering in Medicine and Biology Society (EMBC’09).
Date: September, 2-6, 2009
Venue: Hilton Mineapolis, Minnesota, USA
Paper Submission Deadline: 7 April 2009


CBBE 2009 – International Conference on Bioinformatics and Biomedical Engineering
Date: 25-27 November 2009
Venue: Sydney, Australia
Paper Submission: 30 July 2009

Permalink 4 Comments

Tips Driving

October 23, 2008 at 12:44 pm (Kereta) ()

Pernah tak masa tengah drive, orang belakang kita pasang lampu tinggi sampai silau bilau mata dibuatnya? Ni saya ada tips untuk bagi si driver tu sedar sikit. Maybe ada yang dah tau kot, tapi saya nak bagitahu jugak.

Caranya, halakan cermin pandang belakang dekat kereta tu. Confirm dia akan silau balik. Teknik ni memang menjadi, saya dah cuba, tak payahla saya membebel-bebel lagi kalau ada orang belakang saya pasang lampu tinggi.

Selamat mencuba!

P/s: Kalau orang belakang tu bawak kereta cam gila-gila, jaga-jaga sikit. kang silau-silau.. dilanggarnya pulak kereta kita.

Permalink 5 Comments

Tips Sambung Master

October 13, 2008 at 9:27 am (Master/Ijazah Sarjana) (, , , )

Ni sedikit tips yang boleh dikongsi bersama. Sebelum tu sedikit butir-butir peribadi saya untuk rujukan:

Degree: Engineering

CGPA: Above 3.00 (lepas sikit je)

Bidang untuk master: Engineering

Master: By Research

Jenis Research: Subject recruitment, signal processing, statistical analysis

Semester: 2

Pengalaman bekerja: Takda

Pengalaman berkahwin: takde (err.. kena ke ada soalan camni)

Sponsor for yuran master: Dikecualikan sebab jadi RA

Tempoh bekerja as RA: Start jun 2007 sampai sekarang (lebih kurang setahun 4 bulan)

Tekanan keluarga: Ada

Tekanan bos/supervisor: Ada

Tips:

  1. Pertama sekali anda perlu ada tahap kesabaran dan kerajinan yang tinggi
  2. Jika anda rasa nak jadi lecturer lebih baik buat master by research sebab akan banyak membantu anda untuk phd nanti.
  3. Kalau rasa memang nak kerja or masuk industri tak perlulah nak sambung master by research, amek by corse je. Serius tak perlu. Kecualilah memang nak masuk bahagian research ke.
  4. Carik supervisor yang pakar dalam bidang yang anda nak buat. Atleast co supervisor. Kalau tak memang huru hara la hidup anda.
  5. Kalau dah rasa nak sambung tu lebih baik cepat-cepatkan. Tapi kalau rasa nak kerja dulu sekejap pun ok gak, boleh lah berlagak dengan orang-orang yang selalu lekehkan orang yang buat master ni. Bajet orang buat master ni tak tau ape-ape pasal industri. Hehe. Takdelah, tapi baguslah untuk pengalaman. Dan lagi satu supaya anda tak menyesal bila dah sambung master nanti, sebab anda sangka lebih baik kerja dari sambung master. Anda juga ada bukti bahawa tekanan belerja tu lebih dahsyat dari sambung master.
  6. Perempuan yang dah berkahwin dan ada anak silalah fikir 800 kali untuk sambung master. Bukan apa takut terbengkalai. Anda kena pastikan suami anda sangat2 supportive dan memahami. (Ini pengalaman cousin)
  7. Lebih baik habiskan master dulu baru kahwin. Tapi kalau dah jodoh awal janganla dielak pulak.
  8. Sangatla bagus kalau anda boleh dapatkan biasiswa atau sponsor untuk master anda supaya anda dapat lebih fokus dan tak tersasar. Ingat, jadi RA adalah pilihan terakhir.

Permalink 7 Comments

Bercerai Berai

October 10, 2008 at 11:11 pm (Kereta) ()

Saya jumpa satu post yang menarik pasal viva. Serius rasa teruja, teruja untuk tukar kereta. hu.. Sebenarnya, memang dah ada plan jugak nak tukar kereta yang besar sikit. Yelah, kesian tengok orang yang naik berhimpit2 dalam kereta yang kecik ni. Tapi nak buat camana, dah itu yang mampu dibeli. Lagipun most of the time, saya naik kereta tu sorang-sorang je pun. Hmm..Tunggulah sikit masa lagi ye.

………………….

Perodua Viva

1. About 3 weeks ago, few days after arriving Malaysia, and on my first day in office after 2 long months outstationed, I had to attend a crash investigation on case of head on collision between Perodua Viva and express bus at Rompin, Pahang. The accident caused 3 fatalities on Perodua Viva occupants, and none casualties on bus occupants.

Perodua Viva 22. At first I was kind of shock on seeing the anomaly end result of Perodua Viva, due to all parts were broken are spreading into pieces, unattached engine and sheared roof. No way a head-on collision could cause damage like that even I have prepared my mind for the worst. But still, the severity is beyond my imagination.

Express Bus3. As I went along with the investigation, interviewing the police officer; actually after the head on collision, the Perodua Viva had been dragged for almost 70 meters and went together with the bus into a ravine at the side road. Now that is making sense to me. Even the safest car in the world can’t withstand such impact and terminologies of crash.

http://miros-road-safety.blogspot.com

………………….

Pesan pada diri sendiri:

1. Berhati-hati dijalan raya

2. Jangan bawak laju-laju

3. Jangan bersms masa drive

4. Jangan suka carik gaduh dekat jalan (main hon2)

5. Buat persediaan supaya tak mengantuk masa drive (cukup tidur/sediakan gula2/asam/vokal yang baik untuk mengalunkan lagu sekuat hati)

6. Jangan kelam kabut kalau lambat, biarlah diwarning oleh bos asalkan keselamatan terjamin.

Sekian.

Permalink 5 Comments

Dosa-dosa Hari Ini

October 9, 2008 at 10:27 pm (Tazkirah) ()

Apa yang anda akan lakukan jika rasa berdosa?

Cuba fikirkan sepanjang satu hari ni berapa banyak dosa yang kita buat?

Masa buat dosa tu, anda sedar atau tidak? contohla, mengata bos, ajuk-ajuk ayat bos.. yelah benganglah katakan, terasa teraniaya. Rase cam berdosa je masa dok mengata tu, tapi sebab rasa diri dizalimi maka diri sendiri meng’takpe‘kan perbuatan itu.

Jom kita tengok balik.

Takrif mengumpat :

Berkata al-Imam Ahmad bin Abdul Rahman bin Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnya “Mukhtasar Minhaj al-Qaasidiin” : ms 160 :

“Mengumpat ialah menceritakan tentang keburukan seseorang yang tidak ada bersama anda, yang akan menimbulkan kemarahanya apabila sampai berita tersebut kepadanya bahawa anda telah mengumpatnya”

Hukum mengumpat :

Hukumnya adalah haram! Sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW : “Mengumpat ialah menceritakan tentang keburukan saudaramu yang dibenci olehnya” [ Soheh Muslim (8/21) , Jamik at-Tarmizi (1934) ].

Faktor-faktor yang menggalakkan mengumpat :

Berkata al-Imam al-Maqdisi di dalam kitab yang sama : (ms 162) : antara faktornya ialah :

1 ) Marah

2 ) Berkawan dengan rakan-rakan yang suka mengumpat.

3 ) Takabbur dan ingin menjatuhkan orang lain.

4 ) Suka bergurau senda.

Rawatan penyakit mengumpat :

Al-Imam al-Maqdisi menggariskan, antara cara rawatnnya ialah: (ms 161-162) :

1 ) Menyedari bahawa ia akan menyebabkan kemurkaan Allah dan segala kebaikan pengumpat akan dipindahkan kepada orang yang diumpat.

2 ) Memikirkan tentang keburukan diri sendiri dan berusaha membaikinya serta berasa malu untuk menceritakan tentang keburukan orang lain sedangkan dirinya sendiri penuh dengan keburukan.

Sumber: http://www.geocities.com/CollegePark/Campus/8690/perso/so2.htm

‘Dosa mengumpat adalah lebih besar dari dosa berzina kerana dosa berzina akan diampunkan oleh Allah seandainya seseorang itu telah taubat nasuha dari kesalahannya. Namun dosa mengumpat hanya boleh diampunkan oleh orang yg telah diumpat.’

………

To all my freinds, sama-samalah kita pesan-memesan antara satu sama lain. Takut taksempat tunggu raya tahun depan, dah terpaksa angkut bakul-bakul tu masuk kubur. huhu..

Permalink 1 Comment

Tips Penggunaan Kereta

October 9, 2008 at 3:28 pm (Kereta, Wanita)

Ini sedikit tips penggunaan kereta yang saya dapat dari rancangan Jom Ronda di TV3. Kalu ada sesiapa yang nak tambah lagi bagus.

1. Teknik isi minyak. Kene tekan sikit-sikit sebab kalu tekan terus factor gas akan masuk lebih banyak dari pada minyak.

2. Isi minyak waktu malam atau waktu sejuk sebab kalau panas minyak akan meruap.

3. Jangan tunggu tangki kosong baru nak isi minyak sebab semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap

4. Tayar kena sentiasa cukup aingin kalau tidak stering akan berat jadi banyak tenaga yang diperlukan.

5. Dalam beberape ratus kilometer- tukar kedudukan tayar (silangkan) bagi bunga tayar tu dimakan sekata

6. Jagan simpan barang banyak-banyak dalam kete. Ini akan menambahkan berat kereta dan penggunaan minyak akan meningkat.

7. Pemanduan yang lancar dapat menjimatkan minyak. Jangan tekan pedal minyak dan break secare mengejut.

8. Semasa di trafic light, neutralkan gear dan tarik hand break

Permalink 2 Comments