Tips Sambung Master

October 13, 2008 at 9:27 am (Master/Ijazah Sarjana) (, , , )

Ni sedikit tips yang boleh dikongsi bersama. Sebelum tu sedikit butir-butir peribadi saya untuk rujukan:

Degree: Engineering

CGPA: Above 3.00 (lepas sikit je)

Bidang untuk master: Engineering

Master: By Research

Jenis Research: Subject recruitment, signal processing, statistical analysis

Semester: 2

Pengalaman bekerja: Takda

Pengalaman berkahwin: takde (err.. kena ke ada soalan camni)

Sponsor for yuran master: Dikecualikan sebab jadi RA

Tempoh bekerja as RA: Start jun 2007 sampai sekarang (lebih kurang setahun 4 bulan)

Tekanan keluarga: Ada

Tekanan bos/supervisor: Ada

Tips:

  1. Pertama sekali anda perlu ada tahap kesabaran dan kerajinan yang tinggi
  2. Jika anda rasa nak jadi lecturer lebih baik buat master by research sebab akan banyak membantu anda untuk phd nanti.
  3. Kalau rasa memang nak kerja or masuk industri tak perlulah nak sambung master by research, amek by corse je. Serius tak perlu. Kecualilah memang nak masuk bahagian research ke.
  4. Carik supervisor yang pakar dalam bidang yang anda nak buat. Atleast co supervisor. Kalau tak memang huru hara la hidup anda.
  5. Kalau dah rasa nak sambung tu lebih baik cepat-cepatkan. Tapi kalau rasa nak kerja dulu sekejap pun ok gak, boleh lah berlagak dengan orang-orang yang selalu lekehkan orang yang buat master ni. Bajet orang buat master ni tak tau ape-ape pasal industri. Hehe. Takdelah, tapi baguslah untuk pengalaman. Dan lagi satu supaya anda tak menyesal bila dah sambung master nanti, sebab anda sangka lebih baik kerja dari sambung master. Anda juga ada bukti bahawa tekanan belerja tu lebih dahsyat dari sambung master.
  6. Perempuan yang dah berkahwin dan ada anak silalah fikir 800 kali untuk sambung master. Bukan apa takut terbengkalai. Anda kena pastikan suami anda sangat2 supportive dan memahami. (Ini pengalaman cousin)
  7. Lebih baik habiskan master dulu baru kahwin. Tapi kalau dah jodoh awal janganla dielak pulak.
  8. Sangatla bagus kalau anda boleh dapatkan biasiswa atau sponsor untuk master anda supaya anda dapat lebih fokus dan tak tersasar. Ingat, jadi RA adalah pilihan terakhir.

7 Comments

  1. timtam said,

    Just nak tanyer pengalaman buat master by research… supposely adr hajat nak buat naster but tak tau nak buat by research or by course… emmm mana susah buat by course ker by research?

  2. brightnur said,

    timtam: dalam masa terdekat ni saya akan buat entry tuk update cerita, pengalaman n perkara2 lain tentang sambung master. Cuma rajin2lah masuk sini k..

  3. rose said,

    sy nak tanya, betul ke kalau nak jd lecturer lbh baik smbg master by research? what if sy nak smbung master by course, nak jadi lecturer, tp blm berminat untuk smbung phd? master by research x laku ke untuk jd lecturer?

  4. rose said,

    sy nak tanya, betul ke kalau nak jd lecturer lbh baik smbg master by research? what if sy nak smbung master by coursework, nak jadi lecturer, tp x terfikir / berminat untuk smbung phd? master by coursework x laku ke untuk jd lecturer?

  5. Amirah said,

    Salam sis

    banyak info ttg smbung master yg saya dapat dr blog u ni…very informative…thnx sgt…mmg sgt membantu bagi org yg da pening2 lalat mcm saya ni..huhu…

    nak mintak ur opinion, xpe eh bg advice to a complete stranger?huhu..

    saya ni dalam dilema, nak sambung master ke keje…saya ni bground biotech, so ingat nak smbg biotek gak ..tapi rasa mcm nak amek by course, ke better amek by research?

    saya ni kebetulan dapat keje a month after i finished my degree..the pay is good ..cuma keje tu bukan bidang biotek..n status kontrak lak tu…

    skrg ni pk nak smbg, tapi pikir obstacles2 die la, yuran, sara hidup etc…macamane ek?nak apply slab tu kene status tutor dulu la kan?

    thanks ye

  6. ingenieurs said,

    saya bidang engineering..civil..
    pointer cgpa masa degree 3.30
    nak sambung master ni..lama dah…mungkin sem 2 bulan 11 ni..
    boleh cerita pasal yuran? mahal ker? saya target upm..master without thesis…
    dah keje ni..maybe support diri sendiri..

    boleh bg sedikit panduan dan nasihat…tk

  7. Mohamad Asraf said,

    Salam saya pelajar teknologi maklumat..selepas saya graduate saya nak sambung master research and coursework dalam bidang Teaching of english as a second language..boleh tak sebab saya sebenarnya tak minat dengan teknologi maklumat lagi?

Post a Comment