Untuk Anak Murid

November 17, 2008 at 4:46 pm (Tusyen)

hadiah-adam2

Ni hadiah untuk anak murid saya, Adam. Tarikh birthday dia sama dengan saya. Tahun depan dia UPSR, seronoknyalah kalau dia dapat 5A. Tak plan pun nak beli apa, tapi tertarik sangat dengan buku ni, keluaran PTS. Memang cover dia sangat menarik saya untuk beli.

Semoga Adam berjaya di dunia dan akhirat.

Permalink 3 Comments

Lebih baik dari purata 5 tahun???

November 13, 2008 at 12:32 pm (Politik) (, , , , )

UPSR 2008 lebih baik lima tahun sebelum ini

oleh Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang diumumkan hari ini adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata seramai 46,641 pelajar atau 9.2 peratus daripada 518,616 pelajar mendapat keputusan cemerlang semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Ia meningkat 1.4 peratus berbanding purata keputusan lima tahun sebelumnya dari 2003 hingga 2007.

Bila baca je berita ni, saya terus tergelak. Macam-macam la ayat dipusing nak bagi nampak keputusan UPSR meningkat. Walaupun jelas2 peratusan telah menurun dari tahun lepas sebanyak 0.5%. Jikla dilihat dalam statistik dibawah (maaf, saya hanya jumpa statistik sampai 2005 sahaja, kalau dah jumpa nanti saya update), tahun 2006 dan 2007 menunjukkan meningkatan yang agak baik, tetapi terus menurun pada tahun ini.

Tidak pernah2, keputusan UPSR dibandingkan dengan nilai purata, tiba-tiba kali ni macam tu pulak jadinya. Kalau ikut skema statistik pun, saya rasa perbandingan itu tak boleh dipakai. Tak valid. Memang confirm tak boleh masuk journal =p.

Sekarang ni kita tengok apa jadi dengan isu BM–> BI –> BM. Apa perkembangannya nanti, apa alasan, bagaimana hal ini diperbahaskan diparlimen. Pastinya pembangkang sedang ligat mengarang hujah, tidak ketinggalam juga barisan kerajaan. Sibuk sungguh orang-orang UMNO, mana dengan sibuk berkempen @ melobi sibuk dengan isu2 sekarang ni. Nasiblah kan, siapa suruh jadi menteri.

Graf Peratusan Keputusan UPSR dengan semua A dari tahun 2005 hingga 2007

upsr2

Permalink 16 Comments

Blogger Sekelian

November 12, 2008 at 2:20 pm (Pendapat)

Kepada blogger-blogger amatur sekelian (saya tahu takde professional blogger yang masuk blog saya ni), keratan article ni adalah daripada blog saifulislam.com.

Pengalaman selama seminggu ini telah menambahkan penegasan saya kepada peri pentingnya para blogger menjaga penggunaan bahasa yang betul di dalam penulisan. Saya mengambil masa lebih seminggu yang penuh untuk membetulkan ejaan, tatabahasa dan pengemaskinian struktur idea dan ayat. Membetulkan artikel, adalah jauh lebih susah berbanding dengan menulisnya.

Bayangkan jika sahabat-sahabat blogger menulis dengan ayat-ayat ala sms, entahlah bagaimana nanti tulisan itu boleh diperbaiki tatkala ia mahu dibukukan kelak. Dan seandainya anda ada ilmu, ada maklumat, ada bakat, tetapi malas menjaga bahasa… ia adalah suatu pembaziran yang merugikan dan bisa menjadi ‘jenayah’ di sisi Allah SWT.

Permalink 2 Comments

Boleh Buat Duit

November 11, 2008 at 2:53 pm (Career, Master/Ijazah Sarjana) (, )

Hari ni saya baru dapat tahu, kakitangan universiti saya ni yang berpangkat Professor, Profesor Madya atau pensyarah akan mendapat bayaran RM2000 bagi setiap journal yang dikeluarkan. Syaratnya journal tersebut perlulah cited by ISI atau SCOPUS. Jika ada penulis bersama so perlu kongsi la bayaran tersebut, tapi untuk jawatan-jawatan tersebut je ye. Kalau setakat student macam saya ni jangan mimpilah. Tulis macam nak mati pun supervisor jelah yang dapat habuannya.

Permalink 4 Comments

Obama, betulkah kamu …..?

November 10, 2008 at 9:41 am (Politik) (, )

Bila tengok video di atas ni macam gah je bunyinya. Obama dilihat seperti mampu mengubah dunia.

Ok, asik dengar dan tengok pemimpin-pemimpin besar je bagi comment, apakata tengok saya selaku rakyat biasa yang takde nama, takde jawatan, tak siapa pun kenal comment pulak.

…………………………….

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai rakyat dunia sekelian,

Pertama sekali, tahniah kepada Barack Obama atas kejayaannya memenangi pilihanraya presiden Amerika Syarikat dengan 38% undian daripada 98%.  Dengan kemenangan ini, dilihat seluruh dunia menaruh harapan tinggi menggunung untuk mambawa satu perubahan baru terutama dalam dasar hubungan luar Amerika. Nampaknya macam orang kulit hitam lebih baik dan lebih boleh diharap daripada orang kulit putih. Betul tak?

Persoalannya sejauh manakah perubahan yang dijanjikan itu akan terlaksana? Betulkah Obama ini lebih baik dari bush? Dalam hati saya, Amerika tetap Amerika. Saya secara peribadi tidak mahu meletakkan apa-apa anggapan awal pada Obama, memandangkan semuanya terlalu awal. Obama pun belum angkat sumpah lagi.

Kenapa kita kena ambil tahu? Sebab sememangnya Amerika adalah pengaruh yang sangat besar dalam segala hal didunia ni. Seperti ekonomi, sosial, pendidikan, budaya dan lagi dan lagi. Jadi kita kena tahu lah.

Sekian

Permalink 2 Comments