Lebih baik dari purata 5 tahun???
UPSR 2008 lebih baik lima tahun sebelum ini
oleh Abdul Razak Raaff
PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang diumumkan hari ini adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata seramai 46,641 pelajar atau 9.2 peratus daripada 518,616 pelajar mendapat keputusan cemerlang semua A dalam mata pelajaran yang diambil.
Ia meningkat 1.4 peratus berbanding purata keputusan lima tahun sebelumnya dari 2003 hingga 2007.
Bila baca je berita ni, saya terus tergelak. Macam-macam la ayat dipusing nak bagi nampak keputusan UPSR meningkat. Walaupun jelas2 peratusan telah menurun dari tahun lepas sebanyak 0.5%. Jikla dilihat dalam statistik dibawah (maaf, saya hanya jumpa statistik sampai 2005 sahaja, kalau dah jumpa nanti saya update), tahun 2006 dan 2007 menunjukkan meningkatan yang agak baik, tetapi terus menurun pada tahun ini.
Tidak pernah2, keputusan UPSR dibandingkan dengan nilai purata, tiba-tiba kali ni macam tu pulak jadinya. Kalau ikut skema statistik pun, saya rasa perbandingan itu tak boleh dipakai. Tak valid. Memang confirm tak boleh masuk journal =p.
Sekarang ni kita tengok apa jadi dengan isu BM–> BI –> BM. Apa perkembangannya nanti, apa alasan, bagaimana hal ini diperbahaskan diparlimen. Pastinya pembangkang sedang ligat mengarang hujah, tidak ketinggalam juga barisan kerajaan. Sibuk sungguh orang-orang UMNO, mana dengan sibuk berkempen @ melobi sibuk dengan isu2 sekarang ni. Nasiblah kan, siapa suruh jadi menteri.
Graf Peratusan Keputusan UPSR dengan semua A dari tahun 2005 hingga 2007

cik private said,
November 13, 2008 at 12:42 pm
tu la..
pelik alam..
adake nak banding epal ngan oren.
haih.
perbandingan yang mengarut.
sebab aku yakin, sape yang mengajar budak2 sekolah rendah (baik tuition atau cikgu sekolah), memang tahu level students ni cemana…
p/s: mak aku dah ter’janji’ kat icam nak belikan henpon kalo dapat 5A.
sebab dia tau, anak-anak dia tak pernah dapat 5A pun dalam UPSR.
sekali, hamik ko.
memang kena belikan pun.
brightnur said,
November 13, 2008 at 1:31 pm
Cik Provate: Wah. Icam dapat 5A. tahniah, tahniah!
interferens said,
November 13, 2008 at 2:00 pm
yelah..kalau tiap2 tahun naik ajer nanti org kata xlogik pulak…kalau kita extrapolakan keputusan tersebut (2006 -2007) iaitu trend menaik sahaja..kita akan dapati pada tahun 2041, 50% pelajar yg ambil UPSR akan dapat semua A dan pada tahun 2083 pula 100% pelajar mendapat semua A !
Ini adalah tidak masuk akal, mana mungkin semua pelajar adalah pelajar yg cemerlang..pasti ada yg kurang berbanding pelajar yang lain dan pasti ada yg Allah kurniakan lebih pandai berbanding yang lain.
dan saya percaya, setiap beberapa tahun, silibus pasti ditukar, ditambah, dan dinaik taraf supaya kekal releven dengan keadaan semasa..
dan sebagai sebuah kerajaan, pastinya KPM ingin memberikan keyakinan kepada ‘pelangganya’ tentang mutu pendidikan di malaysia…bayangkan jika ketua pengarah mengumumkan yg keputusan UPSR jatuh..pastinya ramai ibu bapa akan gusar menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan dan beralih kepada sekolah swasta dan jenis kebangsaan..ini tentunya menjejaskan usaha untuk menwujudkan apa yg dipanggil ‘bangsa malaysia’.
jadi sedikit ‘kejatuhan’ dari segi bilangan pelajar yg mendapat semua A adalah normal dan ia adalah ‘adjustment figure’….
brightnur said,
November 13, 2008 at 2:35 pm
interferens: Isu yang ingin dibangkitkan disini bukan isu turun atau naik, tapi kenape fakta diputar belit? itu sahaja. Oh ye, bersama isu tambahan penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik. Saya langsung tak mempertikaikan tentang turun atau naiknya peratusan2 ni. Haraf boleh cube fahami semula article saya.
interferens said,
November 13, 2008 at 3:16 pm
Saya sudah terangkan dalam perenggan ke 4.
Mungkin pihak KPM tidak mahu rakyat menjadi kurang yakin dgn sistem pendidikan kita. Lagipun rakyat malaysia masih belum matang untuk menerima penurunan ini. Pelbagai pihak akan cuba memanipulasi isu ini demi kepentingan masing-masing dengan rakusnya.
Dan saya tidak lihat dimana fakta diputar belit, tidak ada sebarang penipuan, cuma ia dilihat dan dianalisis dari ’sudut’ yang berbeza.
Saya akui penurunan peratusan yg dapat semua A bagi UPSR ada kaitan dengan PSMBI. Secara peribadi, saya merasakan, ia ialah sesuatu dasar yang baik dan perlu diteruskan.
eisha said,
November 13, 2008 at 4:35 pm
ok en interferns, “fakta tak diputar belit tapi dioandang dari sudut berbeza” —- ni ayat ‘pelindung’ je.. sebenarnya mmg putar belit pun….
cik private, tahniah kat Icam…hu ni adik yang mana satu ek??
brightnur said,
November 13, 2008 at 5:50 pm
interferens: ‘rakyat malaysia masih belum matang untuk menerima penurunan ini.’<– siapa sebenarnye yang tak boleh terime.. do they really care about turun ke naik ke. Yang penting result anak depa cemerlang.
‘Dan saya tidak lihat dimana fakta diputar belit, tidak ada sebarang penipuan, cuma ia dilihat dan dianalisis dari ’sudut’ yang berbeza.’ <– anda adalah salah seorang yang berjaya diperdaya. tahniah!
cik private said,
November 13, 2008 at 7:22 pm
interferens: statement anda : “bayangkan jika ketua pengarah mengumumkan yg keputusan UPSR jatuh..pastinya ramai ibu bapa akan gusar menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan dan beralih kepada sekolah swasta dan jenis kebangsaan.” saya seorang guru tuisyen. hanya dua orang dari tiga belas anak murid saya bersekolah di sekolah swasta (Sri KDU dan Itqan) dan mereka adalah anak orang kaya yang bukan sebarangan punya kaya. RM5000 satu semester. yang kaya biasa2 ni, hantar ke sekolah biasa saja. ayat “pasti ramai ibubapa” itu boleh ditukar kepada “mungkin” sebab sekarang recession. yang ada kat swasta ni pun kebanyakkannya anak-anak ekspatariat sahaja…
tapi memang silibus sekolah swasta (silibus math singapore) sangat bagus dan tersusun dan teratur. Buku teks malaysia sangat tak bagus, berterabur dan mengelirukan. tetapi silibus sains mereka agak advance. tidak bolehkah KPM membuat buku teks sebagus singapura? apa guna KPM review silibus kalau macam sama saja setiap tahun. yang bertambah hanyalah gambar kartun dan berwarna-warni sahaja. bosan sungguh.
pasal isu penggunaan bahasa inggeris dalam sains dan matematik, aku dari dulu tak setuju. silibus semakin dikurangkan. sebab diajar dalam inggeris. basic pelajar tentang sesuatu teori sangatlah longgar dan tidak mendalam. tapi bila jawab dalam exam, hancur jugak. ntahlah. tak tau nak jadi apa.
sebab tu bila adik aku dapat 5A, aku cakap dalam hati “ah, mesti sebab graf turun..”. hohoho. dengkikah aku?
p/s: eisha- Icam adalah adik aku yang bongsu yang tak pernah mendapat tunjuk ajar dari aku walaupun aku seorang guru tuisyen. aku tak kuasa nak ajar adik sendiri. nanti kena lempang. serius.
orgbaik said,
November 13, 2008 at 7:33 pm
mak aiiihhh..
garaannggnye cik kinu ni…
takut3x..
interferens said,
November 13, 2008 at 11:50 pm
ada part yg saya setuju dgn cik private…
Memang diakui bahawa silibus kita agak longgar, tidak sebagus silibus singapura. Seorang sepupu saya juga sedang belajar darjah 6 di sebuah sekolah antarabangsa. Yang lain tu, sekolah kebangsaan lah kan..huhuhu…
Tapi kalau kita mahu setanding dengan tahap pendidikan singapura, sanggupkah kita melihat adik2 dan anak2 kita nanti belajar siang dan malam tanpa ada waktu untuk riadah dan bersosial ? Pada usia sebegitu, pendidikan seimbang dari segi intelek,sosial, moral, sahsiah dan akidah adalah penting. Ia akan membentuk jati diri seseorang itu apa bila dewasa nanti. Silibus yang terlalu berat akan membuatkan seorang pelajar itu menjadi hamba buku dan bagi pelajar yg kurang kepandaianya, akan berasa putus asa dan mengambil keputusan untuk terus tidak mahu belajar, dan jangan terkejut jika ada pelajar sekolah rendah yang sanggup membunuh diri hanya kerana gagal dalam peperiksaan sekolah rendah! ini telah berlaku di negara kota singa.
Tentang kualiti isi buku teks pula, kalau buat buku teks bagus2 pun, cikgu akan guna buku latihan tambahan dan buku dari pembekal luar juga..kenapa ? kerana masyukk la… pakai buku latihan tambahan, nanti pembekal bagi komisyen kat cikgu..bukan semua cikgu macam nie ye..tapi banyak la kes macam ni…Dan kalau buku tambahan tu bagus sangat, kenapa KPM tak pakai jer buku tambahan tu jadi buku teks ? mungkin KPM pun masyukk jugak kot..hahaha!! ini cuma sangkaan jahat saya sahaja yea.. jangan dakwa saya atas akta hasutan pulak nanti…;p
Dari segi PSMBI tu plak, ia konsep yg bagus, cuma perlaksaan yg kurang berkesan, ini mungkin kerana kita masih kekurangan modal insan (bahasa lama: sumber manusia) yang mantap untuk menjalankan dasar ini. Kalau cikgu Sains dan math sendiri pun BI tunggang- langgang (sampai tahan ‘worse’) macam manalah nak ajar anak murid.
Dan ramai ahli politik dan pejuang bahasa kononya, begitu menentang PSMBI ini, tetapi mereka sendiri menghantar anak belajar di sekolah swasta dan antarabangsa. Yang mana tak hantar tu pula, kalau mereka berkemampuan, mungkin mereka pun akan hantar anak mereka kesitu. Kalau dapat result yg bagus pula, terhegeh2 minta biasiswa untuk hantar anak belajar ke luar negara. Kerana apa ? tak baguskah belajar perubatan, kejuruteraan dan sains dalam Bahasa Melayu ? Suruh sahaja anak mereka belajar di Universiti tempatan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama, bukanya universiti swasta macam UTP,MMU,Uniten dsb..kenapa mahu hantar anak belajar di uni yg mediumnya bahasa penjajah juga ?
semuanya hipokrit!
cik private said,
November 14, 2008 at 11:29 am
tuan rumah, mintak maaf ler berbahas di tanah anda.
en.interferens, terkeluar topik sat. setahu saya, sekolah swasta tidaklah menggunakan 100% silibus dari singapura. certain subjects sahaja. math n science only. yang lain masih menggunakan silibus malaysia. kecuali kalau dia belajar di sekolah agama swasta. silibus bahasa arab memang dari mesir. kalau sekolah antarabangsa yang kebanyakkannya ialah anak2 ahli politik, silibusnya dari UK. (saya ada ex-student yang belajar di sekolah antarabangsa.)
bab buku teks pula, setahu saya, guru2 masih menggunakan buku latihan yang disertakan sekali dengan buku teks. buku latihan tambahan juga ada. tapi yang ni, memang konfem cikgu2 ada dapat komisyen (saya ada kawan cikgu dan dia mengesahkannya). tapi selalunya tidak dihabiskan buku itu. tapi buku latihan yang disertakan sekali dengan buku teks tu memang wajib dihabiskan.
en.interferens, saya tak pasti samada masyarakat kita semakin pandai atau apa. saya yakin ramai yang memililh untuk masuk IPTA. tapi di sini, konsep “tak ada rezeki” perlu dilihat dengan positif. saya ada sepupu yang keputusan SPM lebih kurang saya tetapi tidak dapat masuk mana-mana IPTA. padahal saya dah semak dah borang permohonannya. (kalau faktor salah isi borang dipertikaikan). tetapi mujur IPTS menawarkan tempat untuknya- walaupun perit dengan perbelanjaan pengajian.
oh. kamu perlu berhati-hati dengan penggunaan bahasa. sangat tidak adil mengatakan semua orang yang menentang PSMBI hipokrit.
ok2. aku berhenti. ni bukan bog aku. huhuhu. sori tuan rumah. haih~
cik private said,
November 14, 2008 at 11:34 am
oh jap. ada bab yang tidak disentuh lagi. hehe.
bab tak ada life kalau belajar ikut silibus singapura. my students bahagia aman damai je. sekolah swasta memanglah masa belajar agak lama berbanding sekolah biasa. masuk jam 8.30am, balik jam 4.00pm. tapi semuanya complete. pagi belajar. kemudian petang ialah aktiviti ko-kurikulum. ikut minat students. nak choir ke, main football ke, menari ke, art class ke, swimming class ke, guitar class ke… setiap hari dipenuhi dengan aktiviti yang berbeza.
kalau yang sekolah agama pulak, hafazan la, belajar fadu ain dan fardu kifayah la. praktikal itu ini.
p/s: ok. jangan marah ek tuan blog. huhu.
brightnur said,
November 14, 2008 at 1:27 pm
eh, tak marah.. bagus la ade orang tolong jawabkan.. cume nak tambah
‘Kalau dapat result yg bagus pula, terhegeh2 minta biasiswa untuk hantar anak belajar ke luar negara. Kerana apa ? tak baguskah belajar perubatan, kejuruteraan dan sains dalam Bahasa Melayu ?’ <– jap, universiti mana kat malaysia ni yang ajar kos2 ni dalam bahasa melayu ek? kalau ada nak jugak anta anak aku nanti.
cik private said,
November 14, 2008 at 2:11 pm
hehe. UKM. hehehehe. tapi buku teks yang dia guna tu english jugak…
sebab ada kawan asasi yang belajar di UKM cakap camtu…
tapi sekarang ni pun depa towards english jugak..
interferens said,
November 14, 2008 at 5:19 pm
Kejuruteraan dalam BM
uni lama saya belajar dalam BM..tapi skrang banyak dah tukar ke BI…kalau yg belajar elektronik dalam english tu, mungkin tak tahu apa itu ’sawar upaya’..hehehe..pasal buku teks pula, memang buku teks dalam english sebab pensyarah malaysia nie malas nak menulis buku, kalau yg rajin menulis pula..tak ada masa untuk itu, mereka dibebani dengan tugasan pentadbiran jabatan dan fakulti di samping jam kredit pengajaran yang terlampau banyak dan bilangan pelajar yg melebihi standard antarabangsa.Tapi, siapa yg membaca buku teks ? mungkin pelajar2 rajin dan terlampau cemerlang lah kot…yang lain tu, tengok nota pensyarah pun dah cukup untuk mendapat A (disamping ulangkaji soalan tahun2 lepas dan mengharapkan tips soalan yg akan naik (kalau nasib baik)).
Sekolah Swasta
Ya mereka boleh buat sistem 8.30-4.00 kerana mereka cukup segala-galanya. Sekolah Kebangsaan tidak mampu berbuat demikian kerana kita masih kekurangan sekolah, banyak sekolah masih perlu dijalankan dalam dua sesi.Disamping itu, kebajikan guru juga perlu diberi perhatian, sedangkan guru-guru balik sekolah pukul 2.30 pun ramai yang bising minta kenaikan gaji dan elaun, ajar Sains dan matematik dapat lagi elaun..bagaimanalah agaknya kalau waktu bertugas guru perlu dilanjutkan sehingga pukul 4.00 ya ? hurmm…manalah kerajaan nak cari duit, tambah pula resesi akan berlaku tahun hadapan.
adi said,
November 16, 2008 at 5:49 pm
wow.banyaknya komen. pada pendapat saya la, statistics are derived so that we can interpret data in order to come to an accurate solution. oleh itu, satu-satu kumpulan data itu perlu dinilai dari sudut statistic yang betul agar kesimpulan dari analisis tersebut dalam melahirkan tindakan yang membawa kepada progres, bukan degres.kita buat research atau analisis bukan untuk memastikan keputusan itu berpihak kepada kita, tetapi kita melakukannya untuk melihat di mana kita boleh memperbaiki apa yang sedia ada.
Dalam kes di atas, apabila kita terhijab drpd kebenaran bahawa keputusan UPSR sebenarnya menurun, maka mungkin ibu bapa dan juga kakitangan KPM merasakan bahawa tiada urgency untuk melakukan perubahan kepada sistem pendidikan yang ada sebab ianya sudah ‘cukup bagus’. dan pemikiran begini hanya merugikan tidak lain dan tidak bukan, generasi baru kita.
Inilah antara kelemahan di dalam beberapa sistem di Malaysia di mana kita membuat keputusan tanpa any evidence-based research. Kita buat keputusan untuk melakukan sesuatu sebab we think it’s a good decision. Bukan sebab we know that with quantifiable proofs, it is a good decision. contoh paling ketara, isu perubahan bahasa di dalam sistem pendidikan sekolah. seolah-olah there was no planning ataupun takde forecast tentang what would possibly happen dengan membuat keputusan yang dilaksanakan.
wah itu diaaaaa.baikla den berhenti di sini.