Azam Tahun Baru

December 26, 2008 at 3:40 pm (Motivasi)

“Ok, hari ni cikgu nak tahu azam tahun baru masing2. Bangun sorang2 dan sebut azam masing2 ok. Mula dari depan”

“Azam saya tahun ini ingin lulus periksa dengan cemerlang”

“Azam saya tahun ini nak jadi anak yang soleh”

Ingat lagi tak masa kita kecik2 dulu dekat sekolah, bila masik tahun baru je. Mesti ade cikgu yang rajin tanya2 soalan macam ni dalam kelas.

Serius saya tak ingat bila kali terakhir saya ada azam. Maksud saya, saya tetapkan azam untuk tahun2 tertentu. Bukan tak ada matlamat or mision, cuma takde lah specific write it down properly. Rasa macam ntah hape2 je azam2 ni. Dekat tv pun suka lah interview2 tanya azam orang.

Sebenarnya, bagus je kita buat azam ni. Masa budak2 dulu lebih pada nak didik kita untuk ada matlamat sebenarnya. Ok, jom kita buat azam jugak. Supaya lebih bersemangat. Azam ni boleh jadi sekecil2 azam, hingga sebesar2 azam.

AZAM SAYA UNTUK TAHUN 2009:

1. Saya nak beli barang2 ni untuk rumah saya (rumah parent):

a) Peti ais besar dua pintu, top freezer (peti ais sekarang da tak muat)

b) Mesin jahit singer (untuk mak saya)

c) Set meja makan 8 kerusi

d) Set sofa

p/s: atleast (a) tu mesti beli

2. Siapkan 2 journal

3. Submit master ke external examiner atleast August 2009

4. Kurangkan weight *** kg (lalala)

Ok ini je yang saya nak senaraikan untuk masa ni. Sebenarnye banyak lagi benda yang saya nak capai. Tapi saya nak senaraikan yang ni je sebab saya rasa benda2 ni lah yang paling mencabar.

Dengan ini saya nak tag kawan2 saya yang lain. Tag ni tak wajib kalau rajin buat lah, kalau malas ke, tak kuasa nak layan ke, bz yang amat ke, saya tak kisah langsung. Saje je nak share azam2 ni. Hujung tahun depan boleh la kita review sama2.

Orang yang saya nak susahkan ialah:

1. Kino

2. Eisya

3. Amal

4. K mah

5. Naim

6. Wawa Pucca

7. Dibah

8. Peng

9. Che Det (hahaha) <–sekali dia reply tag aku da..

Untuk yang lain2, bukan tak nak listkan, cuma saya taknak susah2kan fikiran awak2 semua =p. Tapi kalau nak, sangat2 dialu2kan.

9 Comments

  1. cik private said,

    hahaha.

    aku suka no.9. pergh.

    haha.

    nanti aku menyambut pelawaan murni kau tu.

    aku kena pergi mengajar sekarang.

    haha.

  2. eisha said,

    hahaha che det tu hahahha tp elok jugak klu die jawap tag ko

  3. peng said,

    peng pun dah buat beberapa hari lepas dalam buku sulit… nanti kalau rajin.. scan je la.. then paste….

    cik nur mesti dapat pakwe yan handsome jugak tahun depan!!!!…hihihi

  4. interferens said,

    insyallah..saya akan listkan..mmg dah ada dalam kepala otak dah nie..cuma lum listkan jer lagi..

  5. brightnur said,

    Cik private & Eisya: tu kira azam aku tuk entry ni..kot2 che det reply tag aku.. mau femes aku.. hit juta2 sehari ni..

    peng: peng, tag ni serius tak wajib.. serius tak kesah. saje je gatal tangan jadikan tag. Hmm.. handsome? ermm.. apa ada pada hensem? jap.. klu ikut pepatah peng tulis di blog private, orang hensem akan dapat orang … ermm.. ??? oo..ok.

    Interferens: kalau rajin listkan lah.. klu tak, takpe je.. hee

  6. noramalina said,

    hee.. baru nak tulis, skali da kena tag. no prob. rajin ja nak melayan benda2 ni.. =P

  7. cik private said,

    AZAM ok.

    Aish.

    Azam tahun baru.

    Sila berazam.

    Haih.

  8. ibnu halim said,

    KULLU A`MIN, WA ANTI BIKHOIR..

  9. en_me said,

    good luck my dear nur itteww.. salammmz

Post a Comment