Kerana Terpaksa?
Tol: Kerajaan tanggung RM286.38 juta pampasan tol
KUALA LUMPUR 30 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung kira-kira RM286.38 juta bayaran pampasan kepada syarikat konsesi akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun bagi lima lebuh raya baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng.
“Akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun, mengikut terma-terma dalam perjanjian konsesi, kerajaan terpaksa menanggung sejumlah bayaran pampasan kepada syarikat konsesi terbabit,” katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online
“Kerajaan terpaksa menanggung”. ??*&#??
Kenapa suka sangat guna perkataan ‘terpaksa’? siapa yang paksa? Gaya macam nak cakap “Sebab korang lah (rakyat) kerajaan terpaksa tanggung juta2 ni…”
Ai.. Nak salahkan rakyat ke? Terpaksa atau tanggungjawab? Duit-duit tu bukan duit kerajaan pun, tapi memang duit penduduk malaysia. Memang sepatutnya dikembalikan untuk kesenangan penduduk. Cek balik tanggung2 yang lain tu, yang tak sepatutnya ditanggung tu.
Gila Keje
Dari: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
” Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, hasilnya adalah “biasa” saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… “

Jadi renungkan lah….
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampa, hasilnya macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’ .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera….tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya…
“Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”
p/s: Dapat dari forwarded email
UMNO ‘Transformasi’
Excited sungguh tunggu keputusan Pemilihan EXCO UMNO malam tadi. Saya nak ulas pasal Pemuda dan Wanita. Hmm.. Puteri saya tak nak komen la, Puteri ni boleh digambarkan macam pasukan pom-pom UMNO je. Hoho..
Bukan sahaja AF buat transformasi, UMNO pun guna tema TRANSFORMASI gak. Sehigga akhirnya terpilihlah transformer2 UMNO yang bakal mengtransformkan UMNO.
Seronok nampaknya perwakilan2 bila diumumkan Shahrizat menang kerusi Ketua Wanita UMNO dan Pemuda juga gegak gempita menyanyikan lagu barisan kita (apa nama lagu tu ntah) bila nama KJ diumumkan sebagai Ketua sayap Pemuda yang baru. Awal-awal lagi tengok muka KJ tersengih2 dah boleh agak dah pakcik ni menang la ni. Petang tu saya dapat dengar dari sumber2 yang ada di PWTC, KJ mungkin kalah. Sekali bila keputusan, menang pulak.
Nampaknya UMNO seperti betul2 inginkan transformasi (uhuk..) lalu muka2 baru cuba dianaikkan (walaupun KJ didapati bersalah dengan politik wang). Syabas untuk UMNO. Seperti ada satu cahaya harapan yang baru untuk UMNO. Jentera UMNO juga semakin semangat untuk meneruskan perjuangan. Puas hati. Mungkin itulah ungkapan yang ingin diluahkan. Bagi yang kalah serta penyokong2nya, bersabarlah ye.
Dalam kegembiraan UMNO dan sayap2nya. Pembangkang mungkin sedang tersenyum sinis. Mana tidaknya, UMNO mungkin terlupa Shahrizat dulu kalah semasa PRU lepas dan beliau juga masih berada diatas dengan sokongan kuat PakLah (PakLahkan dah nak stepdown, kita tengok macamane sokongan Najib pulak). Dan KJ pulak, semuanya sudah sedia maklumla kan. Saya pun tak tahulah apa punya ***** la perwakilan2 yang pilih KJ ni. Dah korang2 tau si KJ ni bersalah dengan politik wang. Ni maknanya korang2 ni pun terima SI (salam isi) la dari KJ ni (Ni bukan tuduh2 ye, ni cerita benar). Tengok je lah Mukhriz yang hanya bagi SK (salam kosong), undi pun sikit je.
Ini ke TRANSFORMASI UMNO?
Sokong ke Earth Hour?
Sibuk sekarang ni orang bincang pasal earth hour. Dato’ Farid Riduan pun sokong (as individual), siap promote dekat tv lagi. Yelah tv dia kan. Anda macamana pula? Takkan tak sokong kot.
Kempen Earth Hour ni bermula pada 2007 di Sydney Australia. Pada tahun 2008 kempen ini turut diskong oleh negara2 lain seperti US dan Rom dengan target 50 million people switch of the light dan pada tahun ini Earth Hour mensasarkan 1 billion people.
Image from here
Earth Hour ni adalah sebagai tanda kokongan kita pada bumi (vote earth) so kalau anda nak vote earth adalah dengan cara padamkan lampu ditempat anda pada 28 March 2009, jam 8.30 malam. Setiap undi anda akan dikira. Sokongan ini akan dibentangkan pada Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009. Conference ini bertujuan membincangkan semula polisi untuk menentang global warming dan seterusnya menggantikan Protocol Kyoto. Seingat saya US adalah negara yang tak mengikut protocol ni. Kalau tak silap lah, belajar kelas sains tumbuhan masa elektif luar dulu.
Bahasa mudahnya ia adalah simbolik untuk selamatkan bumi. Diulang sekali lagi, SIMBOLIK. Takdo kono mengono pun nak save energy ke hape. Takdo..takdo. Dari forum2 yang saya baca, memang Earth Hour ni takkan savekan energy/tenaga elektrik semua2 tu. Satu pandangan yang mudah difahami:
“I think engineers and specialists should emphasize to all these people that in fact by turning off the light we don’t really save anything; the power plants are still running and shutting them down and restart would mean much more waste than running the lights; and power itself as it is cannot be stored during the hour(s), therefore we don’t have any gain here either. What savings are we talking about? Let’s don’t be stupid! If we overall and consistently start saving energy, that is a different story because then we can shut down power plants for good. But until then everything is futile.”
Budak2 letrik boleh komen la. Saya taknak komen lebih2. Tapi boleh diterima logic la.
Lagi satu, diorang nak amik gambar kut satellite bumi dalam gelap (gelap sikit la dari biase)
Ok, itu kalau cerita energy or power. Macamana pulak dengan keadaan gelap ditempat2 yang ditutup lampunya. Haih, kat malaysia ni, tempat gelap sikit2 pun orang dah suka dah. Ni kalau gelap semua ni mau makin banyak sperma dan ovum bertemu ni. Ups.. ye kasar. Tapi tak betul ke? 1 jam tu. Bukan 1 minit. Anyhing can happen.
Kalau tengok filem2 action, yang ada babak2 pencuri profesional masuk bank time pak guard tukar shift, or time power perlu dioffkan untuk penyelenggaraan, macam2 diorang boleh plan. Ok2. jangan terlalu prejudis dan berfikiran negatif. Saje je nak provoke.
Apa yang saya nak sampaikan disini, biar la kite betul2 faham apa yang kite nak buat and sokong. Jangan memb***buta je. Tak guna la tutup lampu satu jam sabtu ni, tapi hari2 membazir letrik tak hengat dunia.
Adios.
Vote for Earth!
Info from here
P:s/ Saya nak tutup lampu luar rumah je, lampu dalam bukan nampak pun dari satellite. =p
Macam tak busy je
Kerana pangkat dan duit ada orang sanggup menipu.
Kerana darjat dan nama ada orang sanggup mencuri.
Atau dua2 sekali.
Atau terbalikkan dua2 ayat tu.
Ada orang pulak, takkan peduli orang yang takde kepentingan dengan hidup dia. Selfish tak?
Dan buat kerja tu gila2 (sungguh2) kalau orang tu ada kepentingan dengan dia. Gila tak?
Ada orang boleh guna orang lain untuk dia berjaya. The worst part. Kawan sendiri pulak tu.
Kalau tukar pada ayat motivasi, menggunakan peluang yang ada dengan bijak.
Ada orang suka menjatuhkan maruah dan semangat orang lain. Bila orang lain dah jatuh semangat, baru semangat dia sendiri naik. @?*&%??
Ada orang suka bajet orang lain semua dengki dengan dia. (Hahaha)
Ya Tuhan, jauhkanlah aku dari semua perangai2 pelik ini. (Boleh masuk ranking 10 perangai pelik Hagemaru tak? =p)
P/s:
“Macam tak busy je?”
“Busy je. Tapi kena rehat jugak. Ini post ketiga hari ni. Tiga post dalam masa 30 minit. Erk.. Dahsambung keje.”
Happynya Saya
Malam tadi anak murid saya cakap diorang dapat 90 markah untuk ujian matematik diorang. Paling tinggi dalam kelas. Dua orang anak murid saya darjah enam, and diorang dalam kelas yang sama. Tapi kelas nombor dua la. Seronok betul saya. =)
