UMNO ‘Transformasi’

March 26, 2009 at 9:08 am (Politik) (, , , , )

Excited sungguh tunggu keputusan Pemilihan EXCO UMNO malam tadi. Saya nak ulas pasal Pemuda dan Wanita. Hmm.. Puteri saya tak nak komen la, Puteri ni boleh digambarkan macam pasukan pom-pom UMNO je. Hoho..

Bukan sahaja AF buat transformasi, UMNO pun guna tema TRANSFORMASI gak. Sehigga akhirnya terpilihlah transformer2 UMNO yang bakal mengtransformkan UMNO.

Seronok nampaknya perwakilan2 bila diumumkan Shahrizat menang kerusi Ketua Wanita UMNO dan Pemuda juga gegak gempita menyanyikan lagu barisan kita (apa nama lagu tu ntah) bila nama KJ diumumkan sebagai Ketua sayap Pemuda yang baru. Awal-awal lagi tengok muka KJ tersengih2 dah boleh agak dah pakcik ni menang la ni. Petang tu saya dapat dengar dari sumber2 yang ada di PWTC, KJ mungkin kalah. Sekali bila keputusan, menang pulak.

Nampaknya UMNO seperti betul2 inginkan transformasi (uhuk..) lalu muka2 baru cuba dianaikkan (walaupun KJ didapati bersalah dengan politik wang). Syabas untuk UMNO. Seperti ada satu cahaya harapan yang baru untuk UMNO. Jentera UMNO juga semakin semangat untuk meneruskan perjuangan. Puas hati. Mungkin itulah ungkapan yang ingin diluahkan. Bagi yang kalah serta penyokong2nya, bersabarlah ye.

Dalam kegembiraan UMNO dan sayap2nya. Pembangkang mungkin sedang tersenyum sinis. Mana tidaknya, UMNO mungkin terlupa Shahrizat dulu kalah semasa PRU lepas dan beliau juga masih berada diatas dengan sokongan kuat PakLah (PakLahkan dah nak stepdown, kita tengok macamane sokongan Najib pulak). Dan KJ pulak, semuanya sudah sedia maklumla kan. Saya pun tak tahulah apa punya ***** la perwakilan2 yang pilih KJ ni. Dah korang2 tau si KJ ni bersalah dengan politik wang. Ni maknanya korang2 ni pun terima SI (salam isi) la dari KJ ni (Ni bukan tuduh2 ye, ni cerita benar).  Tengok je lah Mukhriz yang hanya bagi SK (salam kosong), undi pun sikit je.

Ini ke TRANSFORMASI UMNO?

3 Comments

  1. wawa said,

    eh..

    da kantoi rasuah pon boleh menang lg??

    senget ke manusia ni??

  2. noramalina said,

    “Buta mata tak nampak jalan di dunia..
    Kerana tidak nampak cahaya..
    Tidak tahu ke mana hendak dituju..
    Ke hilir atau ke hulu..”

  3. naim said,

    aku pun tunggu sampai pukul 11 lebih semalam..sempat tengok pengumuaman keputusan wanita dan puteri….tergedik2 macam monyet betina aja..baik mak cik-mak cik (wanita) mahupun kakak2….kalau gelagat ini ditunjukkan kat org2 kampung..agak2 diaorang nak pangkah tak calon yg tergedik2 nie ???

    Syabas YB KJ….nanti boleh la jadi menteri…jangan jadi menteri KDN dah la…huhuhu

Post a Comment