Kerana Terpaksa?
Tol: Kerajaan tanggung RM286.38 juta pampasan tol
KUALA LUMPUR 30 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung kira-kira RM286.38 juta bayaran pampasan kepada syarikat konsesi akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun bagi lima lebuh raya baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng.
“Akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun, mengikut terma-terma dalam perjanjian konsesi, kerajaan terpaksa menanggung sejumlah bayaran pampasan kepada syarikat konsesi terbabit,” katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online
“Kerajaan terpaksa menanggung”. ??*&#??
Kenapa suka sangat guna perkataan ‘terpaksa’? siapa yang paksa? Gaya macam nak cakap “Sebab korang lah (rakyat) kerajaan terpaksa tanggung juta2 ni…”
Ai.. Nak salahkan rakyat ke? Terpaksa atau tanggungjawab? Duit-duit tu bukan duit kerajaan pun, tapi memang duit penduduk malaysia. Memang sepatutnya dikembalikan untuk kesenangan penduduk. Cek balik tanggung2 yang lain tu, yang tak sepatutnya ditanggung tu.
naim said,
March 31, 2009 at 2:33 pm
kerajaan nak buat jalan yang besar,cantik dan selesa..
tetapi Malaysia ini bukanya kaya sangat…banyak hasil bumi kita pun penjajah dah bawak lari semua…manakan nak bagi biasiswa lagi, bukak universiti sampai berpuluh2 buah lagi (dah bukak universiti..kena bayar palk kat lecture2 yang [not so] hebat2 tu..gaji mahal2..tapi reseach tahap sayur tak masak jer) tu belum kira penjawat awam yg minum pagi 2-3 jam (selalunya yg ini dekat daerah2 dan negeri2 la). Nak bagi subsidi baja dan racun dekat petani2, nak bagi pinjaman pendidikan (PTPTN) dan pinjaman perniagaan (MARA) yang peminjam pandai pinjam, tapi tak reti nak bayar walau satu sen pun)…ingat Malaysia nie banyak duit sangatkah ??
jadi ada la beberapa syarikat yg teringin/dijemput untuk buat bisnes jalan ini. Syarikat2 ini pun beli tanah org/kerajaan…dan buat satu struktur di atas tanah tersebut yang dinamakan sebagai lebuhraya.
Jadi untuk cover modal diaorang untuk buat jalan tersebut (beli tanah,turap jalan dll) diaorang kena la ambil bayaran utk sesiapa yg gunakan struktur diaorang tu…
Sepatutnya syarikat2 ini boleh la letakkan harga sesukahati diaorang kan sebab diaorang punya struktur kan ? Tetapi ini tidak berlaku, mereka dikawal oleh kerajaan, jadi mereka tidak boleh menetapkan harga sesukahati…
Dan sepatutnya, harga yg dikenakan ialah sangat mahal pada permulaan tetapi semakin murah apabila sering digunakan. tetapi model perniagaan ini tidak boleh digunakan, harga perlu ditentukan mengikut berapa yang pengguna mampu bayar. Jadi pada mula2 lebuhraya dibuka, tentulah ia murah dan ia akan meningkat mengkut tahun, sesuai dengan bunga dari bank yang memberikan pinjaman kepada syarikat.
Namun ramai rakyat tidak bersetuju untuk kenaikan tol ini. Dan untuk tahun 2009, sudah tentu lebih ramai lagi yang tidak bersetuju kerana negara sedang di dalam krisis ekonomi. tetapi syarikat perlu menaikkanya juga kerana ia sudah didalam perancangan mereja, jika tidak, ia akan menjejaskan aliran tunai syarikat dan terpaksa membayar bunga yang semakin tinggi.
Jadi kerajaan menyedari rintihan rakyat yang sangat memerlukan lebuhdaraya2 ini mengenakan tol yang sama seperti sebelumnya. Jadi siapa yang akan bayar jika rakyat menggunakan lebuhraya ini tidak mahu membayar harga yang lebih ? ya..kerajaan sebagai penjaga amanah wang rakyat akan menggunakan wang rakyat untuk membayar lebihan tol bagi pihak yang tidak mahu membayar lebih ini.
Apabila banyak wang digunakan untuk membayar pampasan tol, kerajaan kekurangan duit untuk memberikan lebih banyak biasiswa,menyediakan kemudahan yang lebih baik dan sebagainya.
Namun sikap kerajaan yang sepatutnya di kritik ialah, apabila sebuah lebuhraya telah dibina, seringkali tidak ada jalan altenatif lain yang tidak dikenakan tol disediakan. Mahu tidak mahu, jalan yg dikenakan tol juga terpaksa dilalui. Ya mungkin ada jalan2 ini, namun ia lazimnya tidak di tunjuk arah dengan baik sebaik jalan yang bertol.
Tidak percaya ? memandulah di lembah klang tanoa menggunakan peta (cabaran ini hanya untuk org di luar lembah klang yang jarang ke KL atau org KL yg selalu jadi penumpang/ naik LRT sahaja..)
brightnur said,
March 31, 2009 at 2:54 pm
En Naim (Pegawai Kerajaan): Terima kasih atas huraian yang panjang lebar itu. Tapi sume tu common sense aku rase..