Come back

August 11, 2009 at 4:45 pm (My Mind)

Assalamualaikum,

Hampir saya terlupa bile kali terakhir saya menulis di blog ini. Memang sebelum ini, saya ada membuka satu lagi blog, lebih kepada cerita-cerita personal. Memandangkan ID dan email kedua-dua blog berbeza, jadi saya semakin berat untuk update blog ni.

Saya minta maaf kepada sesetengah pembaca, kerana saya dah janji untuk menulis satu entry khas mengenai master. Sebenarnya, menulis secara formal begini memang berbeza dengan penulisan santai. Tatabahasa perlu betul or hampir betul, ayat pun perlu dijaga, semak pun perlu berkali-kali. Jadinya, menulis formal mengambil masa lebih sedikit daripada menulis santai. Itu yang jadi makinlah beratnya.

Saya sekarang ni telah berpindah ke tempat kerja baru. Nun.. diselatan Malaysia. Walaupun agak jauh dari tempat asal, tapi syukur Alhamdulillah saya masih dikurniakan rezeki dan kerjaya yang agak baik. Kenapa perlu bersungut lagi?

Cuma yang tidak berapa sedap, wireless internet connection dekat sini agak slow. Hmm.. saya pun baru lagi dekat sini, tak past lah sebenarnya macamana. Memang merancang untuk beli broadband tapi akan difikirkan lagi.

Permalink 2 Comments