RM110 melayang

Beberapa minggu lepas saya telah kehilangan IC. Saya sendiri tidak pasti bila dan di mana IC saya tu hilang atau tercicir. Yang pastinya saya hanya sedar bila saya nak bayar tol, saya terperasan ada something yang kurang dalam purse. Belek punya belek baru lah saya sedar IC saya tak ada. Lebih malang lagi, lesen saya juga lesap. Yang herannya satu lagi kad yang saya letak bersama-sama IC dan lesen saya tidak pulak hilang.
Apa-apapun, ini bukan isunya. Sebenarnya ini kali kedua saya hilang IC. Saya bajet mesti kena denda RM100. Ada juga tengok-tengok dekat laman web JPN, kot-kot ada info. Tapi ape pun takda. Memang tak informative langsung. Sorry lah JPN.
Akhirnya saya gagahkan juga diri ni pergi ke JPN. Terbayang dekat kepala mesti orang beratur panjang ni. Tapi, Alhamdulillah, masa saya sampai tu ada dua tiga orang je yang menunggu. Ini sudah kira bagus. Saya terus ke kaunter untuk ambil nombor. Setelah berbincang dan menunjukkan report polis, rupa-rupanya saya kena bayar RM210! Wah. Buat bisnes ke? Kerani bertugas tu tany kenapa tulis tercicir (dalam laporan polis tu tulis saya tercicir IC dan lesen), kalau tulis ‘dicuri’, free, tak perlu bayar. Terpaku jugak saya dekat situ. RM210. Memang tak terkata apa. Takboleh nak kira pun duit yang tinggal lepas ni. Bila tengok muka saya yang terkejut tu, kerani tu terus tanya kerja ke balajar. So, saya jawab belajar la. Kerani tu memang ingat saya kerja mulanya. Bila tau saya belajar lagi, dia suruh saya tunjukkkan bukti. Malangnya saya tak bawak kad matriks saya (Sebenarnya tak buat lagi). Saya pun balik dan ambil matriks kad sementara serta surat tawaran master saya dan pergi semula ke JPN. Alhamdulillah dapat kurang 50%. Saya merayu lagi untuk kurangkan kerani tu memang nampak macam faham penderitaan saya..hehe.. dia pun suruh saya buat report polis sekali lagi dan bagitahu yang IC saya dicuri. Ha.. disinilah iman saya betul-betul teruji. Saya memang terdiam seketika.
RM110 dan menipu. Kalau ditanya secara sepontan pasti orang akan jawab biarlah melayang RM110 daripada menipu. Tapi, dalam keadaan kita yang semakin kesempitan ni, dan tiada sesiapa yang mengingatkan pasti sukar untuk membuat keputusan. Kadang-kadang kita tak sedar pun itu namanya menipu. Saya sempat lagi terdetik dalam hati ‘tipu ke tu ek? tipulah tu namanya.‘ Lagipun tak ke naya kalau saya kantoi dengan polis ke sebab dah buat report dua kali. Hal ini memang nampak remah kan? Tapi menipu tu satu dosa besar. Akhirnya, saya buat juga keputusan. Biarlah RM110 melayang daripada saya menipu.
Syukur, masih ada rasa takut dalam diri aku.
Seri bunga-bunga


Inilah bunga-bungaan yang ada di rumah saya. Hanya menggunakan camera biasa pinjam dari orang inilah hasil fotografer amatur kelas paling rendah. Hati saya tenang bila melihat bunga-bunga ni. Sebelum ni saya pelik, kenapalah ada orang yang sanggup bersusah-susah tanam bunga sampai semak-semak rumah, dah jadi macam taman bunga se’melaysia, termasuk mak saya. Tetapi, sejak kebelakangan ni saya sudah mula menghargai keindahan dan keunikan bunga-bunga yang ada di sekeliling kita. Bukan sahaja bunga tetapi juga pokok-pokok hiasan hidup yang menghiasi meja-meja bilik, pejabat hatta di tandas. Pemandangan yang cukup menenangkan. Perubahan minat ini, menyedarkan saya bahawa saya bukan muda lagi. Perningkatan umur menyebabkan minat kita akan berubah sedikit demi sedikit. Apatah lagi minat pokok bunga, bukankah itu hobi atau minat orang-orang yang dah agak berumur? hmm…
Sejak kebelakangan ni, jiwa saya agak terganggu. Terganggu dengan perkara-perkara yang menyebabkan saya hanya mampu duduk dan berfikir. Kadang-kadang saya rasa cukup sayu dan hanya mampu berserah. Walaubagaimanapun, semua yang berlaku memberikan pengajaran yang amat bermakna bagi saya. Saya telah sedar bahawa saya sebenarnya mampu untuk membuat pilihan. Pilihan untuk menurut emosi atau saya hanya perlu biarkan sahaja semuanya. Semua tu di bawah kawalan kita. Tapi sudah semestinya ia bukanlahlah mudah untuk diperaktikkan. Kita perlu ada tekad yang kuat dan untuk membantu, cuba fikirkan tentang sahabat-sahabat yang boleh menjadi sumber inspirasi dan kekuatan kita. Kalau dia boleh buat kenapa aku tak?