Gila Keje
Dari: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
” Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, hasilnya adalah “biasa” saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… “

Jadi renungkan lah….
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampa, hasilnya macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’ .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera….tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya…
“Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”
p/s: Dapat dari forwarded email
Macam tak busy je
Kerana pangkat dan duit ada orang sanggup menipu.
Kerana darjat dan nama ada orang sanggup mencuri.
Atau dua2 sekali.
Atau terbalikkan dua2 ayat tu.
Ada orang pulak, takkan peduli orang yang takde kepentingan dengan hidup dia. Selfish tak?
Dan buat kerja tu gila2 (sungguh2) kalau orang tu ada kepentingan dengan dia. Gila tak?
Ada orang boleh guna orang lain untuk dia berjaya. The worst part. Kawan sendiri pulak tu.
Kalau tukar pada ayat motivasi, menggunakan peluang yang ada dengan bijak.
Ada orang suka menjatuhkan maruah dan semangat orang lain. Bila orang lain dah jatuh semangat, baru semangat dia sendiri naik. @?*&%??
Ada orang suka bajet orang lain semua dengki dengan dia. (Hahaha)
Ya Tuhan, jauhkanlah aku dari semua perangai2 pelik ini. (Boleh masuk ranking 10 perangai pelik Hagemaru tak? =p)
P/s:
“Macam tak busy je?”
“Busy je. Tapi kena rehat jugak. Ini post ketiga hari ni. Tiga post dalam masa 30 minit. Erk.. Dahsambung keje.”
Azam Tahun Baru
“Ok, hari ni cikgu nak tahu azam tahun baru masing2. Bangun sorang2 dan sebut azam masing2 ok. Mula dari depan”
“Azam saya tahun ini ingin lulus periksa dengan cemerlang”
“Azam saya tahun ini nak jadi anak yang soleh”
Ingat lagi tak masa kita kecik2 dulu dekat sekolah, bila masik tahun baru je. Mesti ade cikgu yang rajin tanya2 soalan macam ni dalam kelas.
Serius saya tak ingat bila kali terakhir saya ada azam. Maksud saya, saya tetapkan azam untuk tahun2 tertentu. Bukan tak ada matlamat or mision, cuma takde lah specific write it down properly. Rasa macam ntah hape2 je azam2 ni. Dekat tv pun suka lah interview2 tanya azam orang.
Sebenarnya, bagus je kita buat azam ni. Masa budak2 dulu lebih pada nak didik kita untuk ada matlamat sebenarnya. Ok, jom kita buat azam jugak. Supaya lebih bersemangat. Azam ni boleh jadi sekecil2 azam, hingga sebesar2 azam.
AZAM SAYA UNTUK TAHUN 2009:
1. Saya nak beli barang2 ni untuk rumah saya (rumah parent):
a) Peti ais besar dua pintu, top freezer (peti ais sekarang da tak muat)
b) Mesin jahit singer (untuk mak saya)
c) Set meja makan 8 kerusi
d) Set sofa
p/s: atleast (a) tu mesti beli
2. Siapkan 2 journal
3. Submit master ke external examiner atleast August 2009
4. Kurangkan weight *** kg (lalala)
Ok ini je yang saya nak senaraikan untuk masa ni. Sebenarnye banyak lagi benda yang saya nak capai. Tapi saya nak senaraikan yang ni je sebab saya rasa benda2 ni lah yang paling mencabar.
Dengan ini saya nak tag kawan2 saya yang lain. Tag ni tak wajib kalau rajin buat lah, kalau malas ke, tak kuasa nak layan ke, bz yang amat ke, saya tak kisah langsung. Saje je nak share azam2 ni. Hujung tahun depan boleh la kita review sama2.
Orang yang saya nak susahkan ialah:
1. Kino
2. Eisya
3. Amal
4. K mah
5. Naim
6. Wawa Pucca
7. Dibah
8. Peng
9. Che Det (hahaha) <–sekali dia reply tag aku da..
Untuk yang lain2, bukan tak nak listkan, cuma saya taknak susah2kan fikiran awak2 semua =p. Tapi kalau nak, sangat2 dialu2kan.
Senyumlah
Wah, lama betul tak mengupdate blog ni. Dua hari lepas saya MC, dan masa berehat dirumah tu saya sempat menonton satu slot bertajuk ’stress’ di dalam rancangan Wanita Hari Ini. Pakar motivasinya tak lain tak bukan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Memang satu pengisian yang menarik. Antara point penting yang saya dapat ialah SENYUM!

Ya, senyum. Senyum merupakan penawar banyak penyakit yang berkaitan dengan mental dan hati. Senyum mampu merubah banyak benda.
Satu lagi, rupa-rupanya jika kita marah, tension, dan yang se’spesies’ dengannya, kita akan kehilangan banyak tenaga dan ini akan menyebabkan kita mudah letih.
Jadi apa lagi, ceriakan lah diri anda. Walau keadaan apapun cubalah untuk senyum ok..
Smile =)
Kerja dan Stress
Deadline semakin hampir, laporan belum bersentuh, draft buku juga masih belum diusik, keputusan kajian minggu lepas langsung tidak boleh digunakan, perlu dijalankan sekali lagi, masa yang ada dihabiskan unuk menganalisa data. Bukan sedikit masa yang diambil untuk menganalisa data, boleh ambil masa hingga sepanjang hari atau mungkin sehingga terbawa keesokkannya. Sungguh memenatkan. Sakit kepala usah dicerita. Belum pernah lagi rasa sakit kepala setiap saat (kecuali tidur) macam ni. Bangun sahaja dari tidur terus sakit semula. Memang menyerabutkan.

Itulah tekanan yang saya alami beberapa minggu ini. Saya memang betul-betul terkesan dengan bebanan kerja yang saya terima. Bos pula tak faham kerja yang kita buat ni bukan kerja mudah. Perlukan masa. Perlukan tumpuan sepenuhnya. Saya pula masih baru, terlalu baru. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Tidak hairanlah ramai yang bekerja di position saya sebelum ni, dah berhenti. Rupa-rupanya terlalu hebat tekanannya. Sebenarnya, saya dahpun menjangka semua ini. Saya ingat saya boleh melalui semua ni dengan jayanya. Tetapi tak disangka akhirnya saya tewas juga.
Seperti yang saya beritahu, kesan dari tekanan ini, saya mengalami sakit kepala yang agak teruk. Kadang-kadang sehingga rasa nak pitam, terutama apabila terkena panas terik. Saya mula risau tentang kesihatan diri saya. Memang terlintas untuk berhenti kerja, tapi saya telah pun berjanji untuk bekerja sehingga hujung tahun depan. Kalau nak ikutkan hati, saya nak quit je. Tapi saya pun akan rugi jugak, banyak yang saya dah belajar. Perjalanan dah mencecah suku jalan. Saya perlu berfikiran rasional.
Saya mula mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan tekanan diri. Saya mula merancang untuk lebih relaks. Jika terasa tekanan semakin meningkat, saya akan cuba lakukan perkara-perkara yang lebih relaks. Pada mulanya, agak berjaya. Tapi sampai satu masa saya tak dapat juga mengawal diri. Belum pernah lagi saya menangis sebab kerja. Inilah kali pertama.
Kali ini saya betul-betul risau. Saya sedar stress akan memberikan kesan negative pada kesihatan. Saya buat keputusan untuk pulang ke kampung (takdelah kampung sangat pun). Walaupun pada asalnya saya bercadang untuk bekerja pada hujung minggu ni. Nampaknya terpaksa lupakan je niat tu demi kesihatan mental dan fizikal saya.

Saya mula membaca artikal-artikal untuk menangani stress. Sebelum ini bukan tak pernah baca, Cuma tidak terkena pada batang hidung sendiri lagi. Kali ni, bila dah kena baru nak belek balik majalah-majalah lama. Ada beberapa artikal yang saya jumpa untuk menangani stress yang mungkin dapat saya kongsi bersama:
Cara Mudah Hilangkan Stress
- Ketawa. Tidak ada cara yang lebih mudah selain daripada ketawa.
- Urutan sendiri. Lakukan sendiri untuk hilangkan rasa pening. Urut secara lembut titik-titik akupuntur pada sekitar hidung, tepi mata untuk melegakan rasa tidak selesa.
- Jalan. Berjalan lebih kurang 10 minit untuk menennagkan tubuh badan yang sedang stress.
- Tidur. Usahakan untuk mendapatkan tidur yang tenang.
- DOA. Berdoa dapat mengurangkan stress dan mendekatkan diri pada tuhan.
Satu lagi tips menarik adalah aromaterapi. Stress dipercayai boleh dikurangkan dengan bersenam atau berehat dengan menggunakan kaedah aromaterapi. Wap panas daripada wangian essential akan melemaskan otot-otot tubuh yang tegang dan menenangkan fikiran yang gelisah sehingga tubuh menjadi sangat rilek, lebih segar dan bersemangat.
Tips ini saya perolehi daripada majalah Rapi, keluaran Mei 2006.
Pakar-pakar motivasi, contohnya Dr Fadzilah kamsah juga sering menekankan tetang cara paling berkesan untuk melawan stress iaitu SENYUM. Ya, senyum. Saya perasan, bila usia semakin meningkat ni, saya semakin jarang senyum. Sebaliknya dahi sentisa berkerut, dan ramai yang takut untuk dekat dengan saya. Kenapa sampai macam tu sekali. Adakah saya perlu berjumpa kaunselor?
Ok, untuk langkah awal. Saya akan mulakan langkah untuk SENYUM. Saya mesti senyum sepanjang masa. Dan yang paling penting, saya perlu selalu ingat Tuhan. Saya akui hati yang semakin kotor adalah antara faktor utama saya sukar untuk tenang. Saya berharap saya dapat perbaiki diri saya. InsyaAllah.