Lengkap sudah Teori RAHMAN

April 1, 2009 at 10:12 am (Politik) (, , , )

pm

Jumaat ini, 3hb April 2009 satu lagi fakta akan masuk dalam buku sejarah Malaysia. Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang ke-enam. Dengan itu lengkap la sudah teori RAHMAN yang selama ini menjadi tanda tanya. Samada suratan atau kebetulan, Wallahualam.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Razak b Hussein
Tun Hussein Onn
Tun Mahathir Mohamad
Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Seronok juga melihat teori-teori hampir merepek ini. Tapi memang menarik. Persoalannya, RAHMAN dah habis, siapa pula lepas ni. Mungkinkah Najib akan pegang jawatan PM sampai dunia kiamat? ATAU.. pembangkang akan ambik alih pemerintahan Malaysia selepas ni???

Renung-renungkan..dan………….selamat beramal!

Image from here

Permalink 7 Comments

Kerana Terpaksa?

March 31, 2009 at 12:06 pm (Politik) ()

Tol: Kerajaan tanggung RM286.38 juta pampasan tol

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kerajaan terpaksa menanggung kira-kira RM286.38 juta bayaran pampasan kepada syarikat konsesi akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun bagi lima lebuh raya baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng.

“Akibat penangguhan kenaikan kadar tol selama setahun, mengikut terma-terma dalam perjanjian konsesi, kerajaan terpaksa menanggung sejumlah bayaran pampasan kepada syarikat konsesi terbabit,” katanya menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Utusan Malaysia Online

“Kerajaan terpaksa menanggung”. ??*&#??

Kenapa suka sangat guna perkataan ‘terpaksa’? siapa yang paksa? Gaya macam nak cakap “Sebab korang lah (rakyat) kerajaan terpaksa tanggung juta2 ni…”

Ai.. Nak salahkan rakyat ke? Terpaksa atau tanggungjawab? Duit-duit tu bukan duit kerajaan pun, tapi memang duit penduduk malaysia. Memang sepatutnya dikembalikan untuk kesenangan penduduk. Cek balik tanggung2 yang lain tu, yang tak sepatutnya ditanggung tu.  

Permalink 2 Comments

UMNO ‘Transformasi’

March 26, 2009 at 9:08 am (Politik) (, , , , )

Excited sungguh tunggu keputusan Pemilihan EXCO UMNO malam tadi. Saya nak ulas pasal Pemuda dan Wanita. Hmm.. Puteri saya tak nak komen la, Puteri ni boleh digambarkan macam pasukan pom-pom UMNO je. Hoho..

Bukan sahaja AF buat transformasi, UMNO pun guna tema TRANSFORMASI gak. Sehigga akhirnya terpilihlah transformer2 UMNO yang bakal mengtransformkan UMNO.

Seronok nampaknya perwakilan2 bila diumumkan Shahrizat menang kerusi Ketua Wanita UMNO dan Pemuda juga gegak gempita menyanyikan lagu barisan kita (apa nama lagu tu ntah) bila nama KJ diumumkan sebagai Ketua sayap Pemuda yang baru. Awal-awal lagi tengok muka KJ tersengih2 dah boleh agak dah pakcik ni menang la ni. Petang tu saya dapat dengar dari sumber2 yang ada di PWTC, KJ mungkin kalah. Sekali bila keputusan, menang pulak.

Nampaknya UMNO seperti betul2 inginkan transformasi (uhuk..) lalu muka2 baru cuba dianaikkan (walaupun KJ didapati bersalah dengan politik wang). Syabas untuk UMNO. Seperti ada satu cahaya harapan yang baru untuk UMNO. Jentera UMNO juga semakin semangat untuk meneruskan perjuangan. Puas hati. Mungkin itulah ungkapan yang ingin diluahkan. Bagi yang kalah serta penyokong2nya, bersabarlah ye.

Dalam kegembiraan UMNO dan sayap2nya. Pembangkang mungkin sedang tersenyum sinis. Mana tidaknya, UMNO mungkin terlupa Shahrizat dulu kalah semasa PRU lepas dan beliau juga masih berada diatas dengan sokongan kuat PakLah (PakLahkan dah nak stepdown, kita tengok macamane sokongan Najib pulak). Dan KJ pulak, semuanya sudah sedia maklumla kan. Saya pun tak tahulah apa punya ***** la perwakilan2 yang pilih KJ ni. Dah korang2 tau si KJ ni bersalah dengan politik wang. Ni maknanya korang2 ni pun terima SI (salam isi) la dari KJ ni (Ni bukan tuduh2 ye, ni cerita benar).  Tengok je lah Mukhriz yang hanya bagi SK (salam kosong), undi pun sikit je.

Ini ke TRANSFORMASI UMNO?

Permalink 3 Comments

Tak Jadi Naik Minyak

March 2, 2009 at 9:39 am (Politik)

Terima kasih kerana dengar cakap rakyat.

Permalink 1 Comment

Harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah tol

February 27, 2009 at 8:17 am (Politik) (, )

“Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, bagi Lebuh Raya PLUS, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 0.68 sen bagi setiap kilometer menjadikan kadar terbaru 14.2 sen untuk satu kilometer.” Utusan Malaysia

Ya Tuhan…. sekarang jumlah yang saya kena bayar setiap hari pada PLUS RM1.8. Dah naik ni berapa pulak nak kena bayar? ok. lebih kurang 9 – 10 sen. Tapi still naik jugak. Dah la PLUS tu jam tiap pagi. Tak berbaloi langsung! Dok tengok tol tutup sana sini ingatkan ada harapan la tol lain nak turun, ni jadi naik pulak. Cuba bayang kalau nak pergi tempat yang beratus2 km tu. Contohnya JB, 360 km. Naik dalam Rm14 tau. Kuuus semangat..

Kepada PAK LAH, jangan MINTA KAJI sahaja tapi ARAH UNTUK JANGAN NAIKKAN. Mentang-mentanglah lepas step down nanti awak dok sibuk berkebun je, tak lalu highway.

Permalink 4 Comments

Ceritera Kerajaan Perak

February 5, 2009 at 5:11 pm (Politik) (, )

Artikel 1:  Kisah Najib

Artikel 2: Komen seorang ahli parlimen

Artikel 3: Watikah Sultan

Artikel 4: Komen Che Det

Artikel 5: Chronology yang agak best dan cepat

P/s:  Utusan, NST etc lambat sangat updatela..

Permalink 1 Comment

Lebih baik dari purata 5 tahun???

November 13, 2008 at 12:32 pm (Politik) (, , , , )

UPSR 2008 lebih baik lima tahun sebelum ini

oleh Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang diumumkan hari ini adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata seramai 46,641 pelajar atau 9.2 peratus daripada 518,616 pelajar mendapat keputusan cemerlang semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Ia meningkat 1.4 peratus berbanding purata keputusan lima tahun sebelumnya dari 2003 hingga 2007.

Bila baca je berita ni, saya terus tergelak. Macam-macam la ayat dipusing nak bagi nampak keputusan UPSR meningkat. Walaupun jelas2 peratusan telah menurun dari tahun lepas sebanyak 0.5%. Jikla dilihat dalam statistik dibawah (maaf, saya hanya jumpa statistik sampai 2005 sahaja, kalau dah jumpa nanti saya update), tahun 2006 dan 2007 menunjukkan meningkatan yang agak baik, tetapi terus menurun pada tahun ini.

Tidak pernah2, keputusan UPSR dibandingkan dengan nilai purata, tiba-tiba kali ni macam tu pulak jadinya. Kalau ikut skema statistik pun, saya rasa perbandingan itu tak boleh dipakai. Tak valid. Memang confirm tak boleh masuk journal =p.

Sekarang ni kita tengok apa jadi dengan isu BM–> BI –> BM. Apa perkembangannya nanti, apa alasan, bagaimana hal ini diperbahaskan diparlimen. Pastinya pembangkang sedang ligat mengarang hujah, tidak ketinggalam juga barisan kerajaan. Sibuk sungguh orang-orang UMNO, mana dengan sibuk berkempen @ melobi sibuk dengan isu2 sekarang ni. Nasiblah kan, siapa suruh jadi menteri.

Graf Peratusan Keputusan UPSR dengan semua A dari tahun 2005 hingga 2007

upsr2

Permalink 16 Comments

Obama, betulkah kamu …..?

November 10, 2008 at 9:41 am (Politik) (, )

Bila tengok video di atas ni macam gah je bunyinya. Obama dilihat seperti mampu mengubah dunia.

Ok, asik dengar dan tengok pemimpin-pemimpin besar je bagi comment, apakata tengok saya selaku rakyat biasa yang takde nama, takde jawatan, tak siapa pun kenal comment pulak.

…………………………….

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai rakyat dunia sekelian,

Pertama sekali, tahniah kepada Barack Obama atas kejayaannya memenangi pilihanraya presiden Amerika Syarikat dengan 38% undian daripada 98%.  Dengan kemenangan ini, dilihat seluruh dunia menaruh harapan tinggi menggunung untuk mambawa satu perubahan baru terutama dalam dasar hubungan luar Amerika. Nampaknya macam orang kulit hitam lebih baik dan lebih boleh diharap daripada orang kulit putih. Betul tak?

Persoalannya sejauh manakah perubahan yang dijanjikan itu akan terlaksana? Betulkah Obama ini lebih baik dari bush? Dalam hati saya, Amerika tetap Amerika. Saya secara peribadi tidak mahu meletakkan apa-apa anggapan awal pada Obama, memandangkan semuanya terlalu awal. Obama pun belum angkat sumpah lagi.

Kenapa kita kena ambil tahu? Sebab sememangnya Amerika adalah pengaruh yang sangat besar dalam segala hal didunia ni. Seperti ekonomi, sosial, pendidikan, budaya dan lagi dan lagi. Jadi kita kena tahu lah.

Sekian

Permalink 2 Comments

Isu Perkauman

September 10, 2008 at 12:31 pm (Politik)

Sekarang ni sibuk la dekat berita war-warkan jangan sesiapa timbulkan isu perkauman. Siapa yang terlibat akan ditahan ISA, akan dikenakan tindakan. Sibuk dok salahkan orang. Orang ni tibulkan isu perkauman. Orang tu buat ni.

Tahu tak siapa yang sebebarnya patut dicampakkan dalam ISA tu. WARTAWAN!!! Yes, merekalah sebenar-benarnya orang yang patut masuk ISA.

Ok, cuba tengok isu Ahmad keluarkan statement pasal GERAKAN patut dikeluarkan dari BN. Kalau kita dengar kosong je, ada ke orang nak fikir statement tu berbau perkauman? lagi-lagi orang kampung. Ape diorang heran sangat pasal isu ni? Tiba-tiba, berita tv yang sibuk mencanangkan isu perkauman ni. Daripada takde pape, jadi gawat dibuatnya. Dah la berita-berita yang keluar dekat tv susah nak dengar cerita betul. Kalaulah betul-betul ada something tak elok pasal perkauman ni, memang yang patut dipersalahkan ialah WARTAWAN!!!

Permalink 2 Comments

Seperti Dijangka

August 27, 2008 at 9:25 am (Politik) (, )

Malam semalam saya yakin ramai yang ternanti-nanti keputusan Pilihanraya Permatang Pauh di televisyen. tapi sungguh mengecewakan. Setelah hampir jam 9, barulah ada terkeluar statement kecil di bawah mengatakan Anuar menang. Sebenarnya apabila melihat tv begitu senyap, semua orang dah boleh agak, ni mesti BN kalah. Saya pulak tak sabar nak ke office pagi-pagi ni sebab nak tengok news terbaru.

Dalam kereta, saya sempat dengar ulasan di radio 24/Bernama. Ulasan yang menarik. Bila saya on je radio terus dengar DJ tu cakap surat-surat khabar mengambil masa lebih kurang pukul 10 lebih (saya tak ingat waktu tepat) nak decide apa tajuk muka depan hari ni. Akhirnya keluarlah tajuk2 seperti yang ada dimuka depan new paper hari ni.

Radio 24 juga memberikan ulasan yang agak menarik pagi ni. Dimana DJ tersebut meletakkan isu anuar ini seperti satu novel politik. DJ yang bertugas tu minat dengan novel John Grisham dan beberapa novel terkenal lain.

Saya cuba ringkaskan ulasan tersebut. Cuba kembali kepada beberapa bab sebelum ni. Semasa penamaan berlaku kekeliruan dikalangan wartawan samada terdapat 4 atau 3 bakal calon yang akan dinamakan. Ada maklumat yang memberitahu, terdapat seorang calon yang menarik diri setalah penamaan calon sebaik sahaja pencalonan anuar diterima. Ini bermakna jika pencalonan anuar tidak diterima, pkr masih ada calon. ini merupakan satu strategi yang bijak oleh pkr.

Terdapat juga beberapa subplot dalam jalan cerita ini. iaitu:

Kes penerimaan 60 juta dari magnum.

Sumpah laknat oleh saiful bukhari

bersambung…

p/s: pc saya tak dapt network connection. maybe wire rosak. so tak dapat nak fokus menulis di meja orang lain.

Permalink 1 Comment

Next page »