Happynya Saya
Malam tadi anak murid saya cakap diorang dapat 90 markah untuk ujian matematik diorang. Paling tinggi dalam kelas. Dua orang anak murid saya darjah enam, and diorang dalam kelas yang sama. Tapi kelas nombor dua la. Seronok betul saya. =)
Untuk Anak Murid
Ni hadiah untuk anak murid saya, Adam. Tarikh birthday dia sama dengan saya. Tahun depan dia UPSR, seronoknyalah kalau dia dapat 5A. Tak plan pun nak beli apa, tapi tertarik sangat dengan buku ni, keluaran PTS. Memang cover dia sangat menarik saya untuk beli.
Semoga Adam berjaya di dunia dan akhirat.
Kelas Tusyen
Rabu. 10.57 pm.
Saya baru saja habis mengajar tusyen lebih kurang pukul 10 tadi. Lupe sekejap masalah kerja bila ngajar anak-anak murid ni. Baru saya teringat, saya tak pernah lagi cerita tentang tusyen saya, tentang anak murid saya. Saya mula mengajar tusyen di rumah saya lebih kurang sebulan lepas. Sekarang ni student saya dah ada 14 orang, baru masuk dua orang minggu ni. Saya ajar dua minggu sekali, dua jam setiap sesi, 8.00-10.00 pm. 14 orang student ni saya bahagikan pada 2 kumpulan. Satu kumpulan Isnin dan Rabu, untuk darjah 1 sampai 5 dan group 2 hari Khamis dan Ahad, untuk student UPSR dan tadika/masih belajar membaca.
Hari ni saya ajar group 1, kalau dengan group ni saya relax siket. Depa ni pun ceria dan kelakar dan juga sangat bersemangat. Saya ajar subjek matematik dan english. Hari ni saya ajar english. Pening juga nak fikir macamana nak ajar english dekat diorang ni. Anak murid saya ni semuanya sangat lemah english. Kalau saya cakap english satu ayat je pun. Depa dah ternganga dah. Kena lah saya ulang balik dalam bahasa melayu. Saya ada terfikir untuk ajar lagu english, tapi asik tak sempat je nak mencari. Since siang tadi saya pun takde mood nak buat kerja, saya cubalah cari-cari lagu yang sesuai. Cari punya cari akhirnya saya tertarik dengan satu lagu ni, What a beutiful world nyanyian Louis Armstrong. Lagu ni lagu lama. Bahasa dia mudah, banyak word yang saya dah pernah ajar. Cuma suara penyanyinya agak kasar dan mungkin my student susah nak tangkap setiap perkataan.
What a Wonderful World.
Louis Amstrong
I see trees of green…….. red roses too
I see the bloom….. for me and you
And I think to myself…. what a wonderful world.
I see skies of blue….. And clouds of white
The bright blessed days….dark sacred nights
And I think to myself …..what a wonderful world.
The colors of the rainbow…..so pretty in the sky
Are also on the faces…..of people going by
I see friend shaking hands…..saying how do you do
Theyre really saying……i love you.
I hear babies cry…… I watch them grow
Theyll learn much more…..than Ill never know
And I think to myself …..what a wonderful world
Yes I think to myself …….what a wonderful world.
Sebenarnya, saya sendiri bila dengar lagu dan tengok video ni, saya betul-betul tersentuh. Lagu ni membuatkan saya berfikir tentang hebatnya kejadian alam. Hebatnya kejadian tuhan.
Saya save video ni, dan tunjukan pada anak murid saya. Kemudian saya tunjukan lirik lagu ni dan terangkan maksudnya. Memang meraka banyak lupa perkataan-perataan yang telah saya ajar sebelum ni. Saya ada juga cari lagu nasyid English, tapi tak jumpa yang sesuai. Perkataan yang diguna tinggi sangat, tak sampai lagi level depa ni.
Esok turn group 2. Haa.. yang ni saya pening siket. Ada seorang student dari group 1 saya pindahkan ke group ni, sebab tak tahu baca lagi, dah darjah satu pun. Nak buat macamne, terpaksa la masuk kelas membaca balik. Tapi untuk matematik saya tetap masukkan dia dalam group satu. Matematik dia ok pulak.
Yang memeningkan saya dalam group 2 ni, ada 3 orang yang suka menangis. Aduhai, yang kakak and abang upsr ni suka pulak mengusik. Bila saya bangun je ada jelah yang menangis sebab kena usik. Tapi dalam dok nangis-nangis tu diorang akan baca jugak kalau saya suruh baca. Hehehe.. saya ni teacher yang garang. Sambil nangis-nangis pun depa baca lagi, saya siap suruh baca kuat-kuat lagi. Memang kadang-kadang tu ta tahan sangat. Yelah kita dah ajar berulang kali, masih tak dapat lagi. Lagipun hampir semua anak murid saya ni sedara mara saya. Ada yang duduk depan rumah je,jiran sebelah rumah. So, saya kena tunjuk tegas sikit. Kalau tak, diorang main-main dan tak serius.
Harap saya dapat bertahan lama dengan kelas tusyen ni. Sekarang ni tengah fikir plan mengajar yang sesuai untuk depa ni.
