Kerja dan Stress

Deadline semakin hampir, laporan belum bersentuh, draft buku juga masih belum diusik, keputusan kajian minggu lepas langsung tidak boleh digunakan, perlu dijalankan sekali lagi, masa yang ada dihabiskan unuk menganalisa data. Bukan sedikit masa yang diambil untuk menganalisa data, boleh ambil masa hingga sepanjang hari atau mungkin sehingga terbawa keesokkannya. Sungguh memenatkan. Sakit kepala usah dicerita. Belum pernah lagi rasa sakit kepala setiap saat (kecuali tidur) macam ni. Bangun sahaja dari tidur terus sakit semula. Memang menyerabutkan.

Itulah tekanan yang saya alami beberapa minggu ini. Saya memang betul-betul terkesan dengan bebanan kerja yang saya terima. Bos pula tak faham kerja yang kita buat ni bukan kerja mudah. Perlukan masa. Perlukan tumpuan sepenuhnya. Saya pula masih baru, terlalu baru. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Tidak hairanlah ramai yang bekerja di position saya sebelum ni, dah berhenti. Rupa-rupanya terlalu hebat tekanannya. Sebenarnya, saya dahpun menjangka semua ini. Saya ingat saya boleh melalui semua ni dengan jayanya. Tetapi tak disangka akhirnya saya tewas juga.

Seperti yang saya beritahu, kesan dari tekanan ini, saya mengalami sakit kepala yang agak teruk. Kadang-kadang sehingga rasa nak pitam, terutama apabila terkena panas terik. Saya mula risau tentang kesihatan diri saya. Memang terlintas untuk berhenti kerja, tapi saya telah pun berjanji untuk bekerja sehingga hujung tahun depan. Kalau nak ikutkan hati, saya nak quit je. Tapi saya pun akan rugi jugak, banyak yang saya dah belajar. Perjalanan dah mencecah suku jalan. Saya perlu berfikiran rasional.

Saya mula mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan tekanan diri. Saya mula merancang untuk lebih relaks. Jika terasa tekanan semakin meningkat, saya akan cuba lakukan perkara-perkara yang lebih relaks. Pada mulanya, agak berjaya. Tapi sampai satu masa saya tak dapat juga mengawal diri. Belum pernah lagi saya menangis sebab kerja. Inilah kali pertama.

Kali ini saya betul-betul risau. Saya sedar stress akan memberikan kesan negative pada kesihatan. Saya buat keputusan untuk pulang ke kampung (takdelah kampung sangat pun). Walaupun pada asalnya saya bercadang untuk bekerja pada hujung minggu ni. Nampaknya terpaksa lupakan je niat tu demi kesihatan mental dan fizikal saya.

Saya mula membaca artikal-artikal untuk menangani stress. Sebelum ini bukan tak pernah baca, Cuma tidak terkena pada batang hidung sendiri lagi. Kali ni, bila dah kena baru nak belek balik majalah-majalah lama. Ada beberapa artikal yang saya jumpa untuk menangani stress yang mungkin dapat saya kongsi bersama:

Cara Mudah Hilangkan Stress

  1. Ketawa. Tidak ada cara yang lebih mudah selain daripada ketawa.
  2. Urutan sendiri. Lakukan sendiri untuk hilangkan rasa pening. Urut secara lembut titik-titik akupuntur pada sekitar hidung, tepi mata untuk melegakan rasa tidak selesa.
  3. Jalan. Berjalan lebih kurang 10 minit untuk menennagkan tubuh badan yang sedang stress.
  4. Tidur. Usahakan untuk mendapatkan tidur yang tenang.
  5. DOA. Berdoa dapat mengurangkan stress dan mendekatkan diri pada tuhan.

Satu lagi tips menarik adalah aromaterapi. Stress dipercayai boleh dikurangkan dengan bersenam atau berehat dengan menggunakan kaedah aromaterapi. Wap panas daripada wangian essential akan melemaskan otot-otot tubuh yang tegang dan menenangkan fikiran yang gelisah sehingga tubuh menjadi sangat rilek, lebih segar dan bersemangat.

Tips ini saya perolehi daripada majalah Rapi, keluaran Mei 2006.

Pakar-pakar motivasi, contohnya Dr Fadzilah kamsah juga sering menekankan tetang cara paling berkesan untuk melawan stress iaitu SENYUM. Ya, senyum. Saya perasan, bila usia semakin meningkat ni, saya semakin jarang senyum. Sebaliknya dahi sentisa berkerut, dan ramai yang takut untuk dekat dengan saya. Kenapa sampai macam tu sekali. Adakah saya perlu berjumpa kaunselor?

Ok, untuk langkah awal. Saya akan mulakan langkah untuk SENYUM. Saya mesti senyum sepanjang masa. Dan yang paling penting, saya perlu selalu ingat Tuhan. Saya akui hati yang semakin kotor adalah antara faktor utama saya sukar untuk tenang. Saya berharap saya dapat perbaiki diri saya. InsyaAllah.

This entry was posted in Career, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi, Wanita. Bookmark the permalink.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s