Kemaslah rumah!

Sebuah rumah yang indah, teratur, berbau harum, menenangkan. Itulah yang menjadi impian setiap manusia. Mungkin.

Soalan saya. Susah sangat ke nak kemas rumah atau bilik?

Itulah yang saya tak faham. Saya ni bukanlah orang yang kemas sangat. Tapi saya tak tahulah kenapa saya akan jadi sangat tertekan kalau tengok barang bersepah-sepah dan tak tersusun. Tak kiralah dekat dalam bilik ke, dekat dapur ke, atas meja ke dekat rak ke. Memang rasa sangat tertekan. Dan yang paling saya sangat pantang kalau bilik air kotor!

Semasa duduk di asrama dulu, alhamdulillah saya boleh mengatur dan mengawal bilik serta barang-barang saya dengan baik. Dari sebelum masuk asrama lagi, saya ni memang suka menghias bilik. Tidak saya nafikan, ia sebenarnya hasil dari jeritan maut mak saya kalau dia nampak bilik bersepah. Jadi kami adik beradik memang tak berani nak menyepah rumah. Kadang-kadang tu tersepah jugak. Walaupun hanya berpunca daripada satu kusyen yang tak diletak balik ke tempat asal, alamat sepanjang hari lah kami kena dengar bebelan ibunda tercinta. Tapi itu cerita lama. Sekarang ni baru saya faham apa perasaan bila tengok harta benda bersepah-sepah.

Pernah sekali kawan saya tanya, macamana nak buat bilik jadi kemas. Hmm, macamana? Saya pun baru terfikir masa tu. Jawapan saya, ‘letak balik barang ditempat asal’. Contohnya, bila sikat rambut, lepas sikat letak balik dekat tempatnya jangan letak je atas katil atau atas meja, walau lewat macamana pun, walau kecik macamana pun barang tu!. Bagi saya itu tips paling utama.

Janganlah jadi macam orang, bila di luar nampak cantik, nampak kemas, ayu, bersopan santun, wangi, tapi bilik bersepah tahap hutan belukar tropika. Baju bersangkut sana sini, buku bersepah-sepah, bantal berlonggok. Contoh jelah ni. Aduhai, tahulah orang tak nampak dalam bilik atau rumah awak tu. Tapi tolonglah jaga kebersihan.

Satu lagi, kalau masak. Lepas masak tu, basuhlah terus periuk belanga serta kuali mali tu. Siap landas potong bawang pun terletak atas meja lagi. Ni dok longgok kat dapur tu nak tunggu siapa datang basuh?

Cerita makan pulak. Macamana rasanya lepas makan tak basuh pinggan. Letak je dalam sinki. Ni mesti kes kat umah dulu ada orang gaji. Kalau tak memang sah la pemalaskan. Wahai lelaki sila kaji dulu perkara ni sebelum anda mengahwini wanita idaman anda.

Dengan itu, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsi bersama untuk memastikan rumah, bilik atau tempat tinggal anda kemas sentiasa. Ops, diingatkan sekali lagi, saya ni tak adalah pengemas sepanjang masa. Kadang-kadang tu tewas jugak. Terutama bab koleksi jualan gudang di dalam baldi. Jadi ini untuk peringatan kita bersama.

1. Bila sampai je depan rumah, terus susun kasut ditempat yang sepatutnya. Jangan parking je depan pintu.

2. Letak beg anda ditempat yang sepatutnya juga. Kalau tak ada tempat letak beg. Anda boleh usahakan. Contohnya gantung belakang pintu atau susun di tepi katil. Jangan letak beg atas meja atau atas katil. Semak.

3.Bila dah tanggal tudung tu, ambik hanger dan sangkut di penyangkut baju. Bukan ditingkap atau di tombol pintu. Apatah lagi campak je atas katil. Jika rasa dah tak nak pakai tudung tu lagi, terus masuk dalam baldi, tak perlu gantung lagi. Kurangkan pakaian yang bergantung.

4.Letak barang-barang kecil, seperti handsocks, ‘leg’socks, handphone, anak tudung, fail ditempat yang betul. Bukan gantung semua dekat kepala katil atau longgok atas meja.

5.Lipat kain telekung dengan kemas dan gantung elok-elok atau simpan dalam almari.

6.Bangun sahaja dari tidur terus lipat selimut, comforter dan susun bantal.

7.Elakkan simpan barang-barang mandi dalam bilik air. Ini akan mengotorkan lagi bilik air yang sudah sedia kotor.

8.Pastikan tiada sampah yang tercicir semasa keluar dari bilik air. Contohnya petutup ubat gigi, pelastik sabun, rambut yang gugur dan lain-lain.

9.Jangan biarkan bilik air anda berkeladak. Bakteria senang membiak. Cacing pun suka.

10.Terakhir sebelum saya menutup coretan kali ini, pastikan bilik anda kemas sebelum anda keluar bilik dan sebelum tidur!

Alah bisa tegal biasa!

This entry was posted in Wanita. Bookmark the permalink.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s