Nak beli kereta?

Sekarang ni saya rasa kemana-mana pun orang sibuk bercerita tentang kereta. Masing-masing menyatakan pendapat mereka tentang kereta-kereta yang ada di pasaran sekarang ini. Setakat ini, kereta yang hangat dibincangkan disekeliling saya ialah Myvi, Viva, Getz, Pesona, Naza Sutra atau Suria saya tak berapa ingat.

Macam-macam pendapat. Ada yang suka Myvi. Ada yang suka Viva. Kalau saya buat masa sekarang ni Viva jadi pilihan. Memang ramai yang cakap lebih baik beli Myvi, tapi design myvi yang agak ‘gemuk’ tu, menyebabkan saya kurang yakin saya mampu mempertahankan kereta itu dari calaran alam semesta. Hmm.. jadi, Viva mungkin agak sesuai untuk masa ni. Walauapapun, sekarang ni kereta idaman saya adalah Honda Civic.

Honda Civic Sedan EX-L

Orang perempuan ni, memang sangat jarang mempunyai pengetahuan yang baik tentang kereta. Sehinggalah saat dia ingin membeli kereta, masa tu barulah terkial-kial membelek helaian-helaian brochure kereta atau mencari maklumat di internet. Ada sesetengah tak tahu pun apa yang perlu dipertimbangkan semasa ingin membeli kereta. Termasuklah saya. Tak banyak yang saya boleh berkongsi di sini. Apa yang akan saya kongsi ni hanya standard untuk perempuan. Orang lelaki tak perlulah baca, mesti hangpa nak gelak.

Pertama sekali bila nak beli kereta ni, mestilah kite kena tengok kemampuan kita dulu. Oh ye, perkongsian ini juga hanya fokus pada fresh grad atau wanita-wanita yang baru bekerja dan mula terfikir untuk membeli kereta. Jika jumlah pendapatan anda bawah daripada RM1500 dan anda tinggal di Kuala Lumpur atau sekitarnya saya cadangkan belum masanya untuk anda membeli kereta. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan tahap kemampuan anda. Dalah lebih baik jika anda dapat senaraikan anggaran perbelanjaan bulanan anda. Dari situ baru anda akan dapat melihat samada anda betul-betul mampu atau tidak. Disini saya sertakan contoh:

~

Gaji pokok: RM1700

Gaji setelah tolak EPF: RM1513

Sewa rumah dan bil elektrik&air: RM150

Bil lain-lain: RM60

Bagi mak dan belanja rumah: RM300

Topup: RM50

Makan: RM150

Jumlah perbelanjaan: RM810

Transport: RM50

Belanja: RM200

Baki:RM703

~

Ini hanya contoh. Banyak lagi perbelanjaan lain seperti hutang PTPTN, beli barang-barang lain, dan ia bergantung kepada individu.

Satu lagi perkara penting yang perlu dilihat ialah dari segi keperluan. Adakah anda betul-betul terdesak atau anda masih ada pilihan. Perlu anda ingat, kereta adalah liabiliti/tanggungan bukan aset. Anda memerlukan lebih kurang RM600-700 sebulan untuk perbelanjaan kereta sahaja. Termasuk installment/bayaran bulanan, maintenance termasuk minyak etc. Walau apapun ia bergantung kepada jenis kereta anda.

Setelah anda mambuat keputusan untuk membeli kereta, tibalah masanya anda memilih kereta yang paling sesuai dengan diri anda. Bagi saya, pilihlah kereta yang mempunyai kos maintenance yang rendah. Biasanya perodua adalah pilihan yang agak baik, seperti Kancil, Kelisa, Viva dan Myvi. Kereta proton pun boleh diterima jugak seperti Saga, Iswara, tapi bagi yang jenis kurang berani atau sibuk ke, saya cadangkan janganlah pakai proton sebab kereta jenis ni agak kerap rosak dan bila dah rosak tu kena la hantar repair pulak. Kalau jenis yang tak tahu apa-apa tu kena la carik teman pulak. Lagi banyak kerja.

Antara serba sedikit perkara yang perlu diketahui adalah loan dan installment. Contohnya jika harga kereta tu RM50 000 (on the road), dan katakan loan yang akan bank bagi ialah 90% dari harga tersebut, maknanya RM45000. Jadi baki RM5000 tu perlu dibayar sebagai downpayement. Tempoh pinjaman boleh dipilih samada 5 , 7 atau 9 tahun. Bergantung kepada bank. Ada juga bank yang tempohnya 10 tahun. Jangan lupa, bila dah buat pinjaman ni, mestilah ada interestnya. Biasanya interest tu dah dikira siap-siap dalam installment yang anda bayar, lebih kurang + – 3.8% .

Bila sebut tetang pinjaman, mesti ada persoalan samada nak pilih yang islamic atau konvensional. Saya bukanlah orang yang layak untuk menerangkan perkara ini. Jadi lebih baik rujuk pada yang pakar, dan kemudian anda buatlah pilihan.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang anda perlu fikirkan dan pertimbangkan. Ingat, jangan beli kereta untuk bergaya. Jadilah pembeli yang bijak. Kalau boleh jadikan liabiliti kita tu sebagai satu sumber yang mampu memberi sumbangan untuk penambahan aset kita. Contohnya dengan adanya kereta, kita boleh buat part time.

Perodua Viva

This entry was posted in Kereta, Wanita. Bookmark the permalink.

24 Responses to Nak beli kereta?

  1. ari says:

    Salam. Thanks la.. sedikit sebanyak membantu saya dalam membuat pilihan nak bli keta mana yg mengikut kemampuan…

    TQ

  2. saya says:

    sekarang ni RM0.00 downpayment pun dah ada kan?

  3. brightnur says:

    Saya: Ye, memang ada. Tp tinggi sikit la installmentnye

  4. Pingback: Keretaku « Al Kisah

  5. chelsea girl says:

    leh tak tlg terangkan cara wat full loan?sy mmg tak faham la…huhu

  6. brightnur says:

    chelsea girl: kalau full loan ni tak perlu bayar downpayment. Itu sepatutnye lah, tapi kadang2 broker kete ni die mintak gak la duit tuk urusan2 jual beli kete ni.. loan ni bergantung pada bank. n masa nak beli tu kite tanye salesman tu samada boleh apply full loan atau tak.. biasanya diorang akan urusakan. bila dah dapat full loan ni, bulan2 cam banyak sikit la.. sebab itulah orang suke bayar sikit downpayment, nak bagi kurang sikit beban bulan2 tu..

  7. farahdilah says:

    salam..
    tq atas information..mmg dlm masa terdekat sy berkeinginan membeli kereta..
    slps bc tips2 di atas, sy rs lebih yakin nk pilih kereta yg mana satu!! mesti yg ekonomikal..

  8. hello says:

    saya tak bekerja tapi ingin membeli kereta? persoalannya sekarang ialah bolehkah saya membeli kereta? sila jawap, jangan tak jawap. saya ingin membeli kereta honda civic.

  9. ashraf says:

    hai..mungkin saya adalah satu2nya lelaki yg baca n beri komen kt blog ni..terlebih dulu saya tabik pd blogger ni sbb dia tau sedikit sebanyak psl tips2 pembelian kereta ni..

    saya tertarik dgn persoalan saudari hello diatas..xmenjadi masalah jika saudari xbekerja tp nak beli kereta..n xkesah la saudari nk beli civic ke,toyota ke, even mercedes sekalipun…persolaannya adakah saudari mampu untuk menanggung ‘liabiliti’ tersebut?walaupun saudari xbekerja tetapi berkemampuan dan mempunyai kedudukan kewangan yg kukuh (contohnya saudari dtg dari keluarga yg berada atau suami saudari seorang ahli perniagaan yg berjaya dan punya banyak wang),dan mempunyai lesen memandu…y not u own a car?

    satu lg saya ingn memberi pendapat pd saudari2 yg ingin membeli atau sudah punya kenderaan sendiri..supaya tau sedikit sebanyak tentang penjagaan kereta kita..at least tau basic psl enjin, common problem psl enjin, n tau cara2 nk tukar tayar…mmg amat2 membantu jika anda tau knowledge ni:)

  10. Pingback: Nak Beli Kereta « Learn from Life (^_^)

  11. miraibess says:

    Ramai yang nak beli kereta terutama yang masih belum ada kereta lagi pun zaman sekarang boleh dikatakan sebagai keperluan asas. Memang ada yang tak payah bayar down payment dah boleh dapat kereta tapi betul le tip-tip yang dibagi kena tengok le kemampuan dan satu lagi bila Kita buat pinjaman kereta masanya panjang sangat sampai 9 tahun. Kita kena ingat tiap tahun perbelanjaan kita meningkat dan kita tak tahu dekat mana dan masa bila kita down, itu le ramai kes kereta kena tarik.

    Hari ni saya buat satu pendengkatan yang simple, kalau anda hendak dapat kereta anda kena ajar dan bantu orang untuk dapat kereta cuma kongsi dengan 5 atau 6 orang kawan lagi pun modal tak tinggi cuma setiap orang RM3500 aje. Tut…Tut tak sampai setahu masing-masing dapat beli kereta cash.

    Ramai tak tahu cara ni. Kalau sesiapa nak tahu boleh rahsia ni saya cuba bongkarkan. best………. miraibess@gmail.com

  12. ira says:

    Salam mis,

    thanks coz sharing ur knowledge. i like ur view
    Jgn beli kereta utk bergaya but utilize ur car by getting income from that

    good :)

  13. Anonymous says:

    thank u…help me a lot…^_^

  14. zulLLL says:

    asslmualaikum.. maaf.. lap top sy ni dah giler..
    hehehe.. hurm.. t’tarik pd abg kat ats tu ckp psal pnjagaan kete nii..
    wee~ sy pljr automotif, bkn handal, tp tau serba sdikit, so, tips ni utk akak2 yg nak bli kete t’pakai k..

    bg kete baru, xde mslh.. bg kerete2 t’pakai, akak2 blh lar cek bnde2 ni key..
    1. dngr bunyik enjin tu ksar ke x..
    2. tngok mne2 ‘liking’ pd enjin tu k.. hehe.. klau dah d’bersihkan pn, akak2 ley cek, jgn takut utk pegang minyk itam pd enjin..
    3. kerete2 yg mhl biase nyer ade sistem2 t’tentu, contoh, DVVT, VVTI, V-TEC, atau mcm2 lg.. tu 1 kelebihan.. tp SOCH @ DOCH lebih kurang jer.. beza double cam atau single cam shj, tp utk p’ingatan, bile ade ape2 sistem tu, biase nyer enjin full elektronik, injection, jgn usik klau x blh start enjin, nnti otak dia jem, lg x ley buat ape..
    4 . bwk kete n dngr bunyik bile krete b’gerak, biase nyer mcm bunyik ‘dengung’, tu yg x elok, x perasan sngt, tp ade kne mngene dngn shaft atau bearing..
    5. 1 bunyik pd kete akn memudarat kn enjin kereta akak2, pcye lah, nnti b’jangkit, so, pasti kn akak tau stiap bunyik yg kluar, tnye n tau fungsi komponen tu..
    6 . ni yg slalu org pmpuan wat x fhm, cek absorber, ade minyak @ nmpk kesan t’bakar, dah trok lah tu.. utk saga 1 btg seratus, 4 sober dah 400, huhu..
    7. pastu, klau blh, cek belting.. tngok belting tu dah reput ke blm..
    8. biase nyer pnjual kerete akn ckp tyr baru p’cume.. jgn t’pedaya, tngok thn tyar d’keluarkan, and speed limit tyar.. speed limit tyar ni rmai yg x fhm, contoh, tyar blh b’gerak 120km/j.. kite bwk 160km/j, mmg blh.. tp ingat, skli tyar meletop, ke gaung lah jwb nyer.. tyar x thn tekanan, m’letop tnggal rim jer, mmg ke gaung, jgn pk tyar tu cume ilang, tp pk impak tyar tu..
    ok2.. sori utk post kat ats tuu.. hrp mmbntu.. hehehe..

  15. zulLLL says:

    6pak nyer, syuk t’salah topik ini?? hehehe..
    xpe lah… ilmu2.. ^_^

  16. aku, eton dari desa says:

    salam..first nak bgtau yang sukanya jumpa blog ni..=D saya xde la nak beli kereta dalam waktu terdekat ni tapi da ada plan..huhu..insyaAllah ada rezeki dapat la..lama lagi rasanya, ada la 2-3 tahun..(im looking forward for it..he he hee)

    “Orang perempuan ni, memang sangat jarang mempunyai pengetahuan yang baik tentang kereta. Sehinggalah saat dia ingin membeli kereta, masa tu barulah terkial-kial membelek helaian-helaian brochure kereta atau mencari maklumat di internet”..

    terima kasih sangat2 bila terbaca statement di atas..(tak marah ye), sy amat positif terbaca yang ni..hehe..sbb dia boost awal untuk saya untuk find out more pasal hal-hal macam ni.prepare2 kan..pnh terfikir tapi fikir “klik2″ je..nway, tenkiu!

  17. aku says:

    jom share info kereta di sini

  18. cik seri says:

    wah..masih malar segar wpun dah 3thn post… huhu.. saya nak kereta…nak kereta..

  19. ? says:

    maksudnya kalau gaji basic rm17oo jgn beli kreta dulu kew???

  20. rein says:

    salam, sy nie student engt nk bli kereta utk kmudahan sbb next sem da kne dduk luar..
    boleh tak tlg terang kan payment utk kereta viva?
    mcm :
    bayar muka brapa?
    bulan2 brapa?
    bayaran utk kereta 2 total brapa bulan?

    • brightnur says:

      Rein.. maaf ye, saya dah reply soalan awak ni beberapa hari lepas, tapi saya pelik kenapa takde. Tapi takpe, saya jawab semula.

      Untuk beli kereta ni, takde cara pembelian yang fix. Semuanya bergantung pada pilihan kita, kewangan kita.

      Saya bagi contoh untuk saya.
      Viva Ezi,
      total harga RM42k.
      downpayment/muka RM2100. (sekarang dah boleh apply full loan, masa saya takde lagi)
      Monthly: RM452
      Tempoh: 9 tahun. (pilihan yang ada, 5,7, 9 tahun.. ambil lagi pendek tempoh, lagi tinggi bayar bulanan)

  21. Tuk Kura says:

    Kakak brightnur.. kalau dapat full loan, dah x payah bayar downpayment ke?

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s