Schedule

Selepas posting terakhir saya, memang tak sempat dah nak menulis. Masa begitu suntuk sekali. Saya perlu submit paper conference sebelum 31hb ni. Semalam baru dapat tahu pulak, 28hb ada Colloquium. Colloquium ni memang style lecturer saya, setiap bulan kena present progress report untuk research yang saya buat. Setiap kali nak colloquium memang tekanan darah semua orang akan meningkat dengan mendadak. Moga semuanya berjalan lancar.

Hari ni saya berkesempatan berjumpa dengan sahabat yang sudah agak lama tak bersua muka. Sempat juga kami bertukar-tukar alamat Blog. Masing-masing tak tahu rupanya yang masing-masing sudah bertukar blog. Bila saya fikirkan balik, terasa masing-masing dah berubah. Maksud saya nampak lebih matang. Berbeza daripada zaman ‘kecil-kecil’ dulu. Kami bincang sedikit tentang perancangan hidup dan pesan dari kawan saya tu, saya kena baca buku ‘Ayat-Ayat Cinta’. Ntahlah, buat masa ni memang tak sempat lagi nak baca. Buku yang ada ditangan ni pun dah lebih seminggu tak habis-habis baca lagi. Lagipun sebelum ni memang tak pernah tertarik nak baca buku tu. Kalau ada orang hadiahkan baru baca kot.

Satu lagi, bila bincang pasal blog ni. Kawan saya tu kata dia memang bercita-cita untuk menjadi penulis suatu hari ni. Saya doakan semoga sahabat saya ni berjaya. Macamana pulak saya? Adakah saya juga ingin menjadi penulis. Hmm.. jauh di sudut hati memang ada juga cita-cita macam tu. Tapi, bila difikir-fikirkan, sumbangan saya pada Islam dan masyarakat tidak dapat dioptimumkan dengan menulis. Kerana saya tak ada skill tu. Menulis di blog ni hanyalah sekadar tempat untuk bercerita dan berkongsi pengalaman.

This entry was posted in Pendapat. Bookmark the permalink.

One Response to Schedule

  1. peng says:

    wah menarik cerita ni…
    nak buku free ker….
    hehe…
    tak leh kot…
    bagi pinjam boleh lah…

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s