Keretaku

Ada beberapa perkara penting yang saya dah lama nak tulis di blog ni. Tapi untuk masa ni mood saya nak tulis tentang sambungan entry Nak beli kereta?

Masa saya menulis entry tu, saya belum pun memiliki kereta sendiri. Sekarang ni, alhamdulillah saya dah ada kereta sendiri. Kereta apa? Kereta kecik je, tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Viva 1.0 Auto Standard .

Memandangkan saya dah ada kereta ni, bolehlah saya berkongsi pengalman saya sepanjang beberapa bulan menggunakan Viva ku ini.

Waktu awal-awal nak beli kereta ni, payah juga nak buat keputusan. Risau tak mampu nak bayar bulan-bulan / installment. Macam-macam perlu difikirkan. Dengan minyak yang memang kita dah sedia tahu tahap pencekikkan darahnya, dengan maintenancenye, terutama service, insurance etc. Memang memeningkan jugak. Tapi setelah difikir dengan mendalam, saya memang sangat-sangat memerlukan kereta, senang nak terbang ke sana ke sini, terbang balik kampung, terbang ke program, terbang balik ke tempat kerja. Ye, kereta sangat penting untuk memudahkan pergerakan saya. Akhirnya, pada penghujung tahun lepas saya gagahkan juga membuat keputusan, tambahan lagi mak saya dah beria-ria nak saya beli kereta.

Dengan sedikit duit simpanan yang ada saya keluarkan RM1600 sebagai downpayment kereta. Pada masa tu ada promotion, so downpayment murah sikit. Loan kereta telah lulus dalam masa dua hari sahaja, tetapi malangnya kereta yang dijanjikan dah habis stok. Walaupun pada asalnya salesman tu kate ada. Jadi perlulah tunggu lagi sebulan. Kalau manual, katanya ada stock. Saya serahkan kepada mak saya samada nak ambil manual atau nak tunggu auto, dan mak saya pilih untuk tunggu auto.

Pada akhir bulan 1, akhirnya saya dapat juga kereta saya, warna hijau. Walaupun asalnya nak warna pearl jade tapi ok juga warna ni, tak kotor sangat. Masa nak dapat kereta tu, ada sedikit masalah. Saya kena tambah lagi RM500, katanya sebab promotion yang lepas dah tamat. Suka hati je, masa book dulu cerita lain. Bincang-bincang, saya kena tambah RM100 je lagi dan akhirnya dapatlah kunci kerata. Dengan itu, bermulalah tanggungan saya sebanyak RM451 setiap bulan (installment).

Viva, atau mana-mana kereta produa ni, ada schedule service dia. Setiap 1000km/Sebulan mana-mana yang datang dulu, 5000km, dan seterusnya setiap 10,000km.

Nak kata hebat tak hebat saya pakai kereta, baru pakai 2 minggu, meter kereta saya dah cecah 1000km. Masa tu memang dah pening dah, mana la nak korek duit nak hantar service ni. Kena la tunggu gaji masuk dulu. Bila dah dapat gaji, saya pun hantar service di Produa, itupun setelah meter mencecah 2000km. Ok je kereta saya sepanjang selepas 1000km hingga pergi service tu. Saya pun ada tanya orang-orang yang berpengalaman, depa kata takpe je kalau hantar lambat sikit. Oh ye, charge service tu lebih kurang RM170. Murah sikit dari Myvi.

Apa perkara-perkara best dan tak best tentang viva ni?

Yang best:

1. Minyak memang sangatlah jimat. RM50 dan pasang aircond boleh sampai 340 km. Kalau tak pasang aircond boleh cecah 400km! Itu auto, kalau manual mesti boleh terbang lagi jauh.

2. Macam Kancil dan Kelisa, kereta ni kurus. Jadi sangatlah best nak mencilok. =p. Atau di kawasan-kawasan sempit memang senang nak melungsur.

3. Walaupun nampak kecik, tapi dalam die agak luas. Kalau yang kaki panjang tu takdela kebas-kebas kaki kalau duduk berejam.

Yang tak best:

1. Memandangkan kereta auto, jadi pickup tak power la.

2. Absorber sangat-sangatla tak best. Kalau nampak bump ke lopak ke belajar-belajar lah tekan break, kalau tak memang nak terantuk kat bumbung kereta dibuatnya.

3. Bawa 140km/j memang rasa macam nak melayang. Rasanya kalau hilang kawalan, memang boleh terbabas dengan dahsyatnya. Semenjak tu tak berani nak cecah 140km/j. Paling tinggi 130km/j, biasanya saya bawa 80-110km/j.

Itu jelah perkara2 utama, yang lain-lain saya puas hati

Lain-lain hal:

Kereta saya dah kemek sikit bawah side mirror (sebesar 20sen) sebab kena gesel dengan teksi yang nak mencelah dekat trafic light.

Setelah hampir 4 bulan, wiper dah tak berfungsi dengan baik. Maksud saya, cermin tak se’celear’ dulu kalau kalau guna wiper. Jadi, rajin-rajinlah angkat wiper tu kalau anda parking di tempat2 panas. Sebab wiper yang melekat kat cermin masa panas2 boleh mengurangkan ke’efficient’nan wiper (agaknya lah, teori sendiri je). Dulu masa mula-mula beli kereta rasa macam poyo pulak nak buat camtu, sekarang rasakan.

Kereta saya tak tinted.

Takde sport rim.

Untuk perbelanjaan minyak pulak, walaupun kereta ni jimat, tapi perbelanjaan saya untuk minyak memang tinggi. Lebih kurang RM200 sebulan. Sebenarnya tinggi lagi, tapi dah tolak sikit yang orang mintak tolong hantar sana sini dan depa bagi duit minyak sekali. RM200 tu kira dari duit poket sendiri la. Jangan la terkejut. Saya ni balik kampung paling kurang seminggu sekali. Kadang-kadang 2 kali seminggu. Kadang-kadang lebih 2 kali. Perjalanan balik kampung lebih kurang 70Km. Bila dekat kampung tu, jadi driver kereta sendiri pulak.

Satu lagi yang nak saya ingatkan, rajin-rajinlah off kan radio dulu sebelum off engin. Semalam, tiba-tiba radio saya jam, gelabah jugak saya, dok fikir malasnya nak hantar repair (free je pun, sebab still dalam warranty). Nasib baik la, saya tekan sana sini, akhirnya ok juga.

Itulah serba sedikit tentang kereta saya, saya pun tak ingat apa lagi benda lain yang boleh saya kongsikan, Kalau ada saya akan add kemudian.

Cuma satu lagi perkara yang saya nak kongsi. Saya ingat lagi, bila ada seorang kakak ni tahu saya pakai kereta baru, soalan yang dia tanya, ‘Bulan-bulan bayar RM200 lebih kan?’ wah..wah..wah.. kereta kancil pun takada yang 200 lebih sebulan kak. Kalau kancil secondhand adalah. Bila saya kata RM450, dia terkejut, ‘Mahalnya’. Bukan dia sorang je yang kata mahal, ramai lagi. Ade jugak yang cakap,’Ala..viva?? viva tak best lah..’ Ada juga yang tanya ‘Kenapa tak beli myvi je’, tambah lagi ‘Dari viva, baik myvi’. ini semua soalan-solan yang dah naik kering saya dengar.

Ok, kenapa saya tak beli myvi? Pertama. Downpayment myvi ni agak tinggi, dekat 4-5 ribu. Kalau nak ambil ‘0’ downpayment saya kena bayar RM500 lebih sebulan. Wah, pengsan la saya. Kalu tak silap RM550, sebab nak yang auto (auto ni, atas permintaan tinggi mak saya, dia tak larat bawak manual). Kalau buat dowpayment RM2000 pun tak bnyak beza. Jadi pada masa tu (sekarang pun), saya memang tak mampu nak beli Myvi. Memandangkan segala perbelanjaan pembelian kereta adalah dibawah tanggungan saya sepenuhnya, tanpa sokongan dari sesiapa, walaupun bakal suami, eh.. gurau je. Service, insuran dan lain-lain maintenance lebih mahal dari viva. Untuk itu, Viva jelah yang saya mampu. Kalu ikut hati nak je beli kancil, sonang idup den.. tapi mak tak bagi pulak.

Bila dah pakai kereta ni, terus terang saya cakap, memang tak ada kasut baru, baju baru, handbeg baru. Sedih, sedih.. Duduk pulak dekat KL. Bukan takat cukup-cukup je duit, tapi memang tak cukup. Kena buat part time lagi. Hampir separuh gaji habis dekat kereta je. Belum lagi, sewa rumah, bagi mak, duit makan, belanja rumah dan lain-lain.

Begitulah, AL Kisahnya keretaku..

This entry was posted in Kereta, Wanita and tagged , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Keretaku

  1. noramalina says:

    hoho.. da lama jugak akak bli keta ya. yea yea! yea yea! nak tumpang balik aloq staq bule ka? =P skrg ni pun amal baru mencelik2kan mata bab kereta ni. bila kira2 bajet bulanan, tolak pi tolak mai, lum mampu. huhu..

  2. brightnur says:

    Nak tumpang baliq aloq staq?? akak nak p mana kat utara tu, yang amal nak tumpang, kampung mak mertua akak bukan kat utara la..=p

  3. BERMINAT UTK SHARE LINK,SILA KE BLOG DIRECTORY…ANDA BOLEH LETAKKAN BLOG MENGIKUT KATEGORI…TQ

  4. intan says:

    time kasih le citer pasal kete nih. teringin jugak nak beli kete tapi riso2 kalo tak mampu… huhuh

  5. taufik says:

    waa very good information, especially untuk orng2 yg baru keje and tengah berangan nak pakai kete ape. thanks…

  6. sal says:

    wow…sangat informatif…tgh cadang2 nak bli viva jgak…smart n modern…tak mcm myvi yang nampak gemuk…satu lagi myvi ni mcm katak tengah nak melompat aje….hahah kutuk2…=]

  7. assouffy says:

    gud comment… jujur & iklas

  8. iezwan says:

    huhu pjg lebar cter nye..anyway jage kete elok2 ye..salam..

  9. liana says:

    i pn sama mcm u asyik kn tya dgn soklan sama jer..asal tak myvi..asal viva..hiii..maleh dh nk mnjawab soklan2 buduh gini..tp kira oka lah..dgn titik pelu kita sndirik..pedulikan apa org nk kata rite?hidup viva..hehe..

  10. miZkuyt says:

    sy pn tgh pk nak beli kete. bermacam2 benda bermain di pikiran. almaklumlah matematik x pandai. tp kete 1 keperluan. 1 day nnt sy akn beli jugak.

  11. HAS says:

    akak pun ditanya soalan yang sama.. why viva? why not myvi? viva akak pun 11k d.payment…. akak dah ada camry… viva menjadi pilihan kerana ia sangat istimewa… w.pun kecil tapi sangat selesa… camry n viva… is enough for me… kepada peminat myvi jangan pertikaikan pihan kami…. dan kepada pengguna viva… bukan kita orang yang tak mampu or tak ada standard….. two thumbs up for viva……

  12. viivia says:

    kalau jarang lekat kat traffic jam, viva boleh terbang sejauh 430km guna full tank + aircond lagi.. memang jimat lah.. tp kalau slalu kene dgn traffic jam, tak sampai 350 km dah berkelip2 meter minyak

  13. Anonymous says:

    saya pakai viva 850 minyak isi penuh bolih pergi sampai puket balik baru berkelip jarak pejalanan 575km isi penuh semula rm 60 memang sangat jimat saya bawa kereta saya lagi sebiji jarak yang sama minyak 350 saya adalah seorang pemandu bas hatyai singapora…

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s