RM110 melayang

Beberapa minggu lepas saya telah kehilangan IC. Saya sendiri tidak pasti bila dan di mana IC saya tu hilang atau tercicir. Yang pastinya saya hanya sedar bila saya nak bayar tol, saya terperasan ada something yang kurang dalam purse. Belek punya belek baru lah saya sedar IC saya tak ada. Lebih malang lagi, lesen saya juga lesap. Yang herannya satu lagi kad yang saya letak bersama-sama IC dan lesen saya tidak pulak hilang.

Apa-apapun, ini bukan isunya. Sebenarnya ini kali kedua saya hilang IC. Saya bajet mesti kena denda RM100. Ada juga tengok-tengok dekat laman web JPN, kot-kot ada info. Tapi ape pun takda. Memang tak informative langsung. Sorry lah JPN.

Akhirnya saya gagahkan juga diri ni pergi ke JPN. Terbayang dekat kepala mesti orang beratur panjang ni. Tapi, Alhamdulillah, masa saya sampai tu ada dua tiga orang je yang menunggu. Ini sudah kira bagus. Saya terus ke kaunter untuk ambil nombor. Setelah berbincang dan menunjukkan report polis, rupa-rupanya saya kena bayar RM210! Wah. Buat bisnes ke? Kerani bertugas tu tany kenapa tulis tercicir (dalam laporan polis tu tulis saya tercicir IC dan lesen), kalau tulis ‘dicuri’, free, tak perlu bayar. Terpaku jugak saya dekat situ. RM210. Memang tak terkata apa. Takboleh nak kira pun duit yang tinggal lepas ni. Bila tengok muka saya yang terkejut tu, kerani tu terus tanya kerja ke balajar. So, saya jawab belajar la. Kerani tu memang ingat saya kerja mulanya. Bila tau saya belajar lagi, dia suruh saya tunjukkkan bukti. Malangnya saya tak bawak kad matriks saya (Sebenarnya tak buat lagi). Saya pun balik dan ambil matriks kad sementara serta surat tawaran master saya dan pergi semula ke JPN. Alhamdulillah dapat kurang 50%. Saya merayu lagi untuk kurangkan kerani tu memang nampak macam faham penderitaan saya..hehe.. dia pun suruh saya buat report polis sekali lagi dan bagitahu yang IC saya dicuri. Ha.. disinilah iman saya betul-betul teruji. Saya memang terdiam seketika.

RM110 dan menipu. Kalau ditanya secara sepontan pasti orang akan jawab biarlah melayang RM110 daripada menipu. Tapi, dalam keadaan kita yang semakin kesempitan ni, dan tiada sesiapa yang mengingatkan pasti sukar untuk membuat keputusan. Kadang-kadang kita tak sedar pun itu namanya menipu. Saya sempat lagi terdetik dalam hati ‘tipu ke tu ek? tipulah tu namanya.‘ Lagipun tak ke naya kalau saya kantoi dengan polis ke sebab dah buat report dua kali. Hal ini memang nampak remah kan? Tapi menipu tu satu dosa besar. Akhirnya, saya buat juga keputusan. Biarlah RM110 melayang daripada saya menipu.

Syukur, masih ada rasa takut dalam diri aku.

This entry was posted in Kongsi and tagged , . Bookmark the permalink.

7 Responses to RM110 melayang

  1. peng says:

    takziah…
    muda2 sudah lupa ya..
    banyakkan makan kismis..eq minda darihpa juga molek untuk alang

    nak tanya, kalau risak ic kena denda berapa?
    ic peng nak bengkok ni…
    ingat nak g tukar baru…

  2. brightnur says:

    Bukan lupa la peng.. maybe terkeluar dari purse and tak perasan.. hu..

  3. brightnur says:

    oh ye.. kalau rosak kena bayar RM10 je

  4. hazim says:

    Ya, u r in the right track! Betul tu kak, kalau menipu ni, akak boleh bukak la blog saya tu…
    Drpd buat laporan palsu,kan lagi berganda-ganda kesalahan.
    bila keadaan begitu, buatlah fatwa dgn hatimu. apabila kita buat smthng cm x sdp ati, thats mean its may a wrong thing.

    maaf,semoga akak tak wat lagila ke’cuaian’ ya..dan saya akan ambil iktibar,mudah-mudahan. Salam Perjuangan!

  5. brightnur says:

    Hazim: Thanks. Semua benda yang berlaku akan akk jadi pengajaran. =)

  6. noramalina says:

    Alhamdulillah.. right decision akhirnya (^_^)v

    hihi.. bukan senang nak wat keputusan ttg perkara yg melibatkan duit kita ni kan. kalo nk menambahkan duit, ok lg. kalo perkara tu menyebabkan duit kita melayang, aduh…. fenin2.. hanya iman yg kukuh mampu nak lawan benda2 remeh cmni.. kan..

  7. kebetulan says:

    thanks for you brightnur aku pikir kena bayar klau kena curi ic

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s