Tips Sambung Master

Ni sedikit tips yang boleh dikongsi bersama. Sebelum tu sedikit butir-butir peribadi saya untuk rujukan:

Degree: Engineering

CGPA: Above 3.00 (lepas sikit je)

Bidang untuk master: Engineering

Master: By Research

Jenis Research: Subject recruitment, signal processing, statistical analysis

Semester: 2

Pengalaman bekerja: Takda

Pengalaman berkahwin: takde (err.. kena ke ada soalan camni)

Sponsor for yuran master: Dikecualikan sebab jadi RA

Tempoh bekerja as RA: Start jun 2007 sampai sekarang (lebih kurang setahun 4 bulan)

Tekanan keluarga: Ada

Tekanan bos/supervisor: Ada

Tips:

  1. Pertama sekali anda perlu ada tahap kesabaran dan kerajinan yang tinggi
  2. Jika anda rasa nak jadi lecturer lebih baik buat master by research sebab akan banyak membantu anda untuk phd nanti.
  3. Kalau rasa memang nak kerja or masuk industri tak perlulah nak sambung master by research, amek by corse je. Serius tak perlu. Kecualilah memang nak masuk bahagian research ke.
  4. Carik supervisor yang pakar dalam bidang yang anda nak buat. Atleast co supervisor. Kalau tak memang huru hara la hidup anda.
  5. Kalau dah rasa nak sambung tu lebih baik cepat-cepatkan. Tapi kalau rasa nak kerja dulu sekejap pun ok gak, boleh lah berlagak dengan orang-orang yang selalu lekehkan orang yang buat master ni. Bajet orang buat master ni tak tau ape-ape pasal industri. Hehe. Takdelah, tapi baguslah untuk pengalaman. Dan lagi satu supaya anda tak menyesal bila dah sambung master nanti, sebab anda sangka lebih baik kerja dari sambung master. Anda juga ada bukti bahawa tekanan belerja tu lebih dahsyat dari sambung master.
  6. Perempuan yang dah berkahwin dan ada anak silalah fikir 800 kali untuk sambung master. Bukan apa takut terbengkalai. Anda kena pastikan suami anda sangat2 supportive dan memahami. (Ini pengalaman cousin)
  7. Lebih baik habiskan master dulu baru kahwin. Tapi kalau dah jodoh awal janganla dielak pulak.
  8. Sangatla bagus kalau anda boleh dapatkan biasiswa atau sponsor untuk master anda supaya anda dapat lebih fokus dan tak tersasar. Ingat, jadi RA adalah pilihan terakhir.
This entry was posted in Master/Ijazah Sarjana and tagged , , , . Bookmark the permalink.

52 Responses to Tips Sambung Master

  1. timtam says:

    Just nak tanyer pengalaman buat master by research… supposely adr hajat nak buat naster but tak tau nak buat by research or by course… emmm mana susah buat by course ker by research?

  2. brightnur says:

    timtam: dalam masa terdekat ni saya akan buat entry tuk update cerita, pengalaman n perkara2 lain tentang sambung master. Cuma rajin2lah masuk sini k..

  3. rose says:

    sy nak tanya, betul ke kalau nak jd lecturer lbh baik smbg master by research? what if sy nak smbung master by course, nak jadi lecturer, tp blm berminat untuk smbung phd? master by research x laku ke untuk jd lecturer?

  4. rose says:

    sy nak tanya, betul ke kalau nak jd lecturer lbh baik smbg master by research? what if sy nak smbung master by coursework, nak jadi lecturer, tp x terfikir / berminat untuk smbung phd? master by coursework x laku ke untuk jd lecturer?

  5. Amirah says:

    Salam sis

    banyak info ttg smbung master yg saya dapat dr blog u ni…very informative…thnx sgt…mmg sgt membantu bagi org yg da pening2 lalat mcm saya ni..huhu…

    nak mintak ur opinion, xpe eh bg advice to a complete stranger?huhu..

    saya ni dalam dilema, nak sambung master ke keje…saya ni bground biotech, so ingat nak smbg biotek gak ..tapi rasa mcm nak amek by course, ke better amek by research?

    saya ni kebetulan dapat keje a month after i finished my degree..the pay is good ..cuma keje tu bukan bidang biotek..n status kontrak lak tu…

    skrg ni pk nak smbg, tapi pikir obstacles2 die la, yuran, sara hidup etc…macamane ek?nak apply slab tu kene status tutor dulu la kan?

    thanks ye

  6. ingenieurs says:

    saya bidang engineering..civil..
    pointer cgpa masa degree 3.30
    nak sambung master ni..lama dah…mungkin sem 2 bulan 11 ni..
    boleh cerita pasal yuran? mahal ker? saya target upm..master without thesis…
    dah keje ni..maybe support diri sendiri..

    boleh bg sedikit panduan dan nasihat…tk

  7. Mohamad Asraf says:

    Salam saya pelajar teknologi maklumat..selepas saya graduate saya nak sambung master research and coursework dalam bidang Teaching of english as a second language..boleh tak sebab saya sebenarnya tak minat dengan teknologi maklumat lagi?

  8. monera says:

    salam..sy bkerja dgn kerajaan yg melibatkn ikat janji selama 10thn service..
    thn dpn thn pertama sy bkerja..sy baru je grad n konvo 28sept baru ni di UTM dgn cgpa 3.59 degree of mechanical aeronautic..

    sy aim nk amek vibration of aircraft structure by research di UKM..tp masalahnya, TLDM xbenarkan young officer smbung study tanpa serve to nation (ni kes utk biasiswa ATM)..jd mcmane care utk sy smbung dan rasenye bile mase yg seswai?(after 3,4,5 or what yrs?)

  9. ct cucubi says:

    Salam.. saya baru nak smbung master.. insyaAllah intake JUne.. mm rs berdebar2..

  10. lil_sparky says:

    salam..
    lil ade plan nk amek master..
    tp xsure course ape
    lil keje di luar bidang lil..
    s/a amek bidang keje or bidang stdy ms degree dl..

    lil stdy sains nuclear
    keje dlm bidang automotive
    ade idea x?

  11. Pingback: Sambung Master/Ijazah Sarjana – Siri II « Brightnur :: Learn From Experience

  12. Anonymous says:

    salam saya dlm bidang Elect’ engineering Degree CGPA 3.05 boleh laaa..
    saya dah pn samb wat master kat UUM, Tp lari bidang saya ambik MBA.
    mula tu memang takut, maklumlah takde pengetahuan dlm bidang ni. Fikir punya fikir tup-tup dh nk msk sem 6 kejap je rasenye, tak sabo nk tungu nk stage ni. Kepada kekawan yg nk ambik master tu terus kan je jgn tungu, umur pun makin meningkat nanti. Kawan yg mengate kite dulu dok kat situ gak, aleh-aleh kite dah pun nak abis master….Good luck.

  13. fahana says:

    assalamualaikum,
    nak tanya pendapat saudari, untuk yang nak sambung master tapi berlainan bidang dari yang asal (ijzh srjn muda)

    • brightnur says:

      Fahana: Wsalam, berlainan tu berlainan macamana ye, totally lain ke atau masih dalam area? Selagi ada kaitan, ok je, tapi pendapat saya, saya tak galakkan sangat untuk beberapa kes, contohnye macam sains/sains sosial/sastera nak masuk engineering, biology ke math, sains sosial/sastera nak ke sains. Tapi kalau nak masuk pendidikan ke, should be ok, tapi kene kerja keras. Maybe Fahana boleh bagi contoh specific..

  14. fahana says:

    trima kasih atas perhatian…sy bidang pengurusan awam, tapi nak amik pengajian islam..sy dah tengok syarat tuk amik pengajian islam tapi seakannya tak layak sbb kena ada ijazah berkaitan. untuk pngthuan saudari, sy pelajar lepasan stam 2006. Pada mula dpt jwpn untuk smabung belajar dlm bidang P.A sy tak terfikir untuk tukar bidang dan tak pernah berhasrat nak sambung master. Tetapi minat nak sambung belajar datang kembali..tapi dalam bidang pengajian islam. Atau mungkin sy cuma boleh buat ijazah pengajian islam. Sy minta pendapat saudari..sekian,trma kasih…

    • brightnur says:

      Fahana, dulu saya pernah dengar ada senior saya dari bidang engineering nak sambung master dalam pengajian Islam, tapi saya sendiri tak pasti ape cerita selepas tu. Jika untuk sambung master, memang ada syarat2 yang ditetapkan tetapi setahu saya ia masih dibawah budi bicara fakulti/pusat tersebut. Mungkin saudari boleh contact secara direct fakulti/pusat tersebut untuk kepastian. Satu lagi, jika saudari berminat untuk mengembangkan ilmu, dan bukan untuk tujuan meningkatan kerjaya, saudari boleh apply untuk diploma pengajian Islam secara part time. Jika saudari rasa saudari dah ada basic yang kuat, maybe boleh apply degree terus.

      • fahana says:

        salam..thnx lot brightnur…saya akan cuba contact dgn ukm macam mane..trima kasih ye…barokallahu fik..moga allah permudahkan urusan saudari…

        • Anonymous says:

          salam farahana.saya ingin bertanya adakah kamu telah berjaya menyambung master dalam pengajian islam di ukm?saya bekas pelajar degree ukm in engineering tapi berminat untuk menyambung master in islamic.saya mahu tahu bagaimana untuk apply master in islamic.terima kasih.

  15. curiousity says:

    salam,
    sy grad Bachelor of Architecture uitm…lps SPM wat B.Sc(Architecture) pastu br amik B.Arch (Hons)..kiranya sy dh ada 2 degree la skang..hampir sume classmate jd akitek,tp lps grad alhamdulillah sy jd pengjr kt salah sebuah institut kemahiran kt msia ni.kdg2 rasa cam x guna plak amik B.Arch ni kalo x jd akitek…sb,ada kwn yg just ada B.Sc bleh terus smbung wat master.sdgkn sy dh ada 2 degree tp kena wat master gak..:(…(tp masa belajar dlu mana la kita tau apa yg akn kita dpt pd ms hdpn ,kn?)

    kisahnya camni,sblm ni ada ura2 mengatakan B.Arch kitorg akn diupgrade mjd M.Arch mmandgkn silibus yg dh thp M.Arch(kalo kt oversea degree kitorg ni dh dipanggil M.Arch).So,sy dgn penuh hrpn pun tunggu la saat yg diidam2 utk B.Arch tu jd M.Arch…smbil mgjr tu,smbil dok tunggu…tiba2 officially,benda tu x jd…mmg frust terduduk la sy time tu…beginning sept 2011,uitm won’t offer B.Arch anymore..tp akn diganti ngn M.Arch terus..maknanya dr B.Sc terus smbung M.Arch.sdgkan batch kitorg kalo nk dpt M.Arch, mesti smbung M.Arch gak..

    batch sekarang perlukan 6thn utk dpt M.Arch (B.sc 4 thn,m.arch 2 thn)..sdgkn batch kitorg perlu spend 8 thn (b.sc 4thn,b.arch 2 thn,m.arch 2 thn)..masa tu hanya Allah saje yg tau betapa kecewanya sy..& skang masih lg kecewa..smgt utk wat master pun dh kembali pudar.ditambah ngn faktor kerja (keje gomen tp x sah jwtn lg,so nk apply cuti belajar mmg x dpt), faktor tempat (keje kt pntai timur) & faktor umur (late 20s..huhu)

    hmmm,ni hanyalah luahan hati, bila baca jek psl smbung master,mesti tiba2 jd sensitif & down.. for this time being,i’m not sure what should i do.rasanya still lg nk smbung tp kena apply biasiswa la kot…huhu

    • brightnur says:

      curiousity: Terima kasih dengan perkongsian kamu, untungnya kamu ada 2degree. =) Hmm.. saya tak pasti nak jawab soalan kamu ni macamana, sbb saya tak kenal kamu.. Saya harap jawapan saya ni boleh membantu walaupun sedikit. First, kamu kena tanya diri kamu dulu kenapa kamu nak sambung master? adakah sebab kamu memang minat dengan dunia kesarjanaan/researh/pengajaran atau kamu tak suka jadi arkitek or tak choice lain? Yang ni kamu kena clear betul2.. Saya assume kamu nak sambung master sbb kamu mmg minat dengan bidang academic ni.. Sbbnya kamu kena tahu, bidang academic ni agak mencabar, kalau hati tak betul2 minat mmg senang je nak giveup.. Tapi bila dah betul2 ada kesungguhan dan faham tugas dan tanggungajwab sebagai ahli academic atau bahasa yang lebih cantik ahli sarjana ni, kamu akan sangat puas hati dan happy dengan apa yang kamu buat. Pada pendapat saya, saya sangat galakkan untuk kamu sambung master, sekarang ni ada macam2 scholarship yang uni even jpa,mara, semua dah ada scholarship untuk master/phd.. Kerjaya dalam bidang academic ni kalau betul2 dilihat sangat besar sumbangannya dalam masyarakat. Jika kamu belum tahu, di Malaysia kerjaya yang paling dipercayai, pertama adalah doctor dan kedua adalah profesor. Slmt maju jaya!

  16. curiousity says:

    tq for sharing…wah,dh bersemangat balik ni!!…:)

  17. Nur says:

    Salam.saya terpanggil untuk meluahkan apa yang saya fikir selama ini. Agak memeningkan jugak walaupun pada pandangan segelintir orang, benda yang saya fikir ni takdela penting sangat. Masalah saya adalah, minat untuk sambung belajar, buat master cuma ada, mungkin dalam 50 ke 60% tapi masih belum mencukupi untuk betul-betul saya tekadkan diri untuk sambung belajar. Parents saya pulak, diorang memang bersungguh-sungguh suruh saya sambung belajar, sampaikan satu tahap, saya dah hantar borang untuk buat master dan alhamdulillah, saya dapat offer tu. Tapi masalahnya, kesungguhan belum mencukupi jadi saya tolak tawaran study tu. Entahla, saya banyak melihat dan mendengar kisah rakan-rakan yang sambung master ni, sampaikan sekarang belum lagi habis master mereka. Ada yang macam saudari, lepas je kami grad, dia terus sambung buat master dan sampai sekarang, bila ditanya tentang master yang kawan saya buat tu, dia pun tak tau nak jawab macam mana. Yang paling dahsyat, kisah seorang super senior saya, 6tahun jugak dia buat master, baru siap. Tapi, yela, nasib orang tak sama.

    Sekarang ni, saya terbuka sedikit hati ini untuk sambung belajar, cuma saya terfikir, berbaloikah saya sambung master by coursework? apa-apa pun, saya memang kurang berminat untuk buat by research tapi banyak jugak kata-kata orang di sekeliling kata by coursework ni not worth it…ape pendapat brightnur ye?

    • brightnur says:

      Terima kasih atas perkongsian nur. First sekali saya kena tau, kenapa nur nak sambung master? Memang keperluan kerja sekarang atau memang ada niat untuk bertukar bidang?

      Ok, kalau nur memang bukan dalam bidang akedemik, then boleh lah buat coursework, and bila dah ada niat nak buat PhD nanti, kena ready untuk catch up banyak benda but at least nur dah prepare your mental. Tapi, kalau memang dalam bidang akedemik, saya cadangkan buatlah by research. Bukan tak boleh buat by course, and ‘not worth it’ adalah tidak betul sama sekali. Sudah namanya menuntu ilmu, mana yang tidak bernilai? Cumanya, by research lebih sesuai, but again, kalau nak buat by course juga, kena ready lah untuk PhD nanti.

      Ape2pun, buat lah pilihan ikut kehendak hati dan akal nur. Jangan push diri sangat, Kalau tidak dalam keadaan terdesak, take your time untuk buat survey and cuba fahami dan hayati bidang akedemik atau dunia penyelidikan atau dunia sarjana ni. Maybe boleh dengar talk, pergi kursus, pameran atau apa2 sahaja yang berkaitan dengannya.

      Dan akhir sekali, kalau terlalu buntu boleh cek balik your life vision. Ape sebenarnya yang nur nak capai dalam hidup? Adakah dengan sambung atau tidak sambung master ni boleh memberi kesan pada matlamat hidup nur?

      Harap dapat membantu.

      Semoga berjaya!

  18. plain jane says:

    Salam Nur,

    Firstly, saya nak ucapkan berbyk terima kasih kerana mewujudkan blog sebegini yg saya rasakan bermanfaat dan berinformasi untuk mereka2 yg ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi. Biar saya ceritakan ttg diri saya dahulu, saya merupakan graduan civil pada 2006 dan skg tgh bekerja di comp. swasta dlm bidang telekomunikasi…sudah hampir 4 tahun bekerja tapi tawaran utk menjadi jurutera civil belum lagi menjengah, belum ada rezeki maybe..skg mmg bekerja out of bidang…segala2 perit jerih bekerja dah dirasa and baru2 ni terfikir pulak nak sbg master..sebenarnya saya ingin beralih sedikit dari bidang saya yg asal iaitu civil kpd geologi..minat di dlm bidang ini lambat untuk saya sedari timbul dlm diir, pabila membaca mengenai kajian sains mengenai geologi di internet/ buku, saya tahu inilah bidang yg sesuai buat saya…saya harap blom terlambat utk menggapai impian saya, saya ingin bergelar geologis tapi bidang lebih menjurus kepada kajian bencana alam…tapi buat masa skg ni, blum ada keyakinan utk sbg master by research disebabkan basic yg lemah dlm geologi, jadi saya ingin menyambung master by coursework dahulu dan um dan ukm ada menawarkan pengajian dlm bidang ini by coursework tapi lebih kpd geologi kejuruteraan dan peroleum. untuk pengajian luar negara, byk menyediakan program graduate diploma utk mereka yg ingin switch career tapi hurm…maslah kewangan membataskan diri. Jadi saya nak mtk pendapat, ok kah klu saya ambik master by coursework dlm bidang geologi kejuruteraan/ petroleum (saya ada minat jugak dlm bidang ni) , dan mudahkah bagi saya utk buat phd dlm major lain or saya kena buat master lagi ke dlm major lain utk memudahkan saya ambil phd. Mintak tlg sgt2 bagi pencerahan dan motovasi. Boleh reply saya kat e-mail nmdewi@gmail.com

    • brightnur says:

      Plain Jain: Sama2, sokongan dari pembacalah yang menghidupkan blog ni. Saya betul2 tertarik dengan minat awak yang baru tu. Pendapat saya, tak ada masalah untuk awak tukar bidang, sebab takde lah lari jauh sangat. Sebaliknya awak boleh apply pengetahuan civil awak dalam geology terutama dalam scope bencana alam yang saya rasa banyak berkait dengan civil engineering.

      Ok, kalau master coursework yang awak ambil adalah petroleum, saya rasa macam tak banyak membantu. Walaupun name die geologi kejuruteraan, tapi major akan ke arah petroleum. Kalau awak ni jenis yang cekal dan rajin usaha, tak cepat giveup, saya cadangkan awak terus je sambung master by research, tapi macam yang saya cakap tadi.. awak still dalam civil tapi application ke arah geologi/bencana alam. ok, part geologi tu memang awak kena belajar sendiri. Saya ada kawan yang degreenya electrical engginering, dan dia ambil biomedical engineering masa master. Last sekali dia belajar bio masa form 5, dan memang dia kena start over belajar bio. Sekarang die dah buat phd dan masih dalam biomedical. Seorang lagi kawan saya, asal2nye seorang physiotherapist, ambil master yang terpaksa apply sensor/electrical enggineering. sekarang dia lebih pandai cerita pasal sensor dari saya yang degreenya engineering.

      Ini hanya pendapat, kalau awak nak sambung by course make sure course tu betul2 akan membantu phd awak. check subject2 yang ditawarkan. and kalau decide untuk master by research, awak kena carik tajuk yang sesuai. pergilah pameran2 research yang banyak diadakan setiap tahu, maybe awak boleh dapat idea.

      Harap dapat membantu.

  19. nizamkawaii says:

    Salam Nur.

    terima kasih atas post ni. banyak memberikan pandangan. sebelum ni saya langsung tak bercita-cita nak sambung belajar dalam bidang saya ambil sekarang, saya pemegang Diploma Sains Geomatik pengkhususan Remote Sensing. Sekarang tahun akhir dalam bachelor Geomatics. dan sedang menjalankan projek mengenai GIS in Tourism.

    tapi bila fikir-fikir balik saya nak sambung belajar. sekarang pun tengah berkira-kira nak apply MSc in GIS kat UiTM (coursework) semata-mata sebab saya fikir saya nak dapatkan keputusan yang lebih baik dari bachelor’s saya. tapi masalahnya saya berminat untuk bekerja dengan govt. saya sangat berminat dalam bidang pentadbiran sebab saya nak aplikasi ilmu saya dalam pembangunan dan perancangan di Malaysia ni.entah la, saya sangat confused. apa pendapat Nur? patut kah saya sambung? satu lagi cita-cita saya ialah nak fly ke UK ataupun Australia untuk sambung belajar. ada tak mana-mana uni yang offer bidang saya ni untuk SLAB? bidang GIS. bidang saya tidak ditawarkan sbg program di kebanyakan uni kecuali UTM. ia adalah pelengkap kepada town planning, environment and kebanyakan yang berkait dengan geografi. mohon pandangan Nur.

  20. Puan Lin says:

    Assalamua’laikum semua…

    Thanks to this blog for sharing info further study to higher level. sangat baagus..saya ni tgh cari info utk smbg master..Actually, saya ni suri rumah dgn 2 anak yg kecik2 lagi. Sekarang ni tetiba terbuka hati untuk sambung master. tak tau la leh catch up tak nanti kalo sambung..rasa otak cam dah berkarat nak study balik..Dulu saya ambik degree business admin. tapi saya tak tau nak ambik master apa skrg? cadang nak ambik master education sbb nak jadi lecturer kalo boleh..ramai yg suruh ambik MBA je kalo nak jd lecturer.tp skrg ni saya rasa dah tak minat nak ambik bidang bisness..apa pendapat nur? kalo ambik master education, elok ambik by research or courses? ape kelebihan kalo ambik by course or by reasearch? hrp dpt bantu..terima kasih

    • brightnur says:

      Puan Lin, saya ada explain sedikit tentang master by research dan by course dalam entry ini. Saya rasa kalau puan dah tak minat bidang bisnes, master education boleh dikatakan pilihan terbaik juga. Untuk kes puan ni, samada course work or research sangat bergantung pada perancangan hidup keadaan semasa puan. Kalau puan susah nak tinggalkan anak2, mungkin by research lebih sesuai, sebab puan boleh buat research di rumah. Tapi pastikan puan celarkan hal ni dengan supervisor. kalau by course perlu hadir class, dan banyak assignment, ada group discussion dan sebagainya. Mungkin puan kena tanya person yang betul2 ada experience dalam bidang ni. Terima kasih.

  21. cik no says:

    Assalamualaikum kawan2..
    sy budak baru belajar.. nk tnye cket..
    sy pelajar final sem uum..
    sy nk tnye cm ner nk apply master..
    tlg bantu kawan2..
    sy sgt2 m’harapkan pendapat dan bantuan kalian…
    time kasih.. =)

    • brightnur says:

      Cik no, saya ada terangkan disini. Harap dapat membantu.

    • plainjane says:

      Salam,

      Master ade 2 jenis, coursework & research. Klu cousework apply cam apply degree cam memula dulu, kena alert iklan intake baru. Research plak anytime bole apply tapi awk kena prepare proposal n tajuk dulu n submit kat u mane awk nak pegi or bole cari supervisor dulu yg mana awk nak gunakan khidmat die. lepas dpt supervisor, bole bincang dgn die nak buat tajuk ape tapi makesure supervisor tu dlm bidang yg awk minat nak buat research and paling bagus byk projek grant . hubungan dgn die kena jaga jugak…tu saje yg saye tahu.

  22. haihai says:

    Salam.
    saya ad degree pendidikan matematik..tgh tggu pglan posting tuk jd guru..masalahnya xtaw la bile dapat posting..xde berita rasmi lagi dr pihak yg berkenaan bile akan dipgl interview..runsing..so saya rase nk sambung master dalam matematik..kalo boleh nak jd pensyarah..saya nak tnye..kos apa yang lebih kuat memberikan laluan kpd saya utk jd pnsyrah?n dgr2 kalo nk jd pnsyrah kene amik yg research..kalo kite nk wat research tu nanti..awal2 lg kitemmg kene plan or usulkan idea,tajuk ttg research tu?

    • brightnur says:

      Saudari, sebenarnya bila kita dah phd, insyaAllah laluan untuk jadi pensyarah tu mesti ada. Sebab malaysia sendiri sekarang ni masih kekurangan pensayarah yang bekelulusan Phd. Jika tidak dapat masuk IPTA, IPTS lebih banyak peluang yang terbuka. Apatah lagi bidang matematik. Sebab, matematik ni biasanya adalah subjek wajib untuk kebanyakan course, terutamanya engineering. Oh ye, ini hanya pandangan saya. Untuk bidang saya, biomedical engineering, kami masih kurang orang yang pakar dalam biostatistic. Sedangkan dalam research, statistic analysis memang sangat penting. Mungkin saudari boleh cuba risik2 bidang ini. Terima kasih dan selamat maju jaya.

  23. Hawa says:

    Salam.. Saya baru lepas konvo degree pada 27/11/2011, dan ada plan nak sambung Master di UITM.. Tapi bila saya tgk Courses Offered, ada Disertation. Saya tak tahu apa itu “Disertaion”..
    Boleh mohon perjelaskan tak, apa itu Disertation..??
    Tq..

    • brightnur says:

      Hawa, Dissertation tu bahasa senanganya buat research. Bahasa lainnya thesis. Kalau course tu nama dia “Course and dissertation” makanya, kena ambil subject and kena buat research juga.

  24. Hawa says:

    Oh, maknanya kena buat research juga la ye walaupun ambil Coursework ? Macam tu ke ? Saya kurang jelas dengan Courses Offred yang ditawarkan. Coursework yang saya ambil nie Full cousrework atau Coursework+disertation ?
    http://www.ipsis.uitm.edu.my/coursework-department/programme-by-coursework-.html

    Saya bercadang nak ambil master IT.. Ermm, susah tak kalau buat research nie..?

    Ada orang kata kalau nak sambung master, kita perlu tahu, kenapa nak sambung master. Betul ke ?
    Saya sambung master sebab nak jadi lecturer.. Nak jadi lecturer perlu ada master dan PHD ke ?

  25. michael says:

    Michael:
    slmt sejahtera…saya seorang insp polis..sekarang carier persaingan dlm pekerjaan amat tinggi…sekarang semuanya bedasarkan kepada sijill..saya ada ijazah dlm bidang kejuruteraan awam dengan graduate 2.97 dari uitm..adakah saya layak untuk menyambung master?…dan sekiranya layak apakah kursus yang paling sesuai untuk perkembangan kerjaya saya ni…saya ni sukar dengn reading subjek..sebab daya ingatan saya tak kuat….dan mcmana dengan yurannya?adakah mahal?saya juga tak mahu buat thesis…kerana saya rasa susah untuk berfikir..saya minat master pjj tanpa tesis..di manakah u yg sesuai?

    tolong beri nasihat dan tunjuk ajar?tqvm

  26. Brightnur says:

    Micheal: Firstly, saya nak tau, awak berminat untuk teruskan polis atau tukar kepada career lain? Kalau stay untuk police banyak bidang yang boleh awak masuk antaranya masters in sn forensik, tapi semuanya berbalik pada apa yang awak ingin achieve in your career.

    Untuk sambung master/phd.. memang tak boleh lari dari reading dan thesis. Kalau tak suka, mesti sukakan jugak.. =) Cuma, dalam research ni kita tak perlu menghafal, untuk mereka2 yang bukan jenis exam oriented (seperti saya, kononnye =p) mmg sangat sesuai..

  27. fiey says:

    salam sis….. sy nak tanya klo result degree teruk 2 tahun dalam B….boleh tak nak sambung master dalam bidang B? …minta tolong pencerahan ek sis …..thak you

  28. fiey says:

    salam sis….. sy nak tanya klo result degree teruk kurang 2.5 dalam bidang A … tapi mempunyai pengalaman kerja lebih 2 tahun dalam B….boleh tak nak sambung master dalam bidang B? …minta tolong pencerahan ek sis …..thak you

  29. mat says:

    assalamualaikum sis๐Ÿ™‚ Boleh ke lpas saya graduate degree mchncl eng nati than nak smbung MBA terus? sya x nak miss both of them, dua2 minat.please help me yg sdang keliru ini. so, x effect kan dari degree eng ke MBA ?tq

  30. ja says:

    Salam, sy seorang guru, dan ibu kpd 2 org ank. berminat nak sambung master dlm bidang pendidikan. Skrg duk pening lalat nak buat by research atau coursework. Sy nak tanya kalau buat by research kena selalu jumpa supervisor ke? Research mesti dibuat dlm bahasa inggeris ke?

  31. deli says:

    salam, sy seorang service engineer (grad UTP) utk vendor oil and gas company area shah alam, sudah 2 tahun kerja (umur 25) , Kerjanyer agk memenatkan, ke sana ke mari, walaupun gaji + elaun agk lumayan tp dri segi kehidupan macm takde life…setiap hari kerja2 dan satu lagi problem , peluang kerja mcm nie hanya terdapat di bandar seperti KL, selangor…sy orang kelantan yg maner berimpikan dpt kerja di negeri kelahiran saya..so, saya percaya menjadi lecturer merupakan satu peluang utk saya pulang ke kelantan…Saya taknak kejar sgt duit , sy cume nakkan stability di masa hadapan…So adakah berbaloi saya tukar bidang dan bagaimana caranyer…??? Mintak tolong sgt….

  32. Anonymous says:

    RA tu ape ekk?

  33. Sarah says:

    salam sis,
    bersemangat je bace blog nie…em, saya baru di tawarkan for master in philosophy..sebenarnya sy xberapa jelas..what is master in philosophy compared with others like MBA, MSc.. ada orang kate MPhil nie second master or senior master before PhD.. n ada org kate master in philosophy nie dr UK je baru laku.. (benarkah..xkot).. boleh sis terangkan ape die master in philosophy dan kelebihannya..๐Ÿ™‚

  34. Arasu says:

    salam. saya baru menjumpai blog saudari ketika saya membuat pencarian mengenai master.
    Baiklah saya merupakan graduan lepasan ijazah dari Institut Peendidikan Guru di dalam jurusan Pendidikan Seni Visual,dan sedang menunggu posting. sEmangat ingin menuruskan ke master sangat membuak2 tetapi saya tidak tahu menyambung ke jurusan mana. . PPJ lebih baik rasanya. bolehkan saudari bantu dalam memberikan cadangan jurusan dan dimana yang perlu saya ambil? ๐Ÿ™‚

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s