Sambung Master/Ijazah Sarjana – Siri II

Setetah melihat response dari entry Sambung Master/Ijazah Sarjana, yang bertarikh 19 January 2008, akhirnya saya akan menulis siri dua entry tersebut. Untuk melihat entry lain yang berkaitan boleh rujuk page ini

4 tahun yang lepas, saya sebagai fresh graduate yang penuh tekad dan semangat, telah mendaftarkan diri sebagai pelajar sarjana/master by research di Universiti Malaya. Pada masa tu saya rasakan, saya telah menyediakan mental dan fizikal saya dengan cukup rapi dan juga bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja kesusahan dan kepayahan yang bakal mendatang. Pada peringkat awal juga, saya cukup yakin saya mampu menghabiskan master saya dalam masa paling lama 2 tahun. Pada masa tu saya mendapat offer sebagai RA. (boleh rujuk entry ini). Kemudian saya mendapat tawaran biasiswazah UM, seperti entry ini dan dengan bangganya saya menolak tawaran tersebut kerana halangan yang tidak mampu dielak.

Dalam masa yang sama, UM banyak mengubah syarat-syarat untuk lulus master seperti perlu ada journal publication. Ini
merupakan syarat baru bersempena mengejar status universiti terbaik. Tekanan diberikan pada pensyarah-pensyarah dan akhirnya dilampiaskan kepada pelajar. Penulisan Articel Journal yang berimpak factor (ISI cited) bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi nak tak nak terpaksa juga diturutkan. Dengan berbagai dugaan, halangan, sedih, kecewa, down, air mata, ntah beberapa kali saya give up dan berniat untuk quit. Tekad cari kerja lain, pergi interview sana sini. Tapi kecewa. Memang nasib saya di situ agaknya.

Setelah dua tahun berhempas pulas di UM (rupa-rupanya master ni tidaklah semudah yang saya jangkakan, nampak mudah dan simple tapi prosesnya panjang dan rumit), kontrak RA saya dah tamat tempoh. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya, saya terus dapat tawaran tutor di UTM Skudai. Gembira tak terkata. Pada masa yang sama, saya berazam untuk habiskan master saya tu juga. Walaupun ada juga terlintas, nak stop je terus. Tapi memandangkan saya akan meneruskan kerjaya dalam bidang akedemik dan research, jadi perlulah diteruskan juga.

Malangnya, tidak semua yang kita rancang tu akan berlaku. Saya terkandas di tengah jalan. Atas perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan dan demi masa depan saya yang lebih terjamin dan menjaminkan, saya rela quit. It was not an easy decision. Memang controversial di dua-dua universiti. Terglemer sekejap. Habis namaku dijaja.

Dan kini, saya dengan semangat dan azam baru. Memulakan kembali master saya di UTM dengan tajaan SLAB, sekarang semester 1. Bidang yang lebih kurang sama, application berlainan. I’am very happy now dan sangat bersyukur dengan my current supervisor (sv).

So, pesan saya bagi yang baru ingin memulakan pengajian master mereka,

PERTAMA, pilihlah supervisor yang betul. Sekarang ni issue supervisor sangatlah diperkatakan disana sini. Study latar belakang dia dahulu. Sebabnya, supervisor nilah penentu masa depan master kamu. Bila dah pilih tu, kena belajar macamana nak deal dengan supervisor. Jangan mudah melatah dengan menukar supervisor. Cuba usahakan untuk cari bidang yang sama. Jangan diluar bidang, nanti kamu yang merana. Kalau ada co-supervisor yang sama bidang, then should be ok.

KEDUA: Cuba banyakkan cari maklumat dan ambil course research methodology before kamu sambung belajar. Antara syarat untuk SLAB kena ambil kursus ni. Lepas ambil kursus ni, baru saya tahu master saya selama ni sampah er.. cam tak patut pulak.. menghampiri sampah kot. Tunggang langgang, ntah hape-hape. Masa tu tak quit lagi dan mula rasa nak quit. Cuba search apa yang perlu kita tahu dalam research methodolgy (RM). Kadang-kadang silibus yang diajar tak ikut yang sepatutnya, macam saya di UM dulu. Kena ambil RM, tapi tak tau apa input yang saya dapat. Kursus wajib pulak tu untuk graduate master.

Macam susah je kan nak buat master. Master by research susah sikit kot. Takda yang senang. Kalau ada orang kata senang tu, nasib dia baik sangatlah tu. Maybe dia pakai jampi serapah. haha.. Taklah, rezeki.

Walaupun saya tidak dapat segulung ijazah sarjana, tapi bagi saya saya telah pun graduate master cuma tanpa segulung kertas. Pengalaman itu terlalu berharga.

 Sekian.

To be continued…

This entry was posted in Master/Ijazah Sarjana and tagged , , . Bookmark the permalink.

81 Responses to Sambung Master/Ijazah Sarjana – Siri II

  1. Mohd Naim says:

    panas berapi!!!! huahahaha!!! aku pun terasa nak tulis pengalaman aku jugak lah…huhuhu!!!

  2. huhu,stil dlm dilema gk,, dah aplly master by courswork, tut2 dr. cal offer by research,then dye ckp once da apply by courswork yuran pendaaftaran kene byr utk courswork br le tkr ke research…,balnce akn burn gitu jek..huuu..selalu tuk pndftrn brpe yer?at the sme tme,dye akn bg gaji tk byk mne lm rm500 sbln ,then law mntk biasiswa siswazh leh lm 1200,tp nk tnye pndpt brigtnur la,sejauh mane kesusahan master by courswork dgn by research,which one is more better?

    • Anonymous says:

      dr pembacaan sy cousewrk lg mdh tp ms pj+exam byk la pulak…..pch kpla mau bc buku….tp bg org yg cerdik, no problem la..huhu

  3. Anonymous says:

    By coursework lg better compare dgn research..saya guna case study di tempat kerja untuk complete kan final thesis/project paper utk complete kan master di uia..lebih advantage kerana guna actual industry case.

  4. KS2401Q says:

    Saya sekarang bertugas di UM, tapi UM zalim, kejam, tk dibayar gaji, hanya dpt elaun ciput je tanpa sebarang faedah lain seperti KWSP, perubatan dan lain2.

    Saya ada Master dan telah berkhidmat di UM setahun…..saya tau Master tk akan dilantik, tapi mengapa saya tk ditawarkan kontrak dan dibayar gaji?

  5. Anonymous says:

    ambil master by courseworklah..senang lagi.

  6. ju says:

    fuhh…sgt mncabar ye master by rsearch ni..smua sgt mmpngruhi..wlpun byk sgt rntangan..kerna slab akan kugagahi jua..(cewah3😉 )b4 ni as a RA..br je as a student nih..tp yg bestnya income RA+slab..mmg best..rezeki ALLAH s.w.t..smoga cpat hbiskan master scepat mngkin dgn cmerlang la…hopefully sgt..gudlck kt kngkawan jgk ;))

  7. brightnur says:

    master by course lagi senang kot.. InsyaAllah habis ontime.. By research parah sikit.. tapi bile nak buat phd, InsyaAllah, pengalaman time research master tu sangat beharga…

  8. solyhah says:

    hai sis🙂 .
    do need suggestion.
    sy dpt offer utk master by research di um, tp skang tgah blur smaada nk smbung or x. bile bace entry ni, rasa ngeri pulak. errr cane ek ?

  9. ju says:

    insyaALLAH kn ada minat🙂 by rsearch or crsew0rk ada baiknya..do the best..

  10. Anonymous says:

    sabo je la……..bercita2 utk dpt DR kt dpn mmg sng tp jlnnya 2 yg pyh…….lbh2 lg klu dh kawin….huhu…so pd sp2 yg blum kawin 2, ltk la azam utk smbg bljr……..huhu

  11. katapadu says:

    salam. sedang berfikir untuk sambung master.
    nice sharing.

  12. Anonymous says:

    hahaha… Master aku yang dah nak sipa hiang bersama hardisk yang rosak. Bulan Nov 2011 ni sem last lak tue. Sapa yang nak sambung master.. saya cadangkan amik kelas la. Panik dah ni.. Tak habis la master aku.. Progress Report pun takut nak hantar. ha3x….

  13. me says:

    nak sambung master gak,tp nak tggu keadaan stabil dl🙂

  14. Pingback: Adab dalam research | Brightnur :: Learn From Experience

  15. nurulhanis says:

    kak brightnur, saya pelajar sem akhir. skrng ni kan kemasukan peljar dh berubah, kalo dulu mereka masuk bulan 7, tpi skrng bln 9. plajar mster pn masuk bln 9 jugk. kalo saya ni abis blaja bulan 1, bulan berapa n g mohon master ni… saya nk thu bila biasanya trikh pemohonan master, untuk research dgn coursework?

    • brightnur says:

      Nurul hanis: untuk apply master by research takde tempoh.. anytime boleh apply.. and kemasukan pun anytime.. tak kesah masuk sem 1 or sem 2.. awal sem ke, tgh sem ke, hujung sem ke.. semua boleh.. cuma sebaiknya masuklah awal sem.. supaya tak rugi masa.. bila kite dah dapat surat tawaran.. kite biasanya diberi tempoh untuk mendaftar.. ade sesetengah univ 1/2 tahun.. ade yang setahun.. kiranya surat tawaran kite tu valid setahun.. daftar lah bila2 dalam tempoh setahun tu..

      klu by course.. kene tgk bila dibuka.. bergantung pada univ.. kena rajin bukak website postgrad univ yang hanis nak masuk tu..

      • nurulhanis says:

        oooo… ok kak brightnur… trma kasih balas komen saya…:-)

        • brightnur says:

          You are most welcome hanis! =)

          • nurulhanis says:

            kak brightnur, saya ada soalan lagi. soalan saya, slab/slai tu sbnrnya merupakan tajaan dri KPT kn? bkn under ipta kn? untk pensyarah aje ke yg boleh mohon? ssh x nk dpt slab ni? wajib ke ade keputusan ujian Bahasa Inggeris TOEFL / IELTS ? lgi satu, akak prnah dgr x pasal mybrain15? mybrain ni, biasiswa jgk kn untk smbng master… kt mana lgi sya boleh cri biasiswa?ssh nye…

  16. brightnur says:

    Nurul hanis: Terima kasih atas soalan. Saya cuba jawab ye.

    1. slab/slai tu sbnrnya merupakan tajaan dri KPT kn? bkn under ipta kn?
    – Ye, die under KPT dan diselia oleh IPTA. Maknanya, apply melalui IPTA, lulus peringkat IPTA baru dihantar ke KPT.

    2. untk pensyarah aje ke yg boleh mohon?
    – Pensyarah memang tak mohon kot, sebab dia dah jadi pensyarah. hehe.. Slab ni bergantung pada universiti, ada univ yang open pada sesiapa sahaja, ada universiti yang open untuk staff dalaman sahaja, seperti utm. Yang ni, hanis kena tanya setiap universiti tu sendiri, macamana sistem diorang.

    3. ssh x nk dpt slab ni?
    – Hmm.. susah nak cakap susah ke tak.. Sama je peluangnya macam scholarship lain. Cuba je, tak perlu fikir susah ke tak. Ada rezeki tak kemana.

    4. wajib ke ade keputusan ujian Bahasa Inggeris TOEFL / IELTS ?
    – Yang ni, saya tak pasti. Tapi kalau di UTM, TOEFL/IELTS hanya perlu jika nak ke luar negara. Dalam negara tak perlu.

    5. lgi satu, akak prnah dgr x pasal mybrain15? mybrain ni, biasiswa jgk kn untk smbng master… kt mana lgi sya boleh cri biasiswa?ssh nye
    – Ye, itu adalah biasiswa untuk master/phd. Hanis, jangan selalu sebut susah, nanti susah betul jadinya. =) Bertanya macam ni satu cara yang baik. So teruskan mencari maklumat k. Nak cari biasiswa ni, boleh pergi ke web Mosti ke, KPT, website bahagian pengajian siswazah setiap universiti pun ada listkan biasiswa yang ada.

    Macamni, saya cadangkan kalau hanis betul2 nak sambung, cari je tempat dulu, cari supervisor. Bila bincang dengan supervisor tu, bgtahu dia yang hanis perlu cari scholarship, mungkin dia boleh bagi cadangan dan membantu.

    • nurulhanis says:

      ooooo…. trima ksih akak brightnur atas jawapan yang diberikan. saya x tahu nak tanya sape lagi. saya rasa dah bersmngt, saya x akan putus asa untuk cari scholarship. trima kasih. saya ingt nak amik mix mode. courework+research, bagi program sains(math)/statistik ,kalo mix mode xperlu cari supervisor kn? skrng ni saya tgh sdng mngisi borng prmhnn untk smbng master.

  17. Zul says:

    Nak tnya jgk…. Master UTM kalau by research apa syarat2 untuk grad? berapa conference kena hadir? berapa journal kena publish?? Buat master by research ni tak la tensen sgt…. tp kalau main dengan mesin asik rosakk (especially kat UTM ni..) mmg berasap kepala… tenkiu

    • brightnur says:

      Zul: Terima kasih atas soalan. Student/Staff UTM ke? Kalau tengok syarat atas kertas, perlu sekurang2nya 1 conference kalau tak silap saya. Tapi yang biasa dengar kena ada satu journal article. Accepted or tidak saya tak pasti juga, kalau tak silap submit dah ok dah.

      Sorry, saya tak sure sangat sebab saya sendiri dah letak syarat untuk saya grad, and syarat tu memang melebihi syarat2 UTM.. (Saya sendiri confius dengan syarat2 UTM).. Dan lagi satu, biasanya semua ni terpulang pada supervisor.

  18. no name says:

    Brightnur tul tu,sy penah belajar kt um penghujung 90an,ada setengah pensyarah pandang rendah pada pelajar melayu kita walau pun dia sendiri bukanya cemerlang sgt sbb org melayu dulu2 dpt klas ke 3 pun leh sambung phd,terutama dibidng sains dan kejuruteraan.dah la ramai pensyarah bukan melayu lagi merumitkan. Zaman sy markah bergantung kepada peperiksaan akhir shj tidak ada kerja kursus,itu untuk ijzah pertama, untuk master lagi la susah entah apa dia org pikirkan bukan nk produce orng melayu ramai2 beljajar keperingkt tertinggi ni menutup periuk nasi.kesannya ramai org cina sambung master kat um,terutama bidang sains dn kejuruteraan.bila diperkenalkan kursus coursework ni baru ramai org melayu buat master sbb lebih senang.supervisor sgt penting bila nk buat master sy setuju,sy pernah dpt supervisor seorang profesor cina, selama setahun menjadi RA beliau,profesor yang sgt baik, cuma rezeki tidak menyebelahi sy, sbb sy dr keluarga miskin tk mampu untuk belajar master memandangkan adik adik sy ramai lagi masih belajar waktu itu memaksa sy untuk berkerja.

    • brightnur says:

      Terima kasih atas response saudara/saudari. Hidup di UM semamangnya lebih mencabar berbanding university2 lain.

      • yaakob yusof says:

        boleh komen kenapa “hidup di UM lebih mencabar”?

        maaf artikel lama baru nak omen skrg. saya dah apply, jangka masuk september. master by coursework, engineering. harap komen sket

        • nurul says:

          rasanya lebih mencabar dari segi level of knowledge, environment and style of study. lgpun UM ada dlm top 200 world universities (if xsilap), so high expectation from lecturers, staff, peers. then mengikut pengalaman sendiri, kawasan kt um agak padat berbanding uni lain.. btw goodluck to u!🙂

  19. Anonymous says:

    maaf ye kak, sy rase cm kenal je your previous sv. Kat biomedical engineering um kan?

  20. Bas says:

    salam,
    ade spe2 yg penah atau sedang smbung master by coursework dkt UM atau UTM dalam mekanikal engineering? nak tnya review.

  21. xoxo says:

    salam,
    terjumpa ur entry while feeling down nk quitting my master..yup..its not easy nk wat master esp by research!n lagi ada anak kecik..i tot it’s easy at 1st..siap i resign keje lg..now tgh kuatkn semangat but still berbelah bahagi..huhu..btw i’m in upm..

    • brightnur says:

      Salam, u really need to find somebody yang boleh build up balik your spirit.. Tgk balik punca2 masalah tu.. mustahil untuk solve or tidak.. or maybe u can tell here.. we can try to see the problem together.. =)

  22. Anonymous says:

    Kak, terima kasih sudi berkongsi pengalaman kepada kami semua.

  23. sakura says:

    salam..nak tanya:
    1) yg pasal research methodology tu kita kena amik subject tu kan time nk smbung master?
    2) tajuk tuk research tu kita kena cr sndiri or bincang ngan lecturer?
    3) if seseorang tu CGPA dia ok but thesis degree dulu x la ok sgt still leh wat master x?
    sgt2 nk tau!! thanks ^_^

    • sakura says:

      sori for Q1 not kan tp ka..

    • Brightnur says:

      Sakura:

      1. RM tu mmg subject wajib (kebanyakan universiti). Ditawarkan semasa pengajian, ambil samada sem 1 atau sem 2. Tapi macam saya di UTM, saya dah ambil kursus ni (Kursus 10 hari) sebagai pra-syarat untuk mohon SLAB. So saya boleh dikecualikan ambil kursus ni semasa dalam tempoh pengajian master.

      2. Sebaiknya cari sendiri kemudian bincang dengan sv (supervisor). Jika sv setuju then ok lah. Kalau tak dia akan ubah2 sikt ikut kesesuaian or bagi cadangan lain. (Pesanan: Jangan sesekali jumpa sv dengan tangan kosong)

      3. Syaratnya mmg CGPA je, jarang orang tengok project masa degree dulu.

      Ok goodluck Sakura. Harap dapat membantu.

  24. syuri says:

    huhuu..salam…kalo la sy ley wat kputusan cam ni..quit master kt um n smbg blaja kt universiti mse wat 1st degree…huuu:(..sy mmg nk jd lec..so sy mmg kne smbg blaja..but keadaan kt cni mmg mencabar..nk quit da trlambat coz amik biasiswa..huuuu…cgt stuck..xtau nk wat ape..keja dh ciap tp sv xlps2..huu..merana

  25. sakura says:

    Salam,Nur.
    kalau kita tak tau nak wat tajuk master apa camna? Nur cakap tak leh jumpa sv tgn kosong..

  26. Anonymous says:

    Salam….sy juga mngalami problem dlm master by research di uitm…silap sy tak selidik betol kepakaran sv sy…sv sy rasenya jarang selesaikan masalah/stuck sy…semua kne setel sendiri, mmg sy tau master research byk kne setel sendiri..tp ape guna nya ada sv kalo xdpt membantu…sv sy juga hanya ada satu geran x sampai 100k untuk dikongsi 3 orang student…project sy yang guna paling banyak duit disebabkan terlalu byk bnde yang perlu di optmize…utk selesai masalah sy lepas ni maybe terpaksa guna duit sendiri, disebabkan sv refused utk apply geran agi…agak terkilan dgn tndakan beliau, tambahan pula sv pergi oversea untk serbatikal selama setahun…nak menyesal xdpt ah sebab terikat dgn scholar…mmmm

  27. Anonymous says:

    Salam nur,
    sy dah dpt offer master (coursework). mmg sy nak smbung pun. tapi tetiba entah dr mn dpt idea sy nk wat by research la plak (kwn sy la ajak). dia dpt geran sedang sy tidak. sy call SV thesis degree sy dulu then dia tak galakkan pun sy buat reserach. sbb pengalaman dia supervised sy thesis degree yang sgt bermasalah. topik lari bidang. nasib baik grad. tu pun after masuk meeting sbb panel takle nak define bidang saya n taknak bg markah. nasib baik sv sy jenis baik hati dan sabar. kalau tak, mau dpt incomplete. tu baru cerita degree. haha. sila jgn gelak ok. sy rasa btol jugak kate sv sy tu. mmg skiill sy kurang ckit. lain die suruh buat, lain sy buat. then sy amek keputusan taknak smbung. skang ni dah dekat 3 bulan tanam anggur. agak2 kalo sy buat master camne la agaknya. adoi. risau. ada tak nasihat utk sy?

    • Brightnur says:

      Saudara nizam, hmm.. Susah jugak saya nak jawab ni.. Sebelum tu, maaf ye lambat reply comment saudara.. Saya nk tanya, kalau nak sambung master kenape ye? And agak2 nya tau tak kenapa masih xdpt keje? Klu boleh sy tau lah.. Adekah sbb scope kerja yg xbnk di malaysia ni? Persaingan yg senget? Macamane dgn target area? Ade specific negeri je ke?

  28. hendak tanya. macam mana yea awak aply slab slai utm. hendak dapatkab borang macam mana?

    • Brightnur says:

      slab utm hanya diofer pada tutor. So nak apply slab utm kena apply tutor, tapi malangnya jawatan tutor tengah dibekukan.. hu

      • boboiboy says:

        salam..
        bukan utm membekukan tutor. memang ada tutor.
        tapi, jwtn tutor hanya dibuka pada selected student sahaja. means, pelajar yang SGT cermelang yang direcomended oleh ketua jabatan sahaja ditawarkan Tutor.
        biasanya, student dari faculty masing2. tambahan, jwtn tutor utm sgt sedikit dan bergantung pada kekosongan setiap faculty

  29. jaja says:

    kak nur.. saye fresh graduate and skng saye buat master by research.. memang betol shh.. dan sgt susah.. ape yg bermain di fikiran saye adalah unutk tukar ke master coursework.. dilema sgt.. rse mcm xboleh nk go on.. my sv adalah sv yg sgt suke menyimpulkan masalah unutk diselesaikan oleh saye. sebagai fresh graduate memang agak sukar bg saye untuk mencari tajuk baru and agak fresh. sehingga kni saya merasakn tajuk saya tidak sesuai unutk dibawa ke collaqium. betol dan sgt setuju.. kite kena dan kenal pasti siapa sv kita.. bukan apa kita sendiri yang hendak menatap dan meyelesaikan masalah thesis kita.. sehingga kini hati mahu trus tukar mode ke coursework.. adakah itu berbaloi dan boleh saya bawak? mohon pendapat..

  30. qasehalia says:

    mcm ngeri je dgr cite kwn2 dh sambg master nie..ngeggegge..
    actually sy tgah tggu result utk smbg master..

  31. Anonymous says:

    salam..nak tanye..sy bru pas dgree..terasa nk smbung master..b4 ni ambik course HR..but my pointer below 3.00..kat u mn agak2 leh smbung eh?huuu…

  32. Anonymous says:

    boleh rasanya..sy pon below than 3.0..try buka website u mn yg berminat search kat postgrad..ada kt sini catat requirement nye..gud luk

  33. Anonymous says:

    aku dulu buat buat master by research ,,,,pecah kepala coz supervisor banyak kerenah dan hanya mempegunakan aku….abis masa 2 tahun g2 je…..sekarang syukur baru je abis master di U lain ….nasihat ku kepada org yang ingin sambung master by research….selidik dulu latar belakang Supervisor n co supervisor….tengok ada x orang yang dah dapat master or phd bawah dia,,,kalau ada maksudnya ada sinar lah korang nak lepas,,,,s2 lagi ada dua jenis supervisor,,,s2 yang betul 2 tegas ,membuatkan kita rasa tension,,,tp percaya lah sv macam ni insyaallah korang grad on time,,,yang s2 lagi,,,x abik kisah lansung,,,juz hanya pergunakan kita,,,untuk ajar subject dia or wat paper,,,,yang ni jenis sv aku,,s2 lagi kalau sv ko foreigner jaga 2 ckit,,,t.kalau dia ada kontrak pah 2 dia tamat kontrak ,,,meranalah ko,,,,p sv aku ni melayu,,,,n co SV foreigner hohooho…..gud luckkkkk)…

  34. Anonymous says:

    salam..nak btanya..master bycourse boleh tak apply mybrain/mymaster?just btanya.tq

  35. buah.cempedak.luaq.pagaq says:

    Salam,
    Dulu masa alevel alhamdulillah cemerlang la, berapi je nak sambung kat top uni alhamdulillah dpt kat imperial college london, uk. tup2 uni susah nak mampus (sbb nak maintain ranking), result degree saye 2nd class lower division je. eheh salahkan uni plak padahal saye pun main2 jugak. tp betul uni susah.
    (kalau CGPA tak sure, tak familiar dgn sistem ni, tapi rasanya 3.5-4 tu 1st, 3-3.5 tu 2nd upper and so on).
    so takpelah saya plan nak sambung master kat local uni kat utara malaysia ni. macam putus harapan nak apply any scholarship, sbb result 2nd lower sape nak kasi kan (eh ke ada peluang?) so nak guna duit sendiri je lah (kerja cikgu and part time buat master, ok? boleh tanggung kan. saya single lagi).
    long term goal mmg nak jadi academic pun. so ok ke route saya ni. mengajar skolah menengah + part time master by research –> PhD –> academic? i just need someone to tell me that route is ok, i need a support and motivation!! eheh.
    also, mcm agak down la sbb org ckp, masa nak apply scholarship utk PhD, walaupun master kita cemerlang, org akan still look at ur degree result. wuwu please tell me this isnt true? nak buat cane dah result degree kita mcm tu sobs2. teringin la nak buat phd kat american uni. chey harapan tinggi.

    just luahan hati lol, hope dpt membantu. i just freshly graduated snarnye 2 bulan lepas so terkial2 lagi.
    thanks.

  36. Siti says:

    Salam. Saya tak kenal saudari. Tapi bila browsed through some articles I thought this would be one of the places where I can get my mind clear with all these Master’s and PhD’s stuffs. Terima kasih berkongsi pengalaman walaupun saya baca sekali lalu je blog saudari. InsyaAllah akan baca in detail nanti. Thanks again ya. May Allah bless us all and guide us all the way. InsyaAllah. =)

  37. Im 24 trust me says:

    Sry tak leh tulis panjang… Master by research mmg agak mencabar compared to coursework, n ingat mereka grad dgn title sarjana berfalsafah, which coursework only sarjana… Tp mmg berbaloi dgn tahap kesukarannya. I just amik master coursework yg syukur i habiskan dlm setahun even my first choice superviser hilang n bila timbul rupa2 nya dah bersara secara senyap (kontrak x leh renew)… Currently im doing my phd, but my sv is very helpfull. So whatever u guys amik coursework or research, do for ur passion n pilih sv yg bgs. But ada jer sv bgs but masalahnya student kan. Vise versa its depend on dituations. Good luck ppl, the pain of doing this is little compared to joy i feel now.

  38. saya pun nak sambung masters kat UM. tapi nak cari sponsor kat mana?PTPTN leh bagi ker?

  39. Nur says:

    kalo rsearch grad dgn title srjana berfalsafah n coursework only sarjana..t ade pape beza ke @ klebihan time smbung phd? n tmbah pula sy klulusan IPG yg degree nya sarjana muda perguruan, bknnya pndidikan..so sy x tau cmne nak smbung mster nnt..

  40. sunMi says:

    slm k.brigtnur…
    sy terjumpa blog akak ms sy tgh search psl nak smbg master atau x?… sy dpt twrn jd RA + smbg master skali di uitm… tp, kena cari scholarship sndr utk smbg master…. sy ada apply utk academic trainee uia, yg mn lps phd, trus jd lecturer…. yg nie mmg di support smpai habis blajar + dpt monthly payment lg….skarang sy dlm dilema… smada nak grab apa yg dtg dulu @ nak tggu jaa offer academic trainee (klu dpt)…. sy sgt2 konfius…. jd, sy nak tny pndpt dan nasihat akak, sbb akak ada experience… apa yg ptut sy buat?…

    • Brightnur says:

      Salam dik, first kena tanya dr sendiri dulu.. kenapa nak sambung belajar? Kedua, kalau betul nak sambung belajar, tengok bidang dan scope yang ditawarkan. Minat tak? Take time untuk study sikit2 about the research area. Cuba bayangkan 3-4-10 tahun akan datang, kita duduk dalam area tu, sanggup tak? kalau tak minat mmg sekejap je dah boring. 3rd, buat research jugak pasal supervisor or potential supervisor tu, macamana history die in supervising students. 4th, awak dah setle down ke belum? Or ada planning untuk setle down bila2, my advice, cuba elakkan ambil biasiswa yang ada bonded bertahun2. Tapi kalau itu pilihan terbaek, tawakal je lah ye. Last and the most important, pray hard. Doa sungguh2 minta diberi pentunjuk mana yang terbaik, n jika dah buat pilihan minta diberi kekuatan kalau ada cabaran dan halangan. Mana2 pilihan yang adek buat pun mesti akan ada cabarannya. Kalau letak pergantungan pada Allah, InsyaAllah kita takkan kecewa bila kita ada masalah. Good Luck! =)

      • sunMi says:

        kak, terima kasih sgt2 sbb bls comment sy n bg info + advice yg berguna…. sblm buat keptsn, kena fikir utk ms depan, baik buruknya, kelebihan n kekurangan…. betul ckp akak, apa2 pun kita perlu mintak petunjuk dr Allah… may Allah bless us😉

  41. maisara umar says:

    tlg bg thu brpa pointer utuk lulus mster science..

  42. Sara Umar says:

    master by rsearch or coursework, mne lbh baik n lbh mudh erkk..

  43. kukukakikukaku says:

    sy pon budak utm sy nk sambung master HR yg lari dr bidang sy tp CGPA sy 2.93 jerk..leh agak2 leh ker sy sambung?

  44. m says:

    kukukakikukaku
    mengikut pengalaman saya yg tidak seberapa ni, asalkan bakal supervisor tu terima awak sebagai student under beliau, dan awak minat, bab pointer adalah perkara kecil…cuma jgan la low sgat, nanti lecturer x confident pulak..he..

    lagi 1, jika awak student local,malay, lagilah digalakkn (ini bukn racist,tp 1 advntge utk student local.)

    • tunroz says:

      salam… ape beza coursework ngn mixed mode.. mana lgi better.. jgan ckap psal research mode sbb mmg susah..

  45. fepwressy says:

    HI, very nice site, many interesting information, site

  46. Anonymous says:

    salam.. sy student utm..baru je habis..utk pengetahuan jawatan tutor kat utm x de dah…sv and pa y gtau….sedih T_T..

  47. Wawa says:

    Salam sis…saya nak minta pendapat…ada yang bgtau master ni akan menjamin masa hadapan…saya dalam dilema nak sambung atau x….saya konvo bulan 11….dan kalau ambil master kemasukan bulan 2 2014 t…please give me suggestion…;’)

  48. D says:

    Hai semua.. ada siapa2 di sini yg smbug master di luar tapi masih lg dlm kontrak dgn kpm? Ade x yg ambil risiko ini? Plez share🙂
    Sebabnya kalu masih dlm kontrak kpm xleh smbg master kena keje dulu.. ade x yg ambil risiko utk tetap smbg master diluar after abis shj study degree..

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s