Apa beza Conference dan Journal?

Soalan ni antara soalan yang paling kerap saya dengar. Terutama dari orang yang baru dalam dunia research. So, saya tergeraklah nak share sedikit apa yang saya tahu.

Conference, Journal, ISI, Scopus, IEEE, Impact Factor, waaahh.. Kalau takde idea memang boleh pening kepala. Tapi takpelah, slow2.. Lama-lama nanti InsyaAllah kacang je semua ni. Bukan kacang nak buat, kacang je nak paham. He.. Saya akan terangkan semuanya dalam bahasa yang mudah je, kalau nak bahasa rasmi boleh lah search dekat website2 rasmi.

Ok, conference ni sebenarnya satu persidangan yang mengumpulkan semua researchers dalam bidang yang sama. Setiap researcher akan membentangkan research masing2 mengikut format yang telah ditetapkan. Kalau tak nak bentang pun boleh, datang sebagai pendengar je. Conference ni biasanya di organize oleh Universiti2, itu biasanyalah dan biasanya juga diorang akan buat collaboration dengan universiti2 atau badan2 lain. Nak join conference ni, ada step die:

1. Tulis paper. Biasanya tak banyak pun, 4-6 muka surat macam tu. Walaubagaimanapun, ia bergantung pada organizer. Conference ni kita hanya ambik sikit je result daripada research kita, satu bahagian kecil. Beza dengan journal. Cuba baca contoh2 paper conference yang berkaitan dengan research kite, then insyaAllah akan dapat idea.  [Di website conference tu, boleh cari link ‘Guide for Author’ atau ‘Authors Instruction’ atau yang sewaktu dengannya]

2. Submit paper sebelum deadline ikut format yang ditetapkan. Biasanya deadline akan extend. So, jangan risau lah kalau macam tak siap lagi bila dah nak dekat deadline yang first tu. he.. Kadang2 memang boleh extend 3-4 kali. First extension memang boleh sampai sebulan, second and 3rd maybe seminggu or 2 minggu.. Ada juga yang extend sampai 2 bulan! [Tarikh2 deadline ni boleh check pada link ‘Important Dates’ atau ‘Call for Papers’

3. Lepas tu tunggu Acceptance atau Rejection email dari organizer. Biasanya, insyaAllah akan diterima kalau buat ikut format, conference yang betul.. Jaranglah kena reject. Tapi, huhu.. ada juga yang kena reject. Nanti saya akan cerita pengalaman saya kena reject paper conference pada entry lain. huhu.. Sedeh..

4. Lepas Accepted, buat lah apa yang disuruh, nak kena buat correction ke, resubmit ke, ikut je. Then, kita akan dapat surat dari organizer conference.

5. Then, boleh lah uruskan pembayaran yuran. Biasanya, yuran ni kita apply lah dari grant ke, faculty ke. Kalau tak submit paper pun boleh juga join, tapi still kena bayar yuran. Pergi usha2 pak2 dan mak2 arab jelah. haha..

6. Lepas confirm payment, kita akan dapat jadual bila kite present. Then, preparelah slide presentation kamu atau poster, bergantung pada conference.

7. Selepas present, sesetengah conference akan jilidkan semua paper2 yang dibentang dalam conference tu. Maka jadilah ‘Conference Proceeding’ yang papar2 dalam tu, orang biasa panggil, paper conference lah, paper proceeding lah.

Ok, selesai untuk Conference. Nanti saya explain, macamana nak pilih conference yang bagus dan berkualiti or maybe entry lain.. Cewaah, macam pandai sangat.. haha..

Untuk journal pulak.

1. Tulis paper ikut format. Journal ni sangat jauh lebih detail daripada paper conference and lagi panjang lah karangannya, lebih kurang 20pages. Kadang2 satu thesis master tu boleh ditulis in satu journal paper.

2. Then, submit ke Journal yang kamu dah pilih, yang sesuai topicnya, yang berkualiti.

3. Tunggu respon, samada kena reject or kena buat correction. Nak tunggu respon ni lama gak, bergantung pada journal tu. Biasanya dalam sebulan or 2 bulan. Kalau kena reject cepat je, seminggu pun boleh. [Saya lah tu yang pernah kena reject tak samapi seminggu pun… huhu]

4. Lepas tu buat lah ikut apa yang disuruh oleh reviewers, correction ke hape ke, and submit semula. Nanti maybe dapat 2nd or 3rd correction. Process dia mmg lama, boleh makan tahun. So, bersabarlah ye.

5. Paper yang dah diaccept akan dibukukan bersama paper2 lain dan ia di paggil JOURNAL. So, paper2 dalam journal tu, orang panggil journal paper, or journal article. Journal ni jaaaaaauh lagi susah dari conference. Journal ni yang orang pandang, dan orang nilai, bukan conference.

Untuk submit di Journal juga, biasanya tak perlu bayar apa2. Ada juga yang kena bayar, so tak payah lah gatal2 nak anta yang berbayar tu. Cari yang free je, melambak.. hu.. Kalau tak bayar apa2, apa yang orang2 journal tu dapat? Hmm.. Dapat nama kot. hehe.. Itulah namanya research. Taraf researcher tu dinilai daripada berapa banyak sumbangan mereka dalam penghasilan journal. Ini bahasa mudah lah. Tapi ia tak semudah itu. So, prof jangan marah eh..

Banyak lagi yang saya nak explain, tapi dah time untuk saya baca journal pulak. Hu.. Ada task yang perlu diselesaikan minggu ni. Sebelum tu, ni contoh Conference paper dan Journal paper.

Conference: Biasanya dia letak nama conference macam yang saya underline biru.

Tapi kebanyakannya juga, tak letak apa2.. Tp cuba tengok dekat bahagia bawah page, kadang ada diletak sedikit info juga. Dan yang kalau takde apa2 info ni, biasanya conference atau article2 bebas.


Journal: Ini contoh Journal Paper. Tengok yang saya underline biru. Itu nama journal ni. “91” tu volume dia. Jilid kot dalam bahasa melayu. So, nak tau paper tu journal ke tak, mesti dia letak nama journal tu. Yang gambar pokok tepi tu, Elsevier, adalah nama website yang mengumpulkan journal2 yang terpilih. Kira database journal lah. Cam library gitu.

Ok. Jumpa lagi.

Salam.

This entry was posted in Master, Master/Ijazah Sarjana. Bookmark the permalink.

10 Responses to Apa beza Conference dan Journal?

  1. Anonymous says:

    apa beza first author denagn second author. comference paper/journal dikira sebagai publication juga kepada second author atau ia dikira sebagai publication hanya kepada first author?

    • brightnur says:

      First author tu semestinya orang yang paling banyak menyumbang dalam penulisan article tersebut (sepatutnya).. dan semua authors, walaupun ada 30 authors, tetap dikira sebaga author article tersebut, means dia boleh claim that article as his/her publication.

  2. tiara says:

    salam..tumpang tanya…nak tau ckit list nama journal yg free,yg no need utk bayar2, especially in environmental toxicology..thankyou..

    • brightnur says:

      Tiara: Cuba check under science direct, elsevier.. semua tu free.. Mane2 database journal yang kita nak access kene bayar (universiti bayar) biasanya free untuk submit..

  3. Anonymous says:

    salam saya nak tanya…kalau tajuk psm saya adalah research, then apabila saya sambung postgraduate (phD-fast track) boleh tak saya jadikan psm saya tu sbagai jurnal..bagaimana ye?

    ada tak mana2 website yang terima jurnal dalam bahasa melayu?

  4. Anonymous says:

    Salam,
    Saya ada kemusykilan sikit. Saya buat master by research kat upm.syarat nak grad kena SUBMIT artikel. soalan saya:
    1) Kalau submit sahaja,tempat yg kita anta (cth: science direct) ada bagi mcm notification x?mksudnya yg ckap kita ada submit?

    2) ada 3 stages yg perlu dilalui kan? submit, accepted, publish? maksudnya mcm saya, kna submit, kira 1st stage je la kan? risau gak sbb baca info sis tadi, nk accepted+publish pon mkn masa

    Thanks 😀

  5. Adden Astar says:

    Salam, saya nak tanya sikit.
    Journal ni ada kategoti level ke? Maksud saya, ada ke tidak Jounal yang paling baik berbanding dengan Journal2 lain? Kalau ada, boleh bagi contoh tak.

Leave a reply to brightnur Cancel reply