Hidup masih belum stabil? Penuh masalah? Stress?

Usia dah nak mencecah 30, universiti dah lama tinggal, tapi hidup masih tak stabil2 lagi. Haih.. Saya rasa mungkin ramai nasibnya begini. Nak tambah tragic lagi, master dah bertahun tak habis2, yang phd lagi parah, nak kahwin duit tak cukup2, yang dah kahwin lagi lah duit tak pernah cukup, tengok orang lain dah sibuk kumpul harta, kita kumpul apa? Kumpul hutang? Adeh!

Kalau kamu antara yang berada dalam situasi ini, pertama sekali kamu mesti BERTENANG! Tarik nafas dalam2, dan bersedia untuk bertindak dengan lebih bijak. Peraturan penting yang kedua, jangan bandingkan diri kamu dengan kejayaan orang lain. Kalau tak, memang lagi stress! Saya ni bukanlah bijak bestari untuk bagi nasihat, tapi seperti tema blog ini, ‘Learn From Experience’. Hmm.. Saya sendiri tidak segan nak mengaku yang hidup saya masih belum stabil lagi, kadang-kadang rasa dah nak stabil dah, sekali gedebuk! jatuh balik.. Lalu bertatih-tatihlah bangun semula.

Saya ada seorang kawan yang pernah keluarkan ayat lebih kurang macamni, “Hidup aku selama ni smooth je, takde apa2 masalah pun, kalau aku kahwin dengan dia hari tu, memang setle je semua”.

Selepas kawan saya ni keluarkan statement ni, saya terfikir, ada jugak orang yang hidupnya smooth je ye. Bertuahnya badan. Tapi kalau kamu semua nak tahu, kawan saya tu ditimpa masalah percintaan yang baginya sangat serius sampai mengganggu jiwa raganya. Sedangkan bagi saya, masalah dia tu taklah sebesar mana pun dan tidak sepatutnya boleh effect mental dan fizikal kita. See, macamtulah tuhan mengatur perjalanan makhluknya. Setiap manusia ada jalan hidup masing2 dan jalan itulah InsyaAllah jalan yang terbaik untuk kita.

Ada orang masalahnya begini, ada orang masalahnya begitu. Ada orang hidupnya dari kecil penuh masalah, sampai dia sendiri lupa bila time hidup dia tak ada masalah. Jadi, jika kamu ditakdirkan memang dari kecil tak pernah berpisah dari masalah, dan pada masa ini kamu masih boleh duduk mengadap blog sambil meratah kerepek, dan curi2 time chating di FB atau YM, siap Tweet2 lagi, tu maknanya kamu mesti BERSYUKUR! Dan kadang2 jika masalah bertimpa2 datang, boleh lah pujuk2 hati kamu tu, yang ujian2 ni diberi pada orang2 yang mampu menanggungnye sahaja. Ini bermakna kamu memang kuat dan kamu adalah insan TERPILIH! Tapi diam2 jelah, pujuk dalam hati.. takyah lah pergi letak kat status FB “Hiduku penuh ranjau dan liku, sesungguhnya akulah insan terpilih, Ye aku kuat!” Adeh!

Satu perkara lagi, jangan terlalu melayan perasaan. Cuba lawan perasaan2 yang tak sepatutnya mengganggu kita tu. Contohnya, rasa diperlekehkan, dipandang rendah, orang tak suka kita, kawan2 lupakan kita, rasa rendah diri yang melampau, terasa dengan kata2 kawan atau orang sekeliling. Saya tahu, ada manusia yang dilahirkan siap2 dah ada dah perasaan terlalu sensitif. Tapi belajarlah untuk kawal perasaan tu, memang susah memang payah, saya paham (aku ni terlebih sensitif ke? hu) dan yang penting kamu kena kenal diri kamu betul2. Ini tak, ramai je yang over2 sensitif ni tak tahu pun dia tu over sensitif, kita yang dekat keliling ni penat nak jaga sensitif dia, last2 kita yang makan hati. hu.. Bila umur dah makin meningkat tu, lagilah kena pandai2 manage emosi kita.

Satu lagi perkara yang agak penting, hmm.. ‘hidup dengan apa orang kata’. Cuba tanya diri kita berapa banyak keputusan yang kita buat dalam hidup kita ni melibatkan “Apa orang kata?”, Ke takde? memang semua yang kita decide tak kesah lah apa orang nak cakap. Yeke? Kalau ye, syabas lah! Memang I salute! tapi hakikatnya kita sendiri yang tahu. Hidup dengan apa orang kata ni memang pressure tau. Contohnya saya, yang buat master tak habis2 ni.. kalau fikir apa orang kata memang panas je rasa, tapi bila saya fikir lebih jauh dan lebih matang, relek je. No hal lah.. Nak usaha pun sebab kesedaran sendiri, kehendak sendiri bukan kehendak makhluk sekitar! (Kecuali kehendak majikan..hu) =p

So, hiduplah dengan happy di luar dan di dalam, anggap je masalah tu cabaran hidup. Ye, saya tahu.. Cakap memang senang. Tapi percayalah, nak buat pun senang. Cuma mahu atau tak mahu je. Setiap orang ada masalah masing2, ia hanya bergantung pada macamana kita handle masalah tu. Besar atau tak masalah tu bergantung pada penerimaan individu tu sendiri.

Saya cadangkan 1. banyak2kan membaca buku2 motivasi atau self help. Untuk saya memang sangat membantu, walaupun ia kadang2 bantuan bermusim.

Separuh dari buku2 ni saya tak sentuh pun lagi, siap berbalut lagi walaupun beli dah berkurun. Beli buku baru, baca yang baru tu dulu, ikut keperluan semasa. Itu namanya bantuan bermusim. Hu.. Buku pun InsyaAllah habis dibaca. Ok, bagi yang tak suka membaca, aish.. buang jauh2 mind set tu. Mulakan sekarang untuk membaca. Beli buku2 yang simple dulu. Toksahlah pergi beli buku yang gah2 dulu, lagi2 kalau kamu kurang mahir berbahasa inggeris, kang lagi tambah stress sebab dah mula rasa “aku tak pandai english.. huhu” .. Allah..

Selain membaca kita juga boleh 2. dengar ceramah2 motivasi di radio ke, internet ke, tv ke.. Dan yang penting kamu 3. mesti percaya diri kamu, 4. sayang diri kamu dan 5. Jangan give up.. CAUSE YOU’RE AMAZING JUST THE WAY YOU ARE!!!

Walaupun saya tak nyatakan secara bernombor tapi saya yakin kita semua dah tahu dan dah sedar yang apa2 pun usaha kita doalah yang paling penting.. Berdoa memohon pada yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. Berdoalah kawan2, jangan putus asa.

ps: Saya sangat suka dengar masalah orang  and really hope dapat bantu walaupun tak dapat selesaikan masalah tu, atleast dia lega.. =)

This entry was posted in Kongsi, Motivasi, Pendapat and tagged . Bookmark the permalink.

20 Responses to Hidup masih belum stabil? Penuh masalah? Stress?

  1. Yana says:

    Suke sikap positive awak.. We must face all consequences in positive manner from every decision we had made.. Kite serupe… Masih struggle to finksh my master..😦

    • brightnur says:

      Yana, saya ada attend satu bengkel paper writing, lepas hbs bengkel tu, saya smpatlah borak2 dgn salah sorang Prof yg bg talk, juge jd peserta bengkel tu, smbil amek signature bku die yg xde di Malaysia, di amazon 61pound, die jual 61rnggit. Dia kate, dia dlu amek master lama.. Mkn 4-5 tahun. Tp die boleh dpt Prof masa umur die 38.. Isn’t that great?! =D

  2. Yana says:

    Wow.. 4-5 thn.. Tabah nyer.. Buku ape yg nur beli?? Buku motivasi ke?? Bleh share??

  3. brightnur says:

    Buku tu pasal paper writing, yang pasal master tu, die cerita masa kami borak2 nak amek signature buku tu.. hehe.. yana buat master dekat mane? dah sem berape?

  4. Anonymous says:

    sy tutor kat UM and sambil tu bt master by research.. skang nie dah sem 5.. huhuhu..

  5. alim says:

    Salam,

    Seronok baca pengalaman awak. banyak yang saya dapat pelajari..

  6. Anonymous says:

    susah jgk yer klu supervisor yg xmembantu ni.. harp2 master yg sy amik ni lancar n dpt sokgn supervisor.. tp sronok dgr penglmn awk. memg byk pahit manis but still positive.. all the best….

  7. Sani says:

    ASSALAMUALAIKUM RAKAN SEPERJUANGAN PARA ILMUWAN SEKALIAN. SAYA BARU SAHAJA MELEPASI PROSES VIVA VOCE MASTERS BY RESEARCH DALAM KEADAAN TERUK KENA BELASAH DGN EXAMINER DLM TEMPOH 3 JAM. ALHAMDULILLAH RESULTNYA LULUS DGN MELAKUKAN PEMBAIKAN PALING MAKSIMUM DALAM TEMPOH 6 BULAN.. JIKA SESIAPA YG NAK TANYA SESUATU @ NAK SHARE PENGALAMAN SAYA SILA EMELKAN KEPADA SAYA. kms1973@yahoo.com. – SANI. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

  8. Anonymous says:

    Hai Nur,

    I am so relief reading your entry kali ni.. Bukan apa, I want to end up my career with lecturing some day and now I sedang bekerja dalam industry,

    For you Nur, pelan-pelan kayuh and you will meet your point of satisfaction some day.. Trust me.. It just a matter of time..

    Me too, planning to have my master degree soon tapi sekarang tengah fokus untuk wedding this 2 years.. Hope everything turns out to be good! Best of luck Nur!

  9. Anonymous says:

    Yeaaa aku LIKE entry nih. Ngeh3x.

    -shye-

  10. Brightnur says:

    Pn Shye: Bila pulak ko jumpe blog aku nih?

  11. freeter says:

    saya di dalam dilema…sy da apply tuk GEMS (bg graduan yg x dak keja) n dpt.tp sy x tau nk p ke x sbb sy x pasti bila dh abis program tu sy akan dpt keja..pd pndapat saudari, perlu atau x sy pergi…sori komen sy ni slh tmpat..sy harap saudari dpt bantu sy…

    • Brightnur says:

      Freeter: Takde masalah, saya open je untuk apa2 soalan. Saya dulu ada ramai juga kawan2 yang ikut perogram macam ni dan semuanya Alhamdulillah dah dapat kerja, dah stable dah berumah tangga pun sekarang. Sebenarnya ia bergantung pada awak.

      Hmm.. saya andaikan mungkin awak masih belum dapat kerja lagi, since awak kata program ni untuk yang takde kerja lagi. Awak dah pernah kaji tak kenapa awak masih belum ada kerja? Ada tanya pedapat orang lain? Hal2 macam ni kita kena open.. kita kena cari jalan untuk sediakan diri kita berada pada tahap yang selaras dengan permintaan pasaran kerja sekarang ni.

      Kalau awak rasa, awak akan belajar banyak benda and bersedia ambil peluang ni untuk improvise diri pada tahap maksimum jadi, teruskan. Jangan rasa rendah diri atau malu.

      Tapi kalau awak telah cukup yakin dengan kemampuan diri dan bersedia sepenuhnya untuk masuk ke alam pekerjaan.. Then you need to strive for it.. Dont giveup untuk cari kerja, and terima dulu apa2 kerja walaupun tiada kaitan dengan bidang, and then ambil peluang untuk develop your self, itu lebih penting..

      Maaf jika jawapan saya tidak seperti yang diharapkan, saya cuma cerita daripada pengalaman yang saya lihat pada kawan2 saya.. semoga berjaya keluar dari dilema.. good luck!

  12. kamarul says:

    salam,
    saya bercadang nak sambung master by research di um dalam bidang medical physics.
    tapi masih buntu tentang cara-cara nak mendapatkan supervisor yang baik dan membantu. saya takut tersilap pilih supervisor yang kurang membantu dan bermasalah.
    saudari pun pernah ambil master by research di um kan? bagaimana saudari dapatkan supervisor dahulu?
    terima kasih.

    • Brightnur says:

      Kamarul: Saya mmg undergraduate di UM jadi saya dah kenal lecturer2 UM. Saya hanya jumpa dan tanya jika lecturer tersebut nak terima student untuk buat master

  13. Faisal says:

    salam,
    well-said, anda menulis berdasarkan pengalaman. dan tulisan itu saya yakin telus dari hati, sebab ada yg terasa..

    I am currently in process of getting scholarship from government for master..dan pengalaman yang anda coretkan disini boleh saya jadikan rujukan nanti…hehehe…

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s