Digugurkan Daripada Senarai Author

“Ko tau tak paper ko dah publish?, tapi nama ko takde”

Teetttt.. Berderau gak darah saya bila kawan saya yang sama-sama belajar di bawah supervisor yang sama dulu, call saya tadi. Kawan saya ni baru je lepas konvo. Rezeki dia. Sekarang dah sambung PhD di salah sebuah Univ tempatan.

Agak-agak apalah perasaan kita, bila tengok paper yang kita tulis, research yang kita buat, orang lain yang publish tanpa letak nama kita? Pedih juga ulu hati tengok hasil kerja kita tanpa nama kita ni. Tapi apa lagi yang saya boleh buat. Itu pilihan saya. Sebenarnya, ada juga terlintas, kalau saya sabar sikit lagi dulu, mesti saya dah konvo gak. Haish.. tak baik, tak baik. Setiap apa yang berlaku tu mesti ada sebab musababnya. Mana  saya tahu yang saya akan konvo? Mungkin paper tu tak publish pun. Bila difikir-fikirkan balik, baguslah.. Sekurang-kurangnya, dapat pengalaman yang tak ternilai =p

Saya sendiri tak pasti apa nama yang diberi untuk issue berkaitan pengguguran nama ni. Yang saya tahu, Boncengan Gratis. Tapi itu dah issue lain. Mungkin.

Untuk kes saya ni, memang saya yang tulis paper tu, hantar ke journal, dalam bulan 7 2009 sebelum saya pindah ke Johor. Saya dapat comment dari reviewer dalam bulan 11 or 12, dan saya submit semula dalam bulan 1 2010. Dapat lagi comment dalam bulan 5 or 6 2010, saya buat sedikit dan tak lama lepas tu saya decide untuk quit master saya atas sebab2 yang telah saya ceritaka sebelum ni. Masa saya nak quit tu, memang banyak sangat conflictnya, Supervisor saya minta semua data-data saya dan katanya akan tukar corresponding author (individu yang berurusan dengan pihak editor journal). Sebelum tu, haruslah saya yang jadi corresponding author. Selepas saya dah email segala alam data, paper, sekali lagi dia minta benda yang sama. Tapi kali ni melalui RA pulak. Lepas tu terus senyap..

Tup..tup.. saya dah dapat tahu, paper saya sudah dipublish. Memang salute lah kan. Setelah saya check, mereka dah tukar analysis, guna cara yang sama cuma kena run semula sebab saya tak bagi data result yang saya dapat kecuali raw data (Saya buat research EEG, signal processing). So dia run, and buat statistical analysis semula. Semua ni RA pak arab yang buat, 2orang. Co-supervisor saya medical Dr, maybe dia contribute dalam discussion dan result enterpretation yang hampir 90% idea asal dari saya.

Akhirnya, mungkin kerana terlalu tidak berpuas hati dengan tindakan saya untuk quit, dan hal2 lain, jadi nama saya digugurkan dari pada paper tersebut. Bila baca2 balik paper tu, ada index/parameter yang saya pecah kepala fikir (saja nak bagi dramatik). Siap formula yang saya reproduce dalam bentuk yang lebih engineering turut digunakan. Usah tanya tentang figure, juga saya produce sendiri.. Terkulat2 membuatnya.

Saya tahu, mereka juga turut menyumbang dalam penulisan paper ini. Jadi nama mereka memang selayaknya ada. Tapi tak boleh lupa, saya juga adalah penyumbang kepada penjayaan paper ini, malah penyumbang terbesar mungkin. Satu yang saya kagum dalam dunia akademik dan kesarjanaan ini, seseorang ahli akademik boleh ‘mencuri’, ‘membunuh’ mahupun ‘merompak’, tapi tiada apa yang boleh dilakukan, tiada mahkamah yang boleh dakwa. Hebat bukan?

Semoga ini menjadi pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya. Selama ini hanya mendengar cerita orang, dan akhirnya terkena batang hidung sendiri. Kita yang berada dalam bidang academic ini, merupaka satu golongan yang tinggi martabatnya disisi tuhan, kerana kita adalah golongan ilmuan, golongan cendekiawan, golongan yang menyanjung ilmu, yang menyebarkan ilmu, yang menggali khazanah ilmu (samada sedar atau tidak, jika belum sekarang InsyaAllah akan datang). Setiap apa yang kita lakukan dalam bidang ini sepatutnya ikhlas, kerana kita cintakan ilmu itu, kerana kita ingin ilmu itu tersebar dan dimanfaatkan, dan moga dengan tersebarnya ilmu2 yang baik, manusia akan lebih dekat dengan penciptanya. Mudah-mudahan kita sentiasa ikhlas dengan apa yang kita lakukan.

Saya juga sepatutnya ikhlas, tanpa mengharap nama saya ditulis di mana2 paper. Bolehkah begitu?

Ada satu masa seorang kawan saya sedang dalam keadaan yang sangat down dengan masternya, betul2 down, sampai rasa nak quit. Masa tu saya bagitahu dia lebih kurang begini;

“Orang yang berilmu ni martabat dia tinggi, sebab tu banyak dugaannya”

Ntah dari mana saya dapat idea nak buat ayat tu pun saya tak tahu, tujuannya nak tenangkan kawan saya tu je. Akhirnya saya sendiri pun terkesan jugak. Terkesan dengan ayat sendiri. Boleh ke? Yelah, Ingat senang nak jadi orang yang tinggi martabatnya, mestilah banyak ujian dan dugaan..

This entry was posted in Career, Kongsi, Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to Digugurkan Daripada Senarai Author

  1. Anonymous says:

    tahniah kepada supervisor anda…
    cerita dari kawan yang konvo juga tidak kurang hebatnye…
    tiba-tiba terlintas.. mujur tak sambung belajar..
    sebab macam ni la ramai betul-betul kena bertahan susah senang menjadi pelajar sarjana..

  2. Nur Liyana says:

    Dear, whatever it is you’re really strong girl…=)

  3. Anonymous says:

    sue your former sv

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s