Kenapa saya sambung master?


Kenapa saya sambung PhD?
Kenapa saya nak jadi lecturer?
Kenapa saya nak jadi researcher?
Kenapa saya nak jadi ahli akedemik?
Kenapa saya berimpiankan title professor?
Kenapa dan Kenapa?

Percaya atau tidak, saya sendiri sebelum ini tak jumpa jawapan YANG TEPAT untuk setiap soalan-soalan tersebut. Hingga saat ini saya masih lagi mencari, walaupun saya sudah mula menjumpai jawapan-jawapan yang kelihatannya tiada ‘betul’ atau ‘salah’ tapi resultnya boleh jadi samada ‘lulus’ atau ‘gagal’.

Dah lama saya nak berkongsi mengenai topik ini, tapi biasalah alasan cliche -tak ada masa-. Kebetulan malam ni plan saya sepatutnya run coding yang supervisor saya email, tapi rupa-rupanya sv saya tak attach pun file tu dalam email. Bayangkan, sv saya dah email hari jumaat, baru hari ni saya perasan. Salah siapa? So, lepas ni kalau ada orang send attachment sila pastikan memang ada file yang diattach dan file tu adalah file yang betul.

Ok ok.. Cerita asal. Ye, soalan. Macamana saya boleh jumpa jawapan? Selama ni saya rasa jawapan saya dah baik dah, walaupun saya sendiri sebenarnya tak boleh nak write down jawapan-jawapan tu. Tapi, saya mendapat ilham, diulang, mendapat ilham mengenai jawapan ini semasa saya menghadiri Bengkel Penulisan Ilmiah: Jurnal anjuran IKIM. Saya memang sangat-sangat bersyukur sebab diberi ruang untuk attend kursus ini. Saya memang ada dengar iklan ni di radio, tapi bila dengar yuran yang nampak macam mahal (RM350) terus batalkan niat. Ada seorang kawan saya yang bersungguh untuk pergi dan warwarkan pada saya dan kawan-kawan yang lain. Kebetulan, fakulti saya ada bajet lebih dan boleh hantar staf cuti belajar ke kursus. Jadi saya ambillah peluang ni. Serius, talks yang diberikan oleh ahli panel betul-betul menyentuh minda dan hati saya. Terlalu banyak yang saya dapat, dan apa yang saya dapat tu saya cernakan lagi setelah tamat bengkel. Dari situlah, saya mula menemui jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut. Macamana saya yakin jawapan-jawapan tu akan meluluskan saya? =) Kerana saya sudah mula pandai bertenang dan redha dengan apa yang saya buat. Waahh.. memang susah nak fahamkan?..

Ok, saya kongsi sedikit apa yang saya dapat sepanjang kursus tu. (Walaupun namanya bengkel penulisan jurnal tapi ia tidak hanya fokus pada teknikal penulisan, peserta juga diberi kefahaman apa tujuan menulis dan hala tuju penulisan).

1. Untuk jadi ahli akedemik/academia, kamu mesti suka menulis. Jika tidak, kamu masih belum terlambat untuk menarik diri. Well, jangan panik. Kenapa tarik diri? Jika kamu tidak minat menulis, bukan bermakna kamu tak boleh jadi academia, TETAPI kamu hanya boleh jadi academia yang biasa-biasa je dan tiada sumbangan maksimum pada agama, negara dan masyarakat. Menulis ni boleh dipupuk, so no worries.

2. Nak menulis, kamu kena banyak membaca. Saya teringat soalan, dari seorang ahli panel iaitu Rector UIAM, Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin. Beliau tanya siapa yang membaca sebelum tidur? Dan paling saya tak boleh lupa, ada yang jawab, “Baca tiga qul?”. Ok, selingan je tu.

3. Niat kena ikhlas. Ini paling penting. Niat untuk sebarkan ilmu bukan untuk kepentingan sendiri.

4. Kena sentiasa tolong-menolong, tiada istilah dengki-mendengki.

Point 3 dan 4 saya ada simpulkan dan letak di status FB saya;

Untuk menjadi reseacher yg hebat kita kena saling bantu-membantu dan saling memberi dorongan. Sentiasalah berbincang disamping mengambil tahu research orang lain. Sebagai acedemia tiada istilah ‘research aku, research aku.. research ko, research ko’. Academia tidak boleh dilihat sebagai kerjaya semata-mata tapi sebagai kelompok ilmuan dan cendekiawan yang mampu menginjak taraf ketamadunan sesebuah masyarakat. Martabat orang berilmu juga diletakkan di satu taraf yang tinggi dalam Islam. Jadi, laksanakanlah amanah ini dengan sebaiknya dan seikhlasnya.

Sebenarnya banyal lagi yang saya dapat, tapi saya perlukan masa untuk terjemahkan dalam bentuk tulisan. Mungkin entry lain saya akan selit-selitkan juga points yang saya dapat dari bengkel tu.

Ok, kesimpulannya, walaupun tak banyak yang saya kongsikan tapi itu bukan yang paling penting. Apa yang penting ialah:

1. Carilah jawapan untuk soalan-soalan tersebut. Peranan saya di sini hanya menyedarkan teman-teman sekelian bahawa kita perlu ada MATLAMAT YANG JELAS untuk setiap bidang yang kita ceburi. Masih belum ada? Tak mengapa, tiba masanya untuk kita menemukan jawapan-jawapan tersebut. Tahniah, anda sudah ada kesedaran, insyaAllah anda bakal menjadi Prof yang berjaya dunia dan akhirat. “Ada aku kisah?”, jika ini yang terlintas difikiran anda, maafkan saya, peranan anda dalam bidang akademik ini hanyalah sebagai penyeri majlis!

2. Rajin-rajinlah mendengar dan berguru daripada orang-orang yang berpengalaman, yang berjaya atau sesiapa sahaja yang boleh memberi input positif. Jangan malas pergi kurus dan kalau pergi tu janganlah menerima bulat-bulat sahaja, gunakan segala kuasa minda anda untuk memproses setiap maklumat yang anda dapat. BERFIKIRLAH SECARA KRITIS!

3. Kamu mesti gembira dan bahagia dengan apa yang kamu buat. Jika tidak. YOU NEED TO DO SOMETHING!

4. Ahli akedemik atau ahli sarjana ni tinggi martabatnya. Orang berilmu kan memang Allah letak ditempat yang tinggi. Tapi itu jika niatnya betul. Jika tidak, wallahua’lam.

This entry was posted in Career, Kongsi, Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi, Pendapat and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Kenapa saya sambung master?

  1. selalunya jawapan kenapa ni mesti ada dalam diri sendiri. No one can answer why for you. Kalau mcm saya sendiri, impian nak ada PhD dan title Dr. dan professor tu dtg sejak dari kecil dan semangat cintakan ilmu. Lagipun bila saya check maksud nama saya, “adibah”, adalah berpengetahuan tinggi, saya mahu menunaikan impian ibu bapa saya yang memberikan harapan besar dengan menamakan saya adibah.. bukankah di negeri kekal kelak kita akan dipanggil dengan nama kita?
    dan saya percaya, cahaya ilmu brightnur juga akan menyinari hidup, insya-allah dunia dan akhirat. kalau guru mengajar di dalam kelas, dan ilmu itu diturunkan, bagai investment pahala kepada murid, bayangkan sebagai academia, kita menyumbang kepada masyarakat… wah.. lagi besar investment pahala kita. =) mudahan ya!

  2. Pingback: Bengkel “Penulisan Makalah Jurnal” Anjuran IKIM | Brightnur :: Learn From Experience

  3. Anonymous says:

    mendalam maksud penyeri majlis tu

  4. faizal says:

    Salam. Saya sekarang sudah semester ke 2 master Engineering by research. Tapi buat secara part time. Full time saya adalah mengajar di politeknik dan sudah berumah tangga. Performance amat slow kerana tidak pandai menguruskan masa. Boleh bagi tip untuk menguruskan masa dan bersamangat untuk meneruskan perjalanan master.

    • Brightnur says:

      Cuba banyakkan baca buku2 self help or pergi workshop2 untuk student postgrad yang univ anjurkan.. Kena selalu ada dalam environement research baru rasa semangat sikit..

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s