“Research” dan “Writing” seperti Isi dengan Kuku

Pejam celik pejam celik, tak sangka dah hampir setahun saya buat Master. Sekarang ni saya agak sibuk sebab dalam preparation untuk present proposal master saya dan conference di Penang. Oh ye, sekarang saya berada di Penang. Hari ni saya akan bertolak pulang ke JB. Conference anjuran UiTM, ermm.. Secara overall tak berapa sesuai dengan bidang saya sebab.. yelah, UiTM kan.. bidang mereka terlalu luas. Jadi conference yang dianjurkan ini merangkumi bermacam-macam bidang. Saya sendiri diselitkan dalam session Built Environment dan Menchanical Engineering. Saya pun tak sangka macam ni, first time join this conference, yang bagus tu semua paper akan masuk proceeding IEEE. Sebab tu saya join.

Sesekali pergi Conference pastikan cari tempat penginapan yang menarik. =p

Saya juga nak minta maaf, sebab belum dapat respon soalan-soalan yang diajukan dalam blog ni. Saya akan cuba reply selepas saya selesai menulis entry ini. Terima kasih pada yang bertanya dan follow this blog.

Kebelakangan ni juga banyak hal-hal diluar jangkaan yang berlaku dalam hidup saya. Hal yang agak mengganggu emosi dan perancangan hidup saya. Sedikit sebanyak mengganggu juga kelancaran Master saya. Walaupun ada beberapa perkara yang tidak dapat saya realisasikan seperti yang dirancang, tapi saya masih bersyukur sebab perkara-perkara utama masih dapat saya selesaikan. Alhamdulillah.

Hal-hal diluar jangkaan seperti inilah yang biasanya mengganggu research kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah hanya perlu bertenang. Jangan terlalu memaksa diri. Saya juga sangat bersyukur kerana supervisor saya seorang yang memahami dan boleh bertolak ansur.

Dalam kesibukan hal-hal peribadi, Alhamdulillah.. Saya berjaya submit satu journal article to an International Journal beberapa minggu lepas. Syukur sangat-sangat dan sekarang saya sedang dalam proses untuk memulakan penulisan article journal saya yang kedua. Sebenarnya saya dah buat dua draft article, tapi supervisor saya tak setuju dengan satu lagi article. Alasanya no contribution. Hmm.. Ok. Saya terima, lagipun resultnya memang masih diperingkat awal.

Bercerita pasal journal ni, inilah antara strategy saya untuk master saya kali ni. Article pertama saya adalah Review paper with preliminary result. Saya dah mula write paper ni dari January tahun ni! Draft pertama siap dalam awal Mei, submit ke supervisor. Then correction besar-besaran dan terpaksa hold sekejap sebab nak masukkan result. Saya submit semula dalam lepas raya, and masa tu proses correction berjalan. Sebenanrnya, article yang saya hantar ni adalah Special Issue, means ada deadline and ada timeline untuk publication. Berbeza jika kita hantar biasa, tempoh yang diambil untuk proses reviewing is unknown. Boleh makan berbulan-bulan, and tempoh dari first submission hingga publish boleh makan masa lebih dari setahun. Untuk Special Isssue yang saya submit ni dijangkakan tarikh publish (jika article diterima) adalah pada bulan Mei 2012.

Berbalik pada proses penulisan saya tadi, sepatutnya deadline submission adalah pada 1 November 2011, tapi pada masa tu supervisor saya kata paper saya tak ready lagi untuk di submit. Jadi dia minta saya email editor journal dan minta extension 10 hari. Tak lama lepas tu saya dapat email dari editor journal tu, yang deadline submission dah di postpone pada 1 Disember. Hu……… Kenapa ‘hu’? Saya happy jugak sebab dapat extend tapi saya tak happy sebab extend sampai sebulan. Saya boleh agak, mesti kena buat correction sampai last minit walaupun supervisor saya hanya hanya minta 10 hari.

Jangkaan saya tepat sekali, 29hb November baru saya berjaya submit dengan 9 kali proses correction dan akhir sekali sebelum submit supervisor saya minta saya email pada dia untuk dia final check abstract and conclusion. Boleh dikatakan 10 kali correction la kan? Hehe.. Apa-apa pun saya sangat berpuas hati dengan paper yang saya hantar dan saya sangat berterima kasih dengan supervisor saya sebab dia sangat-sangat membantu saya dalam proses penulisan ni. Sv saya tahu saya masih baru dan banyak yang saya tak tahu dan tak paham, jadi ada ayat yang dia tolong karangkan untuk saya. Sebelum tu memang dia suruh saya buat dulu, tapi memandangkan ayat yang saya buat tu ‘disaster’ bak kata sv saya, so, terpaksalah dia rewrite untuk saya.

Sekarang ni saya tak sabar nak tunggu respon dari journal. Moga-moga paper saya tak terus direject. Hu.. Sedih saya nanti.. Hu..

Ok, kenapa saya kata strategy? Sebabnya bila menulis pada peringkat awal ni, kita akan sedar apa-apa yang kurang dari awal lagi dan kadang-kadangan untuk menghasilkan paper tersebut kita terpaksa buat analysis atau kerja-kerja research, jadi sedikit sebanyak sebanarnya menulis ni dapat membantu kita mempercepatkan proses research kita. Cepat dan betul, insyaAllah. Jadi janganlah mengeluh jika disuruh menulis paper. Buat dengan enjoy, dan anggap ia memang tanggungjawab kita. Tulis dengan niat kita nak sampaikan ilmu yang kita ada pada masyarakat dunia.

10.22am, Penang.

This entry was posted in Career, Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to “Research” dan “Writing” seperti Isi dengan Kuku

  1. amal says:

    assalamualaikum…saya sudah bekerja hampir 2 tahun, saya tidak pernah terfikir untuk master atau phd, semasa saya buat degree, saya pernah ikut pensyarah saya menghadiri conference. berdasarkan pengalaman menolong pensyarah/supervisor FYP saya, dan juga situasi di tempat kerja saya amat mendorong saya menjalankan kajian. persoalan saya, apakah kekuatan yang saya perlu ada untuk sambung belajar???

    • brightnur says:

      Amal: Wah.. sudah jugak nak jawab ni.. kekuatan yang diperlukan lebih pada pakej.. kena sabar, tak mudah give up, jiwa kental.. Ape2pun ia bergantung pada research dan bidang yang kita involve..

  2. marzianna says:

    salam….awak ambil master dalam bidang apa yer di utm? saya bakal mendaftar phd bulan feb nih…rasanya saya tiada apa2 basic persediaan dalam research yang lebih mendalam…boleh tak nak tahu ape preparation dari segi bahan bacaan, atau yg berkaitan dgn research yang secara umumnya semua pelajar phd/master perlu tahu and ada…TQ ..:)

    • Brightnur says:

      Marizianna: Saya dalam bidang biomedical enginnering. Hmm.. untuk phd ni ada satu buku tajuk ida ABC PhD, penulis dia Prof Kamaruzaman Jusoh. Tapi buku ni mahal sikit. Boleh lah cuba cari. Ape2 pun cuba prepare untuk faham pasal research methodology, biasenye subject ni akan diambil dalam sem 1 atau sem 2. Tapi lebih baik fahamkan dari awal, takut nt dah start reseach baru paham cara nak buat buat research yg betul.. Banyakkan baca buku2 motivasi juga. Sangat penting. Buat phd ni dugaannye hebat, jatuh bangun tu perkara biasa. Tapi jangan jatuh tak bangun..=) Good luck!

  3. Nurul says:

    salam..

    Nur, saya baru nak maasuk second sem Master..
    Saya tiada result lagi, tetapi, SV saya minta saya buat conceptual paper atau review paper..
    Saya macam confuse dan blur. apa tu conceptual dan review paper? how the format? huhu..

    • Brightnur says:

      Nurul: Boleh tengok contoh2 yang ada online.. review paper ni, just kita cerita research2 yang terdahulu.. and then kite discuss2 sikit.. bagi cadangan ke..

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s