“Saya Lemah Bahasa Inggeris”

Minggu lepas saya berpeluang menghadiri satu kursus anjuran Language Academy, “Thesis/Disertation Writing Workshop”. Bengkel selama tiga hari ini berjaya memberikan satu input baru yang sangat berguna pada saya dan kawan-kawan saya. Saya cadangkan jika di tempat anda ada kursus-kursus seperti ini, rebutlah peluang tersebut. Ia pasti  akan sangat membantu perjalanan master anda.

Di sini, saya ingin timbulkan satu isu yang lebih ‘besar’, yang saya lihat sentiasa berlegar-legar dikalangan pelajar melayu (terutamanya).

“Taknaklah sambung master, saya tak pandai English”

Begitulah ungkapan yang mungkin anda pernah dengar. Jika “pandai English” adalah syarat utama untuk seseorang sambung Masters atau PhD, sudah pasti saya tidak akan berada di tempat saya sekarang ini. Saya juga yakin, bilangan cendekiawan serta profesor-profesor hebat di bumi Malaysia ni pun tak macam sekarang jumlahnya.

Kelemahan dalam English mampu memberikan satu impak yang besar kepada tahap keyakinan seseorang individu terutama yang melibatkan urusan komunikasi, tidak kira komunikasi lisan ataupun bertulis. Ia seterusnya turut memberi kesan ke atas usaha pembentukan peribadi dan karier individu tersebut.

Bagi saya (saya rasa ramai yang setuju dengan pendapat saya ini), tahap kepandaian English TIDAK BOLEH dijadikan syarat untuk seseorang itu melanjutkan pengajiannya (master/PhD). Jika ada, ia adalah satu BONUS. Apatah lagi hendak meletakkan kejayaan seseorang itu dengan betapa hebat Englishnya. Petah tutur Englishnya, hebatlah orang itu? Mana mungkin. TETAPI saya tidak pernah dan tidak akan menafikan English merupakan satu keperluan  penting untuk MELANCARKAN perjalanan pengajian anda.

Perkara yang paling penting adalah ATTITUDE. Apa guna jika hebat Englishnya tapi tiada attitude. Mesti anda pernah dengar, seseorang yang cemerlang semasa degree tidak semestinya akan cemerlang untuk master atau PhDnya. Attitude adalah perkara yang boleh dibentuk dan mampu membentuk. Dengan attitude yang baik dan positif, perkara-perkara positif lain juga akan terbentuk dengan sendirinya. Tak jelas? Ok begini..

Anda adalah seorang pelajar yang komited untuk berjaya. Ingat, anda bukan ingin berjaya dalam akedemik sahaja, tetapi juga berjaya dalam hidup dan kejayaan hidup anda ini adalah pelaburan untuk kehidupan kekal abadi di’sana’ nanti. Dengan matlamat yang jelas ini, anda mampu membentuk attitude orang yang ingin berjaya. Orang yang ingin berjaya akan serius dengan kerjanya, akan fokus untuk memperbaiki kelemahannya dan akan mencari peluang dengan kelebihan yang dimilikinya. Orang yang fokus dengan matlamat hidupnya, tidak akan kecewa dan kecundang dengan setiap kegagalan yang menimpa. Dia akan sabar dan tabah dengan kesukaran yang dialami.

Jadi,

Dengan attitude positif ini, anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk master anda. Anda akan menulis artikel jurnal dengan sebaik mungkin walaupun anda lemah English. Anda akan bijak menguruskan kelemahan English anda, seperti menghantar proof read, minta bantuan mereka yang pakar, hadir kursus, rajin menulis kerana dengan praktikallah anda mampu memperbaiki English anda.

Orang yang ingin berjaya, bijak mengurus dan mengawal dirinya sendiri. 

Selain anda mengkaji apa-apa sahaja yang anda kaji dalam penyelidikan anda, jangan lupa untuk kaji diri anda juga. Kenali diri anda. Kita belajar bukan hanya untuk mendapatkan ilmu dalam bidang kita tu sahaja. Tetapi proses pembelajaran ini juga sepatutnya mampu mendidik diri dan peribadi kita. Kenal pasti tahap kelemahan anda, renung-renungkan kesan kelemahan anda. Fikirkan cara untuk mengatasinya.

Disini ada tips daripada pengalaman saya yang mungkin boleh dikongsikan bersama:

1. Buang rasa malu. Anda pernah dengar tak, orang putih cakap melayu. Lintang pukang? Tatabahasa berterabur? Apa yang anda rasa? Ada tak rasa nak bunuh orang putih tu sebab merosakkan bahasa kita. Tak kot. Paling-paling rasa kelakar sedikit, atau mungkin rasa kagum. Cuba bayangkan, macamtulah kalau depa dengar kita cakap. Ok, kalau orang tak putih a.k.a orang melayu yang dengar? Hmm.. Macam saya pernah bincang dulu, susah nak hidup dengan apa orang kata, kan? Cuba kalau kita tak payah fikir apa orang lain nak kata, macam lebih senang sikit kan?

2. Yakin dengan bahasa ibunda kita. Kita orang Melayu, sudah semestinya bahasa utama kita adalah bahasa Melayu, berfikir dalam bahasa Melayu, bercakap dalam Bahasa Melayu, mimpi pun dalam Bahasa Melayu. Langsung tak jadi dosa kalau kita tak pandai English.  Kita yang telah ditoktrin untuk mengangumi bahasa bangsa lain (saya bukan anti English ye). Cuba bayangkan jika Malaysia macam Jepun? Jadi jangan kerana anda tak pandai English dunia anda sudah kiamat.

3. Jangan benci English. Kadang-kadang bila kita dah tertekan sangat sebab semua benda pun tak boleh jalan sebab masalah English kita. Kita pun mulalah benci English. Mulalah jadi anak Melayu, kononnya (macam point kedua saya tu..hehe). Tanamkanlah English tu sebagai satu ilmu pada kita. Ilmu yang mesti kita belajar, sepertimana kita perlu belajar  ilmu-ilmu lain: matematik, biologi, fizik.

4. Berusahalah. Anda tiada cara lain selain usaha lebih dari orang yang lebih bijak. Usaha anda itu adalah satu proses pembelajaran yang sangat bermakna.

5. Jangan tertekan bila tengok kawan-kawan kita jauh lebih hebat Englishnya dari kita. Wahai kawan, Allah jadikan setiap makhlukNya dengan kelebihan masing-masing. Yakinlah dengan perkara ini. Yakin tak? Ke yakin tapi tetap rasa tak puas hati? Ke anda tak jumpa lagi kelebihan diri anda? Come on! Janganlah humble sangat, bukan suruh announce dekat FB pun kelebihan tu =p

6. “Practice Make Perfect”. Saya tahu, naik loya dah dengar petikan ni. Tapi itulah realitinya. Dalam mendalami apa-apa bahasa pun, anda perlu praktikkan. Jika anda ingin mahir menulis dalam English, tulislah. Biarpun first draft anda orang kata rubbish, at least you produce rubbish. Sampah pun boleh jadi sesuatu yang bernilai akhirnya, kan?

7. Akhir sekali, fokus pada kejayaan, kebaikan, kecemerlangan. Jangan biarkan ketakutan pada kegagalan, kejatuhan, kelemahan, menguasai fikiran anda hingga anda kaku beku tidak mampu berganjak dari tanah tempat anda berpijak.

Percaya dan yakinlah dengan diri anda. Tapi ingat, anda perlu sertakan kepercayaan dan keyakinan itu dengan tindakan yang bijak. Bukan melulu dan seperti tidak berakal.

This entry was posted in Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi, Pendapat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to “Saya Lemah Bahasa Inggeris”

  1. Anonymous says:

    first draft yang rubbish itulah yang akan jadi penyuntik semangat untuk buat lebih baik sehingga menjadi terbaik!!

  2. Mcrapu says:

    Practice makes perfect. Kalau nak pandai berbicara dalam bahasa inggeris, kenalah praktikkannya selalu dalam percakapan dan juga penulisan. Biar salah, tapi kena lah belajar dr kesalahan tu jugak
    🙂

  3. boiboboy says:

    bi.. hehe.. sy setuju 100%. practice make better. thnks utk advice semua ni. Im following ur writing, dan sambung mster pon sbb segala advice kt sini. :> xsangka, mster by research ni susah gak. Akhirnya, skrng tgh writing thesis. Hope akak doa2 kan saya yer. tertekan giler wat thesis ni.

  4. boiboboy says:

    tnya yer kak..🙂
    untuk paper hantr kt journal (biasanya yg discopus dan isi), brp lama masa yg diambil untuk review? jika accept, brapa masa pula diambil untuk dipublish? thnks🙂

    p/s: ada terbaca pasal paper akak tur. sorry hear yg nama author ditukar..

    • Brightnur says:

      Boboiboy: Depends pada journal.. Biasanya paling awal 2 bulan kot.. boleh jadi 6 bulan jugak. (ini ikut pengalaman).. tempoh mase sampai ke publish tu, mengikut yg diceritakan dari orang berpengalaman dan pemerhatian sendiri mmg makan masa setahun atau lebih jugak lah..

  5. mann_twu says:

    Saya boleh berkongsi pengalaman berkaitan Pelajar Master…….Saya mengambil Master di salah sebuah u swasta pada Januari 2006. Antara tahun 2006-2007, alhamdulillah saya berjaya memperolehi 3.5. Tahun 2008, saya ditawarkan menjawat jawatan PK Pentadbiran di sekolah gred A di mana pelajar 1500 orang dan guru 115.Pada tahun yang sama sek tiada pengetua. so saya memengku plak jawatan ini selama setahun.(tahulah kan tugas PK 1 ni)……..Tahun 2008 saya buat tesis dan VIVA pada tahun 2009.(keputusan VIVA….tesis kena buat semula. 80% tidak menepati kreteria tesis…alangkah kecewanya saya. Tapi ALLAH Maha Mengetahui dan maha Berkuasa). Pada tahun 2010, saya tukar MOD dari tesis ke Master Project. Dengan syarat mengambil lagi 3 kertas. saya tak berfikir panjang. Saya terpaksalah menduduki peperiksaan walau seorg shj. Pada tahun 2010-2011, saya membuat Master project dengan tajuk yang berlainan(bayangkanlah…..tiba-tiba buat kajian semula). Dugaan datang lagi apabila Master Project dah siap tiba-tiba penyelia pula buat hal (maaf tak boleh dinyatakan di sini)…Sepaptutnya saya boleh konvo pada tahun 2011. Terpaksalah saya mencari penyelia lain. Akhirnya ALLAH telah mengatur segala-galanya apabila saya dipertemukan seorang penyelia yang sangat “care” tentang Master Project saya.(penyelia nipun pernah mengambil master selama 4 tahun. so, dia tahulah masalah saya). Akhirnya pada bulan MAC 2012, saya telah menerima pemakluman dari Universiti tersebut bahawa saya telah memenuhi syarat untuk konvo pada tahun ini. ALHAMDULILLAH SYUKUR SAYA PANJATKAN KEPADA ALLAH S.W.T.

    Moral daripada apayang saya kongsikan….dalam hidup ini perlukan:
    1. Kesabaran
    2. Ketabahan
    3. Keyakinan
    4. Berfikiran Positif
    5.Memafkan kepada org yang rasa menganiayai kita
    6. Rajin
    7. Bertawakkal

    Ingatlah sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Bijaksana.
    Apapun, dengan rendah hati ini hanya sekadar berkongsi pengalaman. Kerana ada di antara rakan kita tidak dapat meneruskan masternya kerana berfikiran pendek dan Mahu cepat tamat pengajian.

  6. Anonymous says:

    saya nie mmg langsung tak pndai dlm bahasa inggeris , saye sedih tahun nie saya SPM saya takut SPM bi saya gagal , tolong bntu saya

  7. lolita says:

    sye pun tak pndai english. Tp sy btl2 ada hti nak bljr balik… Sy nak ambil master pendidikan dan pentadbiran walaupun tym bljr dulu bkn ambl bdg edu..n skrg bkn keje bdg pndidikn pun…. Sye nak ambil bdg mster yg bukn wat resch… Sye nak ambl part time dtg kels, asgmnt, presnt n exam… Sye tak yakin sye ble wat… Coz exam ti mst jwb in english coz tym bljr dulu pun w.pun lect. Ajar n english, buku n english tp exam ttp dwi bhsa…. If master msti englishkan… Huhu… ade sespa yg penah ambl mster bdg ni… Ble cete pglmn tak?….

    • kak long says:

      Jgn rsau sgt2 dik…akak pon x pnd bi gak tp dlm 2thn dpt slesaikn master di uitm ngan izin Allah swt. Msa mla2 nk ambk master tu tkut n risau yg amat.. Tp ayah akak kta…kau bkn nk jdk best stdn pon…redah jer.. Alhamdulillah..klu kta ikhlas utk mnuntut ilmu Allah swt akan permudahkan…bila dh tpksa nak x nak kita perlu hdapinya…boleh ajer…percayalah…skrg akak cdg nk samb dlm phd…mslh bi nie gak bt akak ambk msa utk cri kekuatan…In sha Allah akan ku gapai phd kelak…Amin

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s