Bantulah.. Berilah..

Hati tidak tenang.

Terlalu memikirkan sesuatu perkara sehingga benak kepala tak mampu berfikir lagi.

Hidup seperti menemui jalan buntu.

Banyak yang anda nak buat tapi masa kononnya sangat cemburu dengan anda.

Anda rasa anda bukan stress, cuma hati tak berapa tenang. Dalam hidup ni jika kita meletakkan keyakinan yang tinggi pada ketetapan tuhan, hati kita akan redha dan ikhlas dengan apa sahaja yang sudah tertulis untuk kita (setelah kita usaha yang terbaik). Tapi, untuk dapatkan yakin dan kemudian ikhlas itu bukan mudah, syurga tu kan mahal harganya. Puas sudah kita berdoa mohon pertolongan dari tuhan, tapi begitu juga. Pasti ada yang lompang dimana-manakan? Apa kata mulakan dengan ini;

BANTULAH dan BERILAH pada sesiapa sahaja tanpa mereka minta.

Berikan senyuman.

Berikan rasa bahagia bila mereka bersama kita bukan dengan menunjukkan muka marah, stress dan dahi berkerut seribu.

Berikan kata-kata yang baik yang manis.

Bantu selesaikan masalah mereka jika kita mampu, walaupun mencari syiling sepuluh sen yang hilang.

Berilah telinga anda untuk mendengar keluhan atau kebahagiaan yang ingin mereka kongsikan.

Berilah pada email-email, surat-surat, blog-blog yang datang mohon sumbangan, biarpun sedikit.

Tumpangkan mereka walaupun kita tidak kenal (yang diyakini).

Setiap kali lepas anda beri, senyumlah untuk diri anda dan bersyukurlah. Itu rezeki anda. Jika kita rasa tiada apa yang mampu kita lakukan, doakanlah mereka. Contohnya rakan anda sedang pening dan tertekan dengan keretanya yang asik bermasalah, doakan supaya masalah keretanya itu selesai dengan segera. Itu pasti sesuatu yang sangat berharga untuk dia. Tapi ingat, doa itu hanya antara kita dengan tuhan, TIDAK PERLU bagitahu rakan kita. Itu yang terbaik. Keikhlasan kita akan teruji disitu.

Cuba fikir, “Kalau aku dekat tempat dia apa yang aku harapkan”

Jika kita bantu orang lain Allah akan bantu kita. Percayalah. Kadang-kadang bantuan itu datang tanpa kita sedar dan mungkin terlalu kecil hingga kita abaikan. Sedang kita serabut memikirkan banyak sangat deadline dalam satu masa, tiba-tiba satu daripada deadline tersebut ditangguhkan. Bukankah itu satu bantuan. Ya, kecil tapi jika kita fikir itu bantuan dari Allah, maka begitulah ia. Carilah hikmah disebalik kehidupan. Kita akan rasa kagum dan rasa tidak cukup dengan ucapan syukur sahaja.

Bila kita terlalu fikir tentang diri kita sendiri sahaja, tentang meningkatkan kebahagian kita sahaja, meningkatkan kewangan kita sahaja dan mencapai kejayaan kita sahaja,tanpa fikir orang lain, tanpa kisah susah senang orang lain kita sebenarnya orang yang PENTINGKAN DIRI.

Berusahalah (mujahadah) untuk redhaNya. Jangan putus asa. Buatlah kebaikan dimana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja, samada kebaikan pada Allah, pada diri sendiri, pada manusia, mahupun pada alam. Kerana kita tidak tahu diantara kebaikan-kebaikan yang mungkin kecil ini yang mana menjadi insurans kita untuk mendapat redha, keberkatan serta bantuan dariNya di dunia mahupun di akhirat serta yang mana akan diterima sebagai tiket untuk berjumpa Kekasih kita di Sana nanti.

Pesanan: Jika ada terlintas dihati, takut rasa riak, takut orang kata kita nak menunjuk, takut rasa bangga diri. Please tekan butang “delete” dan katakan pada diri “Biar Allah yang nilai”. Tutup cerita. Tak payah fikir lagi. Selamat berjaya!

This entry was posted in Motivasi, Muhasabah, Pendapat, Tazkirah, Wanita and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s