Saya Nak Jadi Baik!

Mendengar talk yang disampaikan oleh Wardina Safiyya membuatkan saya rasa malu dengan Wardina. Mana taknya, Wardina tu pernah jadi artis, pun kesedaran Islamnya lebih tinggi dari saya.

Kalau saya tanya siapa nak jadi baik, saya pasti semua orang pun nak jadi baik. Ke.. ada yang jawab saya memang baik pun.. Ish ish ish.. Kalau betul ada yang jawab macamtu kena cek balik mana-mana yang patut kot. Ke.. rasa puas hati dengan diri anda sekarang? Jangan terkejut kalau saya kata saya memang ada kawan yang pernah mengaku dia rasa cukup dan puas hati dengan diri dia waktu itu. Bagi dia, dah cukup dia solat lima waktu, pakai tudung and tak buat perkara-perkara jahat atau maksiat (maksiat yang dimasudkan tu mungkin berzina). Mungkin dia rasa dia dah cukup syarat untuk masuk syurga. Tetapi apa yang saya lihat, secara zahirnya (saya kata zahir bukan hati ye) solat dia je banyak yang perlu diperbetulkan. Contohnya; telekungnya sangat jarang!. (Saya tak menilai dia, cuma waktu tu saya terkejut rupa-rupanya ada juga orang rasa ‘baik’nya dah cukup and thats it!

Dalam kita hidup ni, kadang-kadang kita terlalu ghairah mengejar kejayaan dunia sehingga kita lupa apa yang sebenarnya kita cari. Sebab tu bila kita gagal, kecewanya bukan kepalang. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding lah, rasa nak terjun bangunanlah (bungee jumping).. hahaha.. Bukan tak boleh kecewa atau sedih, cuma janganlah berlebih-lebih. Saya sendiri selalu je rasa kecewa yang teramat, rasa down, dan yang paling bagus saya lupa pulak untuk ‘kembali‘. Tak tahu apa yang saya tunggu. Blur dan tercari-cari.

Wardina dalam talknya suka sebut perkataan ‘struggle’. Yup, struggle atau lebih tepat mujahadah. Percaya tak, sebenarnya hidup kita yang nampak biasa-biasa, environment ‘baik-baik’ saja, kawan-kawan baik juga, lebih susah untuk kita jadi lebih baik. Sebabnya? kita lupa. Kita selesa dengan life kita sekarang. Kita tak rasa nak struggle ataupun struggle sekejap tapi rasa susah, tak berjaya terus tak jadi. Percayalah nak struggle tu pun kita kena struggle tau. Ini pengalaman saya.

Ok, when we talk about nak jadi baik, persoalannya BAIK TU MACAMANA?, KENAPA KENA JADI BAIK? MACAMANA NAK JADI BAIK? dan yang agak penting MANA NAK MULA? Well, saya juga struggle untuk memahami semua ini.

Dalam hidup saya, saya melalui banyak fasa kehidupan yang significant. Apa yang boleh saya kata, dengan latar belakang hidup seperti itu saya sangat-sangat dan amat-amat bersyukur sebab saya adalah diri saya sekarang. Walaupun TERLALU banyak lagi saya mesti buat, hadapi, belajar, perbaiki, insafi, tapi sekurang-kurangnya saya jelas dengan matlamat hidup saya. Dan sesungguhnya saya juga STRUGGLING ‘macam nak gila’ to be a better muslim and it is HARD, REALLY.. REALLY.. REALLY HARD sampai sekarang! Tapi saya selalu ingat beberapa perkara ni;

1. Allah tengok usaha dan kesungguhan kita, biarlah kecil pun. Jadi, JANGAN PUTUS ASA. kalau jatuh bangun balik. Kalau buat lagi dosa, bertaubat dan cuba lagi!

2. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita.

3. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

4. Allah maha PENGAMPUN dan maha PENYAYANG. Besar mana pun dosa kita, kalau kita bertaubat Allah PASTI ampunkan.

5. Yang penting kita kena ada NIAT untuk berubah. InsyaAllah ada jalan tak disangka-sangka nanti.

Untuk jawab soalan-soalan di atas tadi, sebaiknya kita perlu cari ilmu.  Belajar jangan jemu, jangan sekali tu je. Teruskan. Bayak cara kita boleh dapatkan ilmu, daripada mereka-mereka yang pakar, buku, video, blog, kawan-kawan, persekitaran.

Banyak pengalaman yang saya nak kongsikan dengan pembaca sekelian. Walaupun sebelum ini saya tak berapa suka berkongsi hal-hal yang kononnya antara kita dan Allah. Tapi perasaan tu dah berubah sekarang ni. Lets spread and share the good. Mudah-mudahan yang mendengar boleh mendapat manfaat. Sebabnya, saya juga dapat manfaat dari perkongsian orang lain! Amazing kan?

Ok, biar saya jawab sedikit persoalan-persoalan ni. Ini hanya jawapan santai ye, ala-ala for beginner.

BAIK TU MACAMANA?

Susah nak jawab soalan ni dengan santai. Mungkin saya boleh cakap, baik tu.. kita buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Ok tak? Owh.. jawapan biasa eh? Kalau macamtu kita tengok pulak kenapa kena jadi baik.

KENAPA KENA JADI BAIK?

Kita nak ketenangan jiwa.

Kita nak kesenangan di dunia.

Kita nakkan redha Allah.

Kita nak masuk syurga

MACAMANA NAK JADI BAIK? dan MANA NAK MULA?

Niat. Mesti niat sungguh-sungguh. Niat tu bukannya, sahaja aku nak jadi baik kerana Allah taala. huhu.. Tapi kita berniat dengan sepenuh hati kerana Allah, kita nak jadi insan yang lebih baik dari hari ni dan kita juga niat dan tekad untuk buat semething sebagai permulaan.

Mulakan dengan perkara-perkara kecil dan mudah. Seperti tak pakai baju ketat dah, tak nak marah-marah, tak membazir, senyum, sedekah. Ingat selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita. Kita berubah sebab Allah, jadi nantikan susulan-susulan kebaikan yang akan Allah anugerahkan pada kita. Percayalah!

Jangan bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk bantu kita. Walaupun boleh, tapi kalau orang yang kita bergantung tu dah tak ada, kita susah nak berdiri sendiri.

PERGI BELAJAR! Tuntutlah ilmu, belajar, serius inilah cara terbaik. Korbankanlah sedikit duit untuk join program-program yang sangat banyak ada di Malaysia sekarang ni. Antara program yang sangat-sangat saya cadangkan adalah Mukmin Profesional anjuran Fitrah Perkasa.

Ingat, nak jadi baik tu bukan senang, sebab syurga tu terlalu mahal harganya. Dan nak jadi baik tu bukan sekejap, bukan sekelip mata.. Slow-slow bak kata orang..=p Jadi bersabarlah dan jangan lupa untuk lihat segala keajaiban yang berlaku sepanjang proses struggling kita. Anda akan lebih kagum dan lebih semangat nak jadi lebih lebih dan lebih baik!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Saya Nak Jadi Baik!

  1. aisyah says:

    aku ade dengar drpd ustazah bahiyah.
    Seorang budak tak nak baca Quran sebab dia tahu dia tak kan faham pun. Dia tanya pada cikgu dia berkenaan hal ni.Jadi cikgu dia suruh dia isi kolam dengan air dari perigi. Budak ni pun ulang alik angkut air untuk lakukan sebagaimana yang disuruh. Tapi lama kelamaan dia penat dan berkata pada cikgu dia, ‘Kenapa kolam tak penuh-penuh lagi?Tiada perubahan langsung pun’ katanya. Cikgu dia jawab ‘Tidak mengapa kolam tak penuh. Cuba lihat bekas yang kamu gunakan untuk mengangkat air tu. Sudah bersihkan?’. Memang tepat sekali, bekas tu bersih disebabkan perlakuan ulang alik mengisi air tadi. Cikgu tu pun berkata membuat kesimpulan ‘Macam tu jugalah kita membaca Quran. Walaupun tak berapa faham, namun disebabkan selalu membacanya, hati kita Insyaallah akan bersih dan boleh mendorong ke arah kebaikan’.
    Sama-samalah kita rajin membaca Quran dan berusaha untuk memahami nya perlahan-lahan.

  2. Anonymous says:

    Astaghfirullahal’aziim. Jauh lagi perjalanan nak jadi baik…

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s