Takut kahwin?

Bila ternampak di FB, posts, gambar, status yang berkaitan dengan jodoh, semacam je rasa. Kadang-kadang geleng kepala, kadang-kadang saya angguk mengiakan, kadang loya tekak dibuatnya. Serius!

Saya juga selalu terjumpa diblog-blog atau forum-forum keluhan mereka-meraka terutama si wanita-wanita yang sugul menunggu bila jodohnya akan datang. Well, saya faham sangat-sangat apa yang dirasakan mereka-mereka ni.

Saya sebenarnya pernah ada perasaan takut kahwin. Bila fikir pasal kahwin, takut segala-galanya. Takut nanti jadi macamni, takut macamtu, takut tak seperti yang diharapkan, takut, takut, takut, dan saya rasakan perasaan takut ni menyebabkan secara luar sedarnya, saya tidak bersedia untuk berkahwin dan juga menerima mana-mana lelaki, walaupun dimulut saya kata saya dah bersedia!

Perasaan fobia ni mungkin berpunca daripada apa yang berlalu disekeliling saya. Jarang saya nampak pasangan yang mampu buat saya kagum, walaupun pasangan yang kelihatan ‘Islamic’. Well, maybe saya tak tahu apa yang disebaliknya, tapi saya suka perhatikan dari luar ragam-ragam pasangan suami-isteri dan anak-anaknya. Maybe saya terlalu mengharapkan perkahwinan yang sempurna. Sempurna bukan maksudnya dari luaran, tapi sempurna dengan ciri-ciri keluarga yang mengharap redha Allah, sekurang-kurangnya nampak usaha. Haa.. itulah yang saya risaukan, bila saya tak mampu membina keluarga yang diredhai Allah. Saya juga takut kecewa, takut susah, takut dengan masalah kewangan, takut tak boleh handle kepenatan mengurus rumahtangga, takut tak mampu bagi yang terbaik pada suami dan anak-anak, takut suami mengecewakan saya, takut dengan cabaran keluarga mertua, takuuuutt je semuanya.

Sehinggalah suatu hari saya terjumpa buku berjudul “Kahwin Sekarang? Siapa Takut“. Tajuk memang kelakar, tapi kandungannya masyaAllah, cukup menyentuh hati saya. Alhamdulillah, buku ni betul-betul membuka satu dimensi baru.. (uhuk uhuk.. siap dimensi bagai..=P).. Ok2, sambung. Membuka satu dimensi baru pada saya dalam memahami erti perkahwinan. Syukur yang teramat, cara saya pandang perkahwinan tu dah berspusing 360 darjah. Subhanallah, baru saya tahu betapa sucinya ikatan pernikahan, betapa penuh keberkatan dan kebaikan memulakan kehidupan suami dan isteri. Saya juga mula faham sucinya satu perasaan yang bernama ‘cinta’. Bukan cinta macam dalam cerita Hindustan tu. Hu.. Perasaan cinta yang datangnya dari Syurga. Subhanallah. Cuma masalahnya, cinta yang suci itu jika tidak diletakkan di tempat yang betul, akan dikuasai spenuhnya oleh nafsu ditambah dengan bisikan-bisikan syaitan dan seterusnya akan membinasakan. Nauzubillah.

Cinta, akan indah dan mendamaikan jika disandarkan kepada Allah yang satu. Aduh, memang ayat cliché kan? Susah nak hayati ayat ni. Tapi percayalah, itulah yang sebanar-benarnya. Jika kita letakkan cinta pada Allah cinta yang paling utama, hati kita akan tenang, sebab kita tahu Allah sentiasa ada dan tidak akan megecewakan hambanya. Tapi cinta manusia? Terlalu banyak kelompangannya. Bila sebut cinta ni, janganlah asik fikir cinta lelaki dan perempuan je, cinta ni luas. Cinta pada mak ayah, sahabat-sahabat, dan ya, semestinya cinta pada pasangan suami/isteri yang sah.

Berbalik pada kefahaman saya tentang perkahwinan tadi, ada satu petikan yang sangat meragut hati saya.

“Jangan tunggu stabil baru hendak berkahwin, tetapi berkahwinlah dan ia akan menjadi titik permulaan bagi kamu untuk stabil”

Lebih kurang macamtulah ayatnya, sebenarnya dalam Al Quran sendiri dah jelas:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika Meraka miskin, Allah akan mengkayakan mereka dengan kurnianya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.” (An Nuur 32)

Satu lagi ayat yang membuka mata saya;

“Pernikahan adalah langkah permulaan hidup baru”

Ya, memulakan hidup baru. Hidup yang lebih terarah, tersusun, dan bermatlamat. Yang lebih indah, ia dilakukan berteman, dengan orang yang kita cintai, InsyaAllah.

Perkahwinan juga satu bentuk pelaburan saham yang membawa pulangan berlipat kali ganda. Bayangkan setiap apa yang kita lakukan untuk suami dan keluarga, jika dilakukan untuk mengharap redha Allah, akan mendapat ganjaran yang sangat lumayan. Kira macam short cut lah nak masuk Syurga. Tapi short cut ni, kalau salah jalan memang terus masuk Neraka. Hu..

Harus diingat juga, apa-apapun, Syurga tu tetap mahal harganya. Nak masuk syurga ni menuntut mengorbanan yang sangat besar, berkorban perasaan, tenaga, kasih sayang, bla3x. Tapi jangan risau, bila sebut berkorban, mesti rasa susah atau pahit kan? Macam dah sinonim je, berkorban = pahit. No no no.. Kena tukar persepsi ni. Kita berkorban ni di dunia, hasilnya ada di akhirat nanti InsyaAllah, yang penting niat kerana Allah. Anggap je apa yang berlaku adalah cabaran dan ujian sebeum kita betul-betul layak masuk Syurga.
Jangan lupa satu kekuatan kita yang tiada tolok bandingnya, DOA. Doalah dimana sahaja kita berada. Tak semestinya selepas solat. Doa je sepanjang masa, dan minta je apa-apa yang kita rasa kita perlukan bantuan. Tapi tolonglah ye, jangan doa dekat FB boleh tak? Ingat, FB bukan perantara kita dengan tuhan. Dan dengan friends aminkan doa kita ramai-ramai tu tak bermakna doa kita akan dimakbulkan. Doalah dalam hati, rasakan yang kita sedang berkomunikasi dengan Allah, dan Allah sangat dekat dengan kita. Subhanallah..

Ingat ni, selangkah kita dekat dengan Allah, seribu langkah Allah dekat pada kita. Tak percaya, cubalah…

Jadi, apa-apapun, kita akan berbalik pada Allah. Bernikahlah kerana Allah, ingin mendapat redha Allah, rahmat Allah, dan seterusnya meraih tempat tinggal yang kekal abadi iaitu Syurga Allah yang di sana kita akan bahagia dan tenang selama-lamanya.

Kepada kita kaum hawa, bercita-citalah untuk jadi isteri solehah, penyejuk mata, penawar hati, penyeri rumah tangga. Berilah kasih sayang, dengan mengharap kasih sayang Allah, bukan mengharap kasih sayang suami dan anak-anak semata. Jadilah isteri yang bijak, berlemah lembut dan penuh hikmah dalam mengurus suami serta rumah tangga. Subhanallah, Maha Suci Allah, berbahagialah dengan membahagiakan orang lain dan yakin Allah pandang usaha kita.

This entry was posted in Wanita and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Takut kahwin?

  1. shye says:

    Yes, I think no one is ready for marriage, because marriage is a learning process.
    It’s a journey, not a destination.
    No one is perfect, we are not perfect, but marriage complements two human being.
    Happiness forever is not a promise and not realistic, because challenges will always come along the way. Which makes us human.
    What is needed is prepare ourselves with a positive mentality and a positive attitude, equip our heart with true Iman, and go through it with Allah’s and Rasulullah S.A.W.’s guidance. 🙂

  2. mai says:

    salam perkenalan…tengok gambar rasa cam kenal🙂 lama tak jumpa..tetiba boleh terjumpa blog awak plak.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s