Siapa ‘Role Model’ Anda?

Kalau kita nak berjaya kita kena bertindak seperti mana orang berjaya bertindak.

Mesti anda dah biasa dengar, untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang kita ceburi tu kita kena ada role model. Dari role model tu kita boleh study macamana dia boleh berjaya; apa yang dia buat, macamana dia membina diri, buku apa dia baca, macamana hubungan dengan orang sekeliling dan sebagainya. Walaupun, ia bukanlah bermakna kita nak copy paste tokoh atau individu tersebut, tapi kita kena ada batu aras serta rujukan supaya kita tidak tersasar dari matlamat kita.

Cuba saja tanya pada mana-mana individu yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, pasti mereka ada seorang role model atau rujukan ataupun sifu (Ini kes kalau ada peluang untuk mendekati role model tersebut). Seorang penulis mesti ada role modelnya sendiri begitu juga penyanyi.

Penyanyi pun ada minat penyanyi lain dan dia mengimpikan untuk menjadi hebat seperti penyanyi tersebut. Tetapi tidak lah bermakna dia meniru bulat-bulat gaya penyanyi tersebut. Apa yang dia buat hanya meneladani sikap, pendirian dan kesungguhan penyanyi tersebut -mungkin.

Minggu lepas sekali lagi, saya berpeluang menghadiri kursus penulisan jurnal di UTM. Ada professor pelawat dalam bidang signal processing daripada University of Queesland, jadi pensyarah yang incharge tu organize bengkel ni untuk bantu pelajar-pelajar dia yang tengah tulis paper dan dia juga menjemput pelajar-pelajar lain yang juga dalam bidang yang sama untuk join, dengan syarat mesti ada draft paper.

Banyak yang saya belajar dalam bengkel dua hari ni. Yang paling utama, akhirnya saya telah jumpa role model dalam bidang saya. Prof Boualem Boashash. Antara sumbangan beliau dalam bidang saya ni, beliau mencipta satu improvised method dan meletakkan ‘B’, sebagai nama method tersebut. ‘B’ untuk Boualem. Yang paling penting. He is a Muslim, religious Muslim. SubhanAllah. 

Ada beberapa perkara kelakar semasa bengkel ni. Saya tak tahu kenapa setiap kali dia buka untuk pertanyaan atau pendapat, saya mesti jadi target pertama dia (memandangkan semua orang senyap, biasalahkan nama pun rakyat Malaysia yang pemalu =p). Hampir semua sesi. Kebetulan, saya pun rajin bertanya dan suka buat muka berkerut, bukan tak faham, cuma saya sedang hadamkan informasi yang dia sampaikan tu. Haha

Hari kedua dia ada beri talk mengenai falsafah akademik (Tajuk ini dipilih untuk menjawab soalan beberapa orang peserta yang mengalami masalah untuk menulis 15 journal paper untuk naik pangkat). Fuh.. Ramai gak yang terkebil-kebil. But, I Like! Bila saya dengar dia bagi topik ni lah, saya sedar yang dialah role model saya. Apa yang dia faham dan sampaikan mengenai falsafah akedemik ini sangat in line dengan saya.

Habis sesi, seperti biasa dia minta respon dari peserta dan sekali lagi saya juga orang pertama yang kena. Saya jawab lebih kurang begini (hasil dari kefahaman saya sebelum ni beserta kesimpulan talk dia hari tu):

Question from Prof: How do you relate this topic (Academic Philosophy) to your scientific writing?

Saya jawab (lebih kurang lah eh.. hehe): First, I was attracted with the comfort and discomfort theory (Note: Success people always look for discomfort conditions in order to challenge their life, from that they can develop their self and become success people). But we cannot only consider the ‘discomfort’, we also need to have the piece of mine. How to get the piece of mine? Then we have to go back to our purpose of life. To achieve our purpose of life, we have to apply the ‘Me to We’ theory (Also presented by Prof). Most of the people is only thinking about their own self, for example, their salary, their positions.  They do everything for themselves. This is the reality. But if we think to give or contribute something to others or to the society then we will have the piece of mind. Ok.

Prof: But you did not answer my question, how its relate to your scientific writing? (Sambil tersenyum manis.. adeh)

Hahahahaha.. padan muka saya lah kan. Mood nak berfalsafah dah keluar sampai soalan pun lupa. Tapi jangan risau, saya tetap maintainnnn. haha

Lalu saya jawab dengan penuh keyakinan (hahaha): Yah! To achieve the purpose of our life, writing journal is one of the way. So, from that we can contribute to the societies. 

Sebenarnya itu je, tiba-tiba rasa nak tambah lagi: Err.. Prof, as an academician this is one of the significant way for us to contribute to the society. 

Ok, mungkin saya kelihatan poyo atau rhetoric, tapi ia memang jawapan ikhlas dari hati saya dan saya maksudkan serta apply apa yang saya cakap. Saya tak suka cakap kosong.

Dari situ, saya belajar untuk develop self confidence dalam diri saya. Walaupun saya tak pandai English, tapi saya kena yakin. Walaupun saya tak pandai menyusun kata, tapi saya mesti mula. Sampai bila saya nak duduk diam sahaja. Suatu hari nanti saya akan jadi pensyarah, dan saya mesti bercakap sekurang-kurangnya di depan pelajar-pelajar saya. Dan saya mesti belajar cara penyampaian yang efficient dan effective, bukan asal lepas je. Memang saya kena buang perasaan malu jauh-jauh masa nak bercakap. Success people do ask questions and give response. Jadi saya mesti ask questions and give response to be a success people. 

Ok, berbalik pada cerita Prof tadi. Selepas bebelan saya tu, kami pun berhenti untuk minum. Waktu minum tu, kebetulan meja saya dekat dengan tempat makanan jadi Prof duduk di meja saya. Saya pun apa lagi mulalah mengorak suara, tapi saya tak ingat ayat sebetulnya. Saya tanya samada pendapat saya tadi betul ke tidak, sama tak dengan apa yang dia sampaikan. Dia mengangguk, and guest what? Dia cakap “So, actually you did not learn anything new”, Terkejut juga saya. Adeh. Saya pun jawab “No Prof, of course I learned something! There’s always things to learn.” Lepas tu dia angguk. Fuhh.. lega.

Sebenarnya memang banyak yang saya dah tahu (hasil pembacaan dan mendengar), tapi betullah kan, mesti akan ada benda baru yang kita belajar. Sekurang-kurangnya kita boleh refresh.

Note:

Minggu ni target saya untuk hadamkan tiga bab yang dicadangkan oleh Prof. Good luck untuk saya dan anda juga! =)

Advertisements
Posted in Career, Master, Master/Ijazah Sarjana, Menulis, Motivasi, Muhasabah, Pendapat | Tagged , , , , , , | 1 Comment

Membaca Pintu Segala Ilmu

Saya baru sahaja selesai membaca satu lagi buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Tak tahu kenapa, tetapi setiap bukunya pasti akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hati saya. Bukunya ringkas, mudah difahami dan straight to the point. Kadang-kadang buku yang ringan ni lebih besar kesannya daripada buku yang berat dan kelihatan hebat. Setiap bait ayatnya saya rasakan seperti pesan dari seorang ayah. Makin lama saya makin mengagumi beliau. Ingin jadi seperti beliau. =) (Ok, find saya perempuan dia lelaki..huhu)

Voucher buku RM200 masih belum saya sentuh. Tak pasti buku apa yang perlu dibeli sebab ada sebarisan buku yang masih belum dibaca. Baca pulak selang seli, lompat sana sini. Ikut mood. Tetapi hati saya berbunga-bunga dan sangat bersyukur bila lihat perubahan diri saya yang semakin suka membaca. =p Ye, saya dulu tak suka membaca, malas, banyak alasan. Beli buku perap buat harta simpanan, bajet buku tu emas, makin lama simpan makin naik harga. Haih..

Membaca juga banyak mengubah cara saya berfikir. Terlalu banyak yang saya dapat daripada buku-buku yang saya baca. Kadang-kadang rasa nak menangis (menangis gembira lah..he) sebab jumpa benda-benda yang tak pernah kita terfikir selama ni.

Membaca juga mempengaruhi corak penulisan saya. Yang peningnya, saya seperti sedang mengalami kecelaruan gaya menulis. Sebelum ini saya lebih santai, bahasa pun campur-campur. Tambah pulak ‘hikhik’ la, ‘huhu’ la, ‘haha’ la. Jadi tolong maafkan saya. Saya budak (budak lah sangat) masih belajar.

Paling saya tidak sangka, saya tiba-tiba terminat bidang penulisan. Saya rasa daripada penulisan banyak yang boleh kita sampaikan. Tidak kira apa perkara pun, semuanya bermula dengan menulis. Ya, seperti peristiwa Nabi di Gua Hira’.

Posted in membaca, Menulis, Motivasi, Pendapat | Tagged , | 1 Comment

Bantulah.. Berilah..

Hati tidak tenang.

Terlalu memikirkan sesuatu perkara sehingga benak kepala tak mampu berfikir lagi.

Hidup seperti menemui jalan buntu.

Banyak yang anda nak buat tapi masa kononnya sangat cemburu dengan anda.

Anda rasa anda bukan stress, cuma hati tak berapa tenang. Dalam hidup ni jika kita meletakkan keyakinan yang tinggi pada ketetapan tuhan, hati kita akan redha dan ikhlas dengan apa sahaja yang sudah tertulis untuk kita (setelah kita usaha yang terbaik). Tapi, untuk dapatkan yakin dan kemudian ikhlas itu bukan mudah, syurga tu kan mahal harganya. Puas sudah kita berdoa mohon pertolongan dari tuhan, tapi begitu juga. Pasti ada yang lompang dimana-manakan? Apa kata mulakan dengan ini;

BANTULAH dan BERILAH pada sesiapa sahaja tanpa mereka minta.

Berikan senyuman.

Berikan rasa bahagia bila mereka bersama kita bukan dengan menunjukkan muka marah, stress dan dahi berkerut seribu.

Berikan kata-kata yang baik yang manis.

Bantu selesaikan masalah mereka jika kita mampu, walaupun mencari syiling sepuluh sen yang hilang.

Berilah telinga anda untuk mendengar keluhan atau kebahagiaan yang ingin mereka kongsikan.

Berilah pada email-email, surat-surat, blog-blog yang datang mohon sumbangan, biarpun sedikit.

Tumpangkan mereka walaupun kita tidak kenal (yang diyakini).

Setiap kali lepas anda beri, senyumlah untuk diri anda dan bersyukurlah. Itu rezeki anda. Jika kita rasa tiada apa yang mampu kita lakukan, doakanlah mereka. Contohnya rakan anda sedang pening dan tertekan dengan keretanya yang asik bermasalah, doakan supaya masalah keretanya itu selesai dengan segera. Itu pasti sesuatu yang sangat berharga untuk dia. Tapi ingat, doa itu hanya antara kita dengan tuhan, TIDAK PERLU bagitahu rakan kita. Itu yang terbaik. Keikhlasan kita akan teruji disitu.

Cuba fikir, “Kalau aku dekat tempat dia apa yang aku harapkan”

Jika kita bantu orang lain Allah akan bantu kita. Percayalah. Kadang-kadang bantuan itu datang tanpa kita sedar dan mungkin terlalu kecil hingga kita abaikan. Sedang kita serabut memikirkan banyak sangat deadline dalam satu masa, tiba-tiba satu daripada deadline tersebut ditangguhkan. Bukankah itu satu bantuan. Ya, kecil tapi jika kita fikir itu bantuan dari Allah, maka begitulah ia. Carilah hikmah disebalik kehidupan. Kita akan rasa kagum dan rasa tidak cukup dengan ucapan syukur sahaja.

Bila kita terlalu fikir tentang diri kita sendiri sahaja, tentang meningkatkan kebahagian kita sahaja, meningkatkan kewangan kita sahaja dan mencapai kejayaan kita sahaja,tanpa fikir orang lain, tanpa kisah susah senang orang lain kita sebenarnya orang yang PENTINGKAN DIRI.

Berusahalah (mujahadah) untuk redhaNya. Jangan putus asa. Buatlah kebaikan dimana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja, samada kebaikan pada Allah, pada diri sendiri, pada manusia, mahupun pada alam. Kerana kita tidak tahu diantara kebaikan-kebaikan yang mungkin kecil ini yang mana menjadi insurans kita untuk mendapat redha, keberkatan serta bantuan dariNya di dunia mahupun di akhirat serta yang mana akan diterima sebagai tiket untuk berjumpa Kekasih kita di Sana nanti.

Pesanan: Jika ada terlintas dihati, takut rasa riak, takut orang kata kita nak menunjuk, takut rasa bangga diri. Please tekan butang “delete” dan katakan pada diri “Biar Allah yang nilai”. Tutup cerita. Tak payah fikir lagi. Selamat berjaya!

Posted in Motivasi, Muhasabah, Pendapat, Tazkirah, Wanita | Tagged , , , , | Leave a comment

“Saya Lemah Bahasa Inggeris”

Minggu lepas saya berpeluang menghadiri satu kursus anjuran Language Academy, “Thesis/Disertation Writing Workshop”. Bengkel selama tiga hari ini berjaya memberikan satu input baru yang sangat berguna pada saya dan kawan-kawan saya. Saya cadangkan jika di tempat anda ada kursus-kursus seperti ini, rebutlah peluang tersebut. Ia pasti  akan sangat membantu perjalanan master anda.

Di sini, saya ingin timbulkan satu isu yang lebih ‘besar’, yang saya lihat sentiasa berlegar-legar dikalangan pelajar melayu (terutamanya).

“Taknaklah sambung master, saya tak pandai English”

Begitulah ungkapan yang mungkin anda pernah dengar. Jika “pandai English” adalah syarat utama untuk seseorang sambung Masters atau PhD, sudah pasti saya tidak akan berada di tempat saya sekarang ini. Saya juga yakin, bilangan cendekiawan serta profesor-profesor hebat di bumi Malaysia ni pun tak macam sekarang jumlahnya.

Kelemahan dalam English mampu memberikan satu impak yang besar kepada tahap keyakinan seseorang individu terutama yang melibatkan urusan komunikasi, tidak kira komunikasi lisan ataupun bertulis. Ia seterusnya turut memberi kesan ke atas usaha pembentukan peribadi dan karier individu tersebut.

Bagi saya (saya rasa ramai yang setuju dengan pendapat saya ini), tahap kepandaian English TIDAK BOLEH dijadikan syarat untuk seseorang itu melanjutkan pengajiannya (master/PhD). Jika ada, ia adalah satu BONUS. Apatah lagi hendak meletakkan kejayaan seseorang itu dengan betapa hebat Englishnya. Petah tutur Englishnya, hebatlah orang itu? Mana mungkin. TETAPI saya tidak pernah dan tidak akan menafikan English merupakan satu keperluan  penting untuk MELANCARKAN perjalanan pengajian anda.

Perkara yang paling penting adalah ATTITUDE. Apa guna jika hebat Englishnya tapi tiada attitude. Mesti anda pernah dengar, seseorang yang cemerlang semasa degree tidak semestinya akan cemerlang untuk master atau PhDnya. Attitude adalah perkara yang boleh dibentuk dan mampu membentuk. Dengan attitude yang baik dan positif, perkara-perkara positif lain juga akan terbentuk dengan sendirinya. Tak jelas? Ok begini..

Anda adalah seorang pelajar yang komited untuk berjaya. Ingat, anda bukan ingin berjaya dalam akedemik sahaja, tetapi juga berjaya dalam hidup dan kejayaan hidup anda ini adalah pelaburan untuk kehidupan kekal abadi di’sana’ nanti. Dengan matlamat yang jelas ini, anda mampu membentuk attitude orang yang ingin berjaya. Orang yang ingin berjaya akan serius dengan kerjanya, akan fokus untuk memperbaiki kelemahannya dan akan mencari peluang dengan kelebihan yang dimilikinya. Orang yang fokus dengan matlamat hidupnya, tidak akan kecewa dan kecundang dengan setiap kegagalan yang menimpa. Dia akan sabar dan tabah dengan kesukaran yang dialami.

Jadi,

Dengan attitude positif ini, anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk master anda. Anda akan menulis artikel jurnal dengan sebaik mungkin walaupun anda lemah English. Anda akan bijak menguruskan kelemahan English anda, seperti menghantar proof read, minta bantuan mereka yang pakar, hadir kursus, rajin menulis kerana dengan praktikallah anda mampu memperbaiki English anda.

Orang yang ingin berjaya, bijak mengurus dan mengawal dirinya sendiri. 

Selain anda mengkaji apa-apa sahaja yang anda kaji dalam penyelidikan anda, jangan lupa untuk kaji diri anda juga. Kenali diri anda. Kita belajar bukan hanya untuk mendapatkan ilmu dalam bidang kita tu sahaja. Tetapi proses pembelajaran ini juga sepatutnya mampu mendidik diri dan peribadi kita. Kenal pasti tahap kelemahan anda, renung-renungkan kesan kelemahan anda. Fikirkan cara untuk mengatasinya.

Disini ada tips daripada pengalaman saya yang mungkin boleh dikongsikan bersama:

1. Buang rasa malu. Anda pernah dengar tak, orang putih cakap melayu. Lintang pukang? Tatabahasa berterabur? Apa yang anda rasa? Ada tak rasa nak bunuh orang putih tu sebab merosakkan bahasa kita. Tak kot. Paling-paling rasa kelakar sedikit, atau mungkin rasa kagum. Cuba bayangkan, macamtulah kalau depa dengar kita cakap. Ok, kalau orang tak putih a.k.a orang melayu yang dengar? Hmm.. Macam saya pernah bincang dulu, susah nak hidup dengan apa orang kata, kan? Cuba kalau kita tak payah fikir apa orang lain nak kata, macam lebih senang sikit kan?

2. Yakin dengan bahasa ibunda kita. Kita orang Melayu, sudah semestinya bahasa utama kita adalah bahasa Melayu, berfikir dalam bahasa Melayu, bercakap dalam Bahasa Melayu, mimpi pun dalam Bahasa Melayu. Langsung tak jadi dosa kalau kita tak pandai English.  Kita yang telah ditoktrin untuk mengangumi bahasa bangsa lain (saya bukan anti English ye). Cuba bayangkan jika Malaysia macam Jepun? Jadi jangan kerana anda tak pandai English dunia anda sudah kiamat.

3. Jangan benci English. Kadang-kadang bila kita dah tertekan sangat sebab semua benda pun tak boleh jalan sebab masalah English kita. Kita pun mulalah benci English. Mulalah jadi anak Melayu, kononnya (macam point kedua saya tu..hehe). Tanamkanlah English tu sebagai satu ilmu pada kita. Ilmu yang mesti kita belajar, sepertimana kita perlu belajar  ilmu-ilmu lain: matematik, biologi, fizik.

4. Berusahalah. Anda tiada cara lain selain usaha lebih dari orang yang lebih bijak. Usaha anda itu adalah satu proses pembelajaran yang sangat bermakna.

5. Jangan tertekan bila tengok kawan-kawan kita jauh lebih hebat Englishnya dari kita. Wahai kawan, Allah jadikan setiap makhlukNya dengan kelebihan masing-masing. Yakinlah dengan perkara ini. Yakin tak? Ke yakin tapi tetap rasa tak puas hati? Ke anda tak jumpa lagi kelebihan diri anda? Come on! Janganlah humble sangat, bukan suruh announce dekat FB pun kelebihan tu =p

6. “Practice Make Perfect”. Saya tahu, naik loya dah dengar petikan ni. Tapi itulah realitinya. Dalam mendalami apa-apa bahasa pun, anda perlu praktikkan. Jika anda ingin mahir menulis dalam English, tulislah. Biarpun first draft anda orang kata rubbish, at least you produce rubbish. Sampah pun boleh jadi sesuatu yang bernilai akhirnya, kan?

7. Akhir sekali, fokus pada kejayaan, kebaikan, kecemerlangan. Jangan biarkan ketakutan pada kegagalan, kejatuhan, kelemahan, menguasai fikiran anda hingga anda kaku beku tidak mampu berganjak dari tanah tempat anda berpijak.

Percaya dan yakinlah dengan diri anda. Tapi ingat, anda perlu sertakan kepercayaan dan keyakinan itu dengan tindakan yang bijak. Bukan melulu dan seperti tidak berakal.

Posted in Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi, Pendapat | Tagged , , , | 15 Comments

Bengkel “Penulisan Makalah Jurnal” Anjuran IKIM

Masih ingat lagi entry saya yang cerita pengalaman saya menghadiri bengkel penulisan journal. Ok, tak ingat. Takpe. Boleh tengok SINI. Saya ada rumuskan apa yang saya dapat di bengkel tersebut. Kepasa sesiapa yang tak tahu lagi, IKIM sekali lagi akan menganjurkan bengkel ini pada 28-29 Februari 2012. Pendaftaran baru sahaja dibuka. Saya sangat cadangkan sesiapa yang terlibat dengan research untuk hadir bengkel ini. Kali ini, IKIM improve sikit pelaksanaan bengkel ini, dengan menambah slot bengkel di mana peserta akan lakukan praktikal penulisan. Mungkin selepas bengkel ini peserta boleh terus submit paper. Tapi untuk sampai matlamat tu, peserta perlulah ada preparation. Betul tak?

Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawati laman web IKIM atau di bawah ni saya letakkan link brochure dan borang

Brochures:

1. http://www.ikim.gov.my/v5/file/event/20111229150112_brosur-mj.pdf

2. http://www.ikim.gov.my/v5/file/event/20120106165946_brosur_jurnal(pdf).pdf

Borang:

1. http://www.ikim.gov.my/v5/file/event/20111229150112_borang_penyertaan-mj.pdf

ps: Saya sangat-sangat nak pergi bengkel ni sekali lagi. Tapi saya ada conference di Penang 27-28hb. Kalau ada rezeki InsyaAllah saya usahakan untuk pergi. Jumpa di sana, InsyaAllah!

Posted in Career, Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi | Tagged , , , | 3 Comments

Uji Iman

Beberapa hari lepas, seorang kawan saya datang bercerita dengan saya, yang dia dapat rasakan tuhan sayangkan dia, sebabnya setiap apa yang dia niat, dia mesti dapat.. Sampaikan dia nak cari calon teman hidup yang kerja kerajaan pun dia dapat. Bila dia ulang sekali lagi ‘tuhan sayangkan dia’, saya hanya jawab, Allah memang sayangkan semua hambanya, bersyukurlah.

Apa yang kawan saya ceritakan tu, memang terkesan juga diminda saya untuk beberapa hari. Setiap orang ujian keimananya berbeza, kalau kawan saya tu dapat setiap apa yang dia niatkan, saya tak rasa saya mempunyai nasib yang sama macam dia. Tak semua benda yang saya nak, saya impikan, saya akan dapat. Tapi saya tetap bersyukur dan yakin dengan apa yang ditetapkan untuk saya.

Bila kita hidup dengan pergantungan pada tuhan sepenuh jiwa kita, redha dengan setiap ketentuanNya, tidak kira apa bentuk ujian.. InsyaAllah hati kita akan tenang.

Tapi untuk memupuk jiwa yang sentiasa redha dan ikhlas, bukan perkara senang.. Syurga Allah tu bukan murah harganya.. Berusahalah!

Posted in Muhasabah, My Mind, Pendapat, Tazkirah | Tagged | 2 Comments

“Research” dan “Writing” seperti Isi dengan Kuku

Pejam celik pejam celik, tak sangka dah hampir setahun saya buat Master. Sekarang ni saya agak sibuk sebab dalam preparation untuk present proposal master saya dan conference di Penang. Oh ye, sekarang saya berada di Penang. Hari ni saya akan bertolak pulang ke JB. Conference anjuran UiTM, ermm.. Secara overall tak berapa sesuai dengan bidang saya sebab.. yelah, UiTM kan.. bidang mereka terlalu luas. Jadi conference yang dianjurkan ini merangkumi bermacam-macam bidang. Saya sendiri diselitkan dalam session Built Environment dan Menchanical Engineering. Saya pun tak sangka macam ni, first time join this conference, yang bagus tu semua paper akan masuk proceeding IEEE. Sebab tu saya join.

Sesekali pergi Conference pastikan cari tempat penginapan yang menarik. =p

Saya juga nak minta maaf, sebab belum dapat respon soalan-soalan yang diajukan dalam blog ni. Saya akan cuba reply selepas saya selesai menulis entry ini. Terima kasih pada yang bertanya dan follow this blog.

Kebelakangan ni juga banyak hal-hal diluar jangkaan yang berlaku dalam hidup saya. Hal yang agak mengganggu emosi dan perancangan hidup saya. Sedikit sebanyak mengganggu juga kelancaran Master saya. Walaupun ada beberapa perkara yang tidak dapat saya realisasikan seperti yang dirancang, tapi saya masih bersyukur sebab perkara-perkara utama masih dapat saya selesaikan. Alhamdulillah.

Hal-hal diluar jangkaan seperti inilah yang biasanya mengganggu research kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah hanya perlu bertenang. Jangan terlalu memaksa diri. Saya juga sangat bersyukur kerana supervisor saya seorang yang memahami dan boleh bertolak ansur.

Dalam kesibukan hal-hal peribadi, Alhamdulillah.. Saya berjaya submit satu journal article to an International Journal beberapa minggu lepas. Syukur sangat-sangat dan sekarang saya sedang dalam proses untuk memulakan penulisan article journal saya yang kedua. Sebenarnya saya dah buat dua draft article, tapi supervisor saya tak setuju dengan satu lagi article. Alasanya no contribution. Hmm.. Ok. Saya terima, lagipun resultnya memang masih diperingkat awal.

Bercerita pasal journal ni, inilah antara strategy saya untuk master saya kali ni. Article pertama saya adalah Review paper with preliminary result. Saya dah mula write paper ni dari January tahun ni! Draft pertama siap dalam awal Mei, submit ke supervisor. Then correction besar-besaran dan terpaksa hold sekejap sebab nak masukkan result. Saya submit semula dalam lepas raya, and masa tu proses correction berjalan. Sebenanrnya, article yang saya hantar ni adalah Special Issue, means ada deadline and ada timeline untuk publication. Berbeza jika kita hantar biasa, tempoh yang diambil untuk proses reviewing is unknown. Boleh makan berbulan-bulan, and tempoh dari first submission hingga publish boleh makan masa lebih dari setahun. Untuk Special Isssue yang saya submit ni dijangkakan tarikh publish (jika article diterima) adalah pada bulan Mei 2012.

Berbalik pada proses penulisan saya tadi, sepatutnya deadline submission adalah pada 1 November 2011, tapi pada masa tu supervisor saya kata paper saya tak ready lagi untuk di submit. Jadi dia minta saya email editor journal dan minta extension 10 hari. Tak lama lepas tu saya dapat email dari editor journal tu, yang deadline submission dah di postpone pada 1 Disember. Hu……… Kenapa ‘hu’? Saya happy jugak sebab dapat extend tapi saya tak happy sebab extend sampai sebulan. Saya boleh agak, mesti kena buat correction sampai last minit walaupun supervisor saya hanya hanya minta 10 hari.

Jangkaan saya tepat sekali, 29hb November baru saya berjaya submit dengan 9 kali proses correction dan akhir sekali sebelum submit supervisor saya minta saya email pada dia untuk dia final check abstract and conclusion. Boleh dikatakan 10 kali correction la kan? Hehe.. Apa-apa pun saya sangat berpuas hati dengan paper yang saya hantar dan saya sangat berterima kasih dengan supervisor saya sebab dia sangat-sangat membantu saya dalam proses penulisan ni. Sv saya tahu saya masih baru dan banyak yang saya tak tahu dan tak paham, jadi ada ayat yang dia tolong karangkan untuk saya. Sebelum tu memang dia suruh saya buat dulu, tapi memandangkan ayat yang saya buat tu ‘disaster’ bak kata sv saya, so, terpaksalah dia rewrite untuk saya.

Sekarang ni saya tak sabar nak tunggu respon dari journal. Moga-moga paper saya tak terus direject. Hu.. Sedih saya nanti.. Hu..

Ok, kenapa saya kata strategy? Sebabnya bila menulis pada peringkat awal ni, kita akan sedar apa-apa yang kurang dari awal lagi dan kadang-kadangan untuk menghasilkan paper tersebut kita terpaksa buat analysis atau kerja-kerja research, jadi sedikit sebanyak sebanarnya menulis ni dapat membantu kita mempercepatkan proses research kita. Cepat dan betul, insyaAllah. Jadi janganlah mengeluh jika disuruh menulis paper. Buat dengan enjoy, dan anggap ia memang tanggungjawab kita. Tulis dengan niat kita nak sampaikan ilmu yang kita ada pada masyarakat dunia.

10.22am, Penang.

Posted in Career, Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi | Tagged , , | 6 Comments