Takut kahwin?

Bila ternampak di FB, posts, gambar, status yang berkaitan dengan jodoh, semacam je rasa. Kadang-kadang geleng kepala, kadang-kadang saya angguk mengiakan, kadang loya tekak dibuatnya. Serius!

Saya juga selalu terjumpa diblog-blog atau forum-forum keluhan mereka-meraka terutama si wanita-wanita yang sugul menunggu bila jodohnya akan datang. Well, saya faham sangat-sangat apa yang dirasakan mereka-mereka ni.

Saya sebenarnya pernah ada perasaan takut kahwin. Bila fikir pasal kahwin, takut segala-galanya. Takut nanti jadi macamni, takut macamtu, takut tak seperti yang diharapkan, takut, takut, takut, dan saya rasakan perasaan takut ni menyebabkan secara luar sedarnya, saya tidak bersedia untuk berkahwin dan juga menerima mana-mana lelaki, walaupun dimulut saya kata saya dah bersedia!

Perasaan fobia ni mungkin berpunca daripada apa yang berlalu disekeliling saya. Jarang saya nampak pasangan yang mampu buat saya kagum, walaupun pasangan yang kelihatan ‘Islamic’. Well, maybe saya tak tahu apa yang disebaliknya, tapi saya suka perhatikan dari luar ragam-ragam pasangan suami-isteri dan anak-anaknya. Maybe saya terlalu mengharapkan perkahwinan yang sempurna. Sempurna bukan maksudnya dari luaran, tapi sempurna dengan ciri-ciri keluarga yang mengharap redha Allah, sekurang-kurangnya nampak usaha. Haa.. itulah yang saya risaukan, bila saya tak mampu membina keluarga yang diredhai Allah. Saya juga takut kecewa, takut susah, takut dengan masalah kewangan, takut tak boleh handle kepenatan mengurus rumahtangga, takut tak mampu bagi yang terbaik pada suami dan anak-anak, takut suami mengecewakan saya, takut dengan cabaran keluarga mertua, takuuuutt je semuanya.

Sehinggalah suatu hari saya terjumpa buku berjudul “Kahwin Sekarang? Siapa Takut“. Tajuk memang kelakar, tapi kandungannya masyaAllah, cukup menyentuh hati saya. Alhamdulillah, buku ni betul-betul membuka satu dimensi baru.. (uhuk uhuk.. siap dimensi bagai..=P).. Ok2, sambung. Membuka satu dimensi baru pada saya dalam memahami erti perkahwinan. Syukur yang teramat, cara saya pandang perkahwinan tu dah berspusing 360 darjah. Subhanallah, baru saya tahu betapa sucinya ikatan pernikahan, betapa penuh keberkatan dan kebaikan memulakan kehidupan suami dan isteri. Saya juga mula faham sucinya satu perasaan yang bernama ‘cinta’. Bukan cinta macam dalam cerita Hindustan tu. Hu.. Perasaan cinta yang datangnya dari Syurga. Subhanallah. Cuma masalahnya, cinta yang suci itu jika tidak diletakkan di tempat yang betul, akan dikuasai spenuhnya oleh nafsu ditambah dengan bisikan-bisikan syaitan dan seterusnya akan membinasakan. Nauzubillah.

Cinta, akan indah dan mendamaikan jika disandarkan kepada Allah yang satu. Aduh, memang ayat cliché kan? Susah nak hayati ayat ni. Tapi percayalah, itulah yang sebanar-benarnya. Jika kita letakkan cinta pada Allah cinta yang paling utama, hati kita akan tenang, sebab kita tahu Allah sentiasa ada dan tidak akan megecewakan hambanya. Tapi cinta manusia? Terlalu banyak kelompangannya. Bila sebut cinta ni, janganlah asik fikir cinta lelaki dan perempuan je, cinta ni luas. Cinta pada mak ayah, sahabat-sahabat, dan ya, semestinya cinta pada pasangan suami/isteri yang sah.

Berbalik pada kefahaman saya tentang perkahwinan tadi, ada satu petikan yang sangat meragut hati saya.

“Jangan tunggu stabil baru hendak berkahwin, tetapi berkahwinlah dan ia akan menjadi titik permulaan bagi kamu untuk stabil”

Lebih kurang macamtulah ayatnya, sebenarnya dalam Al Quran sendiri dah jelas:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika Meraka miskin, Allah akan mengkayakan mereka dengan kurnianya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui.” (An Nuur 32)

Satu lagi ayat yang membuka mata saya;

“Pernikahan adalah langkah permulaan hidup baru”

Ya, memulakan hidup baru. Hidup yang lebih terarah, tersusun, dan bermatlamat. Yang lebih indah, ia dilakukan berteman, dengan orang yang kita cintai, InsyaAllah.

Perkahwinan juga satu bentuk pelaburan saham yang membawa pulangan berlipat kali ganda. Bayangkan setiap apa yang kita lakukan untuk suami dan keluarga, jika dilakukan untuk mengharap redha Allah, akan mendapat ganjaran yang sangat lumayan. Kira macam short cut lah nak masuk Syurga. Tapi short cut ni, kalau salah jalan memang terus masuk Neraka. Hu..

Harus diingat juga, apa-apapun, Syurga tu tetap mahal harganya. Nak masuk syurga ni menuntut mengorbanan yang sangat besar, berkorban perasaan, tenaga, kasih sayang, bla3x. Tapi jangan risau, bila sebut berkorban, mesti rasa susah atau pahit kan? Macam dah sinonim je, berkorban = pahit. No no no.. Kena tukar persepsi ni. Kita berkorban ni di dunia, hasilnya ada di akhirat nanti InsyaAllah, yang penting niat kerana Allah. Anggap je apa yang berlaku adalah cabaran dan ujian sebeum kita betul-betul layak masuk Syurga.
Jangan lupa satu kekuatan kita yang tiada tolok bandingnya, DOA. Doalah dimana sahaja kita berada. Tak semestinya selepas solat. Doa je sepanjang masa, dan minta je apa-apa yang kita rasa kita perlukan bantuan. Tapi tolonglah ye, jangan doa dekat FB boleh tak? Ingat, FB bukan perantara kita dengan tuhan. Dan dengan friends aminkan doa kita ramai-ramai tu tak bermakna doa kita akan dimakbulkan. Doalah dalam hati, rasakan yang kita sedang berkomunikasi dengan Allah, dan Allah sangat dekat dengan kita. Subhanallah..

Ingat ni, selangkah kita dekat dengan Allah, seribu langkah Allah dekat pada kita. Tak percaya, cubalah…

Jadi, apa-apapun, kita akan berbalik pada Allah. Bernikahlah kerana Allah, ingin mendapat redha Allah, rahmat Allah, dan seterusnya meraih tempat tinggal yang kekal abadi iaitu Syurga Allah yang di sana kita akan bahagia dan tenang selama-lamanya.

Kepada kita kaum hawa, bercita-citalah untuk jadi isteri solehah, penyejuk mata, penawar hati, penyeri rumah tangga. Berilah kasih sayang, dengan mengharap kasih sayang Allah, bukan mengharap kasih sayang suami dan anak-anak semata. Jadilah isteri yang bijak, berlemah lembut dan penuh hikmah dalam mengurus suami serta rumah tangga. Subhanallah, Maha Suci Allah, berbahagialah dengan membahagiakan orang lain dan yakin Allah pandang usaha kita.

Posted in Wanita | Tagged , , , , , , | 2 Comments

Hidup ini Hanya Mimpi

Keadaan kelam kabut. Kita hanya mampu melihat rumah kita hangus dijilat api. Ahli keluarga masih tak kelihatan. Kita keseorangan, menangis sepuas hati. Sedih, kecewa, takut. Rasa bagai hilang segala-galanya.

Tiba-tiba segalanya hilang, yang kelihatan hanya gelap gelita sambil terdengar sayup-sayup nyalaan anjing dari rumah jiran. Fuhh.. lega. Lega selega-leganya. Mimpi rupanya.

Begitulah hidup kita ini. Kita sedang bermimpi. Percayalah. Dan kita akan terjaga sebaik sahaja kita mati. Banyak hadith-hadith dan ayat dari kitab suci Al Quran yang menerangkan bagaimana manusia yang telah mati baru tersedar tentang kemungkaran yang dilakukan semasa hidup dan ingin kembali semula kedunia.

Persoalannya, adakah kita masih tidak belajar dari peringatan yang disampaikan ini? Kita masih lagi mengejar dunia. Masih sibuk mengumpul harta untuk tujuan kesenangan dunia. Masih sibuk berhiburan dan bergelak ketawa. Cuba lihat rutin seharian kita, cuba perhatikan apa yang ktia dengar, lagu yang kita siulkan, rancangan tv yang kita tonton, semuanya boleh menjadi pengukur tahap kesedaran kita tentang satu alam yang pasti, alam akhirat. Astaghfirullahalazim. Moga Allah suluhkan cahaya pada hati-hati kita semua. Kepada yang telah lama sedar dan sedang asyik mengumpul ‘harta’ untuk kehidupan di ‘sana’ nanti. Tahniah. Saya sangat cemburukan anda.

| Leave a comment

Ujian Dalam Bermujahadah

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Rapuh:Opick

Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.

Melayari alam maya, mencari kata-kata dan pesanan untuk suburkan balik hati yang semakin lemah.

Melihat perkongsian orang lain, dengan ujian yang bermacam-macam, buat hati rasa sangat tersentuh. Hidup ini sememangnya untuk diuji. Ujian tu datang dalam macam-macam rupa. Dan jangan lupa, tersasar melakukan maksiat dan dosa juga adalah salah satu bentuk ujian. Apa hikmahnya? Supaya kita kembali dan bertaubat pada Allah. Supaya kita kembali rasa hina di depan Allah. Supaya kita  semakin takut dengan balasan Allah dan supaya kita rasa kasih sayang Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Bila sebut dosa dan maksiat, jangan ingat zina je. Menipu, mengumpat, menyakiti hati orang juga dosa. Dan, MENDEKATI zina juga satu dosa.

Selalu kita diingatkan, ‘Jangan berputus asa dengan rahmat Allah’, tapi kita masih selalu ragu-ragu, masih risau, masih kecewa, masih down. Astaghfirullahalazim.. Itulah ujian kita ketika bermujahadah. Bayangkan ketika kita cuba mendekati Allah, kita sedaya upaya memperbaiki amalan kita, bersungguh-sungguh memenuhkan ilmu di dada, bermati-matian melawan hawa nafsu, syaitan juga berkali-kali-kali ganda bersungguh-sungguh menyekat dan menghalang niat kita, pusing segala macam taktik untuk jatuhkan kita. Begitu juga dengan nafsu kita. Tanpa jemu, menggoda kita. Jadi, jangan kita jemu bermujahadah.

Ingat, bila hati tidak tenang, ada hutang dosa yang masih belum selesai. Dosa dengan Allah, bertaubatlah. Jika dosa dengan manusia, pergilah minta maaf. Memang susah. Tapi berdoalah pada tuhan moga orang yang kita sakiti tu, maafkan kita. Yakin, Allah bantu kita.

Moga kita semua terus tabah dan redha dengan ujian yang diturunkan. Moga kita dapat mengecapi cinta hakiki, cinta abadi, cinta pada yang Satu.

ps: Salah satu blog kegemaran saya, blog Ustaz Pahrol a.k.a ‘ayah’ saya =). Kenapa saya kata ayah saya? sebab setiap pesanan dan kata-kata yang keluar dari ustaz, saya anggap seperti pesan ayah pada anaknya. Sangat sampai di hati saya.

| 2 Comments

Kembali

Sekian lama saya mendiamkan diri dari menulis. Ini bukan kali pertama. Azam untuk komited dengan penulisan hanya tinggal azam mungkin, walaupun focus saya sekarang lebih pada penulisan akedemik.

Saya minta maaf jika ada comments pada entry lepas yang tidak dapat saya jawab, saya hanya sempat baca dihandphone. Pernah cuba nak reply melalui handphone tapi tak berjaya. Terus mengalah.

Walaupun blog saya ni ada macam-macam jenis entry. Tapi banyak comment pada entry berkaitan postgrad. Nampaknya sekarang ni, semakin ramai orang yang cenderung untuk sambung belajar. Satu perkembangan yang sangat sihat. Cuma satu pesanan saya. Tanya diri betul-betul, kenapa nak sambung belajar? Kenapa nak sambung master and kenapa nak sambung PhD? Makesure jelas. Jangan ikut-ikut orang, jangan dengar cakap orang, jangan sebab nak releks (sambung belajar kan katanya lebih releks dari kerja seharian), jangan sebab nak kejar gaji besar lepas ada PhD. Apa-apapun tujuannya, pastikan kita kembali pada tujuan mencari redha Allah. Kalau tak, sia-sia je usaha kita. Kalau yang sudah terlajak perahu, boleh tekan button reset niat kita. No problem. Allah faham, kita ni lemah dan selalu lalai.

Posted in Master/Ijazah Sarjana, Menulis | 1 Comment

Adab Makan

Entry kali ini bukan tujuan untuk memberi kuliah mengenai adab makan, Seperti biasa, sekadar ingin berkongsi. =)

Bila sebut adab makan saya teringat satu kepantangan mak saya semasa makan. Hmm.. banyak jugak pantang mak saya ni. Tapi yang paling utama, JANGAN MAKAN BERBUNYI. Kelakar kan? Bunyi macamana tu? erm.. Cuba tengok orang mengunyah tak tutup mulut, maka akan terdengarlah segala proses kunyahan makanan dalam mulutnya itu. Haha.. Yang paling menariknya, pantang itu akhirnya telah diwarisi oleh SAYA! Hehehe.. Kemana lagi tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Saya teringat lagi, masa kecil dulu, kalau adik saya makan berbunyi, sayalah yang akan membebel. Tapi, namapun adik kan, lagi kita tegur lagi dibuatnya. Haih.. Jadi, siapa-siapa yang ada tabiat ni, (kebanyakannya orang lelaki =p) bolehlah cuba ubah. Lagipun macam tak sopan kot.

Satu lagi kepantangan mak saya, jangan sebut ‘Eeee” atau ‘Euww’ dengan makanan. Yang ni secara logiknya mesti ramai yang setuju kan? Makanan kot. Kalau tak suka macamana pun, takperlulah nak Eee..Eeee.. Senyap je sudah. Tapi saya ada je kawan yang suka ekspresikan ketidaksukaan dia macam ni. Haha.. geram dalam hati jelah kalau dengar.

Pantang mak saya yang saya tak boleh lupa, bergaduh time makan. Huh.. Yang ni kecik-kecik dulu memang suka buat. Mak saya memang akan tinggalkan je meja makan kalau kami adik beradik gaduh time makan. Tapi yang hairannya, walaupun mak saya dah tinggalkan meja konon-konon merajuk, tapi kami adik beradik relek je teruskan makan. Haha.. Budak-budak, manalah paham orang tua merajuk ni. =p

Sekian, perkongsian yang ringkas =)

| Leave a comment

Saya Nak Jadi Baik!

Mendengar talk yang disampaikan oleh Wardina Safiyya membuatkan saya rasa malu dengan Wardina. Mana taknya, Wardina tu pernah jadi artis, pun kesedaran Islamnya lebih tinggi dari saya.

Kalau saya tanya siapa nak jadi baik, saya pasti semua orang pun nak jadi baik. Ke.. ada yang jawab saya memang baik pun.. Ish ish ish.. Kalau betul ada yang jawab macamtu kena cek balik mana-mana yang patut kot. Ke.. rasa puas hati dengan diri anda sekarang? Jangan terkejut kalau saya kata saya memang ada kawan yang pernah mengaku dia rasa cukup dan puas hati dengan diri dia waktu itu. Bagi dia, dah cukup dia solat lima waktu, pakai tudung and tak buat perkara-perkara jahat atau maksiat (maksiat yang dimasudkan tu mungkin berzina). Mungkin dia rasa dia dah cukup syarat untuk masuk syurga. Tetapi apa yang saya lihat, secara zahirnya (saya kata zahir bukan hati ye) solat dia je banyak yang perlu diperbetulkan. Contohnya; telekungnya sangat jarang!. (Saya tak menilai dia, cuma waktu tu saya terkejut rupa-rupanya ada juga orang rasa ‘baik’nya dah cukup and thats it!

Dalam kita hidup ni, kadang-kadang kita terlalu ghairah mengejar kejayaan dunia sehingga kita lupa apa yang sebenarnya kita cari. Sebab tu bila kita gagal, kecewanya bukan kepalang. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding lah, rasa nak terjun bangunanlah (bungee jumping).. hahaha.. Bukan tak boleh kecewa atau sedih, cuma janganlah berlebih-lebih. Saya sendiri selalu je rasa kecewa yang teramat, rasa down, dan yang paling bagus saya lupa pulak untuk ‘kembali‘. Tak tahu apa yang saya tunggu. Blur dan tercari-cari.

Wardina dalam talknya suka sebut perkataan ‘struggle’. Yup, struggle atau lebih tepat mujahadah. Percaya tak, sebenarnya hidup kita yang nampak biasa-biasa, environment ‘baik-baik’ saja, kawan-kawan baik juga, lebih susah untuk kita jadi lebih baik. Sebabnya? kita lupa. Kita selesa dengan life kita sekarang. Kita tak rasa nak struggle ataupun struggle sekejap tapi rasa susah, tak berjaya terus tak jadi. Percayalah nak struggle tu pun kita kena struggle tau. Ini pengalaman saya.

Ok, when we talk about nak jadi baik, persoalannya BAIK TU MACAMANA?, KENAPA KENA JADI BAIK? MACAMANA NAK JADI BAIK? dan yang agak penting MANA NAK MULA? Well, saya juga struggle untuk memahami semua ini.

Dalam hidup saya, saya melalui banyak fasa kehidupan yang significant. Apa yang boleh saya kata, dengan latar belakang hidup seperti itu saya sangat-sangat dan amat-amat bersyukur sebab saya adalah diri saya sekarang. Walaupun TERLALU banyak lagi saya mesti buat, hadapi, belajar, perbaiki, insafi, tapi sekurang-kurangnya saya jelas dengan matlamat hidup saya. Dan sesungguhnya saya juga STRUGGLING ‘macam nak gila’ to be a better muslim and it is HARD, REALLY.. REALLY.. REALLY HARD sampai sekarang! Tapi saya selalu ingat beberapa perkara ni;

1. Allah tengok usaha dan kesungguhan kita, biarlah kecil pun. Jadi, JANGAN PUTUS ASA. kalau jatuh bangun balik. Kalau buat lagi dosa, bertaubat dan cuba lagi!

2. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita.

3. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

4. Allah maha PENGAMPUN dan maha PENYAYANG. Besar mana pun dosa kita, kalau kita bertaubat Allah PASTI ampunkan.

5. Yang penting kita kena ada NIAT untuk berubah. InsyaAllah ada jalan tak disangka-sangka nanti.

Untuk jawab soalan-soalan di atas tadi, sebaiknya kita perlu cari ilmu.  Belajar jangan jemu, jangan sekali tu je. Teruskan. Bayak cara kita boleh dapatkan ilmu, daripada mereka-mereka yang pakar, buku, video, blog, kawan-kawan, persekitaran.

Banyak pengalaman yang saya nak kongsikan dengan pembaca sekelian. Walaupun sebelum ini saya tak berapa suka berkongsi hal-hal yang kononnya antara kita dan Allah. Tapi perasaan tu dah berubah sekarang ni. Lets spread and share the good. Mudah-mudahan yang mendengar boleh mendapat manfaat. Sebabnya, saya juga dapat manfaat dari perkongsian orang lain! Amazing kan?

Ok, biar saya jawab sedikit persoalan-persoalan ni. Ini hanya jawapan santai ye, ala-ala for beginner.

BAIK TU MACAMANA?

Susah nak jawab soalan ni dengan santai. Mungkin saya boleh cakap, baik tu.. kita buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Ok tak? Owh.. jawapan biasa eh? Kalau macamtu kita tengok pulak kenapa kena jadi baik.

KENAPA KENA JADI BAIK?

Kita nak ketenangan jiwa.

Kita nak kesenangan di dunia.

Kita nakkan redha Allah.

Kita nak masuk syurga

MACAMANA NAK JADI BAIK? dan MANA NAK MULA?

Niat. Mesti niat sungguh-sungguh. Niat tu bukannya, sahaja aku nak jadi baik kerana Allah taala. huhu.. Tapi kita berniat dengan sepenuh hati kerana Allah, kita nak jadi insan yang lebih baik dari hari ni dan kita juga niat dan tekad untuk buat semething sebagai permulaan.

Mulakan dengan perkara-perkara kecil dan mudah. Seperti tak pakai baju ketat dah, tak nak marah-marah, tak membazir, senyum, sedekah. Ingat selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita. Kita berubah sebab Allah, jadi nantikan susulan-susulan kebaikan yang akan Allah anugerahkan pada kita. Percayalah!

Jangan bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk bantu kita. Walaupun boleh, tapi kalau orang yang kita bergantung tu dah tak ada, kita susah nak berdiri sendiri.

PERGI BELAJAR! Tuntutlah ilmu, belajar, serius inilah cara terbaik. Korbankanlah sedikit duit untuk join program-program yang sangat banyak ada di Malaysia sekarang ni. Antara program yang sangat-sangat saya cadangkan adalah Mukmin Profesional anjuran Fitrah Perkasa.

Ingat, nak jadi baik tu bukan senang, sebab syurga tu terlalu mahal harganya. Dan nak jadi baik tu bukan sekejap, bukan sekelip mata.. Slow-slow bak kata orang..=p Jadi bersabarlah dan jangan lupa untuk lihat segala keajaiban yang berlaku sepanjang proses struggling kita. Anda akan lebih kagum dan lebih semangat nak jadi lebih lebih dan lebih baik!

| 3 Comments

Comments From Reviewer

Salam semua, maaf kerana lama tak update blog ni. Ingat tak saya pernah cerita yang saya ada hantar satu artikel jurnal? Ok, saya dah dapat response dan comments dari reviewer. Hmm.. Boleh tahan jugaklah. Saya dapat 20 Mac lepas dan deadline untuk hantar semula 17 April. Itupun nasib baik saya tergerak nak cek dekat website jurnal tu, sebab saya tak dapat pun notification email. Tup..tup.. dah ada rupanya. So, saya email editor, then baru dia email saya details. Ikutkan deadline asal dalam 2nd April macamtu. Since saya lambat dapat notification, dia postpone tarikh baru. Sebenarnya, kalau kita rasa tak sempat kita boleh je email editor dan minta extansion date.

Jadi, dari 20 March, baru hari ni (2 April) saya dapat siapkan correction tu. Itupun untuk disubmit pada supervisor saya dulu. Hmm.. Lebih kurang 13 hari saya ambil masa untuk buat pembetulan ni dan itu adalah satu tempoh masa yang agak mengecewakan saya. Kerja yang sepatutnya boleh disiapkan lebih awal tapi terheret sebegitu lama. Sebenarnya, banyak benda yang mengganggu saya dalam tempoh tu. Focus saya dah lari entah kemana. Tak mampu dikejar. Dah dapat tangkap, lari balik. Hu.. Dan silap saya juga, sebab membenarkan diri saya terganggu. hmm.. itulah dugaan dalam buat research ni. Kadang-kadang ada sahaja benda yang datang tanpa kita duga. Ada yang kita boleh terima tanpa mengganggu kerja-kerja research, ada yang boleh melambatkan, ada yang langsung stop. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan. Jangan giveup cari semangat dan fokus yang dah lari tu.

Oh ye, saya juga sedang tulis satu lagi paper. Hampir siap tapi dah tersangkut sebab nak selesaikan correction ni dulu.

ps: Dah masuk April. Master saya sepatutnya habis 28 Disember tahun ni (2012) dan saya sangat tertekan (Rasanya tertekan ni sangat bagus untuk motivasi diri).

Posted in Master, Master/Ijazah Sarjana, Menulis | Tagged , | Leave a comment